LAPORAN GATHERING BOD PAHANG
TEMPAT: FOOD COURT ARAS 4, KLCC
MASA: 12.15 TENGAHARI- 2 PETANG
KEHADIRAN:
arifah_72, hananie ngan hananie junior
Sebenarnya tak rancang betul2 gath ni. Kebetulan tukang tulis berada di KL, hajat hati tu...nak lah jumpa member forum. Sebagaimana yang dijanjikan, kononnya nak jumpa pukul 12. Tapi tukang tulis lambat 15 minit. Maaf ana.
Dah sampai KLCC, tukang tulis sms kat ana....kata dah sampai dan janji tunggu kat tempat yang ditetapkan. Pertama kali bertentang mata.....kelu lidah untuk berkata.....hanya senyuman penghias bibir. Lepas tu masing2 gelak . Inilah orangnya yang berbalas posting kat forum.
Disebabkan takde arah tujuan, kitaorg memilih utk ke food court aras 4. Boleh makan sambil borak sakan. Tapi kita org mcm kenyang je. Order air ngan makan buah Baguskan kalau mcm ni selalu. Maklumlah kitaorg pun dlm proses diet.
Banyaklah yang kitaorg bualkan. Termasuk lah citer sensasi dan gosip kat Bod Pahang. Sensasi ke? Mestilah kan. Forumer Pahang kan semernye glemer2. Secara detail tak perlulah diceritakan disini.
Sakan borak, tak sedar dah kul 2 ptg. Berat hati nak berpisah. Terima kasih ana atas segalanya. Layan kome ngan gegerl. Banjer kome lagi. Terima kasih atas segalanya. InsyaAllah.....ada kesempatan pasti bersua lagi.
Gambar utk tontonan umum
|