Post time 12-11-2020 09:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I setakat ni jumpa doc baik baik, nurse baik baik and MO ke MA pun baik baik. Tapi I lebih prefer pergi private sebab kita bayar untuk perkhidmatan tu. Reserve my place for mak dan ayah yang memang monthly refer ke KK sebab sakit. I cuma harap they were treated well.
Fulusnya lebih...and the mentality mo swasta is yg pegi swasta golongan kayangan.. takleh tengking2 nanti ' I see you in court' yg pi gomen tak mampu and yg takleh sue them....
Post time 12-11-2020 11:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya... Teringat masa nak bersalin dulu kat hosp govt...
Doc specialist lg baik dr doc pelatih muda...
Yg muda stress byk keje kot...
Sib baik xda lah ayat x elok.. Cuma tinggi suara ngan kerek je..
Kita senyum baik pun dia masam je...
Doc specialist pun senyum je...
Post time 12-11-2020 11:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok lepas dah seidik isu ni baru faham
Aku tak pandai terang la so ni aku kopi pes
APA KES DOKTOR CARUT BILA DAPAT PESAKIT JAM 3 PAGI?
Aku perasan lama dah dalam group doktor , yang dah mula tersebar cerita ni .
Aku tulis ni bukan nak burukkan doktor yang terlibat tu mahupun nak backup sesiapa saja .
Korang kena faham , Asas Refer case tu apa ?
Dan apa yang menyebabkan doktor tu panas sampai macam tu ...
Banyak aku tengok komen netizen rata ratanya ada yang tak faham asas pada kemarahan itu ..
aku nak ceritakan , Kenapa ada diantara kita sesama doktor sering bertekak bila refer case .
Setiap hospital pastinya ada department yang Berbeza . Jabatan tulang , Bedah , Kanak2 , O&g , Medikal dan lain lain
Setiap doktor di jabatan yang berlainan ni ada cara kerja mereka tersendiri .
Contohnya Aku bahagian Bedah , Aku tak tahu bagaiman nak manage pesakit Neuro . So aku kena lah refer to Bahagian neurologi kan .. So basic dia macamtu
Sebab setiap jabatan ada kepakaran masing2 . Kalau doktor tu pakar bab otak .. Biar doktor bahagian otak uruskan
So lebih kurang macam tu
Tapi apa yang membuatkan doktor dari jabatan lain sering bertekak dengan doktor jabatan lain adalah disebabkan kes .
Contoh , Jam 3 pagi , Ada doktor refer aku Pesakit yang kena kencing manis .
So persoalannya ,
“ Emergency sangat ke nak refer jam 3 Pagi ? Esok kan boleh tunggu .. banyak lagi pesakit yang perlukan rawatan kecemasan , Berbanding pesakit kronik “
So ironinya ..
Kes tu tak silap aku , Doktor tu dapat rujukan kes 3 pagi , Pesakit Kanser otak .
Tapi aku tak pasti sama ada Kes referal tu atas sebab emergency atau tidak ?
Kalau emergency , selalunya dorang refer kalau ada pendarahan otak dan sebagainya yang perlukan rawatan segera
Kalau setakat , Referal untuk follow up pesakit kanser yang kronik .. Esok pagi pun boleh ... Jika keadaan pesakit stabil dan bukan dalam kecemasan
Jadi bila dapat referal 3 pagi , Untuk kes yang stabil macam ni , Sapa tak marah ?
Korang tau tak banyak kes eksiden waktu malam , Sampai ke pagi
berapa banyak pembedahan emergency yang doktor bedah otak lakukan disebabkan kemalangan jalan raya jika ada pendarahan dalaman otak ..
Boleh kata setiap hari ada pembedahan emergency tu ..
So mungkin lah , bila dapat referal kes yang stabil jam 3 pagi , Dikala kita tengah kelam kabut uruskan pesakit kecemasan di dewan bedah atau pun di ward ..
Siapa yang tak exhausted , Sakit mental jadinya
Jadi dekat mana silapnya ?
Silapnya , Doktor tu boleh je reply ,
“ Kes ni kes stabil , So esok u hantar klinik kami , Ataupun kalau patient dekat ward , Team kami akan datang tengok pesakit esok ..”
Benda simple ..
Kalau marah pun , Pendam jelah sendiri ..
Tapi silapnya , Kita luahkan pada sosial media
Orang lain tak faham cara kerja kita
Kalau orang yang tak faham , Mesti lah akan kata
“ Kalau kau kerja nak maki2 macam ni baik tak payah jadi doktor !”
Sebenarnya doktor tu mengamuk dan carutkan doktor lain yang refer pada dia
Bukan pada pesakit
kau gila nak carut dekat pesakit ?
Benda yang aku cerita ni konsep pekerjaan doktor di hospital
bukan aku nak ulas lanjut kes tu
Sebab aku pun tak tau atas dasar apa dia dapat referal jam 3 pagi ?
Kalau betul emergency , Memang wajib lah kau respon jam 3 pagi tu ..
Tu dah tanggung jawab kita nak selamatkan pesakit
Kalau bukan emergency , Bersabar je lah ..
kadang2 team doktor lain ni ada yang tak boleh beza apa itu kes stabil dan kes emergency untuk sesuatu jabatan
Apa apa pun , Korang jangan main bedal je komen sebab korang pun tak faham apa keadaan yang berlaku
jadi bila aku cerita ni harapnya korang faham situasi kerja tu macam mana
Baru lah kita komen tu lebih berhemah skit
Aku bukan nak back up siapa siapa
Yang salah tetap salah
Ingat , Kalau ada kemarahan jangan kongsi di sosial media
Kalau tak puas hati , Luahkan pada ketua jabatan .
kes ni simple je , Berlaku hari hari
Cuma belum ada lagi lah doktor yang luahkan macam ni di sosial media sebegini rupa ....
Cuba kawal perasaan kita , Channel kan kemarahan kita pada landasan yang sepatutnya ..
Lepaskan dekat sosial media siap carut tu ,
Not a good choice bro ..
Boleh timbulkan macam macam persepsi ke apa
Aku bukan nak backup ke apa
Anyway aku yakin doktor tu sebenarnya marahkan doktor lain .. bukannya pesakit
Tapi , Kalau marah pun , Pi la jumpa depan2 ..
Aku dulu selalu jumpa depan2 je kalau tak puas hati .. Senang nak sembang
Kau gila nak carut dekat pesakit ?
Dan kita pun tak tau cerita yang sebenar ..
Jadi kalau korang boleh faham konsep referal ni .. Bagus lah
takut tak pasal pulak kita terjebak dengan fitnah ...
Dr Yazeed Hair Johari
Former Medical Officer
Hsajb
bdk2 sekarang tangan lagi laju dari otak. kt tempat keje aku ada sorang gak mcm ni. apa xpuas ati sume nk up kt soc med. lelaki tp perangai cam fondan.
kita ada kawan yang dah berhenti jadi MO...katanya berhenti bukan sbb kerja tapi sebab environment tempat kerja yang toksik..sblm jadi gila baik dia berhenti, katanya...iyelah kerja gomen nak minta tukar tempat kerja bukan senang kan...ciannn