CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nuralisa

[MERGED] Pantang Larang Semasa Mengandung

[Copy link]
Post time 3-3-2006 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by sofia80 at 14-2-2006 04:17 PM
mak sofia tak bagi mandi malam2 sebab katanye takut air ketuban tu terlampau banyak. boleh efek kat baby. takut baby lemas dalam perut..

kebetulan perkara ni penah berlaku pada mak sedar kita. m ...



siannyaaaa sofiaaa.....
me kali ni memang malas mandi ptg.....compare yg 1st memang suka mandi mlm sebb panas.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2006 09:44 PM | Show all posts
kiter plak....tak pernah di uar2kan dgn pantang larang oleh my mom......either masa ngandung atau aper2 jer....

tp dgn my mother inlaw......memacam pantang larang.....hehehe...sampai my brother in- law suh catit dlm buku.....takut luper.....kita dgr jelah......ikut tak ikut....tgk keadaan......hehehe.....

pasal tak leh minum coke tu...ntah ler....kia bantai jer......

masa baru2 pegnen dlm 4 minggu gitu...kita makan nenas....alhadulillah tak der aper2......air tebu pon kiter minum gak......so far okay ......agaknyer...sumer mender2 ni depends on tubuh seseorang gak kot.....ada orang ....badan dia kuat....ada orang .....badannyer tak tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 01:18 PM | Show all posts

Petua orang tua2 masa hamil

Hi semua .. tak tau samada pernah ada thread ni ke tak .. Nak kongsi petua orng tua semasa hamil awal .. apa yang saya tau salah satu nya jangan bersama suami masa sebelum 3 bulan... x leh minum air kelapa ... x leh makan buah limau .. rasa2nya ada lagik tak .. just utk info kat bakal ibu tuk kongsi bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by eddysha9 at 11-9-2006 01:18 PM
Hi semua .. tak tau samada pernah ada thread ni ke tak .. Nak kongsi petua orng tua semasa hamil awal .. apa yang saya tau salah satu nya jangan bersama suami masa sebelum 3 bulan... x leh minum ai ...



dah ada la thread ni ...cuba selak2 kat belakang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 03:13 PM | Show all posts
Pantang Larang Wanita Hamil

1.        Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir jugak akan cacat
2.        Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
3.        Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan
4.        Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
5.        Dilarang memakan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin terjerut tali pusatnya
6.        Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan
7.        Dilarang minum air tebu atau kelapa diawal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur
8.        Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling
9.        Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur
10.        Dilarang menyusup dibawah penyidai, nanti anak akan terencat
11.        Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri
12.        Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 03:18 PM | Show all posts
MENYAMBUT KELAHIRAN

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2007 03:20 PM | Show all posts
Pantang Larang Bayi

1.        Bayi tidak boleh ditegur jika badan gemuk, Cuma katakana 憇emangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 03:20 PM | Show all posts
Pantang Larang Kanak-Kanak

1.        Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul
2.        Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur
3.        Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk
4.        Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit
5.        Dilarang tidur ditengah padang, nanti emak mati
6.        Dilarang ketawa waktu Maghrib,  nanti datang hantu
7.        Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2007 10:51 AM | Show all posts

Reply #168 Syd's post

syd...

kalau selalu tension masa pregnant mcmana ye..saya selalu tenseion dgn org sekeliling kadang2 buat2 tak tahu tp still terasa gak....mlm td pun ada bertekak skit dgn mak...bukan nya niat nak lawan atau betah dia cuma ada beberapa perkara yg saya kurang stuju dgn tindakan dia about family matters....mmg sy dah ckp dgn dia sy x nak dgr lagi apa2 ttg masalah tsebut supaya saya tak tension tp dia still nak bgtau saya jgk memandangkan saya anak sulung...sorry ye syd...off topic pulakff: ...tp saya betul2 pening kadang2 tu...x tau nak buat apa...serba-salah jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 12:15 PM | Show all posts
yg setahu mizz la kan...
nenek mizz penah ckp, org yg peknen dh 5-9 bln xleh duk atas simen....
takut nanti ssh nk bersalin...

nenek mizz ni bidan kg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 01:34 PM | Show all posts

Reply #161 Amiizaa's post

Hi amizaaa...ingt Hanni lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 01:41 PM | Show all posts

Reply #167 Syd's post

syd very informative, Thanks.. Hanni akan copy dan simpan, blh jadik rujukan bila pegnan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 02:26 PM | Show all posts

Reply #155 sofia80's post

Ooo ye ke??yg ni tak dgr lagik, tp time peknen ni mmg sentiasa panas jek..tu yg kekadang blasah mandi kol 11.30 mlm, kekadang kol 12.00 pun p mandi gak...jirus jek....

tak bley ek??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 02:32 PM | Show all posts
mmg byk pantang larang masa mengandung ni...kekadang setiap kali nak lakukan sesuatu perkara mesti pk dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 10:11 AM | Show all posts
betul ke kalau masa kire pregnant..kalau kite menyampah sangat tgk muka seseorang..nnt anak kite terkenan muka org tu..
kat opis lime ni..lime menyampah sgt tgk muka sorang ofis mate ni...dia lelaki..tapi mulut dia mcm p*k* ayam! haaa geram! dia suka kutuk org sana sini...pastu dia suka cakap besar..kalau cakap besar saje takpela..ni siap hina2 org lagi..dia mengumpat lime mcm2 sejak dr sebelum pregnant lagi...sampai pregnant ni..lime dah takleh tahan dah..kadang tu sampai nangis bila org sampaikan ape yg dia ckp tentang lime kat blkg. sampaikan skrg ni bila lime nampak muka dia je...lime buat buat tgh baca sms ke..atau tgh busy buat keje ke.
sorry yer mod..kalau off topis..terciter masalah lak... ..lime taknakla muka anak lime yg bakal lahir ni mcm dia..sbb dia tu ge**k! pastu ketiak dia ha**it!...haaaa taknak taknak!!
Reply

Use magic Report

dakja This user has been deleted
Post time 30-3-2007 03:38 PM | Show all posts
mmm...klu smoke,ade ape2 effect x...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 01:29 AM | Show all posts
banyaknye pantang.....
ari tuh masa g umah kakak apouy... dia nak hidang air...
pas tuh tgk gelas sumbing...
dia kata "ko x leh pakai gelas sumbing"
dia ckp pun sebab dia...
tapi maybe coz x nak baby sumbing kot....

tapi pada apouy pantang nih x leh ikut sangat....
kalo kita dok percaya/ yakin sangat yg jadi tuh.....
so better buat2 x tau.....
kira mana yg elok tuh kita ikut yg merapu tu kita wat bodo je la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:13 AM | Show all posts
makcik buni pulak suruh bawak gunting lagi2 waktu senja
takut benda2 lain ikut katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:15 AM | Show all posts
banyak betul patang larang orang2 tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:16 AM | Show all posts
buni ikut mana yg patut, buat syarat je..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063371 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list