|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ENHANCEMENT IN THE PINES
[Copy link]
|
|
|
Al-Quran tenangkan jiwa
Oleh – Hashim Ahmad
Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada setiap insan yang mengaku dirinya beragama Islam. al Quran mengandungi syariat-syariat dan garis-garis perundangan yang harus dipatuhi – diikuti dan ditinggalkan oleh setiap orang Islam. Mempercayai kitab Allah – al-Quran, termasuk daripada salah satu Rukun Iman.
Al-Quran yang mengandungi 6,666 ayat itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT melalui malaikat Jibrail. Tempat tumpuan al-Quran ialah pada hati baginda.
Al-Quran yang dibawa dari langit oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad dituju kepada hati baginda. Kini Nabi Muhammad SAW sudah wafat.
Apabila kita mendengar seseorang membaca al-Quran atau pun kita sendiri membacanya, pada zahirnya ia masuk ke dalam telinga ke dalam tubuh orang yang mendengarnya. Pada hakikatnya ia masuk ke dalam hati. Tetapi apakah ia betul-betul sampai ke dalam hati.
Sekiranya ia sampai ke dalam hati, maka nyatalah ia benar-benar sampai kepada kita. Tetapi jika sebaliknya, maka nyata bahawa al-Quran masih belum sampai kepada kita.
Untuk mengetahui sama ada al-Quran sampai kepada hati maka lihatlah gerak geri dan peri laku seseorang. Hati adalah raja bagi tubuh badan. Segala anggota yang lain adalah bala tenteranya. Bala tentera akan bertindak laku mengikut apa yang diarah oleh ketua atau rajanya. Inilah yang lumrah terjadi dalam mana-mana angkatan perang.
Apabila hati telah diresapi oleh al-Quran maka segala tubuh badan pun akan bergerak laku sesuai dengan ajaran dan suruhan Al-Quran. Ia bercakap mengikut kehendak al-Quran, melihat mengikut kehendak al-Quran, berjalan, makan, minum dan segala-gala perlakuannya adalah mengikut kehendak al-Quran.
Apabila terjadi keadaan yang demikian – bergerak laku mengikut kehendak al-Quran maka jelaslah bahawa al- Quran telah menyerap masuk ke dalam hatinya. Sekiranya seseorang itu telah belajar hingga ke Makkah dan membawa balik serban dan jubah penuh beg, namun gerak lakunya masih tidak mengikut al-Quran maka al-Quran hanya sampai ke telinganya sahaja.
Al-Quran tidak sampai ke hati orang berkenaan kerana hatinya masih melakukan sesuatu yang bercanggah dengan al-Quran.
Sila klik disini untuk sambungan seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku lihat bintang melambai
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal 4 buah sungai di syurga
Bersabda Rasulullah : “ Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah member kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin”.
Aku bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya? Jibril menjawab “Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya”
Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan member salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku memejamkan mata. Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.
Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?” Aku pun bertanya “Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci?Dimanakah kuncinya?”
Jawab malaikat itu, “Kunci didalam tanganmu”. Tanyaku lagi “Dimana?. Jawabnya “ Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim”.
Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam. Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.
Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku “Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya.
Lalu aku pun perhatikan sekali lagi. Alu lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak. Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.
Petikan dari Perancangan Eksekutif Islam 2010 1431-1432H |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“It’s okay to feel lost; sometimes, that’s where the adventure begins.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku hulur tangan menggapai
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“You are more capable than you give yourself credit for.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Even the tallest trees started as small seeds.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SOLAT JAMA’
Solat jama’ terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Jama’ Taqdim dan Jama’ Takhir
Jama’ Taqdim
Jama’ Taqdim ialah menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan dilakukan dalam waktu Zohor. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Maghrib.
Syarat-syarat Jama’ Taqdim
Berniat menjama’kan kedua solat fardhu ketika takbiratulihram solat yang pertama
Dilakukan mengikut tertib iaitu dilakukan solat yang pertama dahulu kemudian solat yang kedua pula
Kedua solat fardhu tersebut hendaklah dilakukan berturut-turut. Selesai solat yang pertama hendaklah diteruskan dengan solat yang kedua.
Jama’ Takhir
Jama’ Takhir ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan dikerjakan dalam waktu Asar. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Isyak.
Syarat-syarat Jama’ Takhir
Solat Jama’ Takhir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi syarat berikut:
1. Hendaklah berniat hendak menjama’kan kedua solat fardhu dalam waktu solat yang pertama. Apabila anda mempunyai niat untuk solat Jama’ Takhir dalam waktu Asar, anda perlulah niat dalam waktu Zohor. Berniatlah dalam hati hendak menjama’kan kedua solat fardhu Zohor dan Asar pada waktu Asar.
2. Jika anda tidak berniat sedemikian sehingga luput waktu Zohor, maka anda dikira berdosa dan solat fadhu Zohor hendaklah diqada’kan dan tidak boleh dijamakkan lagi
3. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehinggga selesai solat yang kedua (Asar atau Isyak). Jika anda sedang solat dalam kenderaan seperti kapal terbang dan anda mengetahui ketika itu kapal tersebut telah tiba ditempat anda maka wajiblah anda meneruskan solat dengan solat yang sempurna.
Peringatan
Di dalam solat Jama’ Takhir ini tidak disyaratkan mualat atau berturut-turut dalam mengerjakannya. Tidak disyaratkan fardhu Zohor dikerjakan dahulu diikuti fardhu Asar atau fardhu Maghrib dikerjakan dahulu diikuti fardhu Isyak sebagaimana yang disyaratkan dalam Jama’ Taqdim. Walau bagaimanapun adalah sunat jika dikerjakan dengan berturut-turut seperti Jama’ Taqdim. Ini bermakna Jama’ Takhir, solat boleh dikerjakan dahulu atau kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Your voice matters; speak your truth, and let it be heard.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|