CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Munah_Sensasi

Khai bahar dah betoi kan gigi uolls!!!

[Copy link]
Post time 27-5-2016 04:30 PM | Show all posts

BAGI pengikut setia video-video yang memaparkan nyanyian atau video parodi di laman sosial YouTube, Instagram, Facebook atau terkini aplikasi nyanyian Smule, sudah pasti artis-artis yang lahir daripada laman sosial tersebut amat dekat dengan diri mereka.

Sementelah artis-artis laman sosial lebih mudah didekati berbanding artis popular tempatan.

Lebih menarik, kerana aplikasi itu, segelintir daripada mereka menjadi perhatian sehingga membawa mereka masuk ke dunia seni.

Begitulah boleh diibaratkan dengan empunya nama Muhamad Khairul Baharudin ini.

Lebih dikenali sebagai Khar Bahar, boleh dikatakan, anak jati Perlis ini berjaya mencuri tumpuan setiap penonton yang melayari video-video nyanyiannya di laman sosial.

Meskipun baharu berusia 22 tahun, Khai Bahar yang mesra disapa Khai ini memberitahu, dia mula mendapat perhatian banyak pihak apabila memuat naik lagu Relakan Jiwa yang pernah dipopularkan Hazama sekitar tiga tahun lalu.

“Ketika itu saya baharu berusia 19 tahun, pada awalnya saya selesa bermain gitar sahaja tanpa sebarang rakaman, bagaimanapun, saya terfikir mengapa tidak saya rakamnya dan muat naik di YouTube.

“Bermula daripada detik itu, saya mendapat respons positif daripada penonton dan pengikut di laman sosial sehingga nekad menghasilkan pelbagai video nyanyian,” katanya menyanyikan semula pelbagai lagu popular seperti Janam Janam, Bayangan Gurauan dan Madah Berhelah.

Bercerita lanjut, akui Khai, namanya lebih popular apabila dia berduet bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule bagi lagu Memori Berkasih baru-baru ini.

“Alhamdulillah, video itu mendapat sambutan luar biasa sehingga viral di Instagram, Facebook dan YouTube.

“Bayangkan, kerana video itu juga, laman sosial Facebook saya mempunyai lebih 200,000 pengikut kini,” katanya.

Tidak terhenti di situ, Khai juga mendapat lebih 3 juta like bagi lagu nyanyian Projector Band, Sudah Ku Tahu yang dinyanyikan semula olehnya.

“Saya sendiri tidak pernah menduga akan diterima seperti ini.

“Dahulu saya seorang penyanyi jalanan (Buskers) dan pernah menyanyi di kedai milik rakan saya di Sarawak.

“Tetapi kini, saya sudah mula dipanggil untuk membuat persembahan bersama artis-artis terkenal,” katanya.

Jelasnya, ia merupakan pengalaman dan pengorbanan berbaloi kerana saat minatnya dalam bidang nyanyian membuahkan hasil.

“Saya pernah menyertai program realiti tanah air, tetapi tidak sampai ke peringkat top 10 dan sebagainya.

“Bagi saya, ia bukan alasan berputus asa dan kini usaha saya hampir menjadi kenyataan. Lagipun, penyanyi YouTube juga semakin ramai mencipta nama dan berjaya, jadi saya ambil mereka sebagai contoh dan dorongan,” katanya mendapat sokongan penuh daripada kedua orang tuanya menyanyi di laman sosial.

Bergelar artis rakaman

Gembira dengan inisiatifnya tersendiri untuk bergelar penyanyi terkemuka suatu hari kelak, ujar Khai, rezeki datang bergolek apabila ditawarkan menjadi artis rakaman.

“Syarikat rakaman NAR Record tawarkan kontrak kepada saya beberapa bulan lalu. Bagi saya mengapa perlu tolak, kerana ia memang cita-cita saya selama ini,” katanya.

Ditanya adakah genre lagu bagaimana menjadi pilihannya nanti, kata Khai, dia selesa memilih genre balada yang sebati dalam jiwanya.

“Saya menggemari lagu-lagu seperti rock balada yang biasa nyanyikan di YouTube, bagi saya lagu seumpama itu mempunyai lebih jiwa, tetapi jika syarikat rakaman minta saya menyanyikan genre lain, saya akan cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Dia juga akan mengikuti kelas vokal bagi memantapkan teknik nyanyian.

“Insya-ALLAH, ia merupakan usaha saya sebagai persediaan bergelar penyanyi.

“Saya sedang menyusun jadual kerana sekarang ia sangat padat,” katanya.

Ditanya apakah dia kekal aktif menyanyi di laman sosial, kata Khai, dia akan menghasilkannya selagi diterima.

“Ramai artis popular memuat naik video mereka di laman sosial, jadi tidak timbul isu eksklusif atau tidak,” katanya.

Ditanya apakah dia sudah bersedia bergelar penyanyi secara profesional, ujarnya, dia mengharapkan yang terbaik daripada semua pihak.

“Bersedia atau tidak saya perlu melaluinya, Insya-ALLAH, saya cuba menghadapinya dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan peminat,” katanya.

Selain itu, Khai memberitahu, dia kini lebih yakin menyanyi di khalayak ramai.

“Dahulu gigi saya kurang elok, tetapi setelah mendapatkan rawatan, ia menjadi lebih baik,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 24-5-2016 08:46 AM
Peluang kedua Khai Bahar
Oleh IZWAN MOHD. ISA
Foto NASIRRUDDIN YAZID


Semoga dia tetap bersikap down to earth and humble bila dah berada di puncak kelak. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 26-5-2016 10:21 PM
jgn buat fitnah.
klu dia gayah skali pon, whats ur problem..pelik la golongan LGBT ni.pantang ada ...

Komen ni yg aku tunggu.
Aku setuju dan sokong komen hang
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 27-5-2016 04:30 PM
BAGI pengikut setia video-video yang memaparkan nyanyian atau video parodi di laman sosial YouTube ...

Rezeki dari Allah SWT adalah  rahsia terbesar Nya tanpa siapa yg tahu dan menduga
Alhamdulillah semakin murah rezeki Khai dgn padatnya aktiviti sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 04:14 AM | Show all posts
Hoho karut-2 je ~~
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 10:40 AM | Show all posts
siasia replied at 25-5-2016 01:04 PM
nampak berjenis jugak la cara dia menjawab soklan reporter tu.

Berjenis tu macam mana? Dan dia ni siapa actually?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2016 12:45 PM | Show all posts
okay
harap tak ganggu nyanyian
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
        
Klakar la pulak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru brapa hari jd penyanyi dah berdarah tekak.. Ke pakai nyanyi ja x blajar teknik yg betul? Mcm2 la plak dia ni baru nak naik
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 26-5-2016 10:21 PM
jgn buat fitnah.
klu dia gayah skali pon, whats ur problem..pelik la golongan LGBT ni.pantang ada ...

Dia tertekan sbb dia tak dpt jadi retis.. Kang video bogel dia tersebar kang.. Ops! Takde org nak tgk video bogel dia kot  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:06 AM | Show all posts
ku_fir replied at 31-5-2016 10:47 PM
Baru brapa hari jd penyanyi dah berdarah tekak.. Ke pakai nyanyi ja x blajar teknik yg betul? Mcm2 l ...

mcm mana secara medic nya, tekak boleh berdarah ye? hmm yep hm...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 08:14 AM | Show all posts
Semalam aku tgk dak Khai ni kat TV3, rancangan apa ntah ada dua mamat jadi host

Dah lain dah rupa dia lepas kena groom, konfiden level pun tinggi
tapi aku prefer rupa dia yg boyish malu malu dulu

Gud luck Khai Bahar
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 08:56 AM | Show all posts
Incanto replied at 1-6-2016 08:14 AM
Semalam aku tgk dak Khai ni kat TV3, rancangan apa ntah ada dua mamat jadi host

Dah lain dah rupa ...

same la dear.. suke khai bahar yg dulu2.. malu2 jer nyanyi.. bab2 tekak berdarah x nk komen. die x latihan n pengetahuan kot. NAR kena do somethin la kan.
anyway i is okay with him.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 04:15 PM | Show all posts
cepatnya betolkan gigi. pakai kaedah ape ye? i dulu pakai braces bertahun2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 04:17 PM | Show all posts
4cupcakes replied at 7-6-2016 04:15 PM
cepatnya betolkan gigi. pakai kaedah ape ye? i dulu pakai braces bertahun2..

crowning kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 11:00 AM | Show all posts
Esmiria replied at 24-5-2016 11:53 AM
KB is justanother tipikal guy.Memang biasa wajahnya tapi kalau dia simpan jambang or misai,bdn ketak ...

tingginye tanggapan chuoolllsss

aioolllsss DP byk je pic korean guy.. ske taruk DP cute depa2 tu. xde la pai ade mksd sebegitu.. eeewwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 11:07 AM | Show all posts
si khai ni bt bridge treatment ataupun bt crown gg kot

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 11:53 AM | Show all posts
PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 6 Jun 2016
Penyanyi, Khai Bahar menganggap digilai ramai peminat daripada kalangan wanita dan lelaki itu merupakan satu perkara yang positif buat dirinya, meskipun ada yang memberikan komen negatif kononnya Khai mahu disanjung dan dipuja.

"Ok benda seperti ini sebenarnya di luar jangkaan, saya tak mengharap atau apa pun untuk disukai ramai orang. Tapi, ada juga yang mengatakan peminat seolah-olah menyanjung ataupun menyembah diri saya. Bagi saya, mereka sekadar menyokong karier nyanyian saya, tambah pula mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Semua orang tak sama, masing-masing punyai pendapat atau pandangan yang berbeza-beza," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baca: Khai Bahar Dikritik Tekak Berdarah, Ini Jawapannya

Diajukan persoalan adakah Khai pernah menerima mesej-mesej berbaur lucah atau apapun yang negatif, jelas Khai, tidak lagi.

"Mengenai hal itu saya belum menerima sebarang mesej lucah ataupun perkara-perkara yang tidak baik. Sama juga semasa saya membuat persembahan nyanyian di mana-mana, belum pernah ada yang cuba untuk mengambil kesempatan atas diri saya. Mereka lebih sekadar mahu bergambar sehinggakan pernah ada yang bertolak-tolak dalam keadaan orang ramai," terang Khai teruja kerana melihat peminat yang sanggup bersesak semata-mata untuk bergambar dengannya.

Baca: Khai Bahar Tak Lupa Diri

Ketika ini pengikut Khai di laman sosial Instagramnya sudah pun hampir mencecah 296 ribu pengikut. Manakala di akaun Facebook, 260 ribu pengikut.

1
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 8-6-2016 11:53 AM
PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 6 Jun  ...

x pnh awek n pakwe bertolk nk bergmbo dgn aku cm kb. Eh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 12:46 PM | Show all posts
good luck dik khai. suara adik sedap. gigi dah santek. senyuman manis menawan. harap-harap boleh ganti kokpin jd model iklan colgate. ahahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074081 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list