|
HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels
[Copy link]
|
|
Edited by Ipo at 18-1-2018 06:47 PM
Minah perhatikan saja riak wajah Khatijah yang tidak senang dengannya. Tidak tahu kenapa, sejak dulu lagi Khatijah memang tak pernah sukakannya di kampung Belalang itu. Apa lagi bila dia mula bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak Kasimah dan Hamdan. Seolah ada perkara yang terbuku di hati perempuan itu. Perempuan yang berbeza usia hanya setahun lebih muda darinya itu nampaknya tidak pernah berbicara sopan. Main terjah saja.
"Dokumen apa pulak ni Tijah?" soal Minah berbahasa.
"Eh, tanya lagi kau ni. Aku tahu, kau yang simpan dokumen semua harta pusaka Kasimah dan Hamdan tu, kan? Kasimah pernah beritahu aku yang kau jadi orang kepercayaan Hamdan. Eh, sebenarnya, kau ke atau Kasimah , bini Hamdan?" Sindir Khatijah, mata merelung pada Minah yang sudah menggeleng.
"Aku mana ada simpan. Semua dokumen dan barang berharga Kasimah dan Hamdan dulu aku tak sentuh langsung! Yang aku ada, hanya Tini saja. Itupun, aku menumpang kasih Tini. Aku sebatang kara." balas Minah, sakit hati dengan tuduhan Khatijah.
"Dah sebulan lebih rumah tu terbakar, aku satu-satunya waris yang sah pada harta Kasimah. Hamdan tu, ambik harta Kasimah dengan cara tak baik. Dijampinya Kasimah tu supaya serahkan semua harta atas nama dia. Entah-entah kau pun bersubahat sama! Macam aku tak tahu!"
Minah menatap mata luas dan wajah mencebik Khatijah yang begitu lancang mulutnya. Lain benar sikap Khatijah dengan Kasimah yang lemah lembut.
"Tijah, aku tak teringin pun harta tu. Aku sedar siapa aku. Menumpang saja kat kampung ni. Kalau kau datang semata-mata nak tanya pasal dokumen tu, aku tak ada. Sepatutnya kau datang, tanya khabar pasal Tini. Ni tidak, harta yang kau pandang." lembut bicara Minah.
"Aku pun ada anak sendiri nak suap. Aku bukannya kaya macam Hamdan. Aku tak pandai nak jampi-jampi bagai. Sudahlah! Buang masa saja aku datang sini. Aku boleh uruskan benda ni kat pejabat tanah. Selesai urusan nanti, aku bagi tahu kau. Kau jaga Tini elok-elok. Jangan kau ajar macam-macam jampi pulak kat budak tu!"
Minah sekali lagi menggeleng.
"Kau tak nak minum dulu ke?" tanya Minah bila melihat Khatijah mula bangun dan menyapu punggungnya.
"Tak payah. Penat je aku datang sini. Satu apa pun tak dapat." kasut disarung ke kaki.
Minah turut berdiri sama memerhati Khatijah yang sudah menuruni anak tangga.
"Aku datang lagi nanti bila dah selesai urusan pusaka. Oh ya, kau tahu mana Lina hilang? Polis tak ada berita apa-apa ke?" sempat Khatijah bertanya hal anak buahnya yang seorang lagi.
Minah hanya menggeleng.
"Entah-entah si Lina tu dah disorok bunian! Tu la, aku dah cakap. Jangan main-main dengan jampi serapah ni!" Khatijah terus saja melangkah beredar dari halaman rumah Minah. Dalam hatinya memaki hamun Minah yang berpura-pura baik. Belum masanya dia beritahu hal sebenar, siapa sebenarnya Minah.
|
|
|
|
|
|
|
|
SHARIZAL kembang kempis hidungnya mencari bau hangit yang tiba-tiba memenuhi ruang dapur. Matanya menyorot pada mama yang sedang termenung di depan kuali. Tangan kanan pegun memegang senduk yang bersisa sambal ikan bilis.
"Mama..bau apa ni?" Segera Sharizal mendekati ibunya yang masih termenung di depan dapur gas.
"Mama, dah nak hangit ni!" Cepat-cepat Sharizal menyambar senduk dari tangan ibunya dan mula mengacau kaup balik sambal di dalam kuali.
"Astagfirullah! Tambah air!" Bergegas Khatijah capai jag air kosong lalu dituang sedikit ke dalam kuah sambal bilis dalam kuali.
Sharizal hanya mampu menggeleng. Tak pernah jadi macam ni sebelum ini. Dia membantu mama mengacau sambal dan disuruhnya Khatijah berehat saja di kerusi.
"Apa mama fikir sampai nak hangit sambal tu?" soal Sharizal usai saja dia menutup api dapur dan duduk di sebelah Khatijah
"Entahlah Jal. Banyak benda mama nak fikir. Mama terkenangkan kisah lama. Pasal sepupu kamu..Tini dan Lina.." Khatijah menghela nafas panjang.
Sharizal terkejut. Wajah mama dipandang tak berkelip.
"Apa mama sebut tadi? Tini?"
Khatijah yang menunduk sambil menyapu dahinya mula mendongak. Raut wajah anak bujangnya sudah berubah. Nampak keliru.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kenapa?" soal Khatijah semula.
Sharizal diam. Dia juga tidak tahu apa jawapan kepada soalan mama. Bila mama menyebut nama Tini, terus terlintas di benaknya nama Hartini. Apakah Tini yang dimaksudkan oleh mama adalah Hartini?
"Tak ada..sebenarnya saya ada kenal seorang ni. Namanya Tini jugak. Sama umur dengan Sha." balas Sharizal. Wajah mama ditatap sebentar, menunggu reaksi selanjutnya.
"Sama umur?"
Sharizal mengangguk. "Nama penuh dia Hartini. Alah..si pelik yang Sha selalu sebut tu."
Khatijah berkerut keningnya. Lama wajah anak bujangnya ditatap. Hartini...apakah dia anak kembar Kasimah? Anak yang dijaga oleh Minah? Dia cuba menidakkan tanggapannya kali ini. Tak mungkin si pelik yang diceritakan oleh Sharina itu adalah anak saudaranya!
"Mama rasa bukan. Ramai yang nama Hartini."
Sharizal hanya menatap wajah keliru ibunya yang sedang berfikir. Mulut menidakkan kata-katanya tetapi dari raut wajah mama, jelas yang mama seperti memikirkan sesuatu.
"Mama..malam tadi, saya jumpa Tini sebab saya nak tanya apa yang berlaku sebenarnya pada Sha. Setahu saya, kalau Sha demam, Sha ada nampak makhluk ghaib. And guess what? Tekaan saya benar." Sharizal berterus terang.
Khatijah terkejut. "Apa yang benar?"
Sharizal melepaskan keluhan. Mindanya mula memutarkan kembali kata-kata Hartini mengenai jelmaan perempuan cantik itu. Mungkin benar kata Hartini. Namun dia masih sangsi untuk berterus terang dengan mama. Bimbang mama akan ketawakannya pula. Sedangkan dia sendiri pun terasa cerita daripada Hartini itu seperti sebuah cerita dongeng.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tambah Nay
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ah..mak Sha yang tamak
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh lerr jadi calon menantu aliah..
|
|
|
|
|
|
|
|
eh, mana spekuanmu?
|
|
|
|
|
|
|
|
okey..macik sambung sikit ya
"Apa yang benar?"
Serentak Sharizal dan Khatijah menoleh ke arah suara yang bertanya. Sharina sedang berdiri di muka pintu ruang dapur dengan rambut sudah bersikat rapi. Blaus dan jeans yang tersarung kemas di tubuh Sharina.
"Sha? Sha dah sihat?" Khatijah bingkas bangun dan mendekati anak gadisnya yang turut menapak ke meja makan.
Sharizal hanya memandang adiknya yang kelihatan masih pucat. Dari cara Sharina berpakaian, dia pasti, adiknya sudah bersedia kembali ke blok kediaman semula. Esok, kelas akan bermula.
"Kalau belum sihat, tak payahlah ke kampus. Duduk saja kat rumah. Kalau nak ke kampus jugak, abang boleh hantar. Tempat kerja abang pun sama hala. Abang tengok kau pun tak sihat sangat lagi ni. Muka tu, masih pucat. Tak cantiklah kalau pucat macam tu." Kata Sharizal dengan mata tak lekang dari wajah pucat Sharina.
"Betul kata abang tu, Sha. Kalau duduk asrama, siapa yang nak jaga. Kat rumah ni, kami ada." Khatijah mengiakan kata-kata Sharizal sambil memujuk Sharina.
"Sha dah dengar semuanya tadi, bang. Apa yang abang bincang dengan Tini?" Sharina merenung tepat abangnya yang sudah mula melarikan anak mata ke arah lain selesai saja dia bertanya.
"Laa..dah lama la Sha kat situ?" soal Khatijah.
Sharina mengangguk.
"Abang!" suara Sharina sedikit meninggi.
Sharizal bangun dan menapak ke periuk nasi. Penutup periuk nasi dibuka. Aroma nasi lemak dengan bau pandang semerbak menyinggah hidung. Dia capai mangkuk dan mula menceduk nasi sampai penuh mangkuk.
"Kita makan dulu. Tunggu papa sekali." soal Sharizal sambil mata melihat ke arah luar jendela. Nampaknya papa sudah siap beriadah.
Khatijah pula mengambil sambal ikan bilis dan beberapa ketul ayam yang sudah siap digoreng sebelum itu lalu dihidang atas meja bersama ulam timun dan kacang. Seteko teh o panas diletakkan di hujung meja.
"Wah, dah siap sarapan?" Teruja Hashim melihat menu sarapan sudah siap dihidang atas meja sebaik dia melangkah masuk ruang dapur melalui pintu belakang dapur.
Sharina diam membatu di kerusi. Tidak puas hati dengan tindakan abangnya yang langsung tidak menjawab pertanyaannya tadi. Mama pun seolah bersubahat sama dengan abang.
"Laa..anak papa ni, kenapa pagi-pagi buta dah macam cuka ni? Dah, tak baik buat muka macam tu depan rezeki." Hashim mengambil pinggan kosong dan ceduk nasi sebelum diletakkan lauk ke dalam pinggan lalu diletakkan di depan Sharina.
"Nah, makan. Muka tu pucat lagi. Makan cepat, biar bertenaga."
Sharina masih bungkam.
"Sha, makanlah. Tak baik biar perut kosong. Dah dua hari Sha tak lalu makan." Pujuk Khatijah pula.
"Biarlah mama. Dia bukan budak kecik lagi. Bila lapar, dia makanlah tu." Sharizal mula duduk dan menjamah nasi lemak.
Sharina mencebik. Nasi lemak digaul kasar.
Sharizal senyum melihat gelagat Sharina yang masih ada perangai budak-budak. Yalah, baru 18 tahun. Rasanya, baru lagi Sharina habis SPM. Begitu cepat masa berlalu. Namun, di benaknya, dia akui, perkara yang dibincang bersama dengan Hartini malam tadi perlu dirungkaikan secepat mungkin.
Usai bersarapan, Sharizal menghantar Sharina ke asrama semula. Sharina berdegil juga nak pulang ke asrama walaupun ditegah mama. Perangai Sharina banyak diwarisi daripada mama. Memang satu kepala mereka berdua.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 13
SHARINA lebih banyak berdiam diri sepanjang perjalanan ke kampus. Sharizal perasan adiknya itu masih tidak berpuas hati tentang hal tadi. Entah bila masa Sharina tercongok di muka pintu ruang dapur pun dia tak sedar. Mungkin sebab itulah juga Sharina sudah mendengar perbualannya dengan mama tadi.
"Sha fikir apa?" soal Sharizal memecah kesunyian. Sharina nampaknya dari tadi memalingkan wajah ke arah cermin tingkap.
"Macam-macam.."
"Macam-macam tu apa?"
Sharina berpaling. Geram pula dengan sikap abangnya yang banyak soalan. Tadi bila dia tanya itu ini, tak ada mulut pula nak menjawab. Kali ini, ringan mulut pula bertanya itu ini.
"Apa yang Tini beritahu abang?"
Sharizal diam. Matanya tepat pada arah jalan depan. Sedikitpun dia tidak menoleh pada Sharina yang dia perasan dari ekor matanya, Sharina tidak beralih posisinya dari merenung tajam padanya.
"Tini ada cerita pasal perempuan cantik tu?" soal Sharina lagi. Rasa nak luku saja kepala abangnya yang sudah buat muka poyo.
"Kita bincang lain kalilah ya." akhirnya Sharizal membalas.
"No! Sha nak tahu apa yang Tini beritahu abang! Siapa perempuan cantik tu?" Kali ini suara Sharina naik satu oktaf.
Sharizal tenang memandu tanpa sedikitpun hiraukan pertanyaan emosi dari mulut Sharina. Dia tahu, sikap Sharina sama seperti mama. Suka mendesak bila nak tahu tentang sesuatu perkara. Tambah lagi perkara yang ada kaitan dengan mereka.
"Abang jangan buat bodoh! Sha tahu yang Tini sudah beritahu abang, kan?"
Sharizal mula membrek kereta. Dia berhenti di bahu jalan. Sharina dipandang tajam. "Beritahu abang, apa yang Sha nampak sebenarnya?"
Sharina tunduk. Dia menelan liur. Takut melihat mata tajam abangnya kali ini.
"Kenapa diam?"
"Sha memang nampak perempuan cantik tu.. tapi Sha tak mahu percaya." Akhirnya Sharina berterus terang.
Sharizal kembali memandu. Dia perlu bersemuka dengan Hartini sekali lagi bila tiba di kampus. Dia tak boleh biarkan Sharina dihantui dengan jelmaan perempuan cantik itu. Jika benar apa yang diberitahu Hartini malam tadi, dia perlu siasat siapa Hartini. Namun, apa yang dia yakini sekarang ini, Hartini adalah sepupunya.
SEBAIK saja kereta diparkir di dalam ruang petak, Sharina meluru pada Hartini yang kebetulan sedang berjalan bersama Zenot dari arah tangga blok asrama. Sharizal menunggu di dalam kereta. Dia sudah berpesan kepada Sharina untuk keluar bersama dengan Hartini untuk berbincang tentang hal itu. Nampaknya Hartini dan Zenot membontoti Sharina ke keretanya. Dia melirik senyuman lebar.
"Mimpi apa abang nak belanja kita orang ni?" soal Zenot dengan muka manis. Perasaannya bagai melayang di awangan. Kalaulah Sharizal tahu isi hatinya.
"Saja..ada hal abang nak cakap."
Sharizal mula meninggalkan kawasan tempat letak kereta dan menuju ke destinasi. Dia perasan wajah Hartini seperti berubah rona. Mungkin Hartini sudah dapat mengagak apa yang dia akan katakan nanti. Zenot pula nampaknya seperti teruja dari tadi. Dia jeling Sharina di sebelah. Kali ini Sharina tidak lagi seperti dulu yang suka mencemuh Hartini.
|
|
|
|
|
|
|
|
SHARINA terdiam sebaik sahaja Hartini selesai berkata. Apa yang disampaikan oleh Hartini tadi benar-benar tak masuk akal. Akal warasnya tidak boleh menerima semua itu. Tak mungkin dia juga keturunan dari keluarga Hartini.
"Jadi..kau sepupu aku?" soal Sharina sambil ketawa sinis.
"Mungkin.."
"Weyh, aku tak faham ni. Keturunan apa maksud kau ni, Tini?" Zenot mencelah. Terpinga-pinga dari tadi.
"Tini, kakak kembar Tini hilang masa rumah tu terbakar?" soal Sharizal.
Hartini mengangguk. Malas sebenarnya dia hendak mengulangtayang cerita yang sama sedangkan satu apa pun tak ada hasilnya. Bosan. Tambah lagi bila teringat soal jampi yang dituduh penduduk kampung.
"Jadi, kakak kembar Tini, namanya Lina?" Sharizal semakin ingin tahu.
Sekali lagi Hartini mengangguk.
Sharizal meraup muka.
"Jadi, kau ni memang sepupu Tini la!" Zenot sudah mula faham jalan cerita melihatkan reaksi Sharizal yang seperti menghela nafas panjang sambil bersandar di kerusi. Minuman yang dipesan di warung Pak Jali itu sudah dua gelas habis diminum. Mi goreng habis satu pinggan dibedal.
Sharina ketawa kuat. "Kau percaya cakap hantu tu?"
Hartini hanya diam. Dia tahu, kedengaran di telinga seperti satu dongengan saja. Dia tak salahkan mereka yang tidak percaya semua itu. Apa yang penting sekarang ni, dia perlu tahu di mana Harlina berada. Hidup atau sudah mati. Itu saja.
"No! I dont believe it. Mengarut! Selama ni, aku tak pernah ada saudara sebelah mama. Mama aku sendiri yang cakap. Kan, abang?" Sharina pandang abangnya yang nampak jauh termenung.
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni ditangguh sementara..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak selongkar rahsia
|
|
|
|
|
|
|
|
What?
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhh..kenapa tangguh pulakk..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tangguh pulak dah....
Tak pa, saya tunggu kak
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi! I'm back!
Pagi lagi dah buka forum. It's my birthday today, so nak kasi sambung ini cerita ya.
Sharizal hanya diam. Fikirannya melayang pada tingkahlaku mama sewaktu bercuti ke Melaka dulu. Hartini pun berasal dari Melaka. Tak mustahil apa yang didengar sekarang ini. Hartini mungkin sepupunya, anak kepada adik mama. Apa pun, dia tidak perlu melatah. Perkara ini perlu disiasat dan dia faham kalau berkaitan dengan hal keluarga. Sensitifnya sentiasa ada.
"Apa yang abang dengar, mama masih ada seorang adik tapi abang tak pasti masih hidup ataupun sudah mati." balas Sharizal sambil menjeling Sharina yang nampaknya masih tidak berpuas hati.
Sharina mengetap bibir. Dia pandang Hartini yang tunduk dari tadi. Kali ini dia mengamati wajah Hartini yang pernah dicemuh dulu. Wajah bujur sireh berkulit putih itu memang nampak berseri-seri. Raut wajah Hartini tidak ada iras mama kalau benar dia adalah anak saudara mama. Orang kata, kadang-kadang, wajah anak saudara dan mak saudara ada yang seakan sama. Malah, ada yang mempunyai iras wajah dari moyang!
Hartini perasan tenungan Sharina padanya. Memandangnya seperti membedahsiasat lagaknya.
"Well, aku tak kata yang aku ni sepupu kau, Sha. Yalah, siapa yang nak mengaku saudara kalau dah miskin macam aku ni. Aku faham sangat permainan orang kaya ni. Pandang hina pada orang miskin. Buat baik macam mana pun,tetap dicemuh. Aku bukan tak tahu yang kau bawa mulut tuduh aku gunakan jampi untuk serikan wajah. Nadia tu, sejak sekolah lagi dia tak suka aku. So, aku tak hairan kalau kau pun terikut sama." ujar Hartini dengan senyuman nipis.
"Tini, tak semua orang kaya macam tu. Lagipun, abang dan Sha bukan orang kaya pun. Biasa-biasa je. Abang tak pernah bezakan orang miskin dan orang kaya." balas Sharizal.
"Eh, aku tak pernah cemuh kau, Tini. Terasa aku tau!" Zenot yang diam dari tadi mencelah semula.
Hartini diam.
"Dahlah. Dah lewat ni. Abang hantar ke kampus."
Usai membayar minuman, mereka semua beredar dari situ. Dalam kereta, masing-masing melayan perasaan sendiri. Hanya lagu dari corong radio saja yang memenuhi suasana senyap dalam kereta sepanjang perjalanan ke kampus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 4-2-2018 08:10 AM
BAB 14
SHARINA merebahkan tubuhnya di atas katil. Teman sebiliknya, Nadia sudah lama berdengkur. Pelik pula melihat Nadia pada malam ini. Selalunya malam minggu macam ini, kalau tak Subuh, tak nampak batang hidung dalam bilik. Malam ini, sudah terbongkang dengan skrit paras lutut. Teringat kata-kata Hartini tadi, Nadia satu sekolah dengan Hartini dan Nadia tak pernah sukakan Hartini.
"Tentu ada something yang buatkan Nadia tu tak suka kat Tini. Takkanlah saja-saja Nadia bencikan Tini tanpa sebab. Pasal jampi..mungkin pasal jampi." fikir Sharina.
Ya, dia pasti. Hartini sudah menjampi abangnya agar mempercayai cerita karut Hartini. Kalau bab saudara kembar, dia boleh hadam lagi tetapi kalau dah menyentuh soal jelmaan perempuan cantik itu dan mempercayai kata-kata perempuan cantik itu, itu sudah dikira tak masuk akal! Walaupun dia sendiri melihat perempuan cantik dengan dua matanya, sampai sekarang dia masih tak mahu percaya dan dirasakan itu hanyalah satu delusi saja. Bukan realiti.
"Bodoh betul aku ni. Aku rasa aku ni dah kena jampi dengan Tini sampai aku boleh nampak perempuan cantik tu! Pandai kau ya Tini, guna jampi sihir ni semua. Kau nak menakutkan aku apa?"
Sharina bingkas bangun. Dia masih belum membersihkan diri lagi. Jarum jam dipandang sekilas. Menghampiri dua pagi. Ini semua gara-gara abang yang nak sangat jumpa Hartini. Tuala dicapai dari atas palang katil dan menuju ke bilik air. Sempat Sharina menoleh pada bilik Hartini yang tertutup rapat. Bilik rakan yang lain juga tertutup rapat. Keadaan sunyi. Hanya bunyi cengkerik kedengaran di luar. Langkahnya diatur kembali ke bilik air. Dia memberus gigi di depan singki sambil memerhati dirinya di cermin.
"Emm..mana ada sama iras muka aku dengan Tini? Sepupu konon." cebik Sharina sambil meludah sisa ubat gigi ke dalam singki.
Sebaik saja dia mendongak semula, matanya bulat memandang seseorang berdiri di belakangnya dengan wajah tersenyum. Kaku segala anggota tubuhnya. Tak berani dia bergerak walau berkelip sekalipun.
Kau tak wujud...kau tak wujud. Kata Sharina dalam hati. Dia pejam mata dengan harapan jelmaan itu sudah tidak ada.
"Aku memang wujud"
Pantas mata dibuka. Dari cermin itu, dia masih nampak perempuan cantik itu masih berdiri di belakangnya dengan senyuman manis sambil mengirai rambut yang diletakkan di depan bahu kiri. Gulp! Macam mana perempuan tu tahu aku sebut macam tu?? Sharina terasa semakin kejang ototnya. Tangan kanan yang memegang berus gigi masih melekat di atas singki. Tidak berganjak.
"Kau...kau siapa?" terketar-ketar Sharina bertanya. Tak tahu kenapa suaranya kali ini boleh lolos dari tenggorok.
"Aku datang hanya pada keturunan saja. Kau boleh nampak aku. Kau..kau keturunan Hamdan."
Sharina menelan air liur berkali-kali. Dengan wajah pucat lesi, dia cuba bergerak dan mahu berlari pecut keluar dari situ tetapi itu semua hanya imaginasinya saja. Yang jelas, kakinya bagai dipasung ke lantai.
"Si..siapa Hamdan?" kali ini, Sharina sudah mendapat kekuatan walaupun hanya suara saja yang keluar dari peti suara.
"Sha, kau cakap dengan siapa?"
Pantas Sharina menoleh ke arah pintu. Nadia dengan muka mamai berdiri di depan pintu. Dia cepat-cepat menoleh ke belakang. Perempuan cantik itu masih ada. Dia segera mengalih mata ke arah Nadia semula dengan perasaan cuak.
"Nad..kau..kau tak nampak apa-apa ke?" soal Sharina terketar-ketar.
Nadia menggeleng seraya melangkah mendekati Sharina yang berdiri kaku di depan singki dengan wajah pucat lesi. Dia berdiri di singki sebelah dan mula membasuh muka. Lama dia perhatikan wajahnya di cermin. Jerawat yang tumbuh di dahi dipicit-picit. Mukanya nampak kusam dan sejak akhir-akhir ini, dia mengalami masalah jerawat yang agak teruk.
"Krim apa yang sesuai untuk aku, Sha? Nak kasi flawless sikit."
Sharina hanya memerhati Nadia yang masih membelek wajah berjerawatnya itu di depan cermin seolah tiada apa yang berlaku. Sedangkan perempuan cantik dengan bunga ros merah sekuntun diselitkan di rambut itu masih berdiri di belakang dengan bibir mekar merah.
"Nad..aku..aku nampak..." Sharina jeling pada perempuan cantik itu yang masih tersenyum padanya.
"Nampak apa? Jerawat aku? Hei, sudahlah kalau kau nak perli aku." Rungut Nadia.
"Bu..bukan tu. Aku nampak perempuan cantik.."
Nadia pandang Sharina dengan wjaah berkerut. Dia kemudian melihat sekitar bilik air. Tiada sesiapa kecuali dia dan Sharina saja yang ada di situ.
"Perempuan cantik mana pulak ni? Kau nampak kat mana?"soal Nadia.
Bau wangi semerbak memenuhi sekitar bilik air. Nadia dan Sharina saling berpandangan. Tiba-tiba saja bau wangi. Perlahan Nadia tarik tangan Sharina dan terus berlari keluar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seminggu berlalu. Sejak kejadian pada malam di bilik air itu, Sharina lebih senang bersendiri. Sepanjang seminggu itu jugalah, nama Hamdan sering bermain di mindanya. Sampai sekarang dia masih tak mahu percaya kewujudan perempuan cantik itu. Seboleh mungkin, dia ingin membuang jauh-jauh semua itu dari mindanya. Dia hanya berimajinasi saja. Mungkin dia terlalu penat sehingga nampak yang bukan-bukan.
Keretanya dipandu menuju ke rumah. Hari minggu seperti ini, dia malas hendak lepak di kampus. Sementelah lagi, selepas kejadian di bilik air pada malam itu. Ingin saja dia mengikut cadangan mama untuk keluar dari asrama dan tinggal saja dengan mama di rumah. Dia ulangalik ke kampus dari rumah saja. Kalau penat memandu, tumpang saja abangnya nanti. Apa susah?
"Sampai pun anak mama!"
Sharina melakar senyum melihat mama sudah tersenyum menyambutnya di halaman rumah sebaik keretanya mendarat di garaj. Keluar dari perut kereta, terus mama memeluk dengan erat.
"Sha dah makan?"
Sharina menggeleng. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah.
"Abang nak ke mana?" soal Sharina. Sharizal sedang menuruni anak tangga dengan sebuah beg galas. Nampak seperti hendak berjalan jauh. Dia faham sangat dengan abangnya kalau hendak berjalan jauh, tentu beg galas itu yang dibawa.
"Ada kerja sikit. Kenapa?" soal Sharizal.
"Takkan outstation hujung minggu ni?"
"Alah, biarlah dia. Baguslah tu. Sambil cari calon isteri. Umur kamu ni, dah layak kahwin. Mari makan, ajak papa sekali." celah Khatijah sambil berlalu ke ruang dapur menyediakan hidangan tengahari.
"Abang nak pergi mana? Sha tak percaya la kalau abang outstation. Abang nak ke Melaka eh?" teka Sharina.
"Syhh!" Cepat saja Sharizal menekup mulut adiknya. Melingas dia melihat mama di ruang dapur, kalau-kalau mama mendengar kata-kata Sharina tadi.
"Nak ikut?" Rengek Sharina.
"Mana boleh. Abang pergi dengan kawan. Tidur kat hotel. Kau tu perempuan." Sharizal capai telefon bimbitnya dari dalam poket seluar dan mula menghubungi seseorang.
Sharina menunggu abangnya habis berbual.
"Sha tak kira. Kalau abang nak ke Melaka, Sha nak ikut jugak. Sha tahu, abang mesti nak cari Tini kan? Apa, abang nak kenal keluarga Tini ke? Abang dah jatuh hati kat Tini?" bertubi soalan Sharina.
Sharizal malas hendak melayan. Dia menapak ke ruang dapur. Aroma masakan mama dari tadi menusuk lubang hidung. Tambah lagi bau asam pedas ikan merah. Mama sudah pandai masak asam pedas stail orang Melaka.
Sharina membontoti abangnya ke dapur dengan muka cemberut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|