Post time 22-12-2021 03:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
awenda507 replied at 22-12-2021 03:00 PM
sori to say..mmg ramai mangsa banjir especially kat pps tu demand tak hengat. jenis tak bersyukur dg ...
Memang pun. Sebb tu bala datang sesekali bagi insof. Tuhan tarik nikmat harta dan tenang jiwa baru sikit tu. Dah demand macam2 kat pps. Nak jugak orang tau kot yang dia sebenarnya bukan orang susah. Huhu
Post time 22-12-2021 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku turun padang dh 2hari masuk ni
Nasibla tak ada yg mengada ngada
Mmg nk jadi volunteer hati kena kering
Kat sri muda tu ramai org asing
Dengar nya diorg byk cekadak..
Tmpt aku bantu ni ok2 sampai terlebih makanan ..mewah gila masing2 dpt 1kotak keperluan makanan kering.
Post time 22-12-2021 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols sebagai salah seorang sukarelawan banjir 2014 dan sukarelawan homeless kawasan KL (sebelum covid). Nak bagitau, kalau uols nak jadi sukarelawan. Mental kena kuat ya
Siapa jenis panas baran, cepat terasa hati, cepat menangis. Tak sesuai jadi sukarelawan
Selain dari fizikal yang kuat. mental kena kuat. Terutamanya kalau jadi sukarelawan di kawasan Shah Alam. Sebab biasanya, sukarelawan yang pakai boat hanya buat job search and rescue. Search mangsa banjir yang tersangkut dan rescue ke PPS. Tapi, di Sri Muda. Apa yang husband iols bagitau (my husband join sukarelawan hari ahad dan isnin haritu). Dekat Sri Muda, boat tu bukan untuk search and rescue sahaja. Tapi, untuk bagi bantuan asas juga sebab ada yang tak nak pergi PPS. Husband iols kata yang tak nak tu mostly takut barang kena curi bila air surut dan ada juga foreigner yang takut pergi PPS (maybe tak de permit kot, tak sure).
Ingat ya, jadi sukarelawan mental kena kuat. Kalau ada yang complaint "alaaa, kenapa bagi kotex. saya nak libress". "pampers mamypoko tak ada ke" dan lain2. Kita kena senyum je, jangan bergasak pulak dekat situ hihihi
Tips tak nak barang2 dipersoalkan. Beli barang yang guna jenama selalu dengar
Ubat gigi- colgate
Mee segera- maggi (tapi avoid lah, sebab memang ada yang tak suka kalau kita bagi mee segera)
Pampers- Mamypoko. Kalau pants, lagi elok
Tea- Lipton
Lepas tu, sumbangan baju. Janganlah bagi baju2 yang tak elok. Sebab nnti sukarelawan juga yang nak kena asing dan buang. Seeloknya bagi tshirt dan seluar track/slack/palazo. Baju kurung dan jubah tak disyorkan sebab tak ada siapa pon yang ambik. Terutamanya yang bagi baju kurung/jubah yang berkerewang, labuci.
Post time 22-12-2021 08:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lain kali tulis la ..'mintak maaf, saya tak dapat memenuhi permintaan mangsa banjir seperti selimut atau gula. Tugas saya hanya menghantar mangsa ke pusat PPS sahaja.' Ko tu org politik dan berpengaruh... Buat ayat pun tak pandai. Semua org tgh sensitif kot. Dari dulu aku perhati ayat2 posting ko melambangkan ko seorang yg sombong & bongkak.
Dah la tu, setiap barangan keperluan kene beli yang well known brand otherwise mangsa akan bising. Like WTFFFFF??? Orang nak bagi tu patut bersyukur la, nie nak demand macam2, ko g bayar & order grab la mcmtu
Mengadanya lahai. Kalo iols dapat complaint mangsa mengada mcmtu, memang iols lantakan ajer & g tolong mangsa yang xbanyak songeh. Sebab iols tahu bersyukur kalo ada yang nak menolong even xmencapai piawaian kita. Sebab nie kan kes darurat so apa orang bagi ko terima jela. Nanti things da back to normal & ko pon boleh hidup kat rumah ko mcm biasa, ko nak beli brand kat awan pon lantak kan la, duit ko, xnyusahkan orang
Xboleh la dengar cite mcmnie. Terus jadik meluat at the same time, kesian kat mangsa yang bebetul memerlukan bantuan & kat sukarelawan jugak. Hope semangat uols & rakan2 sukarelawan masih kuat nak bantu mangsa
Yang mengada, abaikan jah. Nak matik kejung sebab nak jaga harta ke apa, lantak kan. U've done your part!
Nak jadi sukarelawan hati kena kental uols. Sebab kita jumpa ramai mangsa dari umur dan background yang berbeza. Macam2 kerenah ada. Ada yang memilih ada yang tak. Ada yang bila dapat bantuan ucap terima kasih, ada yang ambik dengan muka masam cuka. Tapi kalau jumpa orang golongan yang dah berumur (pangkat datuk, nenek). Dorang ni jenis mesra. Ada yang sampai peluk2, doakan kita murah rezeki.
Kalau nasib tak baik, terjumpa yang cerewet/memilih brand (macam tak nak kotex, nak libress). Tak ramai pon yang cerewet. Tapi bila kita dah penat menolong dan terjumpa yang cerewet. Boleh sakit hati jugak lah. Jadi, kenalah senyum dan move on
Yang jenis cepat nangis/sikit2 nangis. Kalau jadi sukarelawan, hati kena kental. Ya,memamg sedih bila tengak rumah mangsa banjir kotor/barang musnah. Tapi, jangan nangis melebih2. Sukarelawan kena naikkan semangat mamgsa banjir bukannya bagi mangsa banjir lagi sedih.