|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
Originally posted by serihartatie at 6-5-2005 05:08 PM:
Nakalnya hambasufi ni....tak baik tau...apa pasal cam bad mood ajer..?..
oh, sebarkan fitnah hanya NAKAL pada anda?? :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
Sufism This user has been deleted
|
Pada sufi baik yg tabur fitnah atau yg kaki kutuk org tak abih2...sama aje dah 'out' dari sudut akhlak...jangan hanya nampak sikap org lain yg suka fitnah sedangkan sikap sendiri yg suka mencerca turut diperhatikan oleh juga di forum ni....dan jgn masing2 perasan bagus dan menang.
Baik yang anti abuya atau yg sokong abuya...dua2 pihak mcm dah tersasar jauh iaitu sudah saling cuba menyakiti hati pihak yg satu lagi dgn seboleh mungkin...so apa sebenarnya yg dua2 pihak ini cari? Cari kemurkaan Allah ke?
[ Last edited by Sufism on 9-5-2005 at 11:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sufism at 9-5-2005 11:12 AM:
Pada sufi baik yg tabur fitnah atau yg kaki kutuk org tak abih2...sama aje dah 'out' dari sudut akhlak...jangan hanya nampak sikap org lain yg suka fitnah sedangkan sikap sendiri yg suka mencerca t ...
Baik yang anti abuya atau yg sokong abuya...dua2 pihak mcm dah tersasar jauh iaitu sudah saling cuba menyakiti hati pihak yg satu lagi dgn seboleh mungkin...so apa sebenarnya yg dua2 pihak ini cari? Cari kemurkaan Allah ke?
betul tu sufism...jgn dicari kemurkaan Allah...nanti kita nak lari pi dunia mana kalau allah dah murka...
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehigga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w.: Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.
Diriwayatkan pada suatu hari ketika Rasullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.a. dan Maimunah r.a.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah? Rasullullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya.
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehigga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya semula.
Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau sumainya ada dirumah serta tiada izinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tanpa izin suaminya.
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga suaminya marah, wanita itu akan tidur di dalam laknat malaikat hingga ke pagi.
Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakitkan hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekelian.
Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku (Rasulullah) perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
Wanita yang meyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkoknya.
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. "Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsanNya. Jika engkau berbuat baik kepadanya.
"Kebanyakan ahli neraka adalah adalah kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Jawab Nabi s.a.w., "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
]
揔eistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya |
|
|
|
|
|
|
|
baiknya Tuhan tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata
[ Last edited by Abuyazid on 18-5-2005 at 01:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 18-5-2005 01:57 PM:
baiknya Tuhan tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata
[ Last edited by Abuyazid on 18-5-2005 at 01:58 PM ]
lama abuyazid tak hantar posting....memang betul...baiknya tuhan...tak dapat digambarkan dengan kata-kata... |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur jadik wanita.. jadik anak, jadik isteri, jadik ibu.... eemm...
wanita la yg paling senang masuk syurga, dan jugak paling senang ke neraka... |
|
|
|
|
|
|
|
"Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api" Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahir anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
ii. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran isteri berkata: 'sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun')
iii. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat).
iv. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiga golongan dari umatku akan mengisi mereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:-
a. Orang yang gemuk tapi kurus ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama
c. Orang yang alim tapi jahil; iaitu ulama' yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Asma' binti Kharizah Fazari r.a. di riwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu., "
Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meniggalkanmu.
Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
[ Last edited by serihartatie on 19-5-2005 at 04:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by serihartatie at 18-5-2005 01:50 PM:
]
揔eistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH WANITA DI ZAMAN RASULULLAH SAW
|
|
|
|
|
|
|
DENGAN hati berdebar-debar beliau mengadap baginda Rasulullah dan bersuara di balik tabir, "Wahai Rasulullah, saya ini Asma' wakil perutusan kaum wanita. Allah SWT mengutusmu untuk seluruh lelaki dan wanita dan kami telah beriman kepadamu ya Rasulullah, dan sesungguhnya Allah SWT itu Tuhan kami.
"Sesungguhnya kaum wanita sangat dibatasi dan ditentukan sekali pahalanya. Kami hanya sebagai tiang rumah tangga, tempat penyaluran syahwat dan bertugas mengandungkan anak. Sedangkan kaum lelaki begitu diistimewakan dalam seluruh bidang pekerjaan. Mereka boleh mengurus jenazah, mengerjakan haji berkali-kali, dan yang paling penting, mereka berpeluang untuk berjihad menegakkan agama Allah. Jika mereka terluka sewaktu berperang, mereka mendapat pahala. Jika terbunuh, mereka tetap hidup di sisi Allah lagi dicukupi rezeki (dengan buah-buah Syurga).
"Dan sewaktu mereka pergi berperang, kami hanya menjaga harta benda mereka, kami jahitkan pakaian mereka dan kami asuh anak-anak mereka. Lalu, mengapa tidak sama pahala kami dengan pahala mereka?"
Setelah meluahkan isi hatinya, Asma' tiba-tiba merasa malu terhadap Rasulullah, lantas tertunduk.
Rasulullah memandang para Sahabat, seorang demi seorang lantas bersabda, "Pernahkah anda semua mendengar seorang wanita yang mengatakan persoalan tentang pekerjaan Allah SWT dalam agama ini yang lebih baik dari ini?"
"Belum pernah ya Rasulullah."
Rasulullah kemudian berkata kepada Asma', "Dengarlah baik-baik wahai Asma'. Sampaikan kepada wanita-wanita di belakangmu. Memperlakukan suami dengan baik, mengerjakan yang disenanginya, menurut kemahuannya, semua itu akan menyamai semua pahala yang diperolehi oleh lelaki."
Mendengarkan jawapan Rasulullah itu, Asma' lantas bertakbir memuji Allah dan bersujud menandakan kesyukuran.
Kepulangan Asma' dari menemui Rasulullah itu dinantikan oleh para wanita Muslimah dengan penuh hara-pan. Mendengarkan khabar gembira yang dibawa oleh Asma' itu, masing-masing pun bertakbir memuji Allah. Kini lenyaplah rasa tidak puas hati dan cemburu mereka terhadap kaum lelaki. Sebaliknya mereka bersyukur dilahirkan sebagai wanita. Nyatalah Allah itu Maha Adil, menetapkan pahala sesuai dengan kejadian hamba-Nya. Hak mereka sebagai kaum wanita yang juga hamba Allah rupanya tidak disia-siakan-Nya.
Begitu sekali peranan Asma', dengan bersikap bijak dan matang serta pantas bertindak, dia telah menyelamatkan suasana agar tidak menjurus kepada perjuangan menyamakan hak antara lelaki dan wanita sepertimana women's lib yang dipelopori oleh wanita-wanita Barat hari ini. Sebaliknya, tuntutan yang disuarakan adalah hak yang memang patut dipertahankan iaitu persamaan hak dalam mendapatkan pahala dan keredhaan Allah, demi kesenangan hidup di Akhirat.
JELAS sekali kasih sayang Allah terhadap kaum wanita. Dalam meraih pahala dan keredhaan-Nya mereka tidak perlu menyaingi peranan kaum lelaki, asalkan saja mereka redha dengan keadaan mereka itu. Dengan itu, wanita tidak harus merasa rendah diri. Walaupun pada lahirnya mereka bera-da di medan pergerakan yang terbatas, namun peranan sebagai ibu, isteri atau wanita Islam yang bertaqwa adalah cukup besar dalam menentukan corak arah sesebuah negara, sebagaimana penilaian para hukama:
"Baik wanita baiklah negara, rosak wanita maka akan rosaklah sesebuah negara."
Apabila seorang wanita dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranannya maka akan terbentuklah se-buah keluarga yang baik. Dari situ, lahirlah sebuah masyarakat dan negara yang baik, yang mempunyai ciri-ciri sebagai 'Negara yang aman mak-mur dan mendapat keampunan Allah.' -Saba':15 |
|
|
|
|
|
|
|
TERTUTUP UNTUK BEBAS ??
KITA mudah faham kenapa komputer buku (notebook) perlu disimpan di dalam beg-nya sekali bila hendak dibawa bersama. Iaitu untuk menjaga komputer yang sangat seni dan sensitif itu daripada bergegar atau terlanggar, lalu merosakkan alat yang berharga itu. Fungsi beg itu adalah untuk memudahkan ia dibawa ke sana ke mari oleh pemiliknya, di samping untuk men-gawalnya dan bukan untuk menyusahkan.
Perintah menutup aurat ke atas wanita juga boleh dibuat tamsilan serupa. Konsepnya sama sahaja. Tidak timbul silap anggapan bahawa pakaian yang menutup aurat itu menghalang wanita daripada bebas berkarier di tengah masyarakat, kerana hakikatnya adalah sebaliknya. Allah perintahkan wanita menutup aurat supaya dia mudah bergerak di tengah masyarakat dengan selamat.
Mengatakan pakaian menutup aurat menghalang kebebasan dan menyusahkan ibarat mengatakan beg komputer itu menyusahkan. Bukankah lebih susah untuk membawa komputer tersebut tanpa begnya? Kecuali jika pemiliknya tidak hirau kalau komputer itu cepat rosak.
Wanita itu Allah ciptakan lemah fizikalnya, halus perasaannya dan kuat daya tarikannya. Sifat-sifat ini menjadikan wanita suatu makhluk yang sangat seni, sensitif, menarik lagi berharga. Dengan menutup aurat, wanita dapat melindungi daya tarikan yang ada padanya.
Lain lelaki, lain nilaiannya. Ada lelaki yang tertarik pada wanita pada wajahnya, ada yang tertarik pada bentuk fizikal, malah ada yang tertarik dengan pandangan belakangnya dan lenggang-lenggok jalannya. Kalau begitu, memang logiklah kenapa Allah perintahkan wanita menutup aurat dengan lengkap dan bermuhrim apabila keluar rumah. Dia dapat bergelanggang di tengah masyarakat dengan selamat dan terhormat apabila dia bebas dari-pada fitnah-fitnah dan gangguan dari-pada lelaki yang berniat serong.
Wanita yang menutup aurat sepa-tutnya lebih maju dalam kariernya kerana dia tidak perlu menghadapi gangguan-gangguan daripada lelaki-lelaki yang tidak beriman. Cuma realitinya masih kurang berlaku dalam masyarakat kita kerana salah angga-pan, bahawa wanita yang menutup aurat itu tertutup fikiran dan kreativitinya.
MUNGKIN model yang positif ini belum ramai, tetapi yang negatif tidak sepatutnya dijadikan model. Wanita Barat yang bangga dengan kebebasan mendedahkan aurat itulah yang banyak merekodkan kes-kes pencabulan maruah, sungguh-pun mereka itu kuat senaman dan pandai seni mempertahankan diri. Paling tidak, rumahtangga keba-nyakan mereka porak-peranda.
Bila kecantikan wanita didedahkan, lelaki yang tidak kuat imannya, lebih-lebih lagi yang tidak beriman akan mudah terpesona. Ikatan perkahwinan di kalangan mereka sering terjadi kerana tarikan fizikal seperti jatuh hati pada rupa, suara atau lenggang lenggok yang menarik. Inilah yang dikatakan kasih sayang nafsu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya bukan main mengancam lagi Ummu Jah sekarang kan??? Dahlah bibir bergincu merah saga pakaian pula sedondon biru tua dengan memakai tudung ala wardina setelah insaf dan kembali ke pangkuan Islam Hadhari membuang jubah labuhnya dulu.
Ummu Tatie camtu jugak ker???
[ Last edited by fleurzsa on 5-6-2005 at 02:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-6-1 05:23 PM:
Nampaknya bukan main mengancam lagi Ummu Jah sekarang kan??? Dahlah bibir bergincu merah saga pakaian pula sedondon biru tua dengan memakai tudung ala wardina setelah insaf dan kemba ...
RENDAHKAN LAH DIRI MU
KAMU AKAN DITINGGIKAN ALLAH
ORANG YANG MENGHINA ORANG LAIN
DIA AKAN DIHINA ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 1-6-2005 05:04 PM:
KITA mudah faham kenapa komputer buku (notebook) perlu disimpan di dalam beg-nya sekali bila hendak dibawa bersama. Iaitu untuk menjaga komputer yang sangat seni dan sensitif itu daripada bergeg ...
sambungan terdahulu...
Kasih sayang nafsu ini cepat tumbuhnya, cepat juga luputnya. Bila datang godaan seperti bertemu dengan yang lebih menarik, hilanglah kasih sayang antara suami isteri. Apakah wanita yang hidup dalam masyarakat begini bahagia dan terbela hidupnya?
Sebaliknya, wanita yang melindungi kecantikan lahiriahnya dengan sempurna, dapat "menapis" segala jenis kasih sayang nafsu ini. la perisai yang sangat diperlukan wanita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering berada di tengah masyarakat. Mereka patuh pada ketetapan Allah, lalu Allah bela mereka. Inilah cara tersirat Allah melindungi wanita daripada tertipu dengan bisikan nafsu. Bagi yang belum berkahwin, inilah cara Allah mempertemukan lelaki yang soleh den-gan wanita yang sole-hah. Wanita yang me-melihara maruah akan dinikahi dan dikasihi kerana agama dan akhlaknya. Inilah kasih sayang murni yang akan kekal hingga ke akhir usia. Wanita bertuah ini akan dapat hidup penuh bahagia dan terbela.
BEGITU besar hik-mah wanita me-nutup auratnya dengan sempurna. Maha Suci Allah daripada sengaja menyusah-nyusahkan atau mengongkong wanita. Kasih-Nya melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Cuma kita hamba-Nya yang lemah ini, tidak tahu akan hikmah di sebalik ketetapan Tuhan itu, lantas meng-andai-andaikan cara yang difikirkan lebih baik tapi rupa-rupanya hanya mendatangkan kerosakan. Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Bijak itu sangat tahu akan kelebihan dan kelemahan wanita yang telah diciptakan-Nya, lebih daripada diri wanita itu sendiri.
Oleh itu, sebagai wanita yang benar-benar ingin maju tapi terbela, marilah bernaung di bawah pembelaan Allah. Tidak akan ada pembela yang lebih baik daripada Dia Yang Maha Berkuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa sekolah-sekolah dulu...ada cikgu tu (bukan ustaz) akhlaknya baik sekali..beliau seringkali mengingatkan kami kepada kepentingan ILMU, IMAN dan AMAL, sampaikan jadi motto sekolah...
Berkat usaha beliau yang penuh berhikmah dan berhemah, 95 % pelajar perempuan bertudung...tanpa paksaan....
Masih terasa kebaikan dan kelembutan hati beliau sehingga ke hari ini......dan yang penting kata-kata perangsang beliau masih segar dalam ingatan....
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang telah banyak berjasa....
Hanya doa dapat kubingkiskan buatmu duhai guru-guruku....:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 3-6-2005 01:29 PM:
Teringat masa sekolah-sekolah dulu...ada cikgu tu (bukan ustaz) akhlaknya baik sekali..beliau seringkali mengingatkan kami kepada kepentingan ILMU, IMAN dan AMAL, sampaikan jadi motto sekolah...
...
cik tatie,
menarik thread ni...memang istimewa wanita ni...seronok intan baca ....
terima kasih kerana ingat nak ucap selamat hari guru.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|