CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Dr. Mahathir

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2008 09:54 AM | Show all posts
Masyarakat Pendatang Tidak Patut Ambil Mudah Pengorbanan Masyarakat Pribumi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Masyarakat pendatang di sesebuah negara tidak patut mengambil mudah pengorbanan masyarakat pribumi, dan perlu mengambil berat keperluan untuk melindungi kepentingan masyarakat itu yang bermurah hati mewujudkan suatu pemuafakatan dan kemakmuran bersama, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata dari segi sejarah, bangsa Melayu telah begitu toleran terhadap kaum imigran dan menerima mereka seadanya tanpa perlu mengorbankan budaya dan bahasa negara asal mereka.

"Di Malaysia, terdapat pemimpin yang tidak mahir bahasa Melayu pun boleh terpilih untuk menjadi wakil rakyat.

"Apatah (lagi) ruang kebebasan yang mereka kecapi melalui peluang mencari rezeki, mengaut kekayaan sebanyak mungkin serta kebebasan beragama dan bersuara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyokong titah ucapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah semalam yang bertitah masyarakat pendatang di sesebuah negara perlu menghormati dan menerima tradisi, sejarah serta sistem kerajaan yang wujud di negara yang menerima mereka.

Ibrahim berkata Perkasa berpendapat bahawa titah ucapan baginda sebagai peringatan mengenai kenyataan proses penyesuaian diri oleh mana-mana kaum imigran yang berlaku di seluruh dunia, kecuali kes penghijrahan imigran di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand di mana penduduk asalnya dilayan dengan buruk dan kejam.

Katanya, titah baginda juga merupakan lanjutan kepada kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini berhubung hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kaum imigran di seluruh dunia kebanyakannya mengikrarkan sumpah dan taat setia kepada negara baru serta pemimpin tempat mereka berlindung, serta perlu membuat bayak penyesuaian terhadap budaya, bahasa dan cara hidup di negara tempat mereka berpijak.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Yusri Mohamad yang turut menyokong titah ucapan Raja Dr Nazrin Shah berkata kegagalan untuk menghormati tradisi, sejarah dan sistem kerajaan yang wujud di negara ini adalah antara punca yang boleh menimbulkan konflik yang tidak perlu dan merugikan.

"Akhir-akhir ini, dalam keghairahan mengikut angin perubahan yang bertiup, ada kecenderungan melampau sesetengah pihak untuk merombak sistem dan kerangka sosio-politik yang sedia ada tanpa mengambil kira faktor tradisi, sejarah dan sistem yang unik dalam negara kita," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Yusri berkata keunikan realiti dan situasi yang ada di Malaysia mestilah diberi perhatian secukupnya oleh mana-mana usaha dan inisiatif untuk membawa perubahan.

"Sudah tentu, perubahan adalah suatu yang lumrah dan perlu. Tetapi dalam situasi negara kita, batas-batas yang menentukan apa dan setakat mana perubahan yang wajar dilakukan perlulah dipelihara oleh semua," katanya.

Beliau berkata ABIM turut menyokong peringatan Raja Muda Perak supaya segala bentuk kecenderungan ekstrimisme dalam menganggap persoalan-persoalan kaum dan agama, harus dielakkan.

"Kecenderungan ekstrimisme dalam urusan berkaitan kaum dan agama ini adalah berpunca antaranya daripada sikap tidak objektif, ilmiah dan terlalu berpandukan sentimen serta emosi dalam menanggapi isu-isu ini.

"Akhirnya faktor-faktor yang asasi dan muktabar seperti realiti, tradisi dan sejarah tidak diberikan pertimbangan yang sepatutnya dan akhirnya mencetuskan sikap dan tindakan yang melampau," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee dalam satu kenyataan berkata peringatan Raja Dr Nazrin Shah perlu diberi perhatian serius oleh pelbagai kaum di negara ini dan mereka juga perlu kekal menghormati teras pemerintahan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Berpandukan fakta sejarah, tidak ada sebab bagi sesetengah kaum secara lantang mempertikai taraf serta hak rakyat pribumi negara ini, sebaliknya mereka perlu bersyukur kerana kepentingan dan kedudukan mereka tetap terbela.

"Sejarah juga telah membuktikan bahawa warga imigran yang ada di negara ini diberikan peluang dan ruang membabitkan diri dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, budaya, sosiol dan politik," katanya.

Syed Ali berkata masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

"Tetapi kita berasa dukacita kerana sejak akhir-akhir ini sesetengah pihak bertindak sebagai juara dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata politik untuk menyerang kedudukan dan kepentingan orang Melayu," katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak menjadikan aset komuniti kaum sebagai medan bertujuan melukai kaum yang lain atas dorongan untuk meraih kuasa.

"Generasi muda perlu diberi gambaran yang betul berhubung sejarah imigrasi dan kedudukan mereka di negara ini bagi memastikan kerukunan masyarakat berbilang kaum dengan orang Melayu kekal sebagai rakyat pribumi,"

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Lee Wei Kiat, yang juga Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan parti itu berkata makna sebenar kepelbagaian adalah untuk saling hormat menghormati di kalangan orang ramai, senang dengan kehadiran orang lain, menghargai dan juga memuliakan perbezaan mereka.

"Kebenarannya ialah kita makan dan memakai pakaian kumpulan etnik yang lain tidak bermakna kita telah menjalin perpaduan. Kita mencapai matlamat itu apabila kita menghormati pendapat orang lain, menghargai budaya tempatan atau belajar bahasa mereka," katanya.

Sambil menyokong kenyataan Raja Dr Nazrin Shah, beliau berkata rakyat Malaysia bertuah kerana tidak perlu keluar negara unuk mendapat pengalaman itu.

"Peluang untuk berinteraksi dan menjalin perpaduan telah meletakkan asas yang kukuh bagi menjalin persefahaman dan menghargai kumpulan etnik yang lain," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 21-11-2008 09:54 AM
Masyarakat Pendatang Tidak Patut Ambil Mudah Pengorbanan Masyarakat Pribumi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Masyarakat pendatang di sesebuah negara tidak patut mengambil mudah pengorbanan ma ...


tu la AN... org Melayu dan Islam Malaysia ni aku tgk byk berubah bila berasa diri sendiri bagus dan kompetitif utk bersaing dengan bangsa lain... walhal, tanpa disedari tu, bangsa Melayu dan Islam sebenarnya jauh tertinggal...

pulak tuh... org Melayu nie kurang involved dgn NGO dan pertbuhan kaum mereka berbanding lain esp Cina... mereka mungkin nampak TAK SERASI dalam politik, tapi hakikatnya mereka bersatu dlm memperjuang hak2 mereka... manakala Melayu n Islam Malaysia nie tak pernah bersatu dlm memperjuangkan hak2 mereka... asyik2 nak menghina, mengutuk satu sama lain dan fikir, Melayu dan Islam dah boleh bersaing ngan yang lain (hak kesamarataan kot--- hidup karpal n kit siang )

kadang-kadang aku tgk dorg ni tak reti bersyukur.. kalo mereka di Indonesia, pasti nama mereka kene ikut budaya/nama org2 asal disana... kalo malaysia buat camtuh.. tak tahulah nama karpal singh jadi apa, mungkin jadi kadir, ke malek ker...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by amd_sempron at 21-11-2008 11:17 AM


tu la AN... org Melayu dan Islam Malaysia ni aku tgk byk berubah bila berasa diri sendiri bagus dan kompetitif utk bersaing dengan bangsa lain... walhal, tanpa disedari tu, bangsa Melayu dan  ...


den pun melayu..banyak kali dah declare takkan lawan 153..
tapi wajib ke kita pertahankan melayu haprak, bangsat dan yang sewaktu dengannya..
jangan sebab umno melutut dgn british dan dapatkan hak2 untuk membacakan perisytiharan kemerdekaan tetapi bersyarat,
maka semua umat melayu tak boleh menghentam kesalahan umno..kat sini sapo yang maksum sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:22 AM | Show all posts
aku setuju dengan kata2 dr.mathadir
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by limau at 21-11-2008 11:22 AM
aku setuju dengan kata2 dr.mathadir


sapo mat hadir tu...mat tuang ko tak setuju ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by amd_sempron at 21-11-2008 11:17 AM


tu la AN... org Melayu dan Islam Malaysia ni aku tgk byk berubah bila berasa diri sendiri bagus dan kompetitif utk bersaing dengan bangsa lain... walhal, tanpa disedari tu, bangsa Melayu dan  ...


Sebab tu ada orang panggil melayu2 macam tu otak penuh ngan taik..mereka2 tu tak boleh pk..sebab dah penuh ngan taik..so..camner nak pk..bila otak dah penuh ngan taik...yg keluar dari mulutnya sudah tentu keluar bau taik jugak.


Bangsa2 pendatang tu memang tak sedar diri..malah kurang ajar plak lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2008 12:18 PM | Show all posts
This message is sent automatically by the forum.


The following posts were rated by AceHand.

QUOTE:
si tua ni nak perjuangkan ketuanan mamak ke ataupon ketuanan anak-branak/kroni?


Date: 20-11-2008 12:15 PM
Board: Isu Semasa ( Current Issues )
Thread: Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Dr. Mahathir

Score: Credits -98
Reason: His/Her Reason: Reporting this to you for different opinions. MENGHINA BEKAS PEMIMPIN NEGARA YG ULUNG DAN KETURUNAN MAMAKDI MALAYSIA...


kah..kah..kah...
siapa yg buat repot ni?
MENGHINA MAMAK?
Aku rasa lepas ni kita kena panggil mamak sbg melayu kot.
baru diorang tak rasa terhina.

[ Last edited by  juanco at 21-11-2008 12:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 12:23 PM | Show all posts
lawak jarjis!

"MENGHINA BEKAS PEMIMPIN NEGARA YG ULUNG DAN KETURUNAN MAMAKDI MALAYSIA..."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 05:26 PM | Show all posts
sikit-sikit nak sentuh hal berkaitan keistimewaan org islam, melayu n bumiputera. aku harap supaya hak memberi kerakyatan kepada kaum pendtang ni ditarik balik. biar dorang balik semula ke negara masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 21-11-2008 11:59 AM


Sebab tu ada orang panggil melayu2 macam tu otak penuh ngan taik..mereka2 tu tak boleh pk..sebab dah penuh ngan taik..so..camner nak pk..bila otak dah penuh ngan taik...yg keluar dari mulutny ...

bila mati nanti..Tuhan tak tanya ko bangsa pendatang ke bangsa pribumi AN
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by sailfish at 21-11-2008 05:26 PM
sikit-sikit nak sentuh hal berkaitan keistimewaan org islam, melayu n bumiputera. aku harap supaya hak memberi kerakyatan kepada kaum pendtang ni ditarik balik. biar dorang balik semula ke negara ...

tanah jawa ada tempat lagi ke utk melayu cam ko ni???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 21-11-2008 11:20 AM

den pun melayu..banyak kali dah declare takkan lawan 153..
tapi wajib ke kita pertahankan melayu haprak, bangsat dan yang sewaktu dengannya..
jangan sebab umno melutut dgn british dan dapatkan hak2 untuk membacakan perisytiharan kemerdekaan tetapi bersyarat,
maka semua umat melayu tak boleh menghentam kesalahan umno..kat sini sapo yang maksum sebenarnya?

tu yg aku pelik balaci2 UMNO ni... hanya semata2 sebab dia sebangsa dgn kita.. maka kita disuruh mempertahankan mereka yg kaki rasuah, zalim pada rakyat...
bila tak leh berhujah... mula la kata
ala BUSUK BUSUK PON ORG KITA GAK.. katanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:41 PM | Show all posts
aku sokong rafidah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:00 AM | Show all posts

Reply #169 sailfish's post

mustahil berlaku pada masa ini kecuali masa berputar kembali 400 tahun dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:01 AM | Show all posts
menci tawww kitty kitty bagai ni tawwww -
menci menci
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:35 AM | Show all posts
So...orang meLAYU dah asah parang ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 03:32 AM | Show all posts
Dulu masa org cina org india sokong ko.. ko bagi tanah..ko kurangkan kuasa raja raja melayu.. ko jugak yang arahkan persempadanan semula..kawasan org melayu ko pecah pecahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 06:33 AM | Show all posts

Reply #177 kermittx's post

it doesnt matter what you talking about!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 06:44 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 22-11-2008 06:33 AM
it doesnt matter what you talking about!

jenis baca last page jee... typical minah felda
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 07:00 AM | Show all posts

Reply #179 peYno's post

what is your name?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.100469 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list