CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Apa PDRM buat utk menangani gejala mat rempit?

[Copy link]
Post time 7-5-2009 09:26 PM | Show all posts
tangkap semua mat rempit... kumpulkan kat satu kem... pastu buat cam CHINA punya program... jalan kaki jerr keliling m'sia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 12:15 AM | Show all posts
Campak sume rempit kt 1 pulau, buat trek kt pulau tu biar diorg rempit puas2, untung-untung bleh buat tempat tarikan pelancong
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 08:29 PM | Show all posts
bila aku tengok isu mengenai mat rempit jadi takut tau coz diorang ni berani....
kalau dari undang2 luar negara diorang memang guna kayu booti (sory kalau salah eja ya) atau
pun guna kejutan elektrik untuk mat2 rempit... baru sedar skit setakat tangkap buh dlm penjara tak ada kesan lg seronok diorg mkn free jer hehehe...
tapi masyarakat kite ni manja skit2 ckp kejam , guna kuasa la..benda ni kena tangani dari sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:05 AM | Show all posts
Anggota polis parah dirempuh mat rempit


REDZUAN Ali yang cedera parah akibat dirempuh oleh mat rempit ditemani isterinya ketika dirawat di HPRZ II, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 11 Mei - Seorang anggota polis parah setelah dirempuh motosikal yang ditunggangi mat rempit yang cuba mengelak daripada ditahan dalam operasi di Jalan Wakaf Mek Zainab dekat sini petang ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, mangsa, Koperal Redzuan Ali, 48, patah tulang rusuk dan patah bahu. Dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh anggota polis lain dengan bantuan orang ramai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama lima anggota polis sedang mengadakan operasi cegah jenayah dan menahan motosikal yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, ketika mangsa dan beberapa lagi anggota menghampiri untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba penunggang motosikal itu memecut dan melanggar mangsa yang berada di hadapan.

Katanya, mangsa kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri manakala dua pemuda yang berusia 22 dan 23 tahun itu turut terjatuh dan mengalami cedera ringan.

"Kedua-dua suspek yang dikawal polis turut dihantar ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Balai Polis Kok Lanas patah tulang rusuk dan bahu dan cedera di jari kelingking kiri. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berasal dari Kampung Penambang dekat sini, ditahan mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas.

Sementara itu, Redzuan ketika ditemui di HRPZ II berkata, dia tidak menyangka penunggang motosikal itu memecut secara tiba-tiba dan merempuhnya kerana ketika itu kenderaan terbabit sudah berhenti.

"Suspek bertindak merempuh selepas saya dan anggota polis meminta lesen memandu dan dokumen lain untuk pemeriksaan.

"Saya bernasib baik dan bersyukur kecederaan yang dialami tidak begitu serius," ujarnya yang ditemani isterinya, Faridah Mohamad, 44.

Beliau berkata, kejadian ini merupakan kali pertama menimpanya sejak bertugas di cawangan Trafik sejak 16 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:33 PM | Show all posts
Cara mengurangkan gejala rempit pada pandangan aku la...:

1. Haramkan motor dari bergerak secara kumpulan selain mendapat permit polis..yang mana ada motor yang bergerak lebih   dari pada tiga buah pada jam 10 mlm  hingga 6.00 pagi perlu disaman.
2. Rampas motosikalnya-
3. Kenakan hukuman membersih kawasan dengan pakaian Kuning (Sebab penjara dan penuh) biar diorang bersih kubur, kutip sampah dan cuci tandas awam yang kotor..
4. Sebat ditempat terbuka tapi tutup la muka pesalah tu...(bertujuan untuk elak org lain merempit la)
5. Hantar ke kem tentera untuk mendisiplin mereka..jika lulus baru boleh lepas-wujudkan satu kem khas...
6. Haramkan mereka daripada mengunakan motor selama beberapa tahun mengikut kesalahan la..pastikan mereka ada cop dalam penggunaan kenderaan awam.

AMACAM IDEA AKU NI.KOT KOT BOLEH JALAN TAK ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:42 PM | Show all posts
Denda diorang tdo sebelah kubur mat rempit yg mati kemalangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 12:43 PM | Show all posts

Reply #177 tempur's post

Dan kepada orang yang kasi pinjam motor dia untuk dirempitkan...pun kena hukuman yang sama....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:47 PM | Show all posts
Korek liang kubur dan paksa perempit dok dlm liang tu satu malam dgn motor dia sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 12:20 AM | Show all posts
klu ade bedah siasat mangsa kemalangan.....suruh diorang duduk skali bilik bedah tu &  tengok. jgn letak jauh2, gari tangan....pas tu hulur kepala depan2 mayat hancur tu tanpa pakai penutup hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:26 AM | Show all posts
Punca utama masalah rempit ni adalah kepupusan pengangkutan awam.  Kau orang sedar tak bas awam semakin pupus di bandar-bandar utama di Malaysia.  LRT ? area KL sajelah, area lain, negeri lain naik la LRT dalam mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:57 AM | Show all posts

Balas #182 narizman\ catat

wa tak setuju. Kepupusan pengangkutan awam bukan jadi punca. Punca dari sikap mat rempit tu sendiri.

Apa yang dicari oleh mat rempit? Glamour? aweks? menang? adrenalin punch? kemegahan? those are punca kenapa mat rempit merempit....

Masalah ni mungkin tak dapat diselesaikan sehingga akhir abad ini. Maksud wa, selagi motor masih dijual. tunggulah masa spacecraft ganti kenderaan dunia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 01:32 AM | Show all posts
rampas motor mereka dan bakar dpn2..... tak pun halang mereka dari beli motor sampai 2tahun..sapa yg bagi pinjam motor plak..denda kaw2...

[ Last edited by  razhar at 13-5-2009 17:59 ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:39 PM | Show all posts

Balas #184 razhar\ catat

makin bertambah plak kes curi motor pasnih.............
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 02:11 PM | Show all posts

Reply #185 jofizo's post

haram kan je motor2 CC kecik..minima CC ialah 500 ke atas..ok tak?

[ Last edited by  razhar at 13-5-2009 17:57 ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 05:26 PM | Show all posts
Ada orang kata nanti bagi semua orang senjata...bila orangramai ada senjata.. tentu tak de kegiatan merompak rumah dan meragut lagi sebab takut kena tembak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2009 09:03 PM | Show all posts
alangkah bagusnya jika polis tidak diganggu oleh ahli politikus dari menjalankan tanggungjawabnya menjaga keamanan.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 09:07 PM | Show all posts

Reply #186 razhar's post

aku setuju, muhahahaha......... setuju 100%
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 02:46 PM | Show all posts
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090514080016/Article/index_html

'Saya pesalah ragut抂/b]

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang dianggap keras namun berkesan apabila pesalah jenayah ragut dicadangkan menjalani hukuman memakai kemeja- T dengan tulisan khas 憇aya pesalah ragut
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 02:56 PM | Show all posts

Reply #190 bolt's post

kalo boleh tambah lagi..
"sila seret saya mcm saya seret mangsa2 saya"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 07:56 PM | Show all posts
Apahal Polis jae . . RT mana? Mak Bapak si mat rempit tu mana? takkan nak besarkan anak Polis pun nak kena jaga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list