|
Originally posted by lost_angel at 17-12-2006 11:13 PM
ending dier yg angel paham masa scene kat kubur tue
'isteri' yg dimaksudkan iakah mayang.. sakit cancer dia dah baik tapi farris dah ceraikan dia.. dia hanya menjaga anak2 farris jer.....
...
kan dia tulis "bekas isteri"....mmg si mayang la..
nape le mayang tu tak mati.....aku nak ratna bahagia sama farris..
gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
jahat betul si mayang aka matielda tu...bangang kuasa lapan..
sian cik comel dinosaur |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 silencez's post
Haa seb baik sy teka betul!
Last year my osmet beli 1set tu kat pesta buku.
Erm tataw la nape xlayan novel tu.. baru baca 1/2.
Best tak siri tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 gepren's post
erk.. tak beli semua. beli 1 je masa pesta buku tahun lepas - p.s i love you ke. tapi tak terbaca2 lagi haha. sbb tu kiranya utk remaja2 kan. tu yg tak sambung2 baca tu. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hmmph! Aku bosan sebenarnya, Jail...." "Kenapa?" "Bosanlah macam ni! Kenapa sekolah ni dah tak ada jejaka handsome, Prince Charming? Semuanya Prince Frog aja. Kalau cium dapat jadi handsome, tak apalah. Sampai dah tak ada benda aku nak rebut dengan Emelyn...." keluh Meow Meow, sugul sebelum ketawa. "Ya Allah..." Jelita menyembamkan mukanya ke meja. Kedua-dua telinganya ditekupkan. Tawa Meow Meow umpama musang yang menjerit-jerit, menyakitkan telinganya. "Hei... kenapalah aku boleh terberkenalan dengan... dengan... eee, geramnya aku! Grrr!" Jelita mengangkat muka. Wajah Meow Meow yang masih ketawa itu ditenungnya. "Sunyinya hidup aku tanpa lelaki-lelaki kacak, Jail. Kau faham tak apa yang aku rasa?" Meow Meow berpaling ke arah Gajus Jerman yang masih belum dapat menghilangkan kegatalannya. Emenen di sebelahnya sudah tidak boleh diselamatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
"Er... tenggiling suka makan apa, mak inang?" "Semut, tengku," dalam paniknya mak inang tetap menjawab. "Ha... dewi petai jelita ni manis kut, sebab tu tenggiling datang! Eh, tengok tenggiling pun boleh pengsan! Nak kena buat CPR ni..." "CPR tu menatang apa, tengku? Sifir ke?" "Eh, tak... CPR tu... er... nak kena buang racun tenggiling tu, kalau tak... bahaya nanti." Hi hi hi... ha ha ha... kuk kioook! Inang istana yang tidak mengerti apa-apa itu terus ke dapur untuk mencari semangkuk air. Putera raja berkenan untuk mengubati dewi petai yang pengsan. "Rasakan kuasa lelaki sebenarnya... ha ha ha... erk! Apa nih? Ptuih!" |
|
|
|
|
|
|
|
"Er? ada apa-apa yang tak kena dengan aku ke, Jail?" soal Jaywai sambil memerhati keadaan dirinya. Perkara pertama yang dilakukannya adalah melihat zip seluarnya, terbuka atau tidak. Sempurna. Tidak ada apa-apa yang tidak kena dengannya. "Tak payahlah kau tengok zip kau tu, Jaywai.?" "Jail?" "Kau zip ke, tak zip ke, tak ada maknanya bagi aku," Jelita tetap menyerang walaupun Jaywai sudah tidak cukup leher untuk menggeleng. "Er? orang pun nak dijadikan hadiah? Ini dah jadi macam pertandingan 'Love at First Sight'. Pasangan yang dapat markah yang sama akan berkahwin dan hadiahnya adalah bulan madu percuma."
|
|
|
|
|
|
|
|
"So... kau berdua ni adalah spesies..." Jelita mula mengangkat tangan di atas kepalanya. "U ak uk ak..." dia menepuk-nepuk tangan seperti orang utan. Kemudian menggaru dadanya seperti monyet. "Er... jangan buat bising, ya? Sila kembali ke tempat asal awak sekarang," tegur pustakawan yang mengawasi mereka sejak tadi. Jaywai dan Romeo sedaya mungkin cuba menahan tawa. Mereka dapat melihat wajah Jelita merah padam menahan marah, sedangkan matanya meliar dengan dahi berkerut. "Kembali ke tempat asal? Apa maksud awak?" Jelita memandang di sekelilingnya. Dia masih berada di kerusinya. Agaknya pustakawan ini dah terjangkit penyakit angau Jaywai dan Romeo. "Er... kalau dah nak jadi orang utan tu, pergi balik ke zoo. Ini perpustakaan." |
|
|
|
|
|
|
|
"Dia ingat dia cantik sangat ke nak pegang-pegang tangan aku? Jaywai pun tak pernah pegang-pegang tangan aku, tau! Danniel pun tak pernah pegang. Geng aku kat London tu pun tak pernah pegang-pegang aku. Dia ingat dia siapa? Aku bukannya nak lintas jalan, nak pegang-pegang... hesy!" Jelita tidak henti-henti mengomel geram. Puas mendengus-dengus, dia mula menumbuk bantal dan tilam, tidak puas hati. Sakit hati. Inilah yang berlaku selama ini, dia tidak malu untuk mengakuinya. Ketika mereka berjauhan, dia terlalu merindu, tetapi apabila berdekatan, rasa bagai hendak bom pakai peluru berpandu. Tak tahulah kenapa!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 silencez's post
Haa sama la kita.
Ingt nak ckp td.. tp kang ada org mrh lak!
Actually baru layan smpai chapter 3kut.. lps tu mls! |
|
|
|
|
|
|
|
romeo vs juliet 1 - 5 ni antara karya nass alina yang paling aku suka.. aku suka lawak2 dan jalan citer ni..
nama2 watak dalam citer ni pun kelakar.. nama penuh romeo.. tengku romeo alexander graham tengku hakimi syah..
macam manalah nass alina boleh terfikirkan nama2 mcm tu.. memang kreatif!
kesemua karya nass alina penuh dengan ayat2 yang selamba & kelakar..
tu yang best! tak sabar nak tunggu karya nass alina yang bakal terbit tak lama lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 missuzu's post
sekarang ni baru berkesempatan nak baca 'aku menyayangimu'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu aku membenci dirimu separuh mati. Tetapi kini aku isterimu, yang mencintaimu sepenuh hatiku. Namun mengapa tiba-tiba kau musnahkan keindahan malam pertama kita dengan segala macam rahsia yang menyentuh rasa? Rahsia yang menjadi prasangka yang mengelirukan! Persoalan yang tidak kutemui jawapan. Lalu bersama rajuk ini, aku pergi meninggalkanmu untuk menuntut satu jawapan pasti. Benji, bukan pujukanmu yang aku harapkan. Bukan pembohonganmu juga yang aku inginkan. Tetapi kenyataan dari sebuah pernikahan yang telah engkau sembunyikan. Lalu luka ini menjadi rentetan duka. Dan rasa curiga pun memenuhi ruang-ruang asmara yang cuba kita layarkan bersama. Terkilan rasa, asmara kita seringnya bermula tanpa ada akhirnya. Api asmara yang sering aku nyalakan bersama bara dendam... terpadam bila keikhlasanku kau persoalkan. Lalu kenikmatan malam pertama menjadi mimpi ngeri yang menyakitkan. Dan sayangnya... ia terus kekal begitu tanpa kau berusaha untuk menyelamatkannya. Benji, selagi rahsia ini tidak tersingkap dengan nyata, pembohongan bagaikan menjerat perkahwinan kita. Sampai bila harusku bongkar segala rahsia yang menghuni hatimu, sedang aku kian benci menjadi isteri yang hilang status diri... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 gepren's post
Saya sewa dari kedai buku...
April..buku ni hepi ending... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 KRUfan's post
Ehehe tahu lah kedai buku,
tp kat mana?
malay novel ada utk disewa?
Ke english je? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 gepren's post
Saya sewa dari sebuah kedai d Brunei...sekrg kedai tu dah tak wujud lagi...so tak dpt nak sewa malay novels..tapi hari tu hubby pegi gunting rambut..kat sebelah tu ader kedai kecik.. dlm tu byk buku..lama dan baru..nak tgkler kedai tu nanti...aku saspek tu kedai sewa buku la.... yipppeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #153 shaynina's post
tu lah. aku pun rasa camtu gak. apasal la bukan mayang tu yg mati. nak ratna happy dgn faris |
|
|
|
|
|
|
|
suker novel ni tp mmg serabut sket..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acun at 28-2-2007 08:16 AM
suker novel ni tp mmg serabut sket.....
..nasib baik april dah baca review ttg buku ini sebelum baca bukunya kalau tak mesti fenin..apa2pun tetap frust sbb heroin mati, ending yg paling april x suka............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #157 aprilsnow's post
yerlar....ntah hapa2 ntah.....aku pon tak sker kalo hero or heroin mati...tiba2 teringat BOGAT ........hero hensem yg mati awal tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|