CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 16-7-2012 05:20 PM | Show all posts
Reply 1704# ammoiy

AsSalam

Lama tak masuk sini.

Nak tolong kongsi apa yang tau walau dah ada forumners yang kongsikan.

Bab kursus selalunya kursus ni yang asas je macam mula dari perjalanan dari rumah apa yang perlu kita buat. Tiba di Airport Jeddah or Madinah apa perlu kita buat dan sebagainya. Memang bual bicara banyak tertumpu kepada bagaimana perjalanan umrah kita dan jugak bab rukun umrah dan wajib umrah. Memang tidak secara detail, jadi kita kena juga berpandukan kepada bahan bacaan baru boleh dapat gambaran dan soalan apa yang kita rasa sedikit musykil untuk diajukan. Kalau berpandukan pada kursus ni saja memang akan rasa tak banyak membantu.

7 kali umrah tu sekiranya kita larat dan mampu buat. Umrah wajib iaitu Umrah selamat datang (kalau masuk Makkah dulu bermiqat di Qarnul Manazil (atas Kapal terbang) Kalau dari Madinah bermiqat di Bir Ali. Sempurna Umrah kita lebih kurang dalam 1 jam itu pun kalau tidak terlalu sesak dengan jemaah (tapi kalau time Ramadan rasanya lebih dari itu). Kalau nak buat lagi (pergi sendiri sendiri Miqat di Tanaim) proses dia sama jugak. Niat, Tawaf, Saie & Tahalul. Selalunya Travel Agensi bawa ziarah sambil tu sapa sapa yang nak buat Umrah boleh Miqat di Hudaibiyah dan Jarannah.

Tawaf sunat bila ada kelapang buatlah. Sama jugak macam Tawaf Umrah 7 kali keliling Kaabah cuma tak perlu berihram tapi perlu jugak berwuduk dan tutup aurat.

Tawaf Wida (Tawaf Selamat Tinggal) selalunya buat sebelum kita nak naik bas untuk pulang ke M'sia (contoh bas bertolak pukul 10pagi dalam 8.45pagi kita dah pergi buat tawaf wida). Lepas tawaf je terus balik ke bilik siap siap dah nak naik bas. Ustaz cakap lepas buat Tawaf  Wida & berdoa tak boleh bergambar dimana mana bahagian dalam Masjid atau mana2 tempat di Tanah Haram atau shopping (melainkan beli makanan sahaja). Tawaf Wida kena buat sendiri sendiri

Kalau ada yang silap minta maaf


Selamat Berpuasa semua sambil menikmati bulan Ramadan yang mulia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 06:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by msaadhamid at 16-7-2012 19:23

Assalamu'alaikum wbt

Nak tambah sikit. Tawaf sunat perlu disertakan dengan miat contoh: "Sahaja aku tawaf Baitullah 7 kelilng sunat kerana Allah Taala."

Kalau tawaf sunat, jika kita hanya tawaf sahaja tanpa niat, maka tidak dapat apa-apa lah, cuma dapat keluar peluh sahaja.

Tawaf umrah - tidak perlu disertakan dengan niat. TETAPI kalau nak sertakan niat, tidak mengapa.

Hari tu, ada seorang jemaah yang baru tiba dari Madinah sudahpun tawaf dan sai'e tetapi dia repeat buat tawaf dan saie semua sebab dia kata dia 'terlupa' baca niat ketika tawaf. Tak dapek den nak menolong sobab dio dah repeat tawaf dan saie. Ponek kan? Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 20-7-2012 00:29




Sumber: http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/7554cc1d-3a32-4115-93a3-539be0fbc19c
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:22 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt.

Sukacita saya berkongsi sedikit maklumat mengenai pertanyaan-pertanyaan ammoiy

Assalammualaikum ...
saya minta maaf sebab saya nak tanya banyak soalan kali ni sebabnya masa kursus haritu dia x terang secara details. hanya cakap2 biasa tentang rukun umrah dan wajib umrah seperti mudah sangat melakukan umrah ni. saya ingatkan dia akan ajar cara2 keliling kaabah bahu semua macam mana tapi x ada. tapi tu maybe saya boleh refer youtube kot. saya nak tanya banyak pun segan sebab semua orang pon x tanya apa2 tapi bila baca forum macam banyak benda yang saya xtahu. kalau ada yang sudi membantu saya ucapkan ribuan terima kasih.
soalan saya :
1. saya ada terbaca orang kata dia buat 7 kali umrah. yang saya faham umrah yang lengkap (1) itu niat dibir ali(sebab dari madinah), tawaf, saie dan cukur. berapa lama selalunya boleh siap umrah ni dalam sehari (lebih kurang sebab kene ikut kemampuan jugakan). kalau nak buat yang ke 2, 3 etc plak kene niat balik kat mana? sebab dia kene ulang balik ikut turutankan?


Rukun umrah: (1). Niat ihram umrah (2). Tawaf mengelilingi kaabah 7x  (3). Sa'ie 7x (4). Bergunting atau cukur rambut (5). Tertib


Wajib umrah: (1) Berniat ihram di Miqat  (2). Menjaga pantang larang umrah


Biasanya bagi jemaah yang sihat boleh menyiapkan umrah dalam masa 1 - 2 jam. Setelah selesai lakukan rukun umrah 1-5, maka lengkaplah 1x umrah. Jika nak buat lagi umrah yang kedua, kita kena keluar daripada tanah haram Makkah ke tanah halal. Tempat ini dinamakan miqat. Miqat yang terdekat ialah di Tan'iem. Kalau naik teksi tambang 40 Riyal pergi-balik (satu teksi). Kalau hendak ke Miqat Hudaibiyah atau Ji'ranah, tambang teksi pergi balik ialah 100 Riyal.


Jadi untuk setiap umrah ulangan (ke3, ke4 dan seterusnya) perlu ulang rukun umrah 1-5.


2. lepas tu ada cakap sementara dia tunggu kawan dia, dia buat tawaf sunat. tawaf sunat ni terus tawaf ajerker tapi niat buat tawaf sunat? x kira berapa kali boleh buat ke?
Boleh terangkan apa maksud sementara tunggu kawan dia buat tawaf sunat? Adakah setelah melakukan tawaf rukun (belum saie), sementara tunggu kawan dia dia tawaf dia buat tawaf sunat? Atau macam mana?


Tawaf sunat perlu disertakan dengan niat. Sebut dlm hati nak buat tawaf sunat. Berapa banyak? 7x keliling kaabah baru lengkap 1x tawaf sunat.


Berapa kali nak buat tawaf sunat? -- Terpulang ikut kemampuan dan motivasi.

3. tawaf selamat tinggal plak bila nak kene buat tue akan ade mutawif yang ikut kita akan buat pengumuman ke?
Tawaf selamat tinggal dipanggil tawaf wada'. Juga kena sertakan niat baru dikira sah. Ini biasanya kita buat sendiri-sendiri. Lepas tawaf wada' dah tidak boleh shoping moping dan buat benda-benda lain, kita terus tunggu bas di lobi.

saya sekarang ni memang tengah blur sebab xtahu nanti kat madinah nak buat apa (pergi madinah dulu baru mekah). maklumlah tersangat cetek ilmu. saya pergi 3 hari sebelum raya dan akan beraya di mekah.
Seeloknya, untuk umrah kita lebih bermakna dan berkualiti, kita plan dulu apa yang kita nak buat semasa melakukan umrah. Contoh: Di Madinah, kita nak solat kat Raudah sebanyak mungkin, nak berselawat 1000x sehari, Nak qada' solat-solat fardhu yang tertinggal, nak ziarah Nabi banyak-banyak, nak khatam al-Quran, nak istighfar dsb.


Sekarang ni terdapat banyak blog yang menulis panduan mengenai ibadah umrah. Contoh: msaadhamid.blogspot.com (Hidup Biar Allah Sayang). Dalam blog ini kita boleh search keyword tertentu mengenai sesuatu topik untuk pergi direct ke entri yang berkaitan. Minta maaf moderator, saya tak bermaksud nak promote blog saya kat sini. Cuma sekadar berkongsi maklumat.


http://msaadhamid.blogspot.com/2010_03_01_archive.html


ammoiy Post at 16-7-2012 09:11
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 09:10 PM | Show all posts
Reply 1723# te_peng

Bagaimana ya part yang memberi sedekah tu (bukan tercari cari peminta sedekah), kalau lepas Tawaf Wida masa dalam perjalanan balik ke hotel sambil jalan sambil kita bagi sedekah kat petugas Masjid ? Lupa pulak time ni nak tanya Ustaz samada boleh ke tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 10:36 PM | Show all posts
Reply 1725# aily
Assalamaulaikum Kak Aily..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2012 11:21 PM | Show all posts
Reply 1725# aily

Ikut kefahaman saya jikalau memang peminta sedekah mari meminta dengan kita, atau sepanjang laluan kita nak balik hotel memang ada orang meminta sedekah, maka tidak terbatal tawaf wadaknya. Yang dimaksudkan mencari2, sepanjang jalan kita memang tiada peminta sedekah, jadi pusing ikut lain semata2 nak beri sedekah itu yang terbatal. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 11:25 PM | Show all posts
wah mummy .. sama la date kita. pergi ngan TA mana?
ammoiy Post at 16-7-2012 09:21


ammoiy, mummy pegi dgn TA Muhammadiyah... sama ke? ammoiy dr mana yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 06:22 AM | Show all posts
Reply  aily
Assalamaulaikum Kak Aily..
aziefa Post at 16-7-2012 22:36


W/salam Acikjie, bila berangkat? Kak Ros rasanya dah selamat tiba. Seronoknya dapat pergi masa Ramadhan. Kali ni pergi dengan sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:04 AM | Show all posts
Reply 1728# mummywiffy


    saya dari kl .. mummy?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:22 AM | Show all posts
Reply  mummywiffy


    saya dari kl .. mummy?
ammoiy Post at 17-7-2012 08:04



    sama la ammoiy... sy dr setia alam, shah alam... flight kita sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:44 AM | Show all posts
Reply 1731# mummywiffy


    16 ogos - 27 ogos .. flight pagi ... wah nanti bole la kita berkenal kenalan ... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:49 AM | Show all posts
Reply 1724# msaadhamid


    terima kasih banyak2 atas info haji .. maksud tunggu kawan tu ... katalah kita dah abes umrah tapi kawan x abes lagi so sementara tunggu kawan tu bolehla buat tawaf sunatkan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:52 AM | Show all posts
Reply 1721# aily


    ooo baru jelas ... rupanya memang kene balik terus x boleh amek gambar juga .. terima kasih banyak2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:05 AM | Show all posts
Reply  te_peng

Bagaimana ya part yang memberi sedekah tu (bukan tercari cari peminta sedekah), k ...
aily Post at 16-7-2012 21:10



hr tu mmg dlm hati ada berniat nk bg sedekah pada pakcik petugas hotel yg rajin sgt menolong sy di sana
tapi sudahnya terlupa smp la waktu tgh tunggu bas nak ke Jeddah
tapi bila tanya sorang makcik jemaah kami (yg mmg sll kami jadikan rujukan pertanyaan disebabkan kearifan dan pengalaman beliau)  sama ada sy masih boleh bersedekah pada petugas hotel tu
katanya--> TAK BOLEH sebab dah buat tawaf wida'
wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:06 AM | Show all posts
Reply  aily


    ooo baru jelas ... rupanya memang kene balik terus x boleh amek gambar juga .. ...
ammoiy Post at 17-7-2012 08:52



ada ternampak sorang jemaah amik gambar di sana sini
dalam bas selepas tawaf wida' waktu masih dalam Tanah Haram
sy nih pendamkan je niat nak bergambar sbb dlm ceramah tawaf wida' dah ada mention pasal nih
bila sampai masjid terapung kat Laut Merah (tanah halal)
barulah berani nak bergambar puas2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 09:21 AM | Show all posts
Reply  mummywiffy


    16 ogos - 27 ogos .. flight pagi ... wah nanti bole la kita berkenal ken ...
ammoiy Post at 17-7-2012 08:44


wah, alhamdulillah... eh, dh dpt yer tarikh pulang. sy masih belum dpt lg.. xpe, nnt diorg call la kot inform... masuk mekah dlu ke? ke madinah dlu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:19 AM | Show all posts
info pasal tak boleh bg sedekah selepas Tawaf Wada' ni membuatkan saya tertanye2 & mengimbau kenangan Tawaf Wada' saya...hmm...1 maklumat baru buat saya, mmg seblm ni tak tahu pun pasal ni...saya biasanye on the way kuar masjid mmg bg sedekah...mata tu kdg2 mmg melilau cari pekerja masjid uniform hijau...tp saya rasa Tawaf Wada' saya ok...sbb selepas solat sunat tawaf & masa berdoa air mata ni berderu2...kuar dr Dataran Kaabah sehingga perjalanan balik ke hotel mmg saya berjln sambil menunduk jek...air mata menderu2 menangis tak henti2...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 01:50 PM | Show all posts
Reply 1737# mummywiffy


    saya masuk madinah dulu .. x dapat nak puasa kat mekah ... xperla dah rezeki kat madinah pon ok ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:22 PM | Show all posts
Brace yourself for 50 C in Ramadan

The Presidency of Meteorology and Environment (PME) has predicted that temperature during Ramadan in Makkah, Madinah and some other cities in the Kingdom will be relatively “high.”

This year Ramadan, which is likely to begin on July 20, falls when summer is at its height.

“Temperatures this summer will be higher than average in most parts of the country. It will reach 50 degrees Celsius in the shade,” said Murad Hashim, assistant undersecretary for climatic affairs and applied studies at the Regional Center for Drought Monitoring and Early Warning.

High temperatures will be experienced in the early days of Ramadan and will be extreme between noon and 2 p.m. in some parts of the Makkah and Madinah provinces apart from the northern and southern parts of the Eastern Province. The temperature will fall by seven degrees in the latter part of the month in Makkah and Madinah, while in the Eastern Province the drop will be by five degrees, the statement said.

The center’s Director General Abdul Rahman Mushtaq said this is the temperature of the air in the shade that is two meters higher than the ground and away from any source of short wave radiation.

He added that it would be different from the temperature directly under the sun or locations near concrete buildings or asphalt roads.

The report also advised people not to expose themselves to direct sunlight for long periods, particularly between 11 a.m. and 3 p.m.

According to records, the highest summer temperature recorded in Makkah since 1980 was 49.7 degrees Celsius on Aug. 7, 2010, and the lowest at 23.4 degrees Celsius on Aug.15. The highest volume of rainfall received in 24 hours in Makkah was 24.6 mm on July 23, 1995, and the strongest wind of 70 km per hour on Aug. 2, 2002.

The highest temperature recorded in Madinah in summer since 1980 was 49 degrees Celsius on July 20, 2005, and the lowest 23 degrees Celsius on Aug. 2, 1984.

The record volume of rainfall received in 24 hours in Madinah was 11 mm on Aug. 16, 1994, and the strongest wind of 120 km per hour in the northern direction on Aug. 2, 1995.

On Monday the PME dismissed recent media reports that temperatures this summer could exceed 70 degrees Celsius as baseless. The PME warned against issuing such reports because they could cause unjustified public alarm.


Pada teman teman yang akan berangkat mengerjakan Umrah Ramadan sila ambil perhatian dan bawalah ubatan ubatan yang perlu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075196 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list