CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kekekek

Lintas langsung sidang media Mawi di Awani - Ch 501 HARI INI, 2.30 pm [pg 5]

[Copy link]
Post time 5-11-2008 08:05 AM | Show all posts

utusan malaysia - 5 nov 08

Mawi-Ekin jalani kursus kahwin

PUTRAJAYA 4 Nov. - Artis popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'Ashikin Rahmat yang bakal bernikah pada 20 Disember depan menjalani kursus perkahwinan yang diadakan di Masjid Putra di sini hari ini.

Kursus yang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir 10.30 malam itu dianjurkan khusus untuk kedua-dua pasangan terbabit yang turut disertai beberapa kakitangan Astro.

Kursus itu membabitkan 11 sesi ceramah.
Rakaman perjalanan kursus perkahwinan tersebut boleh disaksikan oleh orang ramai melalui saluran Oasis (saluran 106, Astro) dalam tiga bahagian pada 17, 18 dan 19 Disember ini.

Antara sesi ceramah yang dihadiri Mawi, 27, dan Nora'ashikin atau Ekin, 29, ialah Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Tekanan dan Konflik serta Pembubaran Perkahwinan membabitkan tujuh penceramah termasuk Imam Besar Masjid Putra, Abd. Manaf Mat.
Dipelajari


Sementara itu, Mawi ketika ditemui pemberita berkata, dia kini sudah bersedia dan yakin untuk bergelar suami selepas menjalani kursus berkenaan.
"Ada banyak yang saya pelajari. Kursus ini juga membuatkan saya mengingati kembali apa yang dipelajari semasa zaman sekolah dahulu.
"Sememangnya saya berdebar menanti saat dinikahkan tetapi Insya-Allah, saya sudah bersedia menempuhinya,'' katanya.

Selain Mawi dan Ekin, turut menyertai kursus perkahwinan itu ialah pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 28, yang mengikat tali pertunangan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 29, bulan lalu.
Mawi bakal menikahi Ekin pada 20 Disember depan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, Johor pada pukul 11 pagi dengan wang hantaran sebanyak RM30,000 serba satu.

Dalam pada itu, Ekin memberitahu, segala persiapan mengenai majlis pernikahan dan persandingan antaranya dan Mawi sudah 70 peratus siap dilakukan.
"Kad kahwin pula akan diedar pada pertengahan bulan ini. Selepas kursus perkahwinan, saya dan Mawi akan mengadakan mesyuarat bersama mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan untuk memastikan segalanya berjalan lancar,'' tambah pelakon itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 10:01 PM | Show all posts
ala budak botak ni ..  macam la dia sorang belajar munakahat ni .. aku dulu pun belajar jugak ..

cuma nak tau si kikin ni dulu sekolah agama tak ? kat johor wajib masuk sekolah agama ni tau ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:58 AM | Show all posts

harian metro 6 nov 08

'Bukan sebab tak sabar'




Rap
JIKA dibahagi, darab, tolak dan campur, hanya beberapa minggu saja lagi Asmawi Ani atau Mawi akan bergelar suami kepada pelakon dan model, Nora'ashikin Rahmat (Ekin). Bahkan, dalam tempoh yang kian singkat ini pasti banyak perkara perlu dibuat.
Namun, kegelisahan yang bersarang di hati pasangan ini mungkin sedikit 'lega' apabila semalam Mawi, 27, dan Ekin, 29, mengikuti kursus perkahwinan anjuran Astro Oasis di Masjd Putra, Putrajaya bermula jam 9 pagi hingga jam 10.30 malam.

Ketika ditemui media merpati dua sejoli ini anggun dan kacak menggayakan busana sedondon berwarna putih. Bahkan, kedua-duanya dilihat cukup seronok dengan kursus dihadiri apabila asyik ketawa mendengar penerangan penceramah.

Hinggakan, kadang-kala Mawi dilihat ketawa besar tanpa kawalan. Apapun, kelakuan ditonjolkan bakal pengantin ini dalam kursus itu, yang pasti 'impian' mereka untuk bersatu semakin jelas. Cuma, selepas ini Mawi dan Ekin harus menjalani ujian kesihatan.

Menurut Ekin, ujian kesihatan itu akan dilakukan mereka berdua dalam tempoh terdekat ini di Johor Bahru.

Katanya, ia tidak dibuat di Kuala Lumpur kerana mereka memang diminta melakukannya di Johor. Justeru, kini hanya menunggu tarikh yang sesuai.

"Disebabkan saya dan Mawi sama-sama orang Johor dan akan berkahwin di negeri kelahiran kami sendiri, ujian kesihatan itu wajar dilakukan di sana (Johor). Setakat ini kami masih belum mendapat tarikh sesuai, tetapi ia akan dibuat segera," katanya.

Menyentuh persiapan pengantin perempuan, Ekin yang pernah membintangi drama Kawan di TV3 berkata kira-kira 70 peratus sudah siap. Namun, akuinya dia resah memikirkan sama ada segala persiapan itu mencukupi atau tidak.

"Maklum sajalah, Mawi orang popular dan ramai peminat. Jadi, seharusnya saya perlu memastikan semua benda ada dan tidak tertinggal.

"Saya sangat risau sekiranya hingga ke saat akhir masih ada yang kurang, sebab itu perasaan sangat gementar.



"Bukan saya tidak sabar hendak kahwin, tetapi bila memikirkan banyak benda, perasaan gugup hendak melangkah ke arah itu (berkahwin) semakin menebal. Bagaimanapun, dari aspek diri saya sendiri memang sudah bersedia bergelar isteri Mawi," katanya.

Ditanya mengenai lokasi persandingan pihaknya yang dibuat di Stadium Tertutup Johor Bahru berbanding sebelah Mawi, hanya di Dewan Felda Taib Andak, Kulai, Ekin berkata sebenarnya keluasan stadium itu tidaklah sebesar mana seperti difikirkan.

"Walaupun namanya Stadium Tertutup tetapi seramai 1,200 orang saja boleh dimuatkan. Malah, ini lokasi terakhir pilihan saya sekeluarga memandangkan kebanyakan hotel di Johor Bahru penuh dengan tempahan. Biasalah, Disember adalah cuti sekolah.

"Kalau ikut perancangan asal saya, persandingan ini mahu dibuat di Persada Johor. Namun, sudah penuh ditempah pula.

"Tidak mahu pening kepala, stadium pun jadilah. Paling penting, dapat meraikannya bersama sanak saudara dan peminat Mawi," kata Ekin.

Memandangkan perkahwinannya dan Mawi akan menjadi 'wedding of the year', kata wanita manis bertudung ini, dia cuma mengimpikan majlis yang sederhana tetapi meriah.

Bagaimanapun, mengenangkan Mawi yang ada ramai peminat, Ekin akur.

"Dalam soal ini, kami tiada niat bermegah. Namun, memikirkan cakap orang kami sedaya-upaya membuat yang terbaik. Bukan apa, kalau buat majlis biasa risau dikatakan Mawi kedekut dan lupa peminat. Bila besar pula, timbul lain cerita.

"Hakikatnya, kami serba salah. Terutama, di pihak saya kerana apa saja Ekin buat sudah pasti macam-macam orang kata. Begitu juga dengan gosip mengatakan saya asyik mengekori Mawi di setiap majlis. Sebenarnya, kehadiran saya kerana diundang. <--contohilah isteri rosyam nor.. tentu dia diundang utk majlis majlis tertentu... tapi kenapa dia tak hadir.. sebab dia tak giler glamor.. dan akhirnya semua org faham kehendak dia .. dan tak ada pun org yg mencemuh tindakan dia.. malah kagum lagi adalah

"Sekarang, mana-mana pihak yang menjemput Mawi, akan turut mengundang saya hadir sekali. Jadi, salahkah saya ada di majlis itu? fikir sendirilah mana yg elok...patutnya dah matang.. dah 30 taon hidup   Namun, ingin dijelaskan kalau ada yang mengata saya selalu berkepit dengan Mawi, ia tuduhan salah kerana saya dijemput," katanya. ki ki ki apa apa ajelah .. mawi pun dah kata dia tak kisah kalau ikin tak ikut .. dia tak faham ni... unless kenduri kawen.. mmg wajib yg dijemput untuk hadir.

Ditanya mengenai keluarganya, tanpa berselindung Ekin berkata sejak berkawan dengan Mawi lagi dia sudah dituduh macam-macam. Akuinya dia dan keluarga cukup lali dengan segala tohmahan dilemparkan. Bagi Ekin, biarlah kerana Tuhan mengetahui segalanya.

"Apa saja orang hendak cakap mengenai saya, mereka boleh teruskan. Saya terima saja kerana apa yang penting pada saya Tuhan tahu kebenarannya. Sebagai manusia biasa, saya serahkan semua itu pada Tuhan dan saya berdoa semoga kami bahagia," katanya tenang.

Hanya 10 minit diberikan untuk bersoal jawab dengan Mawi dan Ekin kerana mereka perlu meneruskan kursus perkahwinan itu, Mawi tidak banyak bercakap. Bahkan, dia seakan-akan senang jika semua pertanyaan diajukan dijawab Ekin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:00 AM | Show all posts

Reply #163 niy's post

lagi satu nak komen

tak puas tu

tak payahlah nak jadi pengacara bersama
mawi tu bukan bagus bebeno mengacara...asyik terbelika mate jer
ikinpun katanya asyik menyengih cam kerang busuk je
<ikin aku tak pernah tengok.. tapi komen ni based on org yg dah tengok >
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:28 PM | Show all posts

Reply #163 niy's post

Emmmm....Niy masih meroyan pasal Ikin ni ya.... ....nanti saya cari kan
article lagi yg boleh buat Niy tambah meroyan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:44 PM | Show all posts
Soseh Soseh: Pengajaran buat artis baru

Dulu kecoh pasal persatuan dan artis luar, kini disebabkan dua tiga kerat artis yang tidak kurang popularnya. Heboh orang bercerita mengenainya hingga menjadi bahan lawak dan sindiran kepada mereka yang senasib.

Dalam sibuk orang bercerita soal pernikahan Mawi dan Ekin yang bakal dikatakan sebagai 'wedding of the year', kian ramai yang memerhatikan gelagat mereka. Tidak kiralah sama ada untuk melihatnya dari sudut positif atau negatif.

SS bukannya hendak menjaga tepi kain orang, tapi sekadar meluahkan apa yang diberitahu mengenai pasangan berkenaan. Walaupun sekadar berlakon sebuah drama bersiri, Kawan, namun populariti Ekin mengalahkan ramai artis seangkatannya.

Malahan dalam setiap majlis yang dihadirinya, penampilan Ekin sentiasa menjadi perhatian ramai, apatah lagi dengan gayanya yang menawan dan ditambah pula aksesori jenama mewah dikenakannya.

Selain itu, SS dengar Ekin sekarang sudah mempunyai kereta mewah, khabarnya BMW.

Tetapi SS tidak sempat pula hendak selidik apa plat dan warnanya. SS cuba tanya rakan yang membuat liputan mengenai mereka tetapi ramai mendiamkan diri dan tidak berani menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Kalau sebelum kahwin sudah murah rezeki, pasti apabila kahwin nanti akan bertambah rezekinya. SS harap nikmat rezeki yang diperoleh tidak menyebabkan mereka kelabu mata dan bercampur dengan benda yang tidak elok.  (jangan nanti terlalu gairah menurut kerenah isteri ...ibu dan adik dikampung diabaikan... banyak dah yg terjadi ...)

Dalam pada Ekin sibuk menguruskan persediaan menghitung hari bahagianya, pelakon remaja Memey Suhaiza pula menghilangkan diri. Khabarnya ramai orang mencarinya, tapi tidak tahu di mana dia bersembunyi. SS tidak yakin dia sudah pulang ke kampung di Johor, tetapi masih ada di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Bukan saja media yang menunggu Memey untuk ditemu bual, malahan ramai lagi masyarakat di luar sana yang ingin tahu perkembangan terbarunya sehingga ada yang menelefon SS. Mungkin Memey belum tenang atau tidak dapat lampu hijau daripada Norman Hakim untuk membuka mulut. Mana tahu takut bercanggah pula kenyataan dengannya, nanti disalah sangka dan lain pula jadinya.

[ Last edited by  bee_fine at 6-11-2008 11:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2008 01:19 PM | Show all posts
ARKIB : 06/11/2008
Mawi & Ekin sudah bersediaOLeh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]


MAWi dan Ekin.

“INSYAALLAH, saya sudah bersedia dan yakin untuk bergelar suami.’’ Itu ungkapan yang dinyatakan oleh artis popular, Asmawi Ani atau Mawi saat ditemui Hits ketika menjalani kursus perkahwinan yang diadakan khas untuknya dan Nora‘Ashikin Rahmat di Masjid Putra, Putrajaya, Selasa lalu.
Meski berlangsung seharian iaitu dari pukul 8 pagi membawa ke 10.30 malam, Mawi dilihat begitu teruja dan ceria sepanjang menjalani kursus tersebut.
Mengakui berdebar saat menghitung hari untuk menamatkan zaman bujang, namun bagi Mawi, debaran itu sedikit reda tatkala mendengar pelbagai ilmu yang diperoleh menerusi penceramah handalan yang terlibat dalam mengendalikan kursus berkenaan.
“Dari pagi sampai ke malam, saya banyak mendapat tunjuk ajar mengenai perjalanan menempuh alam perkahwinan.
“Memanglah apa yang diajar dalam kursus itu sudah saya pelajari semasa zaman sekolah tetapi ada beberapa perkara yang saya sudah lupa,’’ katanya.
Kata Mawi, sepanjang kursus, dia dan Nora’ Ashikin atau Ekin didedahkan dengan pelbagai aspek yang merangkumi bukan sahaja hubungan suami isteri tetapi pengurusan kewangan dan masa serta pengurusan kesihatan.
“Ada juga soalan-soalan sensitif yang saya dan penceramah tanya tetapi ia mungkin tidak disiarkan di Oasis,’’ jelasnya.
Ditanya mengenai perasaan muak dan bosan peminat lantaran banyaknya program televisyen dan laporan mengenai perkahwinannya di media, Mawi memberitahu mereka perlu melihatnya daripada sudut positif.
“Sebagai contoh, tidak ramai yang tahu bagaimanakah perjalanan kursus perkahwinan diadakan.
“Oleh itu, dengan adanya penyiaran mengenai kursus perkahwinan saya, ia akan dapat memberikan pengajaran kepada orang ramai tentangnya,’’ jelas Mawi.
Kursus perkahwinan Mawi-Ekin bakal disiarkan menerusi saluran Oasis (saluran 106, Astro) dalam tiga bahagian iaitu pada 17, 18 dan 19 Disember ini.
Membabitkan 11 sesi ceramah, antara ceramah yang dilalui kedua pasangan itu adalah Akidah, Ibadah, Perkahwinan dan Prosedur, Akhlak, Hubungan Dalam Keluarga, Komunikasi Suami Isteri dan Pembubaran Perkahwinan.
Sebanyak tujuh penceramah terlibat dalam mengendalikan kursus berkenaan termasuk Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat dan Ustazah Zawiah Hassan dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosiol dan Pengurusan Masjid (Kesuma, Jakim).
Selain Mawi dan Ekin, turut sama menyertai kursus perkahwinan itu adalah pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 28, yang mengikat tali pertunangan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 29, bulan lalu.
Mawi dan Ekin bakal dinikahkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, Johor pada pukul 11 pagi, 20 Disember ini.
Dengan wang hantaran sebanyak RM30,000 serba satu, acara resepsi untuk keluarga sebelah Ekin akan diadakan di sebelah malamnya di Stadium Tertutup Johor Bahru.
Pada 28 Disember pula, majlis resepsi sebelah keluarga Mawi akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Istimewanya, sehari sebelum itu, Mawi akan menganjurkan sebuah konsert khas bersama barisan bintang Akademi Fantasia lain di padang Felda berkenaan.
Khusus kepada peminat di sekitar Lembah Klang, majlis resepsi istimewa dirancang diadakan pada 11 Januari tahun depan di Hotel Palace of the Golden Horses.
Persiapan 70 peratus lengkap - Ekin
Dalam pada itu, Ekin ketika diajukan persoalan mengenai persiapan perkahwinan pula berkata, setakat ini, baik pihaknya dan Mawi, persiapan kini sudah mencapai 70 peratus.
Ia, jelas Ekin, merangkumi reka bentuk pelamin, pakaian nikah serta majlis persandingan dan resepsi.
“Saya sendiri telah melihat lakaran rekaan pakaian daripada pereka fesyen. Tumpuan saya dan Mawi selepas ini adalah menyiapkan beberapa lagi kerja-kerja menjelang perkahwinan.
“Kad kahwin pula belum diedarkan. Mungkin pertengahan bulan ini ia akan diedarkan kepada tetamu jemputan,’’ tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 01:44 PM | Show all posts
Ramai yang mengatakan Ikin ada sifat2 queen control !!! BETUL KE ? (takut kena saman ..).... saya jumpa satu article pasal queen control ni....untuk panduan lelaki yg dapat isteri queen control...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tunduk kepada queen control?Oleh NOOR HASLIZA NUSI
[email protected]

Ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.

PAKAR berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri bersikap queen control.

DIA memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali.
Dia juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan.
Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.
Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.
Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi.
Justeru, melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.
Malah, menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini? Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia.
Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.
Untuk kepastiannya jelas Tuah, terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.
"Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri
"Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.
"Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya.
"Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri," tegasnya.

TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan.

Justeru, dalam meneliti punca utama lahirnya sikap sebegini, queen control berlaku apabila si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan. Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan.
"Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus.



"Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan," jelasnya pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini.
Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekali gus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai.
"Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku. Ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat," tegas beliau.
Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong? "Ya, memang silap si lelaki. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, nanti hilang kredibiliti.
"Suami adalah pemimpin, ketegasan itu kadang-kadang perlu supaya si isteri tidak terbabas memiliki sifat yang salah.
"Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan. Lelaki seperti ini lebih rela menjalani hidup sedemikian rupa atas sebab kasih sayang yang besar sebagaimana digambarkan oleh watak Re (Tompel) dalam filem Do Re Mi.
"Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri," jelasnya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 6-11-2008 11:28 PM
Emmmm....Niy masih meroyan pasal Ikin ni ya.... ....nanti saya cari kan
article lagi yg boleh buat Niy tambah meroyan....


mana ada meroyan  
notti taw bee fine nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 7-11-2008 01:44 PM
Ramai yang mengatakan Ikin ada sifat2 queen control !!! BETUL KE ? (takut kena saman ..).... saya jumpa satu article pasal queen control ni....untuk panduan lelaki yg dapat isteri queen control.. ...


queen control yg mawi dapat lain.. tak sama ..berbeza... different
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 08:52 PM | Show all posts
Lepas  ni mawi pulak bawak beg tangan ikin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 8-11-2008 06:05 PM


queen control yg mawi dapat lain.. tak sama ..berbeza... different


Salam Niy....






Gambar2 diatas saya ambil dari FOTO CUN www.manggaonline.com ... Saya baca komen2 chatters disitu dan komen2
chatters dalam www.murai.com.my.... macam2 ada...jauh beza gambar Ikin dulu dan sekarang...bukan saja dari segi
penampilan ... tapi warna kulit yg dulu sawo matang ...tapi sekarang putih....jadi benarlah apa yg diperkatakan chatters
dalam dua2 website itu...dan apa yg diperkatan oleh forummers dalam bod gosip... ...emmm...no further komen lah..

[ Last edited by  bee_fine at 8-11-2008 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:05 AM | Show all posts

Reply #172 bee_fine's post

opocott..
apasal letak pic lama ni.. nak tunjukkan yg ketet dorang dah  dot dot dot ke?
sian mawi

wehh.. mmg kulitnya dah jauh putih skrang kan
tentu mandi clorox tiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 8-11-2008 10:13 PM


Salam Niy....

penampilan ... tapi warna kulit yg dulu sawo matang ...tapi sekarang putih....jadi benarlah apa yg diperkatakan chatters
dalam dua2 website itu...dan apa yg diperkatan oleh forummers dalam bod gosip... ...emmm...no further komen lah..


terkejut tengok pic.. tak baca terus mengomen
sampai tak menjawab salam bee
alaikumsalam

ala... saya tak bace apa yg ada kat sana
cerita lah kat sini
boleh kita bincang bincang
pleaseeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 9-11-2008 08:05 AM
opocott..
apasal letak pic lama ni.. nak tunjukkan yg ketet dorang dah  dot dot dot ke?
sian mawi

wehh.. mmg kulitnya dah jauh putih skrang kan
tentu mandi clorox tiap hari


Salam Niy...sorry lah keluar balik gambar lama.....bukan apa....saya ada terbaca tentang ke "plastic" kan dia ni...Jadi nak tengok lah tang mana kan...tu yg keluar gambar lama nak banding gambar baru... yg jelas tang kulit tu...bahagian yg lain2 tu nak kena buat analisis yg lebih terperinci lah... ...(ish..ish..ish...gurauan di malam minggu..:victory: )

[ Last edited by  bee_fine at 9-11-2008 08:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 9-11-2008 08:54 PM


Salam Niy...sorry lah keluar balik gambar lama.....bukan apa....saya ada terbaca tentang ke "plastic" kan dia ni...Jadi nak tengok lah tang mana kan...tu yg keluar gambar lama nak banding gam ...


dik..
gambar juga perlu dikira dari sudut pengcahayaannya...gelap ke dulu or sekarang tambah cerah kena tanya orang yang betul2 kenal ikin dari dulu bukan berdasarkan gambar saje....
mawi pun....
ada gambar nampak sangat gelap dan kekadang cerah kulitnya....tapi yang pasti dia tetap mawi .....
..doakan lah kebahagian orang semuga diri kita juga  dilimpahi kebahagian.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 03:13 PM | Show all posts
cantik baju coklat mawi ikin... nak cr la... sweet sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 9-11-2008 08:07 AM


terkejut tengok pic.. tak baca terus mengomen
sampai tak menjawab salam bee
alaikumsalam

ala... saya tak bace apa yg ada kat sana
cerita lah kat sini
boleh kita binca ...


Salam Niy.... saya ada cerita dgn Niy pasal pemakaian susuk untuk cantik kan.....baru tadi saya
tonton Expose Mistik di Astro Prima.....seorang gadis berusia 26 tahun dah dipakaikan oleh
emak dia susuk sejak umur dia belasan tahun untuk kelihatan cantik ....tapi katanya kadang2
kawan dia tegur yg muka dia nampak menakutkan...terutama malam (ni kalau tak silap lah
sebab tak berapa dengar perbualan budak tu..)...jadi dia jumpa ustaz Shafie tu untuk keluarkan
susuk dia....ustaz tu letak air dalam pinggan...baca2 ayat ...tepok2 kepala dia sambil letak muka dia
dekat air dalam pinggan..lepas tepuk2 kepala dia keluar jarum emas 4 batang !!...Ustaz tu cakap
budak ni muka nampak macam budak tingkatan dua walau umur dah 26 tahun....haaaa.. tu dia
penangan susuk...kecantikan yg dibantu oleh jin...sebab tu agak nya kadang2 nampak ngeri...

Niy baca yg tersirat dalam yg tersurat ya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:36 PM | Show all posts

Reply #178 bee_fine's post

fahammmmmmmmmmmmm

yg tersirat... jelas tersurat  





kan?? kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 01:15 PM | Show all posts
aku harap mawi dapat buat muka macam avatar aku ni sepanjang persandingannya. hensem gile.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.311929 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list