|
Reply #159 coyotemawi's post
ada ke isteri tolong pinangkan gadis lain utk suaminya ???
kalu ada pun... ikhlas ke?
kalu ikhlas pun..... adilke si suami tu nanti?
ngeri ler...
nasihat sara.... tinggalkan aje... cinta sesama manusia nih mana ada yg kekal.. last2 esok pudar jugak dimakan waktu... kalu nadia tinggalkan... maka nadia dah buat byk kebajikan.. dan nadia akan bebas drpd tuduhan mementingkan diri...
cari lelaki lain yg lebih baik drpd suami org tuh...
mesti boleh tinggalkan sbb Allah memberikan byk masa kpd kita... kuatkan hati dan iman.. berserah kpdNya... insyaallah tak ada apa2... masa akan mengubati luka di hati..
mungkin jodoh nadia yg lain lebih baik drpd si suami org tuh....
just my 2 cents opinion |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 1-1-2006 10:19 AM
ada ke isteri tolong pinangkan gadis lain utk suaminya ???
kalu ada pun... ikhlas ke?
kalu ikhlas pun..... adilke si suami tu nanti?
ngeri ler...
nasihat sara.... tinggalkan aje... cinta sesa ...
Mmg ada isteri yang pinangkan perempuan untuk suami. At least, I know a few yang pinangkan.
Contohnya aktress Normala Omar telah pinangkan perempuan untuk suaminya Zulkifli Zain masa suaminya tengah mabuk nak kawin lagi. Tapi in the end tak jadi kawin. I tengok dlm program Wanita Hari ini.
But you are right... Kalau kita korbankan cinta kita kerana nak jaga keutuhan perkahwinan dan kebahagiaan rumahtangga orang dan ini adalah salah satu perkara kebaikan, tak mustahil Allah akan balas ngan kebaikan. Especially bila kita yakin yang perkahwinan tu hanya akan membawa masalah.
Luka tetap luka tapi time will heal definitely. Walaupun kita tetap mencintai lelaki tersebut, kita akan belajar hidup tanpa dia eventually. Who knows, apa yang kita korbankan akan Allah gantikan dengan yang jauh lebih baik lagi.
Pokok pangkal, kalau kita lebih utamakan Allah daripada manusia, insyaallah kita akan survive.
Chewah, cam ustazah plk aku. Tapi, ini lah yang aku biasa tengok.
P/s. Jadi isteri kedua bukan semestinya indah. Kalau kita tak diterima oleh keluarga isteri pertama, antara risiko yang aku pernah nampak adalah...
1. Isteri kedua terpaksa mengalah sentiasa. Ada kemungkinan isteri tua akan kurung laki dia tak bagi jumpa kita --- posa la kau... laki ko tak pe, sentiasa dapat he he he
2. Masyarakat akan sentiasa pandang kita sebagai perampas
3. Anak-anak kita pun mungkin jadi mangsa isteri pertama ---- mak aku sendiri pernah jaga budak anak isteri kedua... kesian budak tu
4. Kemungkinan suami akan balik pada isteri pertama bila dia akhirnya sedar yang isteri pertamalah yang terbaik ---- she's the one who's been with him through thick and thin, not us --- what he had with us was just a FLING
5. Apa-apa musibah yang berlaku pada kita, kurang dapat simpati dan pembelaan
6. Bila dah kahwin, suami tu mungkin takkan layan kita sebaik dia layan kita masa bercinta dulu. Tak yah la gi jauh, perati la mak pak kita sendiri.. ade ke derang dok berpeluk romantik-romantik 24 jam I love you bla bla? Mesti ada bab gaduh, neglect dan to some of us... sepak tendang. Come on, wake up.
7. Kalau ditakdirkan suami tu ekonomi tak kukuh, kemungkinan kita terpaksa sara diri sendiri ---- ni cam tak de suami la gak, bezanya cuma kita dapat k*nek je la ---- ampun statement jahat aku
8. Mungkin kita kena selalu bertanding untuk jadik yang terbaik antara isteri-isteri. Berlumba-lumba beri layanan pada suami. Kengkadang sampai tahap menghambakan diri --- sian pulak aku --- yang lelaki best la... cam raja!
9. Tak leh nak cakap/komplen banyak, kang di cop bini jahat plk... Kena compare la apa lagi! So, apa sahaja yang tak kena diam je and tanggung je la...
Tapi tu sekiranya kita tak diterima oleh keluarga isteri pertama. Tapi kalau sebaliknya... Bahagia hidup. Sebab tu aku sarankan kalau kita ada hati nak ambil suami orang, berhadapanlah ngan isteri tua sebelum kahwin. Minta izin dia dulu. Jadi sang isteri tak la berasa tertipu. Antara perkara yang sukar dimaafkan oleh isteri adalah bila ditipu dalam hal cenggini. Dan buleh jadi aniaya... Bayangkan doa orang yang teraniaya? Laju naik ke arasy!
Cinta sesama manusia nih actually tak semestinya kawin. And cinta tak semestinya diakhiri ngan kawin. Ada orang kawin tanpa cinta. Ada orang cinta tanpa kahwin and these sometimes happen. Mungkin kerana ia terbaik.
Pada yang becinta dengan suami orang, muhasabahla diri sendiri.
Tanyalah pada diri anda...
1. Apa yang aku nak sebenarnya?
2. Sanggup tak aku berhadapan ngan isteri tua dan anak-anaknya?
3. Kalau aku kahwin, adakah aku kahwin kerana Allah atau kerana nafsu dan gelodak hati?
4. Adakah alternatif lain selain suami orang nih?
5. Adakan parents aku dan Tuhan redha?
6. Sanggupkah aku tanggung risiko?
7. Apakah yang aku boleh beri/lakukan untuk jernihkan keadaan isteri pertama?
[ Last edited by nenekglamer at 1-1-2006 02:36 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by norsha at 31-12-2005 10:41 PM
Norsha ada jugak setuju dgn statement nenekglamer tapi ada jugak yg Norsha tak setuju..contohnya, ayat skema...dah jodoh dan takdir..macam nenekglamer nie tak berapa percaya sgt mmg wujudnya jodoh ...
Aku tak pernah cakap yang aku tak percaya ttg wujudnya jodoh. Jangan la ko nak salah faham. Perhaps you didn't really read my statements and just jumped into conclusion. Jodoh dan takdir mmgla part of kehendak tuhan. Tapi yang aku highlightkan adalah ttg segelintir orang yang mmg sengaja cari masalah dan gunakan skema 'jodoh dan takdir' sebagai justification on their action. Dan sebenarnya, aku yakin kita sendiri tidak berapa mendalami konsep jodoh dan takdir nih. Apa yang kita tau adalah daripada buah mulut orang... Dah jodoh dia...Dah takdir dia.. bla bla... Pernah tak sesekali kita jumpa orang yang tinggi ilmu agama dan tanyakan dia betul-betul ttg konsep jodoh dan takdir nih?
Sebenarnya pernah ada ceramah pasal konsep jodoh dan takdir ni and ia totally berbeza dengan pendapat kebanyakan orang islam kat Malaysia. Yang aku ingat uztazah ni cakap adalah... ada takdir/jodoh yang kita sengaja cari. Contohnya... taknak kawin ngan laki orang.. tapi tetap nak kawan dan layan laki orang. Yang ni tepuk dada tanyalah selera.
Bagi aku la... Lepas kita berusaha bersungguh (kerana tuhan dah bagi kita kudrat, akal dan fikiran untuk berusaha dan memikirkan mana yang baik dan sebaliknya) dan selepas tu... sekiranya tidak juga berlaku seperti yang kita harap dan rancangkan, barula kita nak kata 'jodoh dan takdir'. Bukan ke tuhan juga dah cakap, basically kita buleh fahamkan dia sebegini ---- Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya derang tak nak ubah sendiri?
Tak faham aku, kenapa kita sekarang kadang-kadang suka gunakan hukum untuk kepentingan diri sendiri... Peringatan untuk diri aku jugak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #162 nenekglamer's post
cinta agung yg dicanang2kan tuh... mana ada kesampaian..
romeo ngan juliet
uda ngan dara
laila ngan majnun
semuanya berakhir dgn tragik...
kalu le ditakdirkan mereka berkahwin... pasti cinta mereka tak agung sbb mereka akan melalui rutin berumah tangga, silap2 mcm org lain jugak, suami / isteri curang dsbnya...
itu yg sara maksudkan dgn cinta manusia nih fana...
jika dania merasakan amat syg kat BF suami org tuh...
bayangkan hati dan perasaan isteri dan anak2nya..
dan adakah dania yakin utk bermadu?
mmg le mengambil hak org tak sesengsara perasaan yg dirampas...
tapi jika BF dania tu boleh buat kat isterinya... tak mustahil suatu hari nanti dia jugak buat begitu kat dania...
sara ada auntie yg menjadi isteri kedua...
memula hubungannya dgn madu okie ajer..
tapi lama2... semakin buruk sbb auntie sara rasa, suaminya melebihkan hak isteri pertama...
lebih perit lagi.. suaminya mcm tak kisah jika isteri pertamanya menelefonnya hanya hal2 remeh walaupun ketika itu adalah giliran auntie sara...
jgn dania fikir perasaan skrg saja... bagaimana masa depan?
byk perkara harus difikirkan krn perkahwinan bukan mcm main masak2 masa kita kecil dulu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 1/1/2006 02:56 PM
cinta agung yg dicanang2kan tuh... mana ada kesampaian..
romeo ngan juliet
uda ngan dara
laila ngan majnun
semuanya berakhir dgn tragik...
kalu le ditakdirkan mereka berkahwin... pasti cinta ...
:setuju:
jadik no.2 tak selalunya indah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nenekglamer at 1/1/2006 01:59 PM
Mmg ada isteri yang pinangkan perempuan untuk suami. At least, I know a few yang pinangkan.
Contohnya aktress Normala Omar telah pinangkan perempuan untuk suaminya Zulkifli Zain masa suamin ...
masalahnya..
diorg dah tutup mata..tinga..
n the worst..tutup mata hati
utk melihat realiti hidup bermadu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #167 norsha's post
sape yg kutuk?
sara bercakap secara umum jer... :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 2/1/2006 03:27 AM
sape yg kutuk?
sara bercakap secara umum jer... :stp:
ada orang makan cili ler tu mysara.. |
|
|
|
|
|
|
|
thank atas nasihat nenek,mysara dan coyotemawi..dania hargai sgt2...dania bkn tak kesian kat wife ngan anak2 dia tp susah le nak explain.dania pompuan dan wife dia pompuan.dania faham perasan wife dia.dania pon tak nak jadi perampas.tp soal hati ni susah nak ramal ler..skrg dania btl2 keliru nak buat pilihan.kalu dania tinggalkan dia maknanye dania hancurkan hati dania sendiri.tp kalu dania bersama ngan dia lg maknanye dania hancurkan hati wife dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by norsha at 1-1-2006 06:20 PM
Sorry la kalau ramai tak setuju dgn Norsha nya opinion...all entittle to our own opinion..
Tapi just want to remind..tak semua jadi no 2 tu menyakitkan, menyusahkan atau sentiasa have to comp ...
thank norsha..tp dania nak tahu le norsha penah mengalami tak aper yg dania penah alami skrg nie? |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah alami apa yang awak alami.....
nak tinggalkan dia...hati saya akan hancur....
nak bersama dia....hati keluarganya pula akan hancur....
akhirnya....dia yang memilih untuk tinggalkan saya.....demi keluarganya yang telah banyak berkorban untuknya....
saya pun kena telan semua itu....kena berkorban dan terima kenyataan walaupun pahit.....
sebab..dia tak mampu nak bahagi masa untuk 2 orang dalam satu masa...
kehidupan bagaikan makan hati cicah cuka...
tak semudah itu untuk saya menjalani kehidupan sehari-hari....
kesannya masih terasa hingga hari ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Akak_Siti at 3/1/2006 07:05 PM
saya pernah alami apa yang awak alami.....
nak tinggalkan dia...hati saya akan hancur....
nak bersama dia....hati keluarganya pula akan hancur....
akhirnya....dia yang memilih untuk tinggalk ...
i am soooo sorry to hear this
tapi aku sesangat sebb nko tabah..
one thing ..
hanya lelaki yang tak mengenang budi
saja yang tak ingat susah senang bersama
bini pertama...
selalunya jerit perih dilalui bersama-sama
dengan isteri pertama..
sama-sama susah...
sama-sama makan nasik lauk ikan masin..
bila dah senang..
begitu mudah
kabur mata lupa diri? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by natashadania123 at 3/1/2006 04:30 PM
thank atas nasihat nenek,mysara dan coyotemawi..dania hargai sgt2...dania bkn tak kesian kat wife ngan anak2 dia tp susah le nak explain.dania pompuan dan wife dia pompuan.dania faham perasan wife ...
sesama dania..
masa dania masih muda dan masih bule memilih ni la..
dania kena buat keputusan..
lagipun...
kalu jadik bernikah pun..
tentu ker dania akan diterima oleh
keluarga mertua..yang mungkin lebih menyayangi
menantu pertama?
bayangkan..tak bule nak balik ke kampung mertua
tak bule nak rebut hak berhari raya
sebb u bini kedua...
i still remember ada one artis
pernah bagitau..dia tak bule nak demand
hak dia..sebb dia hanya nombor dua..
kesian kan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ishh pompuan2... letih a korg dok cite kat dlam ni.. ntah2 laki korg tgh sibuk ngorat org lain kat luar tu
:p |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Akak_Siti at 3-1-2006 07:05 PM
saya pernah alami apa yang awak alami.....
nak tinggalkan dia...hati saya akan hancur....
nak bersama dia....hati keluarganya pula akan hancur....
akhirnya....dia yang memilih untuk tinggalk ...
tu yg dania tak sanggup..tak nak mkn hati cicah cuka.perit rasenye nnt.dania faham sgt perasan akak_siti.terlalu faham..hanya yg penah mengalami ajer yg akan faham perasan akak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by coyotemawi at 3-1-2006 08:29 PM
sesama dania..
masa dania masih muda dan masih bule memilih ni la..
dania kena buat keputusan..
lagipun...
kalu jadik bernikah pun..
tentu ker dania akan diterima oleh
kel ...
mmg kesian..madu tu pahit.cam hempedu.tp madu tu gak yg terpaksa dania telan kalu kami bernikah.dania akan pikir masak2 perkara nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by natashadania123 at 3-1-2006 10:01 PM
tu yg dania tak sanggup..tak nak mkn hati cicah cuka.perit rasenye nnt.dania faham sgt perasan akak_siti.terlalu faham..hanya yg penah mengalami ajer yg akan faham perasan akak tu
Dania bersabar dan kuatkanla diri you. Kalau betul you rasa kahwin ngan lelaki ni 'worth it', maka berhadapanla dengan realiti... face his wife and kids. PAstikan you tau what to expect and be prepared.
Do question though. Adakah you pasti yang you akan sangat bahagia bila kahwin ngan dia? Aku nih tak de pengalaman, tapi ramai orang yang dah kahwin tak letakkkan 'CINTA' sebagai perkara terpenting dalam perkahwinan. tatau la. So, perhaps kena bandingkan, mana lagi sakit? Tinggalkan dia sekarang or jadi madu ---- every case is unique, you kena consider situasi lelaki tu and his family. Dan kena ingat, bila dah kawin tetiba tak bahagia bukan senang-senang nak tarik diri. Lelagi kita ni perempuan. Paham-paham je la.
If you opted for break... I am sure sakit punya. Tapi, bagi aku la... berpisah ngan orang yang kita kasihi samada dia suami orang atau tak tetap sakit. Pokok pangkal, kita CINTAkan dia.
Dan pada pendapat aku, tahap 'heart-break' tu bergantung pada keadaan kita such as...
1. Berapa lama kita dah kenal dia
2. Tahap keintiman kita ngan dia ---- do we share even our darkest deepest secrets? Or do we reserve a bit for ourselves?
3. Apa yang kita dah korbankan pada dia... lebih susah kalau ada gadis yang dah serahkan d*r* dia pada pakwenye... especially kalau dok kampung dalam masyarakat kita yang masih ketimuran nih.
4. Adakah kita bergantung pada dia ---- financially, emotionally etc...
Pernah aku terbaca la... kalau kita berpisah ngan orang yang kita cintai, kita akan habiskan about separuh daripada masa kita bercinta tu dengan kesakitan. Eh paham ke korang ni? Ginila.. contohnya...
Bercinta 2 bulan... Kalau putus, waktu grieving is about 2 weeks. Cenggitu la. But yes, faham la aku, memang sakit putus cinta nih... Pernah merasa dah one time nih and mmg rasa tak nak hidup dah (kes ikut perasaan la nih). But time mmg heal kita and walaupun kengkadang teringat, tapi I have become stronger. When I was going through it, I gave myself enough time to grieve as much as I could and express it as much as I could.
He'd been part of my life for 5 years and so far, dia la yang buleh terima kerenah aku and rasa serasi ngan dia. Tapi faktor keluarga (aku dan dia) dan other differences, terputusla. Grieving period... hm... lama gak. Sadly, I was on my own dealing with my grief. Tapi, in the end, aku buleh terima hakikat walaupun hati tetap sayang. And perasaan sayang tu pulak aku jadikan sebagai part of my life.
Kalau you rasa nak tinggalkan dia, kena nekad la. Pastu, doalah supaya Tuhan gantikan dengan yang lebih baik. Tapi kalau you pasti mmg berbaloi to be with him til the end, please do it right.
Peringatan untuk diri aku gak nih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku discovered thread ni by chance je... sbb terbaca komen papa jack dlm satu thread tu... aku tak baca dari mula, k... tapi nanti mungkin aku citer kat ko Dania tentang sesuatu tu... Tapi before that, aku nak kasi satu 'sajak' atau doa:
Mencari Kekasih...
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi
tetapi ya Allah...
seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku
luputkanlah ia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah...
cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini maupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
------------------------------------------------------------------------
everytime aku baca 'doa' ni, mesti menitis air mata aku... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lady_On_Earth at 12-9-2005 11:39 AM
yer tapi normally bila benda ni jadi jarang org nak salahkan si isteri..normally suami yg dipersalahkan..
apa apa pun jodoh itu ditangan Allah..
kalau ditakdirkan bermadu atau dimadukan semua itu ...
Selalunya, org pertama yg disalahkan ialah org ketiga (perempuan or sesapa yg mengalami la).
Pihak kedua yg dipersalahkan ialah lelaki tu..
Jarang org nak salahkan isteri tapi zaman la ni, masyarakat dah mula boleh terima, kengkadang salah isteri... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|