|
konpius je aku bc kat cr gold tu.. kecik beno fontnye
lepapilon Post at 10-9-2010 08:48
aku pon..maner satu suggy ngan posting derang pon ..aku konpius... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1741# skymania
ko ni salah satu contoh melayu selalu duduk dalam kepompongrasa jangal dengan dunia luar |
|
|
|
|
|
|
|
biar btol wei da meninggal?
saspen ni..
panggil inspekter conan la mcm ni cari pembunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
mana yer diorang sembahyang raya.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa apa pun tunggu aje lah berita nanti ... |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana la anak2 Sosi beraya hari ni yer? |
|
|
|
|
|
|
|
ari ni ada buletin 1.30 x?
aku nk ready dpn tb ni
mana tau sume cuti |
|
|
|
|
|
|
|
dah raya dah pun, mereka masih tidak di temui ker? meraonggg |
|
|
|
|
|
|
|
harap2...ada berita baik nnt~ |
|
|
|
|
|
|
|
kesian keluarga mrk..semoga diberi kekuatan |
|
|
|
|
|
|
|
Serbu rumah di ladang sawit
2010/09/10
BANTING: Polis menyerbu sebuah rumah di dalam ladang kelapa sawit di Tanjung Layang, Tanjung Sepat, petang semalam yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, polis dengan bantuan anjing pengesan gagal menemui sebarang bukti menunjukkan kehadiran jutawan berkenaan dan individu terbabit yang kemungkinan dikurung di rumah berkenaan.
Difahamkan, selepas serbuan itu, anggota polis dipercayai dari Bukit Aman kemudian membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.
Sekumpulan wartawan yang berkumpul di IPD berkenaan sebaik mengetahui kehadiran pasukan forensik gagal mendapat sebarang komen mengenai apa hasil serbuan di rumah berkenaan.
kredit to myMetro. |
|
|
|
|
|
|
|
makin suspen lak kes sosilawati nih yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serbu rumah di ladang sawit
2010/09/10
BANTING: Polis menyerbu sebuah rumah di dalam ladang kela ...
redbun Post at 9-9-2010 19:41
tak jumpa lagi lah nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1755# sueism
belum lagi la nampak gayanya tu.. tapi harap dapat ditemui secepat mungkin.. kesian pada anak-anak dia yang sedang menunggu nak beraya tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sueism
belum lagi la nampak gayanya tu.. tapi harap dapat ditemui secepat mungkin.. kesia ...
redbun Post at 9-9-2010 20:06
nie lah makin lama makin takut tipis aje nak jumpa nie ... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh drive balik kampung pon masih teringat2kan thread ni...takut terlepas perkembangan terbaru. seb bek la rumours psl jumpa mayat tu tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga bergelar Datuk sorok Sosilawati
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Norakmah Mat Youb
[email protected]
2010/09/09
YATMAH dan salah seorang adik Sosilawati, Mohd Hazim Lawiya, 38, menyusun kuih kegemaran Sosilawati di dalam balang sebagai persediaan menyambut anaknya pulang berhari raya di rumahnya, di Kampung Sri Menanti, Batu Pahat, semalam.
KUALA LUMPUR: Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.
Sumber memberitahu Berita Harian, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.
Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.
“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,” katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.
Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.
Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu ketika menghadiri urus niaga tanah di Banting. Turut hilang, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB Bank, Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Di GEORGETOWN, lima Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Pinang sehingga kini tidak menerima permohonan jual beli tanah di negeri itu atas nama Sosilawati.
Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara (SPU), Seberang Prai Tengah (SPT), Seberang Prai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat Sosilawati di situ.
Seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPS berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima permohonan jual beli tanah atau pernah berurusan dengan Sosilawati.
“Kami tidak pernah melihat atau menerima permohonan daripada Sosilawati. Di Pulau Pinang ada lima pejabat Tanah mengikut daerah masing-masing, bagaimanapun kami tidak pernah bertemunya,” katanya ketika dihubungi semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
datuk yg dituduh tu terer buat brainwash ke hah |
|
|
|
|
|
|
| |
|