KUALA LUMPUR, 14 OKT 2010: "Demi menghormati permintaan kerajaan Malaysia, saya telah bersetuju untuk mengubah sedikit hal-hal yang boleh mendatangkan rasa kurang senang mereka. Apapun saya tak sabar untuk menjayakan konsert ini," kata Adam Lambert.
Kenyataan Naib Juara American Idol 8 ini telah dipetik menerusi akaun twitternya. Sekaligus ia membuktikan bahawa Adam Lambert telah bersedia untuk berkompromi dengan beberapa arahan serta peraturan yang telah ditetatpkan oleh kerajaan Malaysia.
Namun, jaminan yang diberikan oleh Adam Lambert itu seakan tidak mencukupi buat segelintir pihak yang berterus-terusan membangkang kehadiran superstar in the making itu di Malaysia.
Kesannya, sekali lagi nama Malaysia menjadi tajuk berita hangat di beberapa media luar negara dan menjadi gambaran negatif di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Persoalannya, apakah dengan kedatangan Adam Lambert ini akan menjadikan seluruh golongan lelaki di Malaysia ini menjadi homoseksual atau biseksual dalam sekelip mata?
Sudah tentu, jawapannya tidak. Malah sebelum Adam Lambert mencipta nama sebagai penyanyi serta penghibur muda yang berpengaruh di Amerika Syarikat pada masa kini, Malaysia telah pun dicatatkan sebagai antara negara yang mempunyai bilangan komuniti gay yang ramai. Hakikat ini sememangnya diakui ramai pihak yang peka pada persekitaran tersebut.
Apapun, kedatangan Adam Lambert di ibu negara semalam telah disambut kira-kira 100 orang peminat-peminat setianya. Adam yang tampil dengan gaya cukup kasual tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.25 petang menerusi penerbangan MH73 from Hong Kong.
Seperti biasa dia tetap bercelak mata hitam serta mengenakan pewarna kuku. Celak mata hitamnya itu menggunakan jenama Me by Mezghan Hussainy iaitu teman wanita kepada pengkritik American Idol yang paling laser iaitu Simon Cowell. Manakala pewarna kuknya berjenama OPI.
Sebelum beraksi di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil sempena konsert jelajah Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010 pada malam ini, Adam Lambert akan muncul dulu dalam satu sidang media khas pada awal pagi ini.
Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010 ini dianjurkan oleh Marctensia. Bagi mereka yang masih ingin mendapat tiket untuk menyaksikan konsert Adam Lambert, hanya tiket berharga M103, RM153 and RM253 berserta kawasan Free Standing Area yang berharga RM298 (The Pitt) saja yang tinggal.
KUALA LUMPUR, 14 OKT 2O10: Kira-kira 50 ahli pengikut PAS telah berkumpul di luar Stdium Tertutup Bukit Jalil sambil menjalankan protes terhadap konsert pertama Adam Lambert yang dijayakan sempena konsert jelajahnya, Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010.
Sungguh begitu, senario itu sama sekali tidak menjejaskan lansung perjalanan konsert Naib Juara American Idol 8 ini.
Malah, Adam kelihatan cukup bersemangat menghiburkan kira-kira 15,000 peminat yang telah membanjiri stadium ini dengan sorakan yang cukup membara.
Tampil dengan kostum yang cukup dramatik dengan jaket labuh, bulu berwarna ungu, kilatan warna perak yang memenuhi mukanya dan solekan penuh gothic, Adam membuat ramai penonton berasa terpaku.
Setakat ini, dia sudah membawakan lagu Fever, For Your Entertainment, Sleepwalker serta sebuah lagu baru.
Adam juga telah menukar 3 baju setakat ini. Yang pertama, baju penuh dramatik, keduan baju kemeja dan celana kasual smart berwarna hitam dan yang ketiga, jaket labuh hitam dengan seluar elastik hitam.
Vokal Adam memang superb dan showmanshipnya hebat!
"Hello Kuala Lumpur. Terima Kasih kerana datang ke konsert saya. Konsert saya membawakan mesej cinta. Kalau anda memiliki 2 cinta, tanyakan soalan ini: "Whataya Want from Me"
Lantas Adam terus membawakan lagu itu. Penonton ikut nyanyi sama kerana itu lagu favourite mereka.
walaupun ada protes, konsert tetap gempak!!...
50 org je pun
worth every penny spent untuk beli tiket tu ha! hakak adam is truly an entertainer...tak puas bila konsert dah habis walaupun hakak adam sambung konsert dengan 2 lagu lagik...crowd memang happening giler...costume dier pon gempak..and tommy sooooo cute...
p/s : err..agak2 lake selamat tak kat rock zone tu (errr..ke dia dok kat lain..lupa plak)..kene rempuh..habis barrier besi tu diorang lanyak..kehkehkeh...lake oooo lake...
mak tak reti nak tepek utube jah...hasil kerastangan n camera cap ayam aku...mintak maap awal..sebab mungkin sape yg tgk dapat sindrom gegaran otak yang tak kronik...hehhheheehh!!!!
mmg best konsert semalam...........walopon aku beli tiket duduk kat L5 tuh tapi sokmo berdiri jer cos sume org kat section aku berdiri............sume goyang sambil menyanyi, pastuh crowd mmg sporting giler........cam nih ler nengok konsert
Dulu aku pernah gi satu konsert artis omputeh tapi crowd punyer ler macam tgh tengok org konvo
voice ahkak adam mmg superb kalo nak compare ngan si daniel ngan ikhwan (who?) yg sumbang mambang tu ...
alyssasarah Post at 15-10-2010 11:30
khennn...tapi ahkak adam tarap2 diva la...lmbt start konsert...setengah jam tunggu after daniel tu nyanyi..apapon ahkak adam best .... (err...mana lake nih)
mmg lambat ahkak adam nih nak siap.......nasib baik ler ada makcik mana pakai baju bling2 ala mikel jeksen menari sakan and nengok org main bola gergasi digi tuh sementara tunggu ahkak adam set wambut bagai
mmg lambat ahkak adam nih nak siap.......nasib baik ler ada makcik mana pakai baju bling2 ala mikel ...
alyssasarah Post at 15-10-2010 12:15
heheheh..kitorang panggey dia michelle jacksen..kehkheh..buat lawak la makcik tu...masa masuk tu ko pasan tak ada minah pakai kimono..apa jadik la kat dia dok kat standing pitt tu ha... ada sorang pengsan kot..
mmg best konsert semalam...........walopon aku beli tiket duduk kat L5 tuh tapi sokmo berdiri jer co ...
alyssasarah Post at 15-10-2010 11:29
dok L5 ok la tuu.. ekceli aku takleh pegi boss soh outstesen..so jual la tiket kat pitt zone..last minute plak tak jadik..so semalam dalam kul 4.30 aku dengan gigihnya pegi carik tiket kat the garden. aku beli la apa yg ada...dapat ler yg 100++ area tepi stage tu ha...ok gak..line clear...