|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'
[Copy link]
|
|
ya naik motor.
dia yg langgar keta.
|
|
|
|
|
|
|
|
keli, talapia kaka tak makan.
tak boleh nk masuk.
yg non tunjuk kt WA tu mmg murah.
tmpt lain tak dpr rege mcm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu lappy kaka takde yg kacau.
tp hp kadang2 ada yg pinjam kejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
abis dah reply setakat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
TINDAKAN pengguna yang berhenti di Jambatan Sungai Pulai mengundang bahaya. FOTO TULAR
Iskandar Puteri: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini untuk mengambil gambar pemandangan di kawasan itu, dibimbangi mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kejadian kereta terbabas dalam parit petang tadi. FOTO Ihsan JBPM.
Teluk Intan: Seorang wanita maut setelah kereta yang dipandu tunangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap, petang tadi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Tanam sendiri jagung untuk makanan ayam'
GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Penggunaan telur per kapita dianggarkan berjumlah 968 juta biji sebulan dan masalah kekurangan bekalan berkenaan berpunca daripada kenaikan harga bijirin hampir 100 peratus.
Pakar ekonomi pertanian, Prof Datuk Dr Nasir Shamsudin berkata, kadar sara diri telur pada 2021 adalah 114.4 peratus dan ini bermakna, negara mengeluarkan telur 14.4 peratus lebih daripada penggunaan negara.
"Daripada jumlah itu, wujud kemungkinan bahawa negara mengeksport 14.4 peratus daripada jumlah pengeluaran negara.
"Masalah kekurangan bekalan telur hanya berlaku pada tahun lalu iaitu negara mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin dan kacang soya.
"Harga jagung melambung daripada RM800 satu tan kepada RM1900 satu tan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, kenaikan harga jagung bijirin dunia disebabkan kadar pertukaran wang negara yang menurun dan berlaku peperangan di antara Rusia dan Ukraine.
Menurutnya, walaupun harga sudah menurun untuk bekalan jagung dan kacang soya, tetapi ia masih tinggi jika dibandingkan pada 2021.
"Kerajaan membenarkan import telur bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran dan ini jalan penyelesaian sementara dan bukan penyelesaian kepada masalah sebenar di negara ini.
"Penyelesaian jangka panjang adalah dengan mencari inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan ternakan ayam.
"Inisiatif ini adalah menanam sendiri jagung dalam anggaran 30 peratus daripada jumlah keperluan, palm kernal cake sebagai makanan ayam dan alternatif lain seperti bahan buangan pertanian," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu memantau struktur pasaran telur yang buat masa ini, nisbah kepekatan empat syarikat terbesar mempunyai pegangan pasaran melebihi 60 peratus.
Sebelum itu, berdasarkan perangkaan ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kadar pengeluaran telur ayam negara pada 2021 adalah hampir 14 bilion biji.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -untuk-makanan-ayam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga masalah ayam dan telur akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
Penambahbaikan akses internet cetus 'lonjakan kuantum' ekonomi digital - Fahmi
FAHMI Fadzil. FOTO Arkib NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kuala Lumpur: Usaha penambahbaikan akses internet mampu mencetuskan 'lonjakan kuantum' yang dapat memaksimumkan hasil ekonomi digital negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata usaha itu juga dapat membantu merapatkan kesenjangan sosioekonomi rakyat di bandar dan luar bandar.
"Penting untuk kita pastikan perkara asas akses kepada ekonomi digital ditambah baik, internet kena laju dan pakej internet juga perlu murah.
"Kita sedang pastikan perkara itu dan ada perkara perlu negotiate sikit lagi...sebelum itu prabayar dan selepas ini Insya-Allah ada sesuatu untuk fixed line broadband pula," katanya ketika menjadi tetamu pada program Bual Konti terbitan RTM yang disiarkan menerusi Facebook RTM malam ini.
Disember laluFahmi berkata kerajaan akan memperkenalkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang akan berada di pasaran Februari ini.
Pengenalan pakej itu sejajar dengan hasrat kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan kos sara hidup serta memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia.
Fahmi berkata pengembangan ekonomi digital mampu mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi di rantau ini.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga dalam usaha melaksanakan penambahbaikan industri seni kreatif tempatan supaya negara bukan sahaja mampu melahirkan bakat yang berjaya di peringkat antarabangsa, malah menghasilkan karya seni seperti filem yang berkualiti dan bermutu tinggi.
Fahmi berkata kejayaan pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang menempa nama di Hollywood Tan Sri Michelle Yeoh sehingga berjaya memenangi anugerah Golden Globe baru-baru ini, wajar dijadikan pembakar semangat untuk meningkatkan kualiti bakat dan hasil karya seni tempatan.
"Kita boleh ubah kedudukan Malaysia...bukan hanya sebagai pengeksport bakat… tetapi mahu eksport hasil karya seni untuk tatapan dunia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung agenda sukan negara serta peranan yang boleh dimainkan KKD.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... onomi-digital-fahmi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga capaian dan kelajuan internet dapat dipertingkatkan lagi untuk kemudahan pengguna |
|
|
|
|
|
|
|
Pelabelan 'produk sunah' boleh mengelirukan
Muhammad Saufi Hassan
ISLAM tidak menggalakkan nama dan istilah dalam agama dieksploitasi untuk tujuan pemasaran sekali gus melariskan produk jualan.
Kuala Lumpur: Umpama sudah menjadi 'ayat pemasaran' bagi segelintir pengeluar apabila setiap produk yang ingin dijual dinamakan sebagai 'makanan sunah' bagi menarik pembeli.
Masyarakat Islam pula ada yang terlalu mudah untuk mempercayai, sekali gus membeli pelbagai produk berkenaan atas nama sunah dan keadaan itu menimbulkan tanda tanya berhubung eksploitasi istilah di dalam Islam.
Memberi gambaran jelas, wartawan Kafe Ahad, MUHAMMAD SAUFI HASSAN mewawancara Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) PROF DR ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI berkaitan isu ini.
Makanan sunah umpama sudah menjadi ayat pemasaran?
Penggunaan istilah makanan sunah begitu hangat dipergunakan dalam masyarakat dewasa ini.
Sedangkan istilah ini tidak wujud pun dalam al-Quran mahu pun al-Hadis. Penggunaannya begitu meluas terutama ketika mempromosikan sesuatu produk sama ada produk nutriseutikal, produk kesihatan dan sebagainya.
Penggunaan istilah tersebut bertitik tolak daripada kandungan yang dihasilkan oleh produk tersebut iaitu bahan-bahan yang digunakan ada disebutkan dalam al-Quran dan al-Hadis sama ada secara keseluruhan atau sebahagian kecil.
Sebenarnya, setakat ini belum ada rujukan utama yang dapat menjelaskan istilah tersebut secara tuntas melainkan hanya wujud dan masyhur dari sudut penggunaan istilahnya sahaja.
Apakah definisi sebenar-benarnya makanan sunah dan apakah jenis makanan berkenaan?
Sebenarnya terdapat banyak pandangan yang diutarakan pelbagai pihak tentang definisi makanan sunah ini.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian saya, dapatlah disimpulkan secara ilmiah bahawa makanan sunah ini ialah semua makanan yang berasal dari al-Quran dan al-Hadis.
Terdapat satu lagi pandangan yang boleh diterima berkaitan makanan sunah ini iaitu pandangan ahli akademik yang menyebutkan segala makanan yang membawa kebaikan dan maslahah kepada manusia sama ada yang disebutkan dalam al-Quran, al-Hadis atau yang tidak disebutkan dalam keduanya, disebut sebagai makanan sunah.
Berdasarkan fakta ini, makanan sunah lebih bermaksud kepada makanan yang dipopularkan sebagai makanan sunnah dalam masyarakat seperti madu lebah, kismis, kurma, minyak zaitun, buah tin, delima, pisang, susu, halia, anggur, bawang putih dan beberapa jenis lagi.
Kedua-dua pandangan di atas adalah bertepatan dan sesuai sebagai definisi makanan sunnah.
Apakah mempunyai dalil dan fakta bahawa mengamalkan pemakanan sunah ini mampu menghindarkan penyakit, mencerdaskan minda?
Pemakanan sunah semestinya memiliki fadilat dan khususiyyah tersendiri.
Ia merujuk makanan terbaik, makanan yang memenuhi kriteria penjagaan kesihatan tubuh badan, makanan yang bersifat wahyu berasaskan kepada nas al-Quran dan hadis dan makanan yang pernah diambil oleh Nabi SAW.
Pengistilahan makanan sunah juga didapati cenderung kepada menepati konsep Ittiba' al-Rasul melalui apa yang dibawa oleh Baginda SAW melalui dua panduan, al-Quran dan al-Hadis.
Sekalipun Baginda SAW tidak memakan atau mengambil makanan tertentu, hal itu turut termasuk dalam pembahagian sunnah iaitu merangkumi aspek ucapan, tindakan dan taqrir (pengakuan Baginda SAW).
Oleh itu, setiap yang diajarkan Nabi SAW perlu diyakini memiliki kelebihan dan manfaat besar kepada umat manusia.
Namun begitu, pengkajian terhadap pemakanan sunah berdasarkan hadis Nabi SAW memerlukan penelitian lebih menyeluruh dan saksama.
Ia bukan sekadar memetik sepotong hadis tertentu secara rambang dan dijadikan tiket untuk mempromosikannya.
Selain itu, hadis yang digunakan sebagai sandaran perlu dikaji dan dipastikan status kesahihannya terlebih dahulu.
Ia penting bagi mengelakkan impak negatif dalam mengaitkan integriti baginda SAW.
Sebagai contoh, hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menjilat (meminum) madu sebanyak tiga kali setiap bulan tidak akan ditimpa bala yang berat."
Status hadis adalah dha'if (lemah).
Contoh kedua, hadis Nabi SAW bermaksud: "Makanlah buah zaitun dan gunakanlah minyak, sesungguhnya ia telah diberkati."
Status hadis ini adalah dhaif jiddan (sangat lemah).
Pada pandangan Prof, apakah hukum pihak tertentu yang sewenang-wenangnya menggunakan ayat promosi makanan sunah semata-mata ingin melariskan jualan?
Sebenarnya Islam tidak menggalakkan nama dan istilah dalam agama itu dieksploitasi untuk tujuan pemasaran sekali gus melariskan produk jualan.
Ini kerana pelabelan produk seperti makanan sunah atau minuman sunah boleh mengelirukan dan memperdayakan orang lain.
Namun begitu, perkara ini tidaklah sampai ke tahap merosakkan akidah, tetapi harus dibendung kerana fenomena sunah ini menyebabkan masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan produk yang sunah sedangkan tiada siapa yang dapat pastikan bahawa ia benar-benar sunah.
Selain itu, tiada kayu ukur atau justifikasi yang jelas bagi mendakwa bahawa produk tersebut memenuhi ciri-ciri sunah.
Perkara ini membimbangkan kerana semakin banyak golongan peniaga sudah berani menggunakan hadis semata-mata mahu melariskan perniagaan termasuk mendakwa produk mereka pernah digunakan Nabi Muhammad SAW.
Apakah garis panduan yang perlu diikuti oleh peniaga supaya tidak menimbulkan salah faham tentang pemakanan sunah ini?
Di dalam Islam, sebarang pengeluaran yang memenuhi konsep dan syariat halalan toyyiban (bersih) sudah termasuk dalam kategori sunah kerana mengikut ajaran baginda Rasulullah SAW.
Apa yang penting dalam bermuamalat adalah mencari keredaan Allah SWT dan kerana itu tidak perlulah mendakwa apa-apa produk sebagai sunah dengan niat melariskan barangan.
Tidak memperdaya, tidak menipu dan tidak ada sebarang muslihat sehingga sanggup mengaitkan dengan Islam sedangkan Islam tidak menentukan sebarang produk mesti dilabelkan dengan perkataan sunah.
Ini termasuklah juga mendakwa air minuman yang ditawaf atau dibacakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya.
Sedangkan ia hanyalah air galian semata-mata.
Jadi tidak perlulah dikaitkan dengan sebarang perbuatan ibadat dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -boleh-mengelirukan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga islam tidak dipergunakan sewenang wenangnya |
|
|
|
|
|
|
|
KEADAAN Plaza Tol UPM selepas bas persiaran membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluarnya pagi ini. - IHSAN PLUS
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|