CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Struktur besi kren di tapak SUKE terjatuh, 2 maut. UPDATE #173, Operasi keluarka

[Copy link]
Post time 23-3-2021 04:53 PM | Show all posts
oni313 replied at 23-3-2021 01:50 PM
ya, yg kren jatuh tu 2 years back , masa tu jadi tghari (nasib baik kereta tak banyak) last2 memba ...

Tahun lepas ke tahun ni yang jejantas dari tasik keramat ke LRT Jelatek merekah. diorang cakap sebab projek tu jugak.
scary kot petang-petang orang balik keje
pastu sekarang tambah projek jalan dalam (Keramat,Setiawangsa KE Wangsa Maju) korek paip kot, dari 2 jalan jadi 1.
xpenah habis dah bertahun.
Masa Keramat jem tu sampai sekecik-kecik lorong tikus orang masuk.
Penah sekali adik dari Ampang ke Keramat lalu Mrr2, 3 jam sangkut depan Flamingo.
padahal Flamingo ke Bulatan kilang tu berapa minit je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 05:02 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-3-2021 04:38 PM
kondo Tiara Ampang Kondo tu pun sama kesian gak.ummah beli rumah mahal2, end up ada hiway kat depa ...

rasanya skrg anak laki dia duduk situ, pasal pernah nampak dia kt area situ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:06 PM | Show all posts
bettyboops replied at 23-3-2021 04:25 PM
residents area Ampang especially yang apartments, condo yang betul-betul sebelah SUKE ni macam nak r ...

bertabahlah kpd mereka yg affected, warga kondo seri maya setiawangsa pun sama, petition bagai, bukan di who are yous kan, tapi dicampak longkang terus suara2 diorg... yg tu pun kesian jugak, pasal bising giler bila highway DUKE tu siap nanti.....

walhal seri maya ni anatara kondo ekslusif area situ
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 23-3-2021 03:57 PM
syed sobrie ......

Otai je kenal Syed Sobrie.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 23-3-2021 04:43 PM
Lepas 30 jam, mayat mangsa ketiga kemalangan di Suke masih terperangkap

https://www.malaysiakini. ...

Aduhai.. Kesian mayat tu.. Apa bangsa dan warganegara sekalipun si mati, akak simpati sangat dan sedih juga bila jadi mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 23-3-2021 04:45 PM
Hi sis, either CA3 or CA4 tapi ada forumer da share earlier, katanya pakej CA3..

Ya Love. Dok baca bawah2, ada dah kasi details. Thanks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-3-2021 04:38 PM
kondo Tiara Ampang Kondo tu pun sama kesian gak.ummah beli rumah mahal2, end up ada hiway kat depa ...

Mesti suffocated rasa! Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Highway yg tgh bina kat salak highway menghala ke midvalley sambung ke federal tu highway SUKE ke DUKE?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry replied at 23-3-2021 09:12 PM
Highway yg tgh bina kat salak highway menghala ke midvalley sambung ke federal tu highway SUKE ke DU ...

Jika adik takut, mohon gunakan "jalan kampung" .. Yakni merentas taman desa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tu pun SUKE ke sis? Jem yahamat ya even tengah malam pun. Masalahnya waze tunjuk jln tu or npe. Iols hari2 dari kajang ke midvalley
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
untoldname replied at 22-3-2021 08:48 PM
Ha'ah..memang comp dari china memang tak nak orang luar..dierorg nak orang dier je...from head smp ...

Lepas ni, tak payah ambil vaksin dari negara mereka. Bagi negara dia sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2021 07:58 AM | Show all posts
Kren jatuh : Operasi keluarkan mayat tersepit selesai

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... t-tersepit-selesai/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
24 Mac 2021, 5:40 am


Mayat mangsa yang sebelum ini tersepit di antara komponen kren dan struktur binaan telah berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto EHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Mayat pekerja warga asing yang sebelum ini dilaporkan tersepit di antara komponen kren dan struktur binaan di projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini sejak kelmarin telah berjaya dikeluarkan pada pukul 3.57 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, beliau bersama dua anggota bomba telah naik ke atas struktur tersebut pada pukul 2.57 pagi untuk membuat penilaian risiko sebelum pasukan kedua naik dan memulakan kerja mengeluarkan mayat mangsa.

“Pada pukul 3.09 pagi, tiga anggota bomba telah naik ke atas struktur dengan memakai pakaian pelindungan diri (PPE) dan memulakan kerja mengeluarkan mayat mangsa tersepit yang mengambil masa hampir 30 minit.

“Pasukan penyelamat mengambil keputusan tepat untuk mengeluarkan mayat mangsa di saat ini berikutan keadaannya yang sudah mula mereput selepas hampir dua hari tersepit di antara komponen kren dan struktur berkenaan,”katanya ketika ditemui di lokasi operasi hari ini.

Menurut Nordin, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit itu berikutan keadaan struktur yang tidak stabil.

“Kami terpaksa mengambil masa lebih daripada sehari untuk menstabilkan struktur berkenaan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan anggota pasukan penyelamat sebelum kerja-kerja membawa mayat turun dapat dilakukan.

“Mayat mangsa yang telah berjaya dibawa turun seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat oleh pihak bomba tamat sepenuhnya,” ujar beliau.


Keadaan kereta seorang pengguna jalan raya yang musnah selepas dihempap komponen kren yang jatuh di atas jalan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika ditemui berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat.

“Bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat mangsa untuk mengenalpasti punca kematian dan lokasi kejadian kini diserahkan kepada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

Dalam pada itu, jurucakap JKKP Kuala Lumpur mengesahkan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Ketika ini segala operasi telah dihentikan buat sementara waktu jadi siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang pelanggaran perundangan dan elemen lain yang menjadi punca kejadian akan dimulakan oleh pihak kami kira-kira pukul 9 pagi hari ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan tentang usaha pihak pasukan penyelamat untuk menstabilkan struktur dan melakukan kerja pengalihan komponen kren yang jatuh sejak kelmarin bagi membolehkan mayat mangsa tersepit dibawa keluar.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi kelmarin, sebuah komponen kren dilaporkan terjatuh lalu menghempap seorang pekerja asing warga China dan menyebabkan dua lagi pekerja asing terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter.

Turut mengalami kecederaan parah adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Bezza setelah kereta dipandunya itu ditimpa komponen kren yang jatuh ke atas jalan raya.-K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:04 AM | Show all posts
JKKP pukul 9:00 pagi nie baru mula siasatan, baru boleh tau ada pelanggaran bawah akta OSHA ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:34 AM | Show all posts
kuewTiau replied at 23-3-2021 04:53 PM
Tahun lepas ke tahun ni yang jejantas dari tasik keramat ke LRT Jelatek merekah. diorang cakap seb ...

iols 2 minggu lepas dari Shah Alam ke Wangsa maju 3 jam ya....3 jam
gilaaaaaaaaaaaaaa
MRR2 jem truk nk masuk wangsa maju pon jem melekat jalan sikit sikit sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:41 AM | Show all posts
ada gambar ngeri ke uols pasal kes ni.. kecoh betul kat FB.. biru biru...
katanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:00 AM | Show all posts
lifeline replied at 24-3-2021 10:34 AM
iols 2 minggu lepas dari Shah Alam ke Wangsa maju 3 jam ya....3 jam
gilaaaaaaaaaaaaaa
MRR2 jem t ...

pergh..lemau la dalam kete.
bukan takat jalan utama, jalan dalam pn jem.
balik keje sekarang mimpi la nk sampai rumah 20minit, memang sejam atas jalan.
lalu tol lagi teruk dari jalan biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:20 AM | Show all posts

yerr.. this is what i meant bila bukak je tingkap, balkoni, nampak dinding highway..

macam cetan je diorang buat SUKE ni in between buildings n residencies..

masa lorat lori yang bunyi honk lagu-lagu apa benda ni ntah pon sama..

siang-siang orang sibok WFH, zoom meeting segala, lorry-lorry ni pon sama naik bunyikan honk bila tembung sesama diorang kat atas SUKE yang baru siap ni..

sudahnya kena complaint bising.. fadan muka..

tapikan bawah SUKE area Ampang, diorang buat jogging track tau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 01:30 PM | Show all posts
nak reroute jalan bila construction pun susah juga, sebab jalan lain pun dah memang sesak.

tapi sebenarnya itulah cara terbaik untuk keselamatan.

seram k nak lalu bawah construction ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
at the first place knp nk buat suke jgk, utk kemudahan org kelantan stay cheras g karak ke. ala lantak le guna jela jln sedia ada. dh la construction dgn China. brg shoppee beli china tu ak percaya lg, klu construction tu krik2 jgk le. yg ketapi laju aritu pun dpt kt China, baru nk feeling2 kpop klu amek KTX korea. siap KTX sewa kedai kt kl sentral dulu nk tunjuk public modul KTX dr kl ke singapore.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.128648 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list