|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Dah ada sambungan... tq
Tapi bila nak ada scene fandi & fifi balik... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Wow!!! Di luar ganas. tapi di dalam ada taman. Penuh dengan bunga2an...
Yes go eddie n bella
bila la nak reveal siapa bella ni nicki wehhh... nabila kan? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga eddie & bella selamat....dan bertaubat.
ape cita shark? biar dia kena tgkap n tlg jgn kacau fifi
berharap sangat2 |
|
|
|
|
|
|
|
legaa sungguh eddie tak mati.. he's my herooo.. auw auwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kite pun suka eddie...tp kau dia rupe chong wei..takmo la... cari la yg macho skit.....
|
|
|
|
|
|
|
|
rupa alex yoong or bernard chandran... amacam ok ka???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau taknak Chong Wei, Lin Dan boleh?
Sonia dan Eddie di awal perkahwinan.. (Rasa macam nak potosop je muka si Lin Dan kasi ada rupa ChiLanda...)
Kredit to: Eltoro (Bod PD)
Last edited by Nicki_Meow on 2-10-2012 09:06 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Leo_Gurlz posted on 29-9-2012 06:17 PM
Dah ada sambungan... tq
Tapi bila nak ada scene fandi & fifi balik... hehehe
Coming... (but not so soon )
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...Sambung sikit.
Terkena penyakit writer's block - tak mampu menterjemahkan idea dalam bentuk tulisan.
Tambahan agak busy minggu ni. Kalau lambat hapdet, harap di maafkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 2-10-2012 09:13 AM
cek suka amat gamba nih
cek tanam impian nak ada gamba macam nih
tp cek punya x de six pack
...
One pack pun okay... janji 'pack'
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 66
Shark tersentak. Matanya terbuka luas lantas dia bangkit dan mengacukan pistolnya tegak ke hadapan secara mengejut. Itu adalah tindakan refleks kerana walaupun tubuh badannya dalam keadaan tidur, otaknya tetap dalam keadaan berjaga-jaga.
Setelah pasti yang tiada bahaya yang menanti di sekelilingnya, dia menjatuhkan pistolnya kembali. Shark meraup wajah dengan kedua-dua belah tangannya. Dadanya berombak kasar, nafasnya turun naik. Terasa sesak. Kepalanya berat. Dahi Shark berkerut, cuba mengingati apa yang telah berlaku padanya. Dia seperti telah melalui mimpi yang panjang. Mimpi ngeri yang menyakitkan jiwa.
Tokong Bao Gong, Polis, kematian Jedi, kematian Zidan, Sony... Semua yang berlaku kembali berputar satu demi satu dalam fikiran.
Bella…
Segera dia teringatkan wanita itu. Sekali lagi Shark memandang ke sekeliling. Tiada tanda-tanda yang Bella ada di dalam rumah. Mana dia pergi? Shark bangun dari sofa. Berjalan ke arah dapur. Juga tiada tanda-tanda ada penghuni lain dalam rumah itu kecuali dia. Peti sejuk di buka lalu sebotol air mineral di ambil dan di buka penutupnya. Hampir habis sebotol di togok. Tekaknya benar-benar kering.
Shark kembali semula ke ruang tamu. Di mana Bella? Otaknya masih memikirkan tentang itu. Sekilas dia menjeling jam tangan. Pukul 3 petang? Bagaimana pula dia boleh tertidur selama itu? Terlalu letih barangkali?
“Bella! Bella!” Shark memanggil dengan kuat. Tiada sahutan.
Dahinya berkerut lagi. Satu persatu ruangan di dalam kondominium itu di terjah. Kosong. Shark melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama. Bella juga tiada di situ. Shark merengus. Hatinya mula menyumpah. Almari baju Bella di buka. Hampir separuh pakaiannya masih ada. Beberapa pasang kasut dan beg tangan juga masih di situ.
“You nak pergi mana?”
“Holiday”
“Dengan siapa?”
“Dengan sugar daddy I lah”
“Damn!” Shark menjerit. Telefon bimbit di keluarkan dari poket seluarnya lalu mendail nombor Bella. Terdengar bunyi talian bersambung tetapi tidak di jawab sehingga talian mati sendiri. Shark mencuba lagi untuk kali kedua. Kali ini, talian tidak dapat di sambungkan. Shark menyumpah seranah sekali lagi.
Shark terduduk menunduk di atas katil. Bella satu-satunya orang yang dapat membantunya untuk melarikan diri. Kalau Bella tak ada, bagaimana dia mahu mengambil wang di rumahnya? Bagaimana dia mahu melarikan diri dari sini? Shark menghembuskan nafas kasar.
Mungkin dia keluar membeli makanan? Sebentar lagi dia mesti balik. Shark cuba menyedapkan hatinya sendiri. Shark bangun kembali. Sehelai tuala di dalam almari di ambil lalu dia menuju ke bilik air. Sebagai manusia biasa, dia masih tertakhluk kepada sistem asas.
Usai mandi dan membersihkan diri, Shark keluar dari bilik air. Oleh kerana tiada pakaian lain, dia terpaksa menyarung kembali baju yang sama. Dari dalam bilik tidur, Shark terdengar seperti ada seseorang di ruang tamu. Shark tersenyum, terselit rasa lega dalam hati. Bella masih ada, dia tidak lari. Shark mengingatkan dirinya sendiri yang dia akan berterima kasih pada Bella setelah selesai Bella membantunya nanti. Langkahnya di atur keluar dari bilik. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bella” Shark memanggil. Yang ada di situ bukan Bella. Tetapi, seorang lelaki cina pertengahan umur sedang bercakap di telefon. Shark tergamam. Lelaki cina itu juga terkejut melihatnya.
“You siapa?” Setelah mematikan talian, lelaki cina itu bertanya sambil memandang Shark dari atas ke bawah beberapa kali.
“You siapa?” Shark tidak menjawab, tetapi menyoal kembali.
“I Mr. Tang, owner ini rumah. You siapa?” Sekali lagi Encik. Tang bertanya. Masih memandang Shark penuh curiga.
“I kawan Bella. Dia suruh I tunggu dia dalam rumah sebab dia mahu keluar sekejap” Shark berbohong.
“You kawan dia?” Shark angguk.
“Tapi, Bella cakap sama I, dia sudah pindah keluar. Apa pasal dia suruh you tunggu sama dia dekat sini?” Dahi Shark berkerut.
“Pindah?”
“Ya, pindah. Dia tak ada cakap sama you ke? Dia mahu pergi oversea” Encik Tang menjawab panjang lebar. Shark merengus.
“Dia tak ada cakap sama I pun…” Shark berkata, mendatar. Rasa amarah sudah mula menguasai dirinya.
“Ya ke? “ Shark diam.
“Bila dia bagitau sama you?”
“Dua hari lepas. Dia macam very urgent saja mau pindah” Encik Tang menjawab lagi. Walaupun dia merasa curiga dengan Shark, semua soalan Shark dengan tepat. Shark memaki hamun sendirian dengan nada perlahan.
“Apa lagi dia cakap?” Kali ini, nada suara Shark mula bertukar kasar.
“Itu saja” Encik Tang menjawab pendek.
Shark menjadi tidak keruan. Dia merungut-rungut sendirian sambil mulutnya menyumpah perlahan. Encik Tang yang sedang duduk sambil memerhatikan tingkah lakunya tidak di pedulikan. Hatinya panas, benar-benar panas. Ingin saja dia mengamuk untuk melepaskan rasa marahnya yang meluap-luap. Kalau dia tahu, dia takkan terima ajakan Bella untuk berehat, tidur atau apa saja. Pandai sungguh perempuan itu mengambil kesempatan. Dasar perempuan pelacur! Entah-entah, sesuatu telah di masukkan dalam minumannya. Sebab itu dia tertidur lama. Nafas Shark turun naik.
“Hei, you okay ke?” Encik Tang bertanya. Rasa curiganya semakin menjadi-jadi. Dia mula terfirkir untuk menghubungi pengawal keselamatan. Mendengar soalan tersebut, Shark berpaling ke arah Encik Tang dan merenung pemilik rumah itu tajam. Encik Tang menjadi gerun lalu menelan air liur.
“Kalau you tak ada apa-apa lagi, better you keluar sekarang” Encik Tang berkata, cuba mengawal rasa gerunnya. Shark masih diam. Tidak membalas apa-apa pada Encik Tang.
“Kalau tak, I call security” Encik Tang berkata lagi.
“Okay..okay. I memang nak keluar” Shark menjawab kasar. |
|
|
|
|
|
|
|
rapi betul perancangan BELLA... |
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 2-10-2012 09:44 AM
rapi betul perancangan BELLA...
Sometimes, when you know a crook for long, you tend to think like one....
|
|
|
|
|
|
|
|
“I mahu pergi ambil barang dalam bilik” Shark berkata lantas berjalan masuk ke dalam bilik tidur utama sambil di perhatikan oleh Encik Tang.
Di dalam bilik, Shark mennyelongkar semua almari dan laci yang terdapat di situ. Mencari barang-barang berharga sekiranya ada. Dalam keadaan terdesak seperti ini, dia perlu mencari apa saja yang dapat digunakan untuk membantunya melarikan diri. Namun, barang-barang yang ada langsung tidak berguna.
“Sial lah!” Shark memaki hamun untuk kesekian kali. Kemudian, dia keluar kembali dari bilik. Pistolnya di sisip ke pinggang.
“I tak kenal. Dia ada dalam rumah I. Please come now” Shark terdengar Encik Tang bercakap melalui telefon intercom yang terdapat di sebelah pintu masuk. Pastinya lelaki itu sedang bercakap dengan pihak pengawal keselamatan. Shark merengus.
“Okay, thank you” Gagang di letakkan.
Serentak dengan itu, Shark menghentak pistolnya ke belakang kepala Encik Tang sekuat hati. Encik Tang rebah dan terus tidak sedarkan diri. Shark meraba seluar yang di pakai oleh Encik Tang. Dompet milik Encik Tang dikeluarkan dan di buka. Cuma ada tiga ratus ringgit di dalamnya. Shark merengus tetapi duit itu tetap di ambil. Bolehlah di gunakan untuk sementara waktu. Shark membuka laci meja di sebelah pintu. Nasib baik! Kunci kereta Bella ada di situ dan segera di capai. Shark melangkah keluar dan terus berlari menuju ke arah tangga. Dia perlu cepat dan lif bukanlah pilihan yang tepat.
Dalam keadaan termengah-mengah kerana berlari dari tingkat sepuluh ke ruang parkir di tingkat satu, Shark terbongkok sebentar mendapatkan oksigen. Dadanya sesak. Setelah nafasnya hampir normal, Shark berlari lagi. Matanya melingas mencari kereta milik Bella di bahagian parkir. Dah jumpa! Kunci automatik di tekan lalu dia segera masuk. Enjin di hidupkan dan kereta segera di pandu keluar. Di hadapan pintu palang pengawal keselamatan, Shark berpura-pura tiada apa yang berlaku. Kad ‘access’ di halakan pada sistem pintu automatik. Palang terbuka dan kereta terus meluncur laju ke arah jalanraya.
*******************************************************
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|