|
klu cerita pasal Nabi pun byk riwayat yg pelik2 apatah lagi kisah tentang sahabat2 Nabi. so, kena hati2 jgn sampai terfitnah & bwk cerita fitnah utk penyedap jln cerita. penceramah pun suka bwk cerita2 tak sohih semata2 cerita tu sedap diperdengarkan kpd audience. pemalas & segan nak check dari sumber mana. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam buku ini ada banyak terjemahan ayat2 Quran pasal peperangan antaranya
Al-Haj :39
Telah diizinkan (berperang) bg org2 yang diperangi,kerana sesungguhnya mereka dianiaya.Dan sesungguhnya ALLAH,benar2 Maha Kuasa menolong mereka itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Baqarah:217
mereka bertanya kpd kamu tentang berperang pada bulan haram.katakanlah berperang itu adalah dosa besar.tetapi menghalang manusia daripada jalan ALLAH,ingkar kepada ALLAH dan mengusir penduduk dari tanah air mereka lebih besar dosanya disisi ALLAH dan membuat fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Anfal:7
dan (ingatlah),ketika ALLAH menjanjikan kepadamu bahawa salah satu daripada dua golongan (yang kamu hadapi) adalah utkmu,sedang kamu menginginkannya bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu,dan ALLAH menghendaki supaya membenarkan yang benar dengan ayat2NYA dan memusnahkan org2 kafir. |
|
|
|
|
|
|
|
klu cerita pasal Nabi pun byk riwayat yg pelik2 apatah lagi kisah tentang sahabat2 Nabi. so, kena ha ...
tobby Post at 1-6-2010 10:32 
masaalahnya, ada masa tu kalau ada dalam buku, otomatik orang kata betul. bila ada orang masuk TV cerita, otomatik kata betul
bila cakap sikit ayat quran + hadith, otomatik dapat gelaran ustaz dan hadith jadi sahih.
entah setengah tu pakar motivasi jer, semua cerita boleh dipakainya. |
|
|
|
|
|
|
|
semua cerita boleh dipakainya.
ibnur Post at 1-6-2010 13:06 
pakai aqal Tuan. |
|
|
|
|
|
|
|
peminat permisi ke peminat Sayidina Umar Al-Faruq R.A
permisi Post at 1-6-2010 09:52 
jgn nk perasan pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya di sini.....aku sekadar berkongsi apa yg aku baca....
bg aku, yg baik kita jadikan teladan, yg buruk jdkan sempadan....
samada peristiwa tu berlaku atau tidak...hanya Allah yg Maha Mengetahui... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn nk perasan pulak....
Mas916 Post at 1-6-2010 14:35 
bkn perasan...kenyataan |
|
|
|
|
|
|
|
buku yang sedang dibaca
Nota Hati Seorang Lelaki - Ust Pahrol |
|
|
|
|
|
|
|
buku2 yg baru dibeli
Kumpulan Kisah Para Nabi - masa kecik suka baca buku ni..dulu dlm hardcover ada 2 jilid..byk lupa dah kisah2 Nabi..la ni baca balik & share dgn anak2
Tudung (Hijab): Beyond Face Value
200+ Ways the Quran Corrects the Bible: How Islam Unites Judaism & Christianity |
|
|
|
|
|
|
|
tgh baca rahsia tahajud - terbitan PTS, tulisan Muhd Salleh. |
|
|
|
|
|
|
|
buku 200+ Ways the Quran Corrects the Bible: How Islam Unites Judaism & Christianity
kat mana nak cari????!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tengah baca buku cerita kisah Imam Syafie |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sangat suka buku ini... Banyak info dan sejarah yang tepat dan padat.
Buku ini menjelaskan berkaitan dengan fobia pihak Yahudi dan kemudiannya diikuti oleh pihak Barat terhadap Agama Islam. Pengarang memulakan kajiannya dengan mengemukakan tentang penyelewengan oleh pihak Yahudi terhadap akidah Agama Kristian yang pada asalnya adalah monoteisme seperti yang telah dibawa oleh para Rasul dan para Nabi-Nya. Isu penggunaan perkataan 'Allah' di Malaysia turut diperjelaskan melalui kupasa daripada para sarjana Islam bagi menyatakan hal yang sebenarnya.
Selanjutnya pengarang juga menghuraikan persoalan dari segi sejarah, kenapa Islam telah mara ke Barat seterusnya menguasai Empayar Parsi dan Rom. Dalam pada itu dijelaskan juga akan propaganda-propaganda anti terhadap Islam yang terawal di Barat hinggakan kemudiannya telah mencetuskan Perang-Perang Salib. Dalam kajiannya, pengarang berpendapat penyeleweng pihak Barat terhadap Islam adalah kerana mereka kurang memahami akan agama suci ini. Pengarang berjaya membawa para pembaca dari urutan sejarah berkaitan dengan pandangan-pandangan para penulis Barat sejak awal lagi terhadap Agama Islam.
Dalam semua hal ini terdapatlah tangan-tangan dari pihak Yahudi yang turut mempengaruhi pihak Barat untuk memusuhi Islam dan para penganutnya. Bukti-bukti berjaya dijelaskan, bahawa melalui pengaruh pihak Yahudi di Amerika Syarikat khususnya dan di Eropah amnya, maka berlakunya krisis di Palestin hinggalah sampai ke dewasa ini. Dengan itu tercetuslah isu-isu berkaitan dengan penaklukan di Iraq dan berlakunya Serangan pada 11 September 2001 terhadap Menara Berkembar di New York. Isu berkaitan dengan karikatur Nabi Muhammad yang disebarluaskan di Eropah juga di Singapura turut dinyatakan. Sentimen anti Islam kian menjadi nyata di Eropah. Ini semuanya kerana gara-gara sebilangan besar daripada penduduknya terlalu takut akan pengaruh Islam ke atas mereka.
- Penerbit
KANDUNGAN
- Islam Dan Ahli Kitab
- Penulisan Kitab-Kitab Agama Kristian
- Kenapa Islam Mara Ke Utara Dan Ke Eropah?
- Propaganda Anti Islam
- Kenapa Berlakunya Perang Salib?
- Adakah Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W. itu Disalah Ertikan Di Barat?
- Jihad Dan Maksudnya
- Yahudi Dan Barat
- Palestin Selepas Perang Dunia II
- Kedudukan Palestin Kini
- Syahid
- Nabi Muhammad S.A.W. Difitnahkan
- Serangan-Serangan Pada 11 September 2001
- Kucar Kacirnya Satu Tamadun Islam (Baghdad)
- Bertoleransi?
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 418
Penulis = Haji Husseiny Bin Zambery
Diedit Oleh = Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop (U.I.A.)
Penerbit = Al-Hidayah Publication
http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2010/07/fobia-yahudi-dan-barat-terhadap-islam.html |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
siapa pernah beli atau ada tafsir Quran per kata,ada asbab nuzul sekali.nak minta pendapat rasa nak beli jer..

harga dalam lingkungan RM130-160,tp sy jumpa kat mudah RM80 jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 176# nickname
sy ada kitab ni bli di jogja dec last yr dlm rm40 gitu. harga kat sini sekitar rm130. sek agama ank ada bli.
sy ada bljr b al Quran, sy Ada 3 kitab sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
dah bc buku dasyatnya doa ibu?
yg ni sy dpt dari email, ceramah dasyatnya doa ibu
Assalamualaikum Semua,
Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud.  Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time.  So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna.  Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****
 
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q       Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
 
q       Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
 
q       *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
 
q       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
 
q       Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
 
q       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø       Anak
Ø       Ibu
Ø       Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
 
q       Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
 
q       Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
 
q       Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
 
q       Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
 
q       *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
 
q       Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø       Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J
 
q       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
 
q       Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  
 
q       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
 
q       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita telah tiada!
 
q       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
 
q       Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam next time
 
q       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
 
q       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
 
q       Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
 
q       *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
 
q       Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
 
q       *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.
 
q       Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q       Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø       Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø       Symptom dah terkena saka
v      Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v      Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v      Susah nak dapat anak, senang gugur
v      Ada rasa kelibat orang lalu
v      Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø       Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
 
q       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
 
q       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
 
q       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
 
q       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
 
Anak Lari Dari Rumah
q       Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
 
q       Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
 
Anak Degil
q       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø       Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
 
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 177# sunsuria3
kak sun..tulisan dia jelas dan besar macam dalam gambar tu ker,ke kat luar kecik lg tulisan dia?..nampak elok jer sebab kadang2 hanya beberapa perkataan shj yg kita tak tau makna boleh rujuk situ terus tak payah check dlm terjemah ayat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 178# sunsuria3
belum pernah baca lagi..
petua yg last tu pernah dengar jugak yg pesan2 dgn anak masa tidur,tapi tak da seru roh anak,sekadar sebut nama dia je..tp belum pernah buat jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|