Ni sebabnya kenapa PAS marah sgt dgn DAPig.. La ni, hang pikul la parti Mat Sabun tu kalu rasa Mat Sabun tu buleh dapat sokongan org melayu..
BANGI, Rabu – Kebiadaban DAP yang terus menyerang kepemimpinan ulama PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah usaha sistematik mereka untuk menguasai parti Islam itu.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata DAP cuba menguasai PAS dengan mencatur kepemimpinan melalui muktamar kali ini.
DAP katanya, sedang berusaha untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang berani berkata ‘tidak’ atau ‘no’ kepada DAP, dan mahu menaikkan pemimpin ‘yes man’ yang boleh mengikut telunjuk mereka. “Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan DAP dalam mesyuarat PR (pakatan rakyat),” katanya dalam satu kenyataan di akaun facebooknya, hari ini.
Strategi licik itu kata Zuhdi, dapat dilihat apabila pertama kali dalam sejarah kepemimpinan ulama, jawatan Presiden PAS akan dicabar.
Katanya, Ustaz Ahmad Awang, calon pencabar Abdul Hadi bagi jawatan presiden, sememangnya dikenali seorang yang lunak terhadap desakan-desakan DAP.
Zuhdi berkata, DAP tidak senang dengan sikap tegas dan berprinsip Abdul Hadi yang dilihat menjadi penghalang besar kepada parti cauvanis itu dan Anwar Ibrahim yang mahu mendominasi kehendak mereka dalam PR.
Ia termasuk dalam beberapa isu seperti ‘Rancangan 16 September 2008’, penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak, pembentukan Kerajaan Konsensus Nasional, ‘Langkah Kajang’ dan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Apabila di kalangan pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu ‘Langkah Kajang’, pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden PAS ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan PAS yang setegas beliau.
“Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka,” kata Zuhdi.
DAP katanya, kini mengambil peluang mencampuri urusan dalaman PAS dengan cuba mencorak siapa yang perlu naik sebagai presiden, timbalan presiden dan lain-lain jawatan dalam PAS pada muktamar 4 hingga 6 Jun ini.
Tindakan ‘tangan luar’ yang mencatur inilah menurut Zuhdi, punca utama keretakan dalam PR.
Ia ditambah pula dengan sikap ‘bacul dan khianat’ sesetengah pimpinan PAS yang merelakan urusan dalaman PAS dan mahukan PAS menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP.
“Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, PAS akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia,” katanya.
Mat Sabun & the geng BARUA DAPig... Padan muka akhirnya tewas... Pastu berambus keluar pi tubuh parti PANtat... Teruskan menjilat DAPig.. Tanpa mereka, PAS lebih MACHO..
|