|
salam ptg selasa yg malap...tambah lemau bod ni..paste herewith email yang gue dpt..nak gelak sat..keh..keh..keh..
amaran: baca boleh, percaya jgn sekali:
KENYATAAN AKHBAR
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
Mulai 1 Januari 2009, orang beragama Islam di Malaysia di larang menggunakan Bahasa Melayu. Ini adalah kerana banyak perkataan-perkataan di dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Sanskrit. Hasil kajian Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati 37% dari perkataan-perkataan di dalam bahasa Melayu berasal dari Sanskrit. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Sanskrit merupakan bahasa asal agama Hindu. Ia juga di kenali di masa yang lampau sebagai "the language of the gods". Oleh yang demikian, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat jika bahasa Melayu digunakan di dalam percakapan harian, terdapat kemungkinan besar aqidah orang Islam akan terjejas dan menyebabakan mereka menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Oleh yang demikian, Majlis Fatwa Kebangsaan dengan ini, secara rasminya, mengharamkan orang Islam di Malaysia dari menggunakan bahasa Melayu mulai 1 Januari 2009. Dengan terlaksananya fatwa ini, maka :
• Dewan Bahasa dan Pustaka akan dibubarkan serta-merta
• Stesyen-stesyen TV and radio tidak lagi akan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu
• Permit surat khabar berbahsa Melayu akan ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri
• Orang islam di Malaysia digalakkan membelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.
Fatwa ini merupakan fatwa yang terakhir menggunakan bahasa Melayu. Selepas hari ini, semua fatwa yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan akan menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin and Tamil.
Majlis Fatwa Kebangsaan
Kuala Lumpur, 24 November 2008 |
|