CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jingga007

Teratak Borak dan Persinggahan BOD BAKAT & RUANGAN PENULIS VER 6

  [Copy link]
Post time 24-12-2011 03:47 PM | Show all posts
ada sesiapa yang boleh sages novel/cerpen yg dah tamat dalam bod ni untuk dibaca?
nak baca novel (versi buku), dah takde buku nak baca lagi...
buat masa ni mijot dah tak boleh nak baca novel yg berunsurkan cinta mengarut-mengarut, stail tulisan yg tak matang dsbnya...
gara2 dok baca 2 buah novel RAM berturut-turut...
leceh betul selera mijot skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 12:01 AM | Show all posts
Smiley tgk Ombak Rindu. Secara peribadi smiley rasa filem dia okay, boleh tahan. Tapi tak adalah sampai menangis bagai dan tak juga melekat dalam kepala.
Tapi betul  kata forummers , ceritanya tak sama dgn novel. Versi film lebih ringan dan komersil.
Kalau nak ikut betul betul karya FA, lebih baik di jadikan drama bersiri sebab mustahil semua plot dan sub plot dapat di " capture " dalam masa dua jam.
Cuma smiley rasa tak perlu ada adegan ranjang antara Haris dan Izzah (wpun  peminat Aaron Aziz suka ). Sangat tak sesuai sebab ramai yang bawa anak anak menonton filem ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 01:58 PM | Show all posts
ada sesiapa yang boleh sages novel/cerpen yg dah tamat dalam bod ni untuk dibaca?
nak baca novel (v ...
mijot Post at 24-12-2011 15:47



    ni mmg sindrom 'otai-otai'
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:45 AM | Show all posts
amende tah OR ni..nyesal tgk..seribu kali besh tengok Alvin & The Chipmunk 3
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 06:17 AM | Show all posts
HAPPY BIRTHDAY TO MARCELL !



Moga di rahmati Allah sentiasa. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 06:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 31-12-2011 06:21



SELAMAT TAHUN BARU SEMUA !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2011 09:48 AM | Show all posts
SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA WARGA FORUM

SEMOGA TAHUN 2012 MEMBAWA KEBERKATAN, KEAMANAN & KESUSILAAN
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:49 AM | Show all posts
HAPPY BIRTHDAY MARCELL
{:4_181:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 06:53 PM | Show all posts


Happy Birthday Marcell
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:06 AM | Show all posts
Selamat ulangtahun kelahiran MARCELL. Moga sentiasa gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:08 AM | Show all posts
Utk Teman2 - Selamat Tahun Baru 2012. Moga tahun ni membawa kebahagiaan dan kerberkatan kepada kita semua. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 08:11 PM | Show all posts
Reply 1771# norim


Salam camner percutian norim ejoy tak ? Ada jumpa dato siti?.
Rasanya group dato ct bertolak lebih kurang sama dgn tarikh norim
selepas saya balik kesini....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:38 AM | Show all posts
MPH KL Sentral Book Fair
7 - 20 Jan 2012
9.30 pagi - 9.30 malam
Level 2, KL Sentral (Berhadapan tangga/eskelator)

***gambar diupload kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:53 PM | Show all posts
antara gambar sekitar MPH KL sentral book fair

     

          
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:50 AM | Show all posts
Reply 1773# mijot

mijot...
baper % discount?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:23 PM | Show all posts
Alaf pun ada selas juga he he he he
cuma karya seni & kn x ada buat sales kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2012 12:44 PM | Show all posts
Salam Korang...

Semua sihat?Apa cer korang semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:22 PM | Show all posts
Reply 1775# midar


aku tak borong pun sbb buku terbaru lynn dayana takde...
tunggu karnival karangkraf hujung bulan ni...
diskaun dlm 20% - 70%...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:35 PM | Show all posts
wow...karnival buku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 10:49 AM | Show all posts
2012 janji pasaran buku

Buku kanak-kanak dan agama kekal beri keuntungan besar

BUKU kanak-kanak dan buku agama dijangka terus menjadi fenomena dalam industri penerbitan di Malaysia tahun ini, manakala novel cinta akan kekal memberi keuntungan kepada penerbit dengan manuskrip yang lebih positif pendekatannya.Pengurus Besar Editorial Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin, ketika ditemui Sastera menjelaskan, pasaran buku kanak-kanak dijangka terus berkembang meskipun dari segi jumlah penerbit yang menghasilkan buku kanak-kanak ramai, tetapi ia memberi lebih banyak pilihan kepada pembaca.

“Persaingan ini memastikan lebih banyak buku kanak-kanak muncul di pasaran dengan persembahan sangat menarik sehingga bukan saja memikat kelompok terbabit, tetapi juga ibu bapa yang mencari pilihan buku terbaik untuk anak mereka,” katanya.

Selain buku kanak-kanak, syarikat terbabit turut yakin bahawa buku agama akan mencatat perkembangan ekoran pasarannya yang besar dan andaian itu dibuat berdasarkan keuntungan yang dicatat buku agama di bawah jenama Karya Bestari untuk tahun lalu meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Satu daripadanya adalah faktor pendekatan dalam penghasilan buku agama yang lebih meruntun jiwa. Kita tidak lagi bercakap soal buat jahat dibalas neraka, tetapi pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa pembaca. Misalnya keindahan syurga dan paling laris ketika ini ialah Soalan Bocor dari Kubur,” katanya.

Sri Diah berkata, buku dengan judul mendamaikan jiwa, adalah strategi yang lebih berkesan dalam memikat perhatian pembaca, bukan sekadar kulit buku menarik kerana mereka kini tidak lagi boleh dimomokkan dengan balasan neraka seperti suatu ketika dulu.

“Sungguhpun demikian, kami tidak menafikan novel pop dalam industri percetakan negara terus relevan kerana ramai pengikut dan hakikat karya sedemikian sememangnya malar zaman. Bagaimanapun, kami lebih berpilih dengan manuskrip lebih positif menjadi pilihan, selain novel dengan kisah cinta remeh-temeh akan diketepikan,” katanya sambil menegaskan buku motivasi, kerjaya dan keusahawanan juga turut berkembang pada pasaran ini.

Penolong Pengurus Perdagangan, Jabatan Bahasa Melayu, Bahagian Perdagangan Inggeris, Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR), Azrina Azmi, berkata majikannya meramalkan novel cinta yang diadaptasi ke layar perak dan dijadikan drama bersiri akan menjadi kegilaan pada tahun ini.

“Tahun ini 11 novel yang diadaptasi ke drama dan filem dijadualkan melonjakkan jualan karya asal. Kebanyakan novel itu sebahagian besarnya sudah lama diterbitkan. Hanya beberapa naskhah saja membabitkan karya baru,” katanya.

Seperti Karangkraf, POPULAR turut meramalkan buku agama akan terus menjadi fenomena seperti karya Dr Azhar Idrus yang mempunyai ramai pengikut meskipun judul buku tidak banyak, tetapi buku yang dihasilkan mendapat sambutan hangat pembaca dan trend itu dijangka berterusan sehingga 2012.

POPULAR juga menerusi program Ekslusif POPULAR dijangka melebarkan lagi senarai penulis yang mengedarkan buku secara eksklusif dengan syarikat itu dan antara yang berkemungkinan besar menyertainya ialah Fauziah Ashari dan Ahadiat Akashah.

Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dr A'Azmi Shahri pula menyifatkan, secara umumnya tidak banyak kejutan yang akan berlaku, malahan fenomena buku remaja dan kanak-kanak yang mendapat sambutan di Malaysia ketika ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan negara lain.

“Jika dilihat pada pameran buku di Malaysia, Indonesia, China dan Thailand bagi tahun lalu, segmen buku remaja didapati masih menjadi fokus penerbit, manakala penerbitan buku agama dijangka terus popular di Malaysia sehingga beberapa tahun lagi, ”katanya.

Selain itu, syarikat penerbitan yang sama akan masih berupaya mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran buku untuk beberapa tahun akan datang dan hanya berubah jika modal insan daripada syarikat gergasi keluar dari kepompong syarikat yang didukungi dan membina syarikat baru.

“Jika ini berlaku, syarikat baru itu sudah pasti mempunyai potensi tinggi dan menjadi pesaing yang ‘menarik’ dalam pasaran di negara kita. Saya juga menjangka syarikat penerbitan tempatan akan mengkaji peluang memasarkan karya mereka melalui jualan hak cipta kepada syarikat penerbit luar negara,” katanya.

credit to Berita Harian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.278069 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list