CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V145'

 Close [Copy link]
 Author| Post time 25-5-2022 04:25 PM | Show all posts
sempat tak nak roboh petang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2022 04:26 PM | Show all posts
matt pun dah letih




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 03:42 AM
aah bank pun tak berani nk luluskan sebenarnya.

Sbb kontrak kn renew setiap brp thn sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2022 04:28 PM | Show all posts
kalau gitu esok pagi mungkin boleh rentung



Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 03:47 AM
haha karang kaka duk citer pasal dia nti dia SR kt sini.
dia cakap dia SR dah takat page 30.
...

Huhu asb kaka mgaku dia SR.

Mcm mn nk buat bg rmh x de cicak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 03:52 AM
satu masa nti kita pun sama juga nov.

Btl nov x stay smpi 1mil kredit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 04:00 AM
itu yg bahayanya kawal anak tak tentu pasal.
patutnya biarlah dia nk berkawan dgn sapa yg dia nk
t ...

Nov rs dia culture shock
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 04:10 AM
betul. baik jgn pilih yg mcm ni.

Dah pernah terkena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 25-5-2022 04:25 PM
sempat tak nak roboh petang ni?

Nay mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah  di JOHOR
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor atau dulu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor sebelum ini telah diasaskan pada tahun 1910 dengan pengasasnya ialah Almarhum Tunku Aris Bendahara Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Pegawai Haiwan Negeri Johor yang pertama ia Dr. G. C. Renwick.  Pada ketika itu, jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pembantu Inspektor Veterinar di bawah pengawasan Pegawai Perubatan Veterinar yang berpusat di Singapura.  

Lokasi Pejabat Haiwan Negeri Johor yang pertama tersebut terletak di Jalan Ibrahim, berhadapan dengan Pejabat Pos Besar Johor Bahru sekarang yang mana sekarang ini diganti dengan sebuah taman bunga, perhentian bas dan tempat letak kereta.  Pada tahun 1918, pengawasan JPHNJ dipindahkan di bawah Pegawai Haiwan Singapura, Dr. P.S. Falshaw yang melawat Negeri Johor seminggu sekali pada tahun yang sama, En. Birchee mula memegang jawatan Inspektor Veterinar. Pada tahun 1920, Y.M. Tengku Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah menjawat jawatan Pegawai Haiwan Negeri Johor dan jabatan ini telah diuruskan sebagai satu jabatan tersendiri di Negeri Johor dengan anggotanya yang tersendiri.  Pada tahun 1924, jabatan dianggotai oleh Inspektor yang kedua iaitu seorang graduan Universiti Lahore bernama Dr. Jai Gopal Singh.  Beliau dihantar membuka cawangan baru di Daerah Muar.

Pada tahun 1926, cawangan Batu Pahat ditubuhkan dan dianggotai oleh En. F.N. Chatterjee yang kemudiannya diikuti oleh penubuhan cawangan Johor Bahru pada 1927 yang diketuai oleh En. Santiago.  Pada 1933, En. K.T. John dan K. S. Pillai (1934) adalah pegawai-pegawai baru yang memasuki perkhidmatan, membolehkan Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Segamat ditubuhkan pada tahun 1935 dengan K.S. Pillai sebagai ketua dan kemudiannya diikuti oleh pembukaan Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Kluang pada 1938.
Pada 1939, Central Animal Husbandry Station ditubuhkan di Kluang yang diketuai oleh Y.M. Dr. Tengku Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.  Tahun 1941 berlaku pengwujudan jabatan Penolong Pegawai Haiwan yang dianggotai oleh En. Cheah Phee Tatt, En. Dividasan dan En. P.N. Pooranavelu.

Dengan penambahan cawagan dan pejabat daerah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, pelbagai aktiviti ternakan negeri yang lebih terancang mula digiatkan secara kormersial bermula pada tahun 1935 dengan kempen menggalakkan penternakan kambing dan pembangunan padang ragut di kawasan luar bandar.  Ini diikuti dengan pameran “ternakan hidup” dipamerkan buat kali pertamanya di Negeri Johor pada tahun 1936.  Tahun 1940 menampakkan pembangunan industri ayam/itik, ‘hatcheries’ dan pengeluaran telur yang mula diberi galakan kepada rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai negeri terbesar dalam penghasilan ternakan ayam dan itik pada ketika ini.

Sumber dari laman rasmi Jabatan Veterinar Negeri Johor.

# Perkonsian dari FB Dang Ku Puteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 04:11 AM
kaka pun ada hutang dgn nov. tp nk cari balik noti dah jauh tenggelam.

X yah cari kira halal je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-5-2022 04:34 AM
belum. kejap lg nk kejut si bongsu. dia nk puasa.

Si bongsu hr ke brp hr ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah Pulau Sialu Pada tahun 1868.

Pada tahun Masihi 1868, Encik Abdul Hamid, Ketua Pengaman Rumah Pasung Kuala Batu Pahat menjadikan Kamisah, Penghulu Orang Laut Pulau Sialu, Batu Pahat, gelar Batin.

Adalah Batin Kamisah ini seorang daripada orang Melayu yang datang dari Melaka dibuat tempat kediamannya di Pulau Sialu. Maka mata pencariannya kerja laut.

Batin Kamisah kembali ke rahmatullahi Ta’ala di Pulau Sialu dalam tahun Masihi 1884 dan dikuburkan dalam Kampung Minyak Beku dan diganti oleh anaknya bernama Rahmat.

Keridit
Perkonsian gambar fb Unc Friday
Suasana kehidupan di Pulau Sialu pada tahun 1964.
Dan FB Roslan Jejak Petualang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah settle reply noti kaka dkt pasemboq
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggl kat petua je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 25-5-2022 04:24 PM
mana nov menghilang?

Ade ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca sejarah Johor
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 25-5-2022 03:48 PM
kuih raya masih ada lagi?
baju raya yg baru belum pakai lagi?

Semua ada lg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih raya ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
~ Pelayaran Terakhir Sultan Abu Bakar Ibni Temenggong Tun Ibrahim ~

Sultan Sir Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 di Telok Blangah Singapura. Baginda menaiki takhta kerajaan pada 31 Januari 1862 dan bergelar Dato Temenggong Sri Maharaja Johor. Baginda ditabalkan sebagai Maharaja Abu Bakar pada 7 Mei 1868 bersamaan 14 Muharam 1285 di Telok Belanga dihadapan Raja Ali Haji yang mengetuai delegasi Riau. Seterusnya Baginda diiktiraf dengan gelaran Sultan bagi negeri Johor dan segala daerah takluknya pada 11 Desember 1885 berikutan termeterainya Perjanjian Persetiaan dengan British, kemudian dimasyurkan pada 13 Februari 1886 dan dimahkotakan pada 29 Julai 1886 bersaman 27 Syawal 1303 Hijrah.

Pada 18 April 1895, baginda yang mempunyai minat belayar dan melawat negara lain untuk menjalinkan persahabatan dan pengiktirafan politik telah berlepas dengan kapal laut Marseilles And Paris.Dalam pelayaran ini baginda diiringi oleh Dato Seri Amar DiRaja Abdul Rahman Bin Dato Wan Andak selaku Menteri Pengiring, Haji Kassim bin Taha sebagai Setiausaha Sulit , Kapten F.De Vere Creighton seorang ADC dari Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) dan Dato Galloway , doktor peribadi Baginda.Tidak disangka pelayaran ini adalah pelayaran terakhir baginda.Beberapa bulan sebelum pelayaran baginda telah mengalami kegeringan dan bertitah supaya diadakan surat wasiat melantik Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Iskandar sebagai Pemangku Raja.Langkah demikian seolah-olah baginda telah dapat merasakan perlantikan itu perlu disegerakan dan menjadi tanggungjawab terakhir yang perlu baginda lakukan.

Apabila sampai bersemayam di Paris kegeringan baginda semakin bertambah berat.Baginda berpindah ke London dan bersemayam di Hotel Bailey.Almarhum mangkat di Hotel Bailey pada jam 8.30 malam hari Rabu 4 Jun 1895 bersamaan 11 Zulhijjah 1312 Hijrah ketika berusia 62 tahun.Dato Seri Amar DiRaja mengutus telegram bagi menyampaikan berita kemangkatan itu kepada Pemangku Raja, Tunku Ibrahim yang pada masa itu sedang bersemayam di Istana Tyersall Singapura.Mulai malam itu,negeri Johor berkabung dan semua bendera diturunkan separuh tiang.
Jenazah Almarhum disempurnakan iaitu disiram, dikafan dan disembahyangkan sebagaimana menurut adat dan hukum Islam di sebuah bilik khas hotel tersebut oleh wakil kerajaan Turki di London.Almarhum semasa hayatnya amat akrab dengan Sultan Turki Sultan Abdul Hamid.Ratu Victoria dan Kerajaan Inggeris telah memberi penghormatan tertinggi dengan menurunkan semua bendera separuh tiang di bangunan kerajaan diLondon sebagai tanda berkabung menghormati Almarhum.

Pada 18 Julai 1895, jenazah Almarhum dibawa balik dengan kapal laut P & O MV Bombay.Sekali lagi kerajaan Inggeris memberi penghormatan pasukan kehormatan serta pancaragam sebelum jenazah diusung naik ke kapal.Ratu Victoria menghantar wakil peribadi baginda Lord Harris yang pernah menjadi Gebenor Jeneral Benggala untuk Penghormatan Terakhir bagi pihak kerajaan Inggeris.Apabila P & O MV Bombay sampai di Pulau Pinang pada 28 Ogos 1895, jenazah Almarhum diusung turun dan disemayamkan diatas kapal perang HMS Mercury kepunyaan kerajaan Inggeris atas titah Ratu Victoria.

Apabila kapal perang HMS Mercury sampai di pelabuhan Singapura pada 30 Ogos dan disambut dengan Bedik Selamat dari Fort Canning.Semua kapal yang berlabuh di Pelabuhan Singapura menurunkan Bendera Kapal (ensign) separuh tiang sebagai tanda menghormati jenazah.Pada jam 10 pagi beberapa orang kerabat dan pegawai Johor serta imam menaiki kapal perang itu bagi menyambut dan mengiring jenazah diraja ke Johor melalui laut Changi dan Pasir Gudang.Sebaik sahaja kapal MHS Mercury melepasi Pasir Gudang satu bedilan dilepaskan dari Bukit Askar Timbalan (Bukit Timbalan) sebagai memberitahu rakyat bahawa jenazah diraja akan tiba di Johor Bahru dalam masa satu jam.Disepanjang pelayaran di perairan Johor perahu dan kapal mengibarkan bendera putih sebagai tanda berkabung menyambut jenazah.

Kapal MHS Mercury sampai dan berlabuh di laut Johor (Selat Tebrau) dihadapan Tangga Batu Istana Besar (Tambatan Dewan) pada jam 3 petang.Tunku Mahkota, Pemangku Raja dengan memakai uniform ATSN dengan berkabung, kerabat dan Dato dengan penuh istiadat dan hormat menyambut jenazah Almarhun dengan mengusung turun ke kapal kecil diikuti Bedil Selamat 21 das ditembak dari Bukit Askar.Pasukan ATSN memberi hormat dan Lagu Bangsa Johor dimainkan.

Mufti Membaca Surah Al Fatihah dan doa semasa jenazah diusung dan disemayamkan diatas usungan diraja.Jenazah diusung dengan diikuti dari belakang pasukan pancaragam dengan tambur disampul kain putih, disusuli peralatan istiadat dengan peralatan dikabungkan dengan kain putih, disusuli pula pasukan ATSN berjalan dengan senapang tergalas dibahu dan muncungnya menghala ke bumu dan hulu pedang berbungkus kain putih sebagai tanda berkabung.Usungan diiring oleh 16 payung kuning ditempatkan lapan sebelah.Jalan yang dilalui ialah Jalan Thye Heng (sekarang Jalan Sultan Ismail) ,Jalan Ayer Molek dan Jalan Sri Belukar (jalan masuk utama Istana Besar) kira-kira 2km jauhnya.

Setelah sampai di Istana Besar kerabat mengusung jenazah naik melalui Tangga Agung dan disemayamkan di Peterana tiga tingkat di Bilik Singgahsana.Di atas kerand ayang ditutup dengan Bendera Sultan dan Bendera Negei diletakkan Mahkota dan Pedang Kerajaan serta darjah kebesaran Almarhum.

Empat oramg Penjawat Istana membawa keris berdiri dan bertafakur di empat penjuru Peterana DiRaja.Beberapa orang lelaki dan perempuan ditetapkan secara bergilit membaca ayat suci Al Quran berterusan.Di Tangga Agung enam anggota ATSN ditugaskan berkawal berganti-ganti siang dan malam.Kerabat dan Dato' bergilir menunggu jenazah pada sebelah malam.Jenazah disemayamkan diatas Peterana Diraja selama tujuh hari.Bermula dari malam pertama hingga esok harinya ziarah khas ditetapkan untuk kerabat, Datin dan pelawat perempuan.Ziarah bagi lelaki ditentukan pada waktu lain.Pelawat memakai pakaian hormat dan tertib berkabung.Istiadat Pemakaman diadakan pada 7 September (17 Rabiulawal 1313 Hijrah) bermula dengan Istiadat Siram dan Kafan jenazah dibilik khas Istana Besar oleh Pegawai Agama, diikuti semahyang jenazah di Bilik Singgahsana.

Bersambung

Oleh Dang Ku Puteri

Sumber:
Hikayat Johor Dan Tawarikh Sultan Abu Bakar – Major (JMF) Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012 – Abdul Rahim Ramli

The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser 1895 – National Library Board Singapore

Warisan Sejarah Johor - M Fawzi Basri

19th Century Of Johore – CHH Wake

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.797284 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list