|
Balas #155 silent_kid\ catat
tak sabar nak tunggu kanda silent reply lagik hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #156 juliet80\ catat
kisah cinta penyerinya nanti..... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #157 alia_hus\ catat
dalam hidup ni ada dua pilihan kalau kita nak buat sesuatu sama ada nak atau tak nak.... dalam waktu kita buat pilihan tu kita kena fikirkan apakah kita akan menyesal nanti... mungkin tu apa yang ana fikirkan kot hehee |
|
|
|
|
|
|
|
dinda sunan sambung lagi pls..... |
|
|
|
|
|
|
|
sapala org yg ddendam sgt bebal tu ehh..ni yg lg tak sabar juliet ni mnanti tuan laksamana update new n3.. |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum... hehe hamba br balik bertapa.. sejuk sgt kat situ smpai menggigil.. k kita sambung balik
DALAM kegelapan malam aku berjalan menyusuri semak-semak yang tumbuh meliar dengan hanya berpandukan cahaya bulan. Hutan ini terlalu luas! Sukar untuk aku temui jalan keluar dalam keadaan begini. Akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri daripada mereka. Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan sesuatu yang tidak kita duga. Seperti tadi.... sehingga kini aku masih tidak mampu untuk menerima kenyataan yang ternyata itu adalah kebenarannya! Sungguh..... Encik Syukri yang aku anggap selama ini seorang lelaki yang baik sanggup melakukan perbuatan seumpama itu. Malah, dia menyuruh orang membunuh aku! Aku tergamam tatkala mendengar perkataan 慴unuh |
|
|
|
|
|
|
|
揗ACAM mana dia boleh terlepas?! |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah bebal berdendam ngan ana? apa yang dah ana lakukan sampaikan segala kebaikan yang ana lakukan langsung tak memberi kesan pada bebal......
dinda sunan welcam back dr long holiday ye |
|
|
|
|
|
|
|
suspen nye sapa 'dia' tu sbnarnye ekk ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #171 alia_hus\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Balas #172 juliet80\ catat
'dia' bunga rahsia tapi rahsia tu terbongkar jugakkan nanti hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #174 laksamana_sunan's post
sabar je la mnanti ehh |
|
|
|
|
|
|
|
Chapitre Un 6
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan kau terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah SWT sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu dengan sia-sia. Bukan Allah SWT tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah akrab untuk dekat dengan-Nya.....
~Ana~
“Ana.. Jalanlah cepat sikit! Lambat betollah kau ni!” Eton menarik tanganku mengikut langkahnya.
“Yelah, yelah.. Aku cepatlah ni!” aku memuncungkan bibirku. Banyak songehlah Eton ni!
“Kita nak pergi mana ni?” aku bertanya. Sepanjang perjalanan aku melihat Eton seperti cacing kepanasan. Cemas semacam... Ada apa-apa yang tak kena ke? Aku mencium bau bajuku.. Hmm.. wangi je tak busuk pun.
“Baliklah!! Dah malam tau tak! Takkan nak tercegat je kat depan bangunan tu macam jaga! Kalau kena culik nanti macam mana? Aku jugak yang susah...”
“Laaa... tu pun nak marah ke...” aku mencebik sedikit. Ingat apelah tadi.
“Kau ni kenapa? Angin satu badan. Kau pe’od eh?”
“Syhhhh... Senyap!” Eton meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
Aku hanya terdiam melihat perlakuan Eton. Perangainya lain macam sejak dua menjak ini. Dalam keadaan terpaksa aku menurut jua ke mana saja kaki Eton melangkah. Rasa curiga mula bercambah dalam hati tetapi aku diamkan saja. Takkanlah Eton nak buat macam tu... Aku cuba menyedapkan rasa hati sendiri.
Sudah hampir 20 minit kami berjalan tetapi apa yang kulihat disekelilingku begitu asing sekali. Jalan ni bukanlah jalan nak balik ke rumah.
“Eton....” aku menarik tangannya.
“Kau nak bawak aku pergi mana ni? Ni....bukan jalan yang selalu kita guna...” aku menyatakan kebimbanganku.
“Aku tahu tapi kalau kita ikut jalan ni buleh sampai rumah lagik cepat. Dah, jomlah!” Eton tetap bertegas dengan pendiriannya. Dia langsung tidak mahu mendengar pendapatku walau sedikitpun. Puas aku menerangkan segala kemungkinan yang bakal berlaku tetapi malam itu kelakuan Eton benar-benar aneh. Sikapnya jauh berlainan daripada Hastun Maziah yang aku pernah kenal dulu.
“Ana... kau tunggu aku kat sini kejap eh. Aku terlupalah... Aku nak beli barang kejap. Kau tunggu kat sini tau. Jangan pergi mana-mana.”
“Aku ikut kaulah.” Aku membantah. Takkan nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Dahlah kawasan ni sunyi..
“Kenape?” Eton bertanya seperti orang dungu. Mestilah aku takut kalau kena tinggal kat sini sorang-sorang!
“Aku takutlah tunggu sorang-sorang kat sini. Dahlah gelap pulak tu.... macam mana nanti kalu aku kena kidnap ke? Ada orang datang kacau aku ke? Tak molah tunggu kat sini!” aku mencipta alasan. Biarkan! Lebih baik sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku ataupun nama sebenarku Ana. Jangan biarkan hidup anda diselubungi..... misteri.. Hohohoho.
“Oittt!” suara Eton menggegarkan lamunanku.
“Yang kau senyum sensorang ni kenapa?! Dahlah, tunggu jer kat sini. Aku pergi tak lama. Kejap lagik aku baliklah. Lagipun takde sape yang berani kacau kau kalau tengok muke kau tu. Tunggu tau!” ujar Eton lalu meninggalkan aku terkontang-kanting berseorangan di situ. Eton terus berlari-lari anak menuju ke kedai yang berhampiran. Berhampiran ape?! Jauh giler nak pergi kedai dari sini. Ishh... kenapalah aku perlu ditinggalkan di sini. Kesiannya aku... Isk..isk..isk..
‘Lagipun takde sape yang berani kacau kau kalau tengok muke kau tu.’ Kata-kata Eton tadi terngiang kembali di telingaku. Eleh, ape ingat muke aku ni tak lawa ke?! Inilah muka yang termahal dalam dunia tau. Takde siapa yang mirip seperti aku sebab muka ni seratus peratus original. Tak mainlah ciplak-ciplak punyer!
“Lepaskannn!!!” dari jauh terdengar sayup-sayup suara orang wanita sedang meminta tolong.
“Siapa tu?.....” aku memandang sekeliling. Gelap. Di kiri kananku hanya terdapat bangunan terbiar yang tidak dihuni sesiapa. Mungkin penghuninya ada tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Dadaku semakin berdegup kencang. Bulu roma meremang menaikkan lagik keseraman yang aku alami. Aku segera mencapai batang kayu yang terdapat di dalam longkang di situ. Ini untuk keselamatan. Aku mengangguk sendiri.
“Tolong!! Lepaskannn!!” suara itu datang lagi. Kali ini diiringi dengan esak tangis yang terputus-putus. Mungkinkah seseorang berada dalam bahaya sekarang atau ada sesuatu yang sengaja mempermainkanku? Pelbagai persoalan menerjah fikiranku kini. Berani bercampur
takut. Aku memberanikan diri melangkah menuju ke arah suara itu.
Dup dap dup dap... aku memicingkan telinga untuk mendengar dengan lebih jelas dari mana suara itu datang. Ya... tidak lain dan tidak bukan suara itu datang dari sana.... Belakang bangunan kosong yang sudah terbiar. Berusaha, Ana! Jangan takut! Aku memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Yussshhhh!! Bersedia untuk menyerang! Aku menggenggam erat kayu di tangan. Nanti kau! Jap... ssebelum tu baca bismillah dulu. Aku lantas membacanya di dalam hati. Doa itu penting dalam memulakan sesuatu pekerjaan. Ingat tu adik-adik. Baiklah, bersedia semua!
Dari jauh aku dapat melihat seorang wanita sedang dikepung oleh sekumpulan lelaki. Nampaknya seperti kumpulan gangster... aku menelan liur beberapa kali. Setelah dikira dan diteliti dengan baik, mereka semua ada lima orang. Salah seorang berambut panjang sampai ke bahu. Eh, gangster pun nak simpan rambut panjang ke? Oiii, pergi jadi bapoklah senang! Jadi samseng pun menyusahkan orang lain jer. Apa-apapun, abaikan yang tu... Sorang lagi pakai jaket hitam berkilat, lepas tu yang sebelah sana tu pakai topi biru tua, sebelah lagi pakai baju genggang dan sebelah lagi hek’eleh, pakai topi koboi! Ingat sini gurun ke?!
Hmm, takpe-takpe.. diorang tu bukannya kuat sangat. Kalau campur aku jadilah enam orang. Hmm, oklah tu. Aku berkata sendiri. Nak sedapkan hatilah tu!
“Hahahah!! Mane kau nak lari, hah?! Kau takkan dapat lari ke mana-mana. Bebal takkan datang selamatkan kau!” salah seorang daripada mereka berkata.
Tak guna betol! Ramai buli seorang. Perempuan pulak tu!
Aku lantas bergerak lalu bersembunyi di satu sudut terlindung di bangunan berhampiran. Ehem-ehem, testing, testing 1, 2, 3...
“Jangan bergerak!! Anda semua telah dikepung!!!” aku mengeraskan suara dan berlagak seperti seorang polis.
“Polis?!!” lelaki yang bertopi koboi berteriak. Jelas terpamer riak cemas di wajahnya. Masing-masing sudah gelabah untuk melarikan diri.
“Tinggalkan dia kat situ! Jom blahhh!!” lelaki yang memakai jaket hitam menolak wanita itu sehingga jatuh tersungkur. Mereka semua lantas melarikan diri sehingga langsung tidak menoleh ke belakang. Mission complete! Aku mengucapkan kata syukur di dalam hati.
“Cik tak apa-apa?” aku bertanya kepada wanita itu sambil menolongnya berdiri.
“Terima.. kasih...” ujarnya lalu menghadiahkan sebuah senyuman.
[ Last edited by laksamana_sunan at 2-1-2009 07:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
“Kita kena pergi dari sini cepat. Takut nanti mereka datang balik.” aku lantas memapahnya dan membawa dia pergi dari situ.
Di pertengahan jalan sesuatu yang tidak diduga berlaku..
“Nak pergi ke mana cik adik berdua? Heheh....” lelaki-lelaki tadi muncul kembali. Kali ini mereka semua memegang kayu di tangan masing-masing. Melihatkan wajah mereka saja sudah cukup membuatkan aku loya. Uwekkk!!!
“Korang semua nak apa?!” tanyaku.
“Hahaha! Takutnyerrr....” ujar lelaki yang berjaket hitam. Ketawa mereka semua berderai memecahkan kesunyian malam. Tiba-tiba suasana menjadi senyap kembali. Angin malam menderu mendinginkan tubuh di waktu dinihari. Mata mereka semua kini mencerlung memandangku.
“Kalau korang semua nak lawan dengan aku boleh tapi lepaskan dia!!” ujarku.
“Woi! Kau ingat kitorang bodoh macam kau? Aku nak dia, bukan kau!!” jerkah lelaki itu lagi.
Aku menarik nafas panjang. Nampaknya dah tak ada cara lain lagi. Keadaan sekarang terlalu mendesak untuk aku berbuat begitu.
“Baik, kalau kau nak dia, langkah mayat aku dulu.” ujarku serius.
“Hahaha, jangan nak merepek!!” kemudian salah seorang daripada mereka terus menyerangku.
Aku terus mempraktikkan segala ilmu pertahanan diri yang pernah aku pelajari dulu walaupun aku taklah sehebat mana. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu aku akan terus bertahan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!
Walaupun diserang dari kiri dan kanan, aku terus bertahan dan membalas pukulan mereka. Setiap tumbukan dan tendangan aku padukan sekuat tenaga.
“Hiyakk!!” aku menyerang tepat di perut lelaki berbaju genggang. Lelaki itu tertunduk sambil memegang perutnya.
Akhirnya seorang demi seorang daripada mereka jatuh menyembah bumi sambil mengerang kesakitan. Aku menyapu bibirku yang luka berdarah akibat tidak sempat mengelak tumbukan yang ditujukan padaku. Seluruh badanku terasa sakit tetapi aku gagahkan jua untuk berjalan. Mane tak sakit, dah lame aku tak buat latihan.... Akukan pemalas hehehe.
“Jom..” wanita itu membantu memapahku. Kami berdua berjalan bersama keluar dari situ.
“Terima kasih sekali lagi.. Awak dah banyak tolong saya...” katanya.
“Tak apa...” balasku sambil tersenyum kecil.
“Saya... Maisarah.” wanita itu memperkenalkan diri.
“Ana...” aku menyambut salam perkenalan yang dihulurkan.
Tiba-tiba telingaku mendengar satu bunyi yang cukup asing sekali. Aku lantas berpaling ke belakang. Semuanya berlaku dengan cukup pantas sehingga aku tergamam di situ.
“Yaahh!!” lelaki berjaket hitam itu muncul semula sambil membawa sebilah pisau yang ditujukan tepat ke arahku tetapi ternyata jangkaan ku silap. Pisau itu bukan ditusukkan padaku tetapi pada seseorang yang berada di sebelahku. Ya.. Maisarah.
Dan dalam sekelip mata satu objek keras melayang ke arahku. Pada waktu itu mataku hanya tertancap pada paku yang terlekat di kayu itu.
“Paapp!!” kayu itu terkena tepat di kepalaku. Aku jatuh menyembah bumi. Darah merah pekat mengalir membasahi wajahku. Aku melihat Maisarah sudah terbaring di sebelahku sambil nafasnya turun naik menahan kesakitan.
“Qayyum!!!” jeritan Maisarah menusuk masuk ke gegendang telingaku.
Pada masa itu aku dapat melihat seorang lelaki datang lalu menghalau semua lelaki yang mengganggu kami. Pandanganku semakin berpinar dan akhirnya aku rebah di situ.
AKU terjaga dari tidur. Mimpi! Mimpi itu datang lagi. Masa yang pantas berlalu tidak akan dapat diundur kembali. Sejarah lalu sudah tidak bisa dipadam. Segalanya sudah termaktub dalam kamus jiwa. Mengenang yang lepas agar sejarah tidak berulang kembali bukan bermakna menangisi. Biarlah waktu yang menentukan segalanya... aku bukan perwira sakti yang punya kuasa luar biasa. Aku cuma manusia biasa....
Aku beristighfar panjang. Cahaya matahari pagi menusuk masuk di celah-celah dahan pokok sehingga mencecah ke bumi. Aku mengurut tengkukku yang terasa lenguh. Manakan tidak kalau tidur bersandarkan dahan pokok.
Kreuutt.. perutku sudah berbunyi menandakan kelaparan di tahap tinggi. Aku merenung jauh di sekeliling. Hanya hutan dan semak samun. Bagaimana untuk aku mencari makanan? Aku cuba bangkit berdiri. Aku memegang batang pokok sekuat tenaga. Aduh.... luka di kakiku sudah semakin membengkak membuatkan aku terbatas untuk bergerak.
Ana... fikir secara positif. Positif! Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup inikan pula aku yang sememangnya hidup luar batu. Takpe, kalau takde makanan kita cari air dulu. Tanpa membuang masa aku terus berjalan menelusuri denai kecil yang ada di situ. Setelah penat berjalan aku berhenti seketika untuk menyegarkan diri. Air embun.... aku tersenyum kecil lalu aku menyapu air itu di mukaku. Hmmm, barulah rasa segar!
[ Last edited by laksamana_sunan at 2-1-2009 07:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #176 syamaqad\ catat
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|