|
betul..betul cian leya,sabar aje la...mgkin ade rezeki lmbt dgn cepat aje la...
masa saya dulu anak ...
asnita Post at 14-7-2010 11:15
sama ler kita asnita
akak 2 tahun sekali hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
monik,
x cukup lagi tu, sambung la lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah byk sekaranng nie cter2 baru..., best gak cter ko nie..
sambung lg yer............. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih semua...ni yang buat tambah semangat nak menulis. nanti mlm monik masuk n3, kt opis susah nak menaip. |
|
|
|
|
|
|
|
malam ko monik
sok pg ler gamaknya leh baca\
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kata motivasi "Belum ada rezeki lagi,
makcik tlg doakan untuk saya...
mana tau berkat doa makcik saya hamil |
|
|
|
|
|
|
|
ok...monik...
kmi setia mnanti n3 anda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 165# iwimz
heheheheheee....jgn le mareeee.....mlm tenang sikit leh menaip. kat opis nih..baru 2-3 ayat dah ada gangguan....leceh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung minggu itu, aku dan Farhan ke rumah Subang Jaya. Rumah mertuaku. Memang menjadi kebiasaan setiap hujung bulan adalah menjadi satu ketetapan bagi Farhan berkumpul adik beradik untuk makan2 di rumah ibu bapanya. Kami sampai agak awal. Farina tidak ada di rumah. Abang Farhan, Fareez Iskandar, Kak Shafikah serta 2 orang anak mereka juga belum sampai.
Aku terus ke dapur menjenguk apa2 yang patut ku buat. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun kena...sebuk taya bila aku nak kawin..
tu la,manusia..semua nak amik tahu...
baik jaga tepi kain diri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Didapur, ibu mertuaku sedang menyiapkan laksa dan beberapa juadah lain. seronok benar dia dapat berkumpul anak beranak.
" Ha..leya, bila sampai ? " tanya ibu Farhan sambil tersenyum.
" Baru je mak. Semua dah siap ke Bu ? Sorry ye, Leya sampai lambat. "
Malu aku bila sampai2 je, terus tersedia juadah. Tinggal amakn je. Menantu apa aku ini. Ni bukan menantu, tapi hantu! heheheheh.....
" Ishh..budak ni. Berangan lagi dia. "
"Ha??? apa Bu ? "
" Tu ha, tolong ambil bekas dalam almari tuh. Nak letak kuih tepung talam ni. nanti Mak Andak kamu nak datang dengan anak nya boleh la jamu"
Aku patuh. pantas ku keluarkan bekas kuih. Oh, ada tamu lagi rupanya.seingat aku anak Mak andak, Marshilla bekerja sebagai pramugari. Sekali je aku berjumpa dengan nya sewaktu majlis perkahwinanku dengan Farhan. Selepas itu, tidak lagi berjumpa.
Tidak lama kemudian, bising bunyi suara anak2 Abang Fareez. Si kembar Ahraff dan Ashyina berlari mendapatkan datuk dan nenek mereka. Aku hanya tersenyum melihat keletah mereka. Sememmangnya, aku amat menyanyagi kanak2. namun apa kan daya ku. Belum rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
x puas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Farina sampai selang sepuluh minit dari Abang fareez. Terus dia ke dapur membantu aku dan Kak Shafikah.
" Banyak nya kak leya. Selalu tak banyak mcm ni pun ? "
hairan farina dengan juadah hari ini. Lebih dari biasa.
" Tadi ibu bgtau, katanya Mak Andak dengan Marshilla nak datang. "
" huh! buat apa mereka datang ? Eeiii...tak suka la diorang tuh. Ni datang ni mesti ada apa2 nih ."
" farina, tak baik tau. bersangka buruk dengan orang. Diorg datang nak menziarah tuh. " lembut Kak Shafikah menasihati. Sememangnya jawatan pensyarah amat kena dengan Kak Shafikah. Jiwa pendididknya terserlah.
" Ala....farina tau mesti ada apa2 tuh. Tgk je la nanti "
Aku hanya diam. Tak kuasa nak masuk campur. Selebihnya sebab aku tidak berapa kenal dengan Mak Andak. Jadik lebih baik aku diam.
Mak Andak tiba dengan Marshilla sambil tersenyum2. Namun yang hairannya, senyuman itu mati bila aku bersalaman dengan mereka. Aikkk!!! Baru jumpa, dah tak suka aku ? Apa hal ?
Terdetik perasaan cemburuku bila melihat Marshilla terlalu mesra dengan Farhan. Marshilla tidak rasa malu di depan ibu bapa Farhan. Sesekali aku melihat Farina menjuihkan bibir tanda meluat. Adduh...ini drama mana pulak nih?
Sedang kami menjamu selera, tiba2 Mak Andak bersuara.
" Dah mengandung ke si Aleya ni ? "
Hampir tersedak aku dibuatnya. Semua yangada tersentak.
" Ishh..baru lagi kak. Belum ada tanda2 lagi" ibu membela
" Baru apa nya. Dah dekat setahun tak nampak bayang anak lagi. kalau orang lain dua tiga bulan dah ngandung. Orang kata apa, bunting pelamin." Mak Andak bersuara lagi sambil herot berot mulutnya.
" Biarlah dulu Mak Andak. Saya pun sibuk. nak kukuhkan ekonomi dulu."
Aku pandang Farhan. Terima kasih abang, kerana membela maruah Leya.
" Ekonomi kamu tuh dah kukuh lama Farhan. Anak tu penting. Penyambung zuriat. rugi jadik orang perempuan kalau tak boleh lahirkan anak."
Setajam sembilu kata2 Mak Andak. Marshilla disebelah hanya tersengih2.Aku tunduk. Malu diperkata begitu.
" Ala....mak andak. Jangan kira rugi kalau tak mengandung, rugi jugak jad oarng perempuan kalau tak kahwin2."
Muka Mak andak masam mendengar kata2 Farina. Terkena batang hidungnya sendiri. Marshilla sebaya dengan Aleya 27 tahun, tapi masih belum kahwin. |
|
|
|
|
|
|
|
monikkkkkkkkkkkk...................x cukup ni...............nk lagikkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka mak andak & marshilla tu kena sound gn farina |
|
|
|
|
|
|
|
" Dah2, depan rezeki nih. Kak Andak, Farhan dengan Aleya ni belum diberikan rezeki. Kita doakan je agar mereka cepat dapat zuriat."
ayah bersuara agar keadaan tidak menjadi lebih keruh. Tak lama selepas makan2, Mak Andak minta diri. Tanpa segan silu. tanpa memikirkan statys aku sebagai isteri Farhan, Marshilla memeluk lengan Farhan. kalau la tidak memikirkan yang aku berada di rumah mertua, mau saja rentap tangannya dari memaut lengan suamiku. Apa punya perempuan ni!
" abang Han, nanti senang2 call la shilla ye. Boleh kita keluar jalan2. "
" Shilla, Farhan ini ada tanggungjawabnya. Dia ada isteri. Mana boleh keluar suka2" sahut ayah. Shilla dengan muka masam terus berjalan keluar.
" Kan Farina dah kata. Diorg tuh kalau datang mesti nak sakitkan hati. Ibu, lain kali jangan jemput mereka! Tak suka la. Meluat!
selesai mengemas, lebih kurang dalam pukul enam petang, kami minta diri untuk pulang. Ibu bekal sedikit laksa dan kuih2. Di dalam kereta aku lebih banyak mendiamkan diri. Menghayati lagu2 di radio. Aku tahu Farhan gelisah bila aku banyak diam. Ah..lantak la. Hati aku masih sakit.
Sampai di rumah, aku terus ke bilik menyalin pakaian. Farhan masuk. Aku keluar. Aku kedapur. Farhan datang ke dapur, aku beralih ke ruang tamu.
" Sayang, rumah kita nih tak besar mana. Empat segi. Nak lari ke mana? penat la abang macam ni."
" Ohhh, dengan isteri penat. Dengan orang lain tak penat ? Tak letih ? Syok sangat ke kena pegang ?"
" Alahai...sayang cemburu ye ? abang tak rasa apa2 pun. Tak heran pun dengan shilla tuh. Kami kan sepupu. "
' sepupu mupu ! abang suami leya. Hak leya ! " Aku sudah mula menangis. Farhan datang dan memeluk ku.
" Sayang, abang memamg hak syanag dunia akhirat. Leya jugak hak mutlak abang. abang cintakan Leya sahaja. "
namun aku masih beku. Farhan mencium pipiku. aku bertambah sendu. Dalam hatiku berdoa jangan lah kebahagian yang ku kecapi ini di ragut. Tak sanggup rasanya.
" Leya tak suka dia. Leya tak suka Mak Andak. Leya malu bila ditanya pasal anak."
" Sayang, dengar sini. Jika ditakdirkan kita hidup berdua, kita hidup berdua je la. Toksah nak pikirkan sangat."
' Sekarang boleh la abang cakap mcm tuh. Lagi sepuluh tahun mcmana ? abang kalau nak sangat dgn shilla tuh, cakap awal2. Masa leya masih muda nih! "
" Ehh..kenapa pulak ??"
" Ye lah, kalau Leya masih muda, ada la peluang orang lain nak tackle leya. sebab leya masih muda. Kalo umur leya dah empat puluh lebih nanti, takde saper nak
."
Farhan terlopong. Tidak percaya aku akan berkata begitu.
" Masyaallah...leya. smapai ke situ fikirnya. Dah2, jgn nak mengarut. Leya kena hidup dengan abang smapai bila2. Takde saper boleh ambil Leya dari abang."
" Dan takde saper jugak boleh ambil abang dr Leya. Muktamad!!" |
|
|
|
|
|
|
|
shilla tu patot nye kena very the gediks...
kesian kt leya |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh..muncul lak syilla si nyamuk pulak...
mana ridsect ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
monik,dh x de kr N3 lagi utk mlm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang aku mengemas rumah pagi Ahad, telefon rumah berdering. Abang agaknya. desis hati ku. Farhan ke Teremgganu semalam dan akan balik lusa.
" Hello.. abba..."
" Farhan ada ? panggilkan dia. " asing suara ini.
" Siapa ni ? "
" Ishh..aku suruh panggil, panggil je la. "
" Yelah..siapa ni. Saya nak tahu jugak siapa yang nak bercakap dgn suami saya. "
" Mak Andak la. Cepat panggilkan Farhan"
Ewahhh...sedapnya mengarah2kan aku.
" Abang Farhan takde. Dia outstation. Mak An..."
" Klik!" tak sempat aku habiskan ayat, Mak Andak dah letak telefon. Angin apa la yang dah menyerang dia nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|