lowgil posted on 18-4-2013 11:52 AM
penat baca laju-laju
RAHULLLLLLL saje je tau lady
"Kan saya dah kata, saya cuma terima hati Fred Kougar! Eddie tu ke mana nak dicampakkan? Saya tak terima orang yang tak setia. Kalau dia boleh tak setia pd org lain, suatu hari nanti dia akan curang terhadap saya pula."
"Yang tu aku tak tahu. Tapi sebelum ni, abang aku tu aktif kat forum lain. Dia selalu buat havoc dan selalu kena ban."
"Padan muka! Jahat sangat." Aku mengusik.
Tertawa Dona dengan kata-kata aku. "Dia saja melepaskan geram kut. Kau ingat tak, dulu aku pernah cakap kat kau untuk membantu seseorang membina kembali syurganya."
Aku cuma angguk. Memberi jawapan tanpa kata.
"Masa tu, aku ingat dia tak Islam lagi. Haram aku tak tahu dia dah peluk Islam masa kat US!"
"Maknanya dia dah lama Islam? Tapi masih suka memprovok? Kenapa ye?”
“Itulah pasal! Apa motif dia, aku pun tak faham.”
“Eh, sejak bila kau tahu dia Islam?"
"Bila aku mengaku kat dia yang aku mula tertarik dengan Islam selepas dia nampak buku-buku agama dalam bilik aku tu.”
Baru aku teringat Rahul pernah menyebut tentang itu semasa di hospital. Boleh pulak dia tuduh aku sengaja rapat dengan Dona sebab nak tarik Dona masuk Islam. Aku punya panik masa tu, Allah saja yang tahu.
"Dia ada tanya aku kenapa aku berminat dengan Islam. Adakah sebab aku sudah jatuh cinta kepada lelaki Melayu."
“Kau jawab apa?”
"Aku mengakulah aku sukakan Fahmi tapi aku memang ikhlas nak masuk Islam. Aku juga bagitahu dia yang kau banyak mendorong minat aku kepada Islam." Tersentuh rasa hati aku mendengar pujian dari Dona.
"Masa tulah dia mengaku yang dia sebenarnya dah Islam cuma dia tak praktikkan Islam sebab dia tiada pendorong katanya. Jadi dia nasihatkan aku supaya menerima Islam kerana Allah bukan kerana Fahmi."
Terdiam aku mendengar cerita Dona.
"Aku rasa selepas dia mengenali kau, dia mula praktis Islam perlahan-lahan. Aku pernah nampak dia sembahyang dalam bilik dia tu."
ladyFinger12 posted on 18-4-2013 03:44 PM
babap kangg! Eddie muncul bila jiha balik KL maa!
lady... hari ni ai check in awal... jap gi nak kena pi lab balik...nnt lady tempek banyak2 yer...malam kang baru leh check balik..
dgn ucapan...tempek la utk weekend sekali