CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

SEMUA TENTANG CERITA/FILEM MELAYU

[Copy link]
Post time 29-3-2011 05:41 PM | Show all posts

Filem Kita, Wajah Kita?

Post Last Edit by cmf_king_kong at 29-3-2011 17:45

Tibe-tibe je gua rase nak jadi skema plak petang2 neh....

*************************************************

Aku nak mulakan satu perbincangan lah...

Akhir-akhir ini aku banyak dengar slogan "Filem Kita, Wajah Kita".

Tak tahu pula aku dari mana atau siapa yang cipta slogan tu tapi mengikut pemahaman aku, Filem Kita, Wajah Kita ni bermakna filem-filem merupakan refleksi kebudayaan dan keperibadian sesuatu kaum atau bangsa samada dari segi sosio-budaya mahupun peradaban. Dari perspektif lain, slogan tersebut merupakan satu bentuk saranan supaya orang melayu menyokong filem-filem tempatan.

Aku nak kecilkan skop kepada filem melayulah sebab kebanyakan forumer dekat sini adalah orang melayu.

Di kala filem-filem Hollywood semakin canggih dan juga teknologi internet yang memberi akses kepada kita untuk meneroka filem-filem dari negara lain, filem-filem melayu masih lagi tercari-cari formula untuk menarik penonton khasnya orang melayu.

Sejak kebelakangan ni aku rasa dah macam ada peningkatan kepada statistik penerimaan orang melayu terhadap filem-filem tempatan. Aku pun tumpang bangga walaupun aku amat jarang sekali tonton filem tempatan di panggung wayang.

tapi...

persoalannya, adakah filem-filem melayu sekarang ni sesuatu yang kita dengan bangga boleh kaitkan dengan slogan "Filem Kita, Wajah Kita"?...

Mengikut rujukan dari website Finas, 10 filem-filem melayu yang mengutip kutipan paling tinggi adalah seperti berikut :-

1) Ngangkung - RM18 juta

2) Khurafat - RM8 juta

3) HKLBK - RM7.9 juta

4) Adnan Sempit - RM7.6 juta

5) Lagi-lagi Senario - RM6.3 juta

6) Geng : Pengembaraan Bermula - RM6.2 juta

7) Sembilu 2 - RM6.1 juta

8) Jangan Pandang Belakang Congkak - RM6 juta

9) Jangan Pandang Belakang - RM5.78 juta

10) KL Drift 2 - RM5.67 juta

Sila klik di sini untuk senarai penuh

Dari senarai kita boleh lihat bagaimana penguasaan filem-filem yang bercorakkan seram, isu sosial dan komedi dalam industri filem melayu.

Jika slogan "Filem Kita, Wajah Kita" di guna pakai, adakah kita mahu bangsa melayu ni di sinonimkan dengan kepercayaan tahyul, kisah roman picisan dan lawak-lawak slapstik?

Jangan salah anggap, aku bukan nak memperkecilkan filem-filem tersebut tapi cuma sebagai justifikasi kepada persoalan kecenderungan orang melayu meminati filem-filem ringan (atau "filem sampah" mengikut definisi sesetengah orang)

Filem-filem yang membawa isu berat dan patriotik seperti Lt. Adnan, Embun, Paloh, Sepet, 1957:Hati Malaya, Muallaf, Isteri, Perempuan & Jalang, Jogho, Kaki Bakar, PGL dan sebaris dengannya tidak mendapat sambutan menggalakkan..ataupun tak mendapat sambutan langsung.

Aku terpanggil untuk mempersoalkan isu ni bila aku mengkaji industri filem China/HK. Aku dapati, filem-filem dari HK atau China yang box-office adalah yang membawa tema semangat jatidiri negara dan bangsa. Contohnya Ip Man, HERO, filem-filem Bruce Lee etc etc.

Pada mulanya aku beranggapan, penonton datang tonton sebab nak tengok filem aksi martial-art atau kung-fu semata-mata. Mungkin itu adalah tarikan utama tapi dengan memaparkan kehandalan orang Cina menentang penjahat/penjajah sekaligus menanam sikap bangga dan kagum penonton terhadap karekter-karekter filem tersebut. Kalau kita orang melayu ni pun seronok tengok karekter lakonan Donnie Yen kalahkan penjajah jepun, apa lagi orang cina.

Dari situ kita boleh lihat bagaimana pembikin filem dari HK/China mengangkat keperibadian, kebudayaan dan peradaban kaum Cina di mata dunia. Bukan sahaja cina di negara HK/China, tetapi bangsa cina di seluruh dunia, termasuklah cina malaysia sendiri.

Sekali lagi aku mengutarakan persoalan ini, jika kita refleksi kepada slogan "Filem Kita, Wajah Kita" adakah kita mahu bangsa melayu dikaitkan dengan nombor ekor, suka dengan perkara tahyul dan kegiatan rempit?

Aku tak salahkan pembikin filem mahu pun syarikat produksi kerana mereka hanya memberi apa yang penonton mahukan. Jika tidak ada permintaan dan sambutan terhadap filem-filem cinta picisan dan hantu mengarut, aku tak rasa David Teoh nak terbitkan filem-filem sebegitu.

Aku juga tak salahkan penonton a.k.a kita sendiri kerana kita sebagai penonton ada hak nak menonton jenis filem yang kita mahu. Kita juga ada hak untuk mengutuk dan mengeji jika duit yang kita dah labur untuk membeli tiket akhirnya membawa kepada penyesalan. Pendek kata, takkan kita nak puji filem yang kita rasa diperbodohkan disebabkan filem tersebut adalah filem melayu.

Aku juga tak salahkan penonton melayu yang gemar kepada filem-filem ringan melayu  kerana itu adalah hak mereka. Siapa kita nak menghukum mereka itu sebagai bodoh/rempit/kekampungan/low-class kerana meminati filem-filem ringan?

Kesimpulannya melemparkan kesalahan tak membawa sebarang perubahan positif. Aku berpendapat perkara begini terjadi kerana mentaliti kita terhadap filem yang hanya menganggap filem itu satu medium hiburan.

Bila di letakkan filem itu sebagai hiburan, maka ianya tidak akan di ambil serius. Dan bila filem itu tidak dianggap serius, sebarang bentuk transformasi minda mahupun pencetusan persoalan kritikal melalui filem akan dianggap sebagai tidak bermoral, alat provokasi/propaganda dan diperkecilkan/diperlekehkan.

Berbalik kepada slogan Filem Kita, Wajah Kita, adakah korang rasa filem-filem melayu zaman sekarang mencerminkan keperibadian orang melayu?

atau korang rasa filem itu bukanlah satu bentuk medium penyebaran budaya yang utama/bagus?

pada pendapat korang, apa yang patut kita sebagai orang melayu samada sebagai penonton dan pembikin filem patut buat untuk mengangkat nilai slogan "Filem Kita, Wajah Kita" ni


mari diskas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 09:52 PM | Show all posts
1)siapa cipta slogan?mungkin kementerian penerangan,finas atau badan2 kerajaan yg berkaitan.motif,keperluan, kesan ade slogan?takde.slogan dlm industri filem malaysia adalah perkara yg membuang masa.bollywood contohnya ade slogan?
2)aku berpendapat hati malaya bukan filem patriotik tapi lebih kpd filem propaganda.bukit kepong mungkin boleh dikategorikan sebgai patriotik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 2# alesandra

1) betul ke bollywood takda slogan?...maybe ada tapi kita tak tau? tak taulah plak sapa yang came up with the slogan...

btw kenapa ko rasa slogan dalam industry filem malaysia buang masa eh?

2) ya...aku rasa 1957 hati malaya lebih kepada filem propaganda...more like propa film in disguise..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:44 PM | Show all posts
betullah tu filem kita wajah kita. Lokasi-lokasi filem menggambarkan wajah negara kita. Cara percakapan menggambarkan wajah penduduk kita. Kualiti filem kita juga menggambarkan tahap kreativiti karyawan kita.

Mcm juga kita tengok citer Korea atau thai. Melalui filem kita dpt tahu wajah atau budaya mereka serta kreativiti mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_king_kong at 30-3-2011 08:33

Reply 4# ra5101

yea..memang betul filem2 melayu mmg memaparkan sosiobudaya dan mentaliti bangsa melayu

tapi bagi aku, filem kita, wajah kita means more than that...filem juga merupakan proksi kepada psyche sesuatu bangsa..

contohnya filem thailand selalu membawa genre2 seram...mungkin pada kita, ianya satu trend di thailand tapi realitinya orang thai memang percaya kepada afterlife dan re-birth...thais believe in the existence of goblin, ghost and vengeful spirits..bagi mereka afterlife adalah perkara yang sacred and they have a very strong connection to it...

kepercayaan kepada hantu is part of thai culture and they take pride in showing them in film...

tapi kita menganggap hantu adalah perkara khurafat dan tahyul...in other words, ghost is something that we relates to negative connotation and it is nothing but a superstitious...

having said that...jika orang thailand bangga dgn filem seram mereka sebagai medium budaya dan kepercayaan mereka, adakah kita bangga dengan pemaparan filem seram sebagai simbolik kepada budaya kita?

kalau ada mat salleh tanya kita, is it the norm for malay to indulge themselves in witchcraft and superstitious like that movie ngangkung? adakah kita nak jawab yes it is or the other way round?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:43 AM | Show all posts
org buat filem sume org bisnes.. sume utk komersial
kala wat filem kita, wajah kite punye stok, takde orang tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 10:56 AM | Show all posts
menarik discussion nih...

aku mmg dah lama menyampah dgn audience yg tak habis2 nak tgk citer hantu, one of the main reason why about 99% of the movies I've seen are foreign ones.

mmg aku faham industry kita tak besar mana, so tak boleh nak expect variety sgt mcm kat Hollywood. At the end of the day, everybody needs food on their table and have bills to pay.

But come on, sampai bila kita nak celebrate film2 yg tgk tak payah pakai otak? Asyik la nak kena sergah... tak pun gelak2 kosong. So that's why bila kuar citer2 mcm Merong Mahawangsa, Setem, Sepi, Baik Punya Cilok and the upcoming Kongsi, aku sgt appreciate dan tak penah fikir dua kali nak beli ticket.

(p/s: aku tak suka Hati Malaya... sah2 propaganda. mcm message ala2 Triumph of the Will pun ade jgk)
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:02 PM | Show all posts
Reply 3# cmf_king_kong


ianya tinggal rethorical semata-mata.who cares?cuba tanya sebilangan besar penonton yg tengok citer melayu psl slogan.mesti tercengang.kalo ianya tidak persuasive,rethoric tak sampai objektive  sah2 la membuang masa dan sia2.

speaking of which...tah kenapa authorities kat m'sia galak sgt segala mak nenek slogan kehulu kehilir.maal hijrah,hari guru,hari wilayah,hari kebangsaan ...and god knows what.mungkin kalo hari raya boleh letak slogan....nak diletakkan jugak slogan:re:sorry lepas geram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 12:36 PM | Show all posts
Reply 6# figurae

kalau takda org tgk macamana merong mahawangsa dah sampai RM juta-juta collection?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:39 PM | Show all posts
Reply 9# cmf_king_kong


    bekos merong filem komersial
   kalau  filem yg bertemakan "filem kita, wajah kite" yang cerita pasal patriotik (takde unsur cinta) ... yang mesej berat... filem yg     perlu berfikir... yang guna pelakon talented tapi tak glamour
yang takde nilai komersial macam pensil, crayon..  takde org yang nak beli tiketnye.. tenggelam macam itu aje
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply 7# MamüVies

tak patut rasanya to put the blame on audiences yg prefer filem ringan...

mentaliti orang2 kita masih menganggap filem itu sebagai hiburan semata-mata, jadi bila menonton filem melayu, mereka expect tema2 yg ringan kerana light film  dah menjadi trademark kepada filem2 melayu...bila ada local filmmaker cuba nak bawa serious or heavy theme...kita selalu compare dgn filem omputih, filem jepun, filem korea, filem hk..tak pun filem thailand or indonesia...itu tak masuk lagi kena bahan dgn moral police...dituduh tak bermoral lah, mengangkat budaya kuning lah...itu lah, ini lah...

jadi kita dah di indoktrinkan supaya menganggap filem melayu mesti filem ringan...kalau nak tgk filem serious atau heavy boleh tgk filem hollywood...

in the end..filmmaker pun give up and move along with the market...sebab takda demand...dan juga mcm ko cakap...they also need to pay the bills..


btw...apa salah dgn filem propaganda?...antara filem2 terhebat yang penah dihasilkan adalah filem propaganda seperti triumphs of the will dan the battleship potemkin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply 8# alesandra

aku care...sebab tu aku start thread ni...i mean someone got to care right?

actually aku dengar slogan filem kita, wajah kita ni dari penonton-penonton filem melayu sendiri...sebilangan besar mereka ini (golongan-golongan yang mengkayakan David Teoh and the gang) rata-rata menggunakan slogan tu as a catchphrase...juga justifikasi jika dipersoal kenapa menyokong filem2 ringan (mansur puteh ckp filem jamban)...

kalau dulu catchphrase dia tak salah aku is "sapa lagi yang nak sokong filem melayu kalau bukan kita"...so skrg ni dah minimalist skit jadi "Filem Kita, Wajah Kita"...but then aku tak tau sapa yang came up with that slogan...aku tak rasa finas or mana2 government bodies...correct me if i'm wrong...

pendapat aku...tak salah nak ber slogan bagai...ianya menunjukkan mission or vision sesebuah pergerakan/pertubuhan/organisasi etc etc...bila dah dicanangkan sebegitu (slogan) maka kenalah they commit to it...kalau sekadar retorik pun..at least we can used it as a backfire against them isn't it?...macam 1malaysia....opppss...

hey..hari raya pernah ada slogan lah...dulu masa skali dgn raya cine jadi "Gong Xi Raya"...time deepavali jadi "Deepa Raya"
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_king_kong at 30-3-2011 14:13

Reply 10# figurae

filem komersil tak menepati ciri-ciri "filem kita, wajah kita" ke?

bagi aku merong mahawangsa fit the description to be called as "filem kita, wajah kita" sebab ianya berdasarkan teks kesusasteraan melayu "the kedah annals"...

filem sepet dan mukhsin juga kalau nak diikutkan takda nilai komersil kerana menepati ciri-ciri yang ko sebutkan..one way or another...tapi filem2 tersebut berjaya...

tapi kenapa pensil dan crayon tak berjaya?...nak kata sebab tak komersil aku rasa tak betul lah sebab dah ada filem yang tak fit the conventional definition of filem komersil berjaya di pasaran..

btw ramai org suka dgn filem pensil sebenarnya...tapi semuanya tengok dekat tv...nobody thought it was first showed in cinema as a full-length film...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:41 PM | Show all posts
betul dah tu.. cuba bayangkan kalau kita buat filem world invasion, transformers.. mana bleh claim wajah kita.. manade kereta bertukar jadik robot ngan alien kat malaysia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 14# eniliana

apasal tak boleh?...jepun mengeksploit elemen robotik dan seni animasi dalam filem-filem mereka (samada real-live atau anime) dan elemen-elemen tersebut disatukan dengan jatidiri kejepunan mereka (code of bushido) sehingga bila disebut anime dan robotik secara automatik ramai orang akan associated them with japanese culture...

padahal filem-filem yang mempunyai elemen robotik dan animasi asalnya bukan dicipta oleh orang jepun

samalah macam US...takda sapa pakai spender kat luar tapi mereka mengangkat superman sebagai simbol patriotism...superman has become part of american culture...

oh yea btw...transformers was originally created by the japanese as a toyline tapi telah di syndicatedkan oleh amerika untuk dibuat siri kartun pada tahun 80an...so now you know
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by eniliana at 30-3-2011 15:19

Reply 15# cmf_king_kong

Tibe-tibe je gua rase nak jadi skema plak petang2 neh....


   aku rasa ko bukan buat2 skema.. tapi ko mmg skema tahap gaban.. lawak petang hari ngan serius pun tatau nak beza... hahaha..wikikiki.. {:3_84:}  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 03:19 PM | Show all posts
Reply 16# eniliana

skema itu seksi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply 12# cmf_king_kong

it is finas...filem  kita,wajah kita  slogan atau tema tuk festival filem malaysia.finas adalah penganjur utama utk ffm for past maybe more than ten years.cuma since tahun lepas,if i'm not mistaken derang bagi kat gafim.ffm tahun bila tema tu diguna pakai ko sendiri double check.history slogan tu aku tak sure.cuma satu aku pasti..basically industri tak bebas semua decision perlu melalui proses birokrasi.lagipon aku tak leh pikir la selain kementerian penerangan yg gigih sgt psl retorik slogan neh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 06:51 PM | Show all posts
Reply 11# cmf_king_kong

oh aku bkn cari blame dekat saper2, tp klu tanya aku ape punca citer2 mainstream malaysia asyik dekat takuk lama, mmg aku akan kata masalah demographic la...

dan lagi satu; Double standard amongst Malaysians yg sgt kungfued up. That's exactly what I meant when you said;

"bila ada local filmmaker cuba nak bawa serious or heavy theme...kita selalu compare dgn filem omputih, filem jepun, filem korea, filem hk..tak pun filem thailand or indonesia...itu tak masuk lagi kena bahan dgn moral police...dituduh tak bermoral lah, mengangkat budaya kuning lah...itu lah, ini lah..."


Couldn't have said it better myself.
Bila Aragorn jadi raja, diorg kata "Wow, so inspiring...". Bila Merong Mahawangsa jadi raja, diorg kata "typical... booooring!!"...
Bila Megan Fox pakai daisy dukes, diorg kata "Hot!!" Bila Sharifah Amani & Ida Nerina berkemban, diorg kata "Harommm!!"

Dah la double standard, hypocrite pulak... Aku aim sumer ni dekat saper?
Senang ckp, saper mkn cili dia la yg rasa pedasnya.

p/s: Aku tak kisah film propaganda, what I was saying was that, I don't believe in the agenda they were selling...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 06:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by MamüVies at 30-3-2011 19:28

But good discussion, bro (or sis?)
I'm enjoying giving my two cents here very much. Keep it real and honest!

samalah macam US...takda sapa pakai spender kat luar tapi mereka mengangkat superman sebagai simbol patriotism...superman has become part of american culture...


sial la... terkekeh2 aku gelak aku baca statement tu, nak solat pun susah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100197 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list