Hot List: Lima Persembahan Terbaik ‘Anugerah Juara Lagu ke-30’BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL Persembahan Kaka Azraff bersama Alif menerusi lagu 'Bukan Hal Aku' tidak kurang menariknya apabila memilih konsep futuristik yang dilihat sebagai kesinambungan daripada muzik video lagu tersebut. - Foto TRP/Syahirah Roslan [color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT
KUALA LUMPUR, 27 Januari:Walaupun sudah tiga hari berlalu namun, pertandingan lagu terulung negara, Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) masih lagi diperkatakan. Tidak dinafikan ada yang berbeza pendapat tentang edisi ke-30 itu tetapi tidak dinafikan, impak penganjurannya tetap mendapat perhatian ramai seperti mana tahun-tahun sebelum ni. Seperti mana yang diketahui, AJL antara acara anugerah yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun meskipun ada pendapat mengatakan AJL bagaikan tidak lagi relevan dalam mengiktiraf karya tempatan. Waima apa keadaan sekalipun, ia tetap mampu membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1986 itu. [color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT
Berbalik kepada AJL30, pengamatan The Rakyat Post kali ini melihat persembahan penyanyi yang bertanding tidak kurang menariknya.
Dalam satu aspek, harus diakui, kemeriahan itu kurang dirasai tetapi 12 penyanyi yang melunaskan tanggungjawab masing-masing dalam menyempurnakan persembahan mereka wajar dipuji. [color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT
Justeru, The Rakyat Post menerusi Hot List kali ini menampilkan lima persembahan terbaik yang telah dipersembahkan pada malam AJL30 lalu dengan seleksi gambar yang sempat dirakamkan oleh jurufoto kami, SITI SYAHIRAH ROSLAN. Namun, harus diingatkan senarai ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan tidak berniat untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak juri dan peminat yang memilih Akim & The Majistret sebagai pemenang tahun ini.
DAYANG NURFAIZAH – TAK PERNAH MENYERAHTerbaik! Hanya satu perkataan itu yang menggambarkan persembahan Dayang Nurfaizah pada malam itu. Ramai tidak menyangka lagu balada itu yang dianggap sesetengah pihak tidak berupaya menonjolkan kehebatan vokalnya menjadi sesuatu yang ekstravaganza. Kehebatan Dayang bukan hanya terletak kepada keampuhan vokalnya tetapi dia hadir dengan pakej yang dilengkapi dengan aura dan persona sebagai seorang penghibur. Persembahannya pada malam AJL30 telah menaik taraf prestij AJL dan itulah yang dikatakan persembahan eksklusif dan bertaraf antarabangsa. Mungkin ada yang kurang selesa dengan pujian ini tetapi maaf cakap kepada mereka yang tidak sukakan persembahan Dayang, tetapi ia adalah contoh terbaik jika mahu menjadi seorang penghibur yang disegani. Sekali lagi maaf cakap, persembahan Dayang untuk AJL tahun ini adalah bertaraf persembahan di pentas Anugerah Grammy. That is what we call a brilliant performance! Kalau diberi pilihan untuk memilih pemenang Persembahan Terbaik dengan penilaian 100 peratus daripada juri, tidak mustahil ini adalah pemenangnya.
FAIZAL TAHIR – ASSALAMUALAIKUMSebelum ini, dalam satu temubual bersama The Rakyat Post, Faizal Tahir sempat ditanya tentang konsep persembahannya dan jelas Faizal, dia akan memberikan sesuatu yang akan meninggalkan kesan kepada audiens. Mengenali Faizal, jarang sekali dia mengecewakan peminat dan penonton dengan persembahannya dan dia antara penyanyi yang sering ditunggu-tunggu setiap kali menyertai AJL. Ternyata, Faizal mengotakan janjinya dan dia membuat kejutan apabila tampil dengan sebuah persembahan yang cukup minimal namun, impaknya besar sehingga ada yang meremang bulu roma serta bergenang air mata menonton persembahannya. Secara jelas, persembahan Faizal pada malam tersebut telah menampakkan sisi matang dan berbeza daripadanya seiring dengan niatnya yang mahu menyampaikan mesej positif menerusi Assalamualaikum.
AKIM & THE MAJISTRET – POTRETMengenengahkan konsep seperti di dalam mahkamah walaupun bukan dalam konteks yang sebenar, apa yang dipersembahkan oleh Akim & The Majistret sudah jelas membuktikan penyampaian mereka sebenarnya. Seiring dengan maksud lagu berkenaan, maka tidak hairanlah kumpulan ini menjadi pilihan peminat dan juri yang berkongsi markah untuk melayakkan mereka diangkat sebagai Persembahan Terbaik. Sudah menjadi resmi AJL, persembahan berkonsep seringkali menjadi pertaruhan penyanyi dalam memberikan sesuatu yang berbeza kepada audiens sekaligus menjadi kumpulan kelima dalam sejarah penganjuran AJL yang memenangi kategori itu. Sebelum ini ia pernah dimenangi oleh Caliph Buskers (2015), Wings (1990), Search (1989) dan Alleycats (1986).
ANGIN KENCANG – NOH SALLEHMempertaruhkan hasil karyanya sendiri, vokalis kumpulan Hujan ini tampil ringkas dengan mengambil konsep gaya retro pada pemakaiannya yang sesuai dengan mood lagu itu sendiri. Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi Noh telah memberikan persembahan yang membangkitkan mood romantis dan membawa penonton seolah-olah ke satu dimensi lain dengan lagu Angin Kencang ini. Dari satu aspek lain, kelihatan Noh sungguh matang dalam persembahan ini yang mampu mencuri perhatian bukan dari kalangan peminat Hujan selain mengumpul peminat baharu yang mungkin sudah jatuh cinta dengan lagu Angin Kencang.
NOT FOR SALE – STACY & ALTIMETSekali lagi Stacy mencuri perhatian ramai dengan persembahan ini yang turut disertai oleh rapper terkenal, Altimet. Kata seorang teman, gandingan mereka di atas pentas tidak ubah seperti melihat Jennifer Lopez dan Pitbull jika dilihat daripada konsep lagu dan pakaian mereka. Biarpun dikhabarkan mengalami kecederaan kecil pada kakinya, namun, Stacy masih lagi berupaya menari dan menutup kesakitan itu dengan persembahan yang memikat audiens di stadium dan mungki juga di rumah. Setiap kali dia menyertai AJL, ramai yang bertanya apakah lagi yang mahu dipersembahkan oleh Stacy sementelah sudah pelbagai konsep persembahan sudah dilakukannya. Tetapi, Stacy sekali lagi tidak gagal menghiburkan penonton dengan kelincahannya di atas pentas. Mungkin belum rezeki Stacy lagi untuk membawa pulang sebarang anugerah tetapi pastinya, dia juga tumpang gembira dengan kemenangan bakal suami.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/buzz/2016/01/27/hot-list-lima-persembahan-terbaik-anugerah-juara-lagu-ke-30/#ixzz3ySKPzwEl
|