CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lab6700

(V11) SHAM STRUCK LAND ~ HEROES COME AND GO BUT LEGENDS ARE FOREVER

 Close [Copy link]
Post time 17-2-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 17-2-2020 10:55 PM
Tolong jgn kacau momentum drama meraban iols yach....

Hahahaaa harap belbelly twist plot.dato sham kt ikan dpn mata xkan tucen nk pandang kikikikkki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 17-2-2020 11:04 PM
Itu yg iols ckp pokoknya diri sendiri haha.nak atau xnk jah hahaha..so skrg kt fans nie kena terim ...

iols lahar sebab geli kot ? Entahlah tapi memang geli hahahahhahahhahaha tapi dedi lazat, tapi geli ha gittew. Ye betul chuols, lagipon dedi ada hubungan baik dgn pemimpin parti islam khennn semoga heols pandai membawa diri dlm industri yach
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 17-2-2020 10:57 PM
Nanti chuols jemaah dgn daddy slow talk la dgn heols deh.Daddy tu hati tissue yach...

Ok chuols iols dah plan nak ajak heols qiamullail malam ni, akan iols arrange sekali pertemuan dgn pak2 aji nanti supaya deols basuh dedi cukup2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 17-2-2020 10:21 PM
Bab skinship ni iols berkecuali la yach sbb fauziah nawi pon dok peluk watak anak2 sheols, jalaludin ...

Iolllss pn sbenarnya open jee bab skinship ni. Entahhhhh, maybe nmpk lbeh real kot sesuatu watak tu kalau ade skinship sume niii.. so iolllss ok jeeee kalau daddy nk berskinship bagaiii.. just sakit mata and hati sikit laaa.. iollss jelesss..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 17-2-2020 10:22 PM
Giler power khennn dedi meneka semalam, bila tengok balik dlm youtube baru tersedar ehhh sbenarnya ...

Yesshhhh.. dari awal mmg daddy dh teka btol sume peserta tuu.. mmg hensem with brain daddy nih. Bukan biashe2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 17-2-2020 11:11 PM
iols lahar sebab geli kot ? Entahlah tapi memang geli hahahahhahahhahaha tapi dedi lazat, tapi gel ...

Kan.. mcm geli sket kan. Iolls pun tak tau nak explain camner. Mcm cheap sket.. gitu la. Kalu skinship light tu iolls ok je sebb dah heolls sendiri pun ok kan.

Cuma harapnya jgn over la sebb heolls pun dah umur brapa. Tak brapa sesuai la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Belbelly at 18-2-2020 11:16 AM
Pennywise84 replied at 17-2-2020 09:28 PM
Merah padam muka Azar apabila ayat itu terpacul keluar dari mulutnya.Dia cuba untuk mengalihkan pa ...


Azar terjaga, dirasakan seperti sesuatu melingkari tubuhnya. Tergamam Azar apabila melihat tangan milik Dato Sham selesa memeluk tubuhnya erat. Digosok-gosok mata sendiri untuk mencari kepastian. Azar panik, tubuhnya kejung, menahan nafas. “Macam mana aku boleh tidur kat sini?” Bingung, terlupa dia yang tertidur sendiri.

Perlahan-lahan dia cuba mengalihkan tangan itu. Tidak mahu Dato terjaga. Setelah tangan berjaya di alihkan, Azar terus bangun duduk sambil memikirkan apa yang berlaku semalam. Diperhatikan Dato Sham yang masih lena. “Dia ada buat apa-apa ke kat aku semalam?” Bisik hati Azar curiga.

Azar bingung, malu memikirkan macam mana dia boleh tertidur disini. “Haisshhh kenapa la aku  boleh tertidur kat sini.” Marah Azar dalam hati, malu memikirkan macam mana rupa sendiri ketika sedang tidur nyenyak. Risau jika Dato melihat gaya tidurnya yang buas.

Diamati wajah Dato Sham yang sedang tidur lena. “Tidur pun hensem” Puji Azar dalam hati melihat wajah tenang Dato Sham. Hatinya berbunga, tersenyum malu apabila teringat peristiwa semalam. Azar terpandang bibir merah lelaki itu, teringat momen bibir itu mengucup bibirnya. Azar menyentuh bibirnya tersenyum.

“Dah la tu jangan tenung saya lama-lama” Suara garau Dato Sham mematikan semua khayalan Azar. Azar terkejut. Dia terpaku tidak bergerak. Nafas dirasakan terhenti seketika. Terlihat Dato Sham perlahan-lahan membuka mata sambil mengeliat kecil, masih lagi terbaring malas. “Dah pukul berapa?” Sambungnya lagi memandang Azar duduk kaku disebelahnya

“Errr... 5.45 pagi” balas Azar sambil mata melilar mencari jam.

“Subuh dah..” respon Dato Sham masih terbaring tidak bergerak. “Better awak mandi dulu, perempuan kalau mandi wajib lama” usik Dato Sham dengan mata kuyu masih mengantuk sambil tersenyum memandang Azar.

Mata Azar membulat, terkejut mendengar kata-kata Dato Sham. “Ehh.. dia ada buat apa-apa ke kat aku semalam?” Getus Azar dalam hati tidak percaya.

Melihat reaksi bingung Azar, Dato Sham ketawa kecil, “ kenapa? Tak pernah mandi wajib?” Usiknya lagi sambil bangun dari baring dan duduk, tersenyum nakal memandang Azar yang masih lagi terduduk kaku. “Jom lah saya ajar” sambungnya lagi, selamba menarik lembut tangan gadis itu

Seperti tindakan refleks, Azar pantas menarik tangannya semula. “Dato tipu.. kita tak...” pintas Azar panik meminta kepastian.

Dato ketawa melihat reaksi Azar, seronok dia melihat gadis itu terpinga-pinga “Cute” bisik hatinya.

“Dato saya serius.. “ Azar memandang Dato terdesak meminta kepastian lelaki tu.

“Seriuslah... Ingat saya main-main ke? Bukan haram pun kan?” Balas Dato bangun dari katil melangkah menuju ke bilik air.  Meninggalkan Azar terpinga-pinga, keliru dan bingung.


Usai mandi, Dato melihat Azar masih duduk terpaku diatas katil. Dia mengeleng kepala dan ketawa melihat gadis itu. “Dah la ambil air wudhuk, kita solat subuh  berjemaah” Arah Dato Sham selamba. Terhibur melihat reaksi gadis itu.

Mendengarkan itu membuatkan Azar terus melompat dari katil “Dato ni... main-main laa..” Marah Azar seperti mahu menangis. Hatinya lega. Bukannya dia tidak rela, tapi ada sesuatu yang menyekat kemahuannya.

“Sorry laaa.. saya nak tengok reaksi awak je..” masih ketawa kecil melihat muka kelat Azar. “Cepat la ambil wudhuk. Ke awak nak saya batalkan wudhuk saya?” Kata Dato Sham lagi, seronok menyakat isterinya

Azar mencebik geram. Kalau diikutkan hati mahu saja dicekik lelaki di hadapannya itu. Geram dipermainkan sebegitu. Azar memberi jelingan paling tajam lantas berlalu untuk mengambil wudhuk. Terdengar Dato Sham masih mengekeh ketawa di belakangnya

.
“Eh, marah lagi ke? Tanya Dato Sham tersenyum melihat muka Azar masih masam mencuka usai solat subuh berjemaah. Azar hanya berdiam tanda protes.

“Saya takkan paksa awak buat perkara yg awak tak rela. Saya ada cakap ni kat awak semalam. Tapi awak dah tidur kot”. Tutur Dato Sham  lembut tapi serius.

Azar sentap terdiam. Dipandang lelaki yang bergelar suaminya itu. “Berdosakah aku menafikan haknya sebagai suami?” getus hati Azar serba salah

Dato Sham merasakan dirinya terlepas cakap apabila melihat ekspresi wajah Azar yang berubah secara tiba-tiba “Apa aku ni pagi-pagi cakap pasal ni” bebelnya dalam hati.

“Ok....?? Tapi satu je.. awak tidur berdengkur tau, ganggu saya tidur semalam. kenapa? penat sangat ke?” Usik Dato Sham cuba mengalih topik dan memecah suasana tegang diantara mereka.

“Mana ada...” balas Azar memukul manja Dato Sham. Geram. “Yee.. tak percaya tanya Mak Jah, awak tidur dengkur ke tak” sakat Dato Sham sambil ketawa mengelak pukulan manja isterinya. Takde heh.. “ balas Azar juga ketawa masih memukul manja suaminya itu.....


Sambunggggg......


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 17-2-2020 11:01 PM
Penny, dlm kebizian mengarang drama, dh nk dekat menjelang page 90 ni nnt tolong pk tema yach. siapa ...

Sambung jelah jd TT chuols...nanti2 open tender kt org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 17-2-2020 11:07 PM
Hahahaaa harap belbelly twist plot.dato sham kt ikan dpn mata xkan tucen nk pandang kikikikkki

Semua x sabar nampaknya....yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 18-2-2020 08:29 AM
Azar terjaga, dirasakan seperti sesuatu melingkari tubuhnya. Tergamam Azar apabila melihat tangan  ...

Halah halah.. azar pun dah jd karats dato sham. Tido pun hensem.. hahaha
suka la watak dato sham ni.. kuat menyakat hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Orchid replied at 18-2-2020 09:25 AM
Halah halah.. azar pun dah jd karats dato sham. Tido pun hensem.. hahaha
suka la watak dato sham  ...

Tp dia untunglah dpt dato sham...karats dpt tgk je.Hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap lg iols sambung skrip....busy sikit settle kucing
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah ( dibaca ) Ashraff Sinclair ....sesungguhnya mati itu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 18-2-2020 08:29 AM
Azar terjaga, dirasakan seperti sesuatu melingkari tubuhnya. Tergamam Azar apabila melihat tanga ...

Hahahahha gelak besar iols baca, notty ehhh dato sham nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-2-2020 10:20 AM
Al fatihah ( dibaca ) Ashraff Sinclair ....sesungguhnya mati itu pasti

Al Fatihah..... sorang demi sorang yach lepas arwah Lok U
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 18-2-2020 10:37 AM
Al Fatihah..... sorang demi sorang yach lepas arwah Lok U

Sekuntum mawar merah sebuah puisi...di bulan februari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 18-2-2020 10:25 AM
Hahahahha gelak besar iols baca, notty ehhh dato sham nih

Siot la bell...tepu otak camne nk twist plot ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-2-2020 11:10 AM
Siot la bell...tepu otak camne nk twist plot ni

Cpt weh smbung .. eyka mcm xfunction lak kan haha.ok iols kasi idea..azar pi uni nati ade mamat minat azar.mamat tu naqiu.nti dato sham akn jeles kat naqiu.tkut azar trlepas kat naqiu so dato rs perlu lakukan sesuatu ttg hub die dan azar
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 18-2-2020 08:29 AM
Azar terjaga, dirasakan seperti sesuatu melingkari tubuhnya. Tergamam Azar apabila melihat tanga ...

Weg berbakat giler la chuolss dgn penny.suka lak baca.iols dh beragan harap mo baca dan tertarik nk bt telemovie hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pennywise84 at 18-2-2020 12:51 PM
Belbelly replied at 18-2-2020 08:29 AM
Azar terjaga, dirasakan seperti sesuatu melingkari tubuhnya. Tergamam Azar apabila melihat tanga ...


Selesai solat Azar meminta izin untuk turun memulakan rutinnya di rumah itu. Satu senyuman manis dilemparkan buat suaminya itu.

" Dato...saya turun dulu..." ucap Azar.

" Ok...tapi kalau tak turun pun boleh kan? Saya tak rasa nk sarapan pagi ni...dh kenyang tengok awak..." gurau Dato Sham yg sedang berbaring sambil memeriksa telefon bimbitnya.

"Memang aku cekik jugak org tua ni kang..." bisik hatinya bernada geram. Enggan melayani gurauan itu lalu Azar terus keluar dari bilik.

Semasa ingin menuruni tangga , Azar terlihat pintu bilik Syafiq terbuka luas. Dia seakan lupa perjanjiannya dengan Syafiq utk mengemas bilik lelaki itu.Iya, kini lelaki yg sebayanya itu bergelar anak tirinya setelah dia menikahi bapa Syafiq.

Perlahan lahan dia melangkah masuk.

" Eh mana dia ni? Hrmmm anak org kaya mmg tak reti kemas bilik sendiri ke? Macam kapal pecah aku tengok...baru je kemas semalam.Jauh berbeza dengan bilik daddy dia..." Azar mengomel sendirian.

"Awal kau masuk bilik aku harini? Rindu kt aku pun agak2 la ..." suara Syafiq kedengaran.Entah dari mana dia muncul hingga terkejut Azar dibuatnya.

"Perasannya dia ni...dr rindu kat kau, baik aku rindu kat bapak kau lg afdal...halalan toyiban.. " Azar berkata dlm hati sambil tersengih mengingati semula peristiwa malam tadi.

"Betullah tu rindu kt aku sengih2 mcm kerang busuk aku tengok..." Syafiq cuba mengagak dari perlakuan Azar.

" Maaf, Encik Syafiq baru bangun ke? Oh, harini saya masuk keje awal sikit sb sy nk balik awal..ada hal..." jelas Azar sambil mengutip kain baju kotor lalu dimasukkan ke dalam bakul.

"Aku bukannya baru bangun...tp aku tak tidur dari tengah malam tadi.Mcm2 bunyi aku dengar...bunyi yg aku tak pernah dengar pn ada sb tu aku tak boleh tidur..." penjelasan Syafiq membuat Azar mulai resah.

"Apa maksud dia...takkanlah dia tahu? Matilah aku macam  ni..." Azar semakin risau.

"Kau dh kenapa muka pucat tiba2? Dh cepat kemas aku nk tidur ni...tlg pesan kat daddy harini aku ambik cuti.Nk qada' tidur..." tegas Syafiq dan Azar mengangguk.

Sebelum melangkah keluar bilik , Syafiq memanggil lalu Azar berpaling.

"Azar, lg satu aku nk ckp...kalau tak buat salah tak payahlah takut sgt.Risau aku tgk muka kau naseb tak biru mcm smurfs..." ujar Syafiq sambil mengekek.

Tepat jam 730 pagi Dato Sham turun.Harini dia mengenakan sepersalinan suit berjenama LV berona coklat gelap.Cukup tampan dan segak seperti kebiasaan.

" Morning..." ucap Dato Sham menghadiahkan senyuman manis menampakkan lesung pipitnya yg dlm itu.

Azar menuang air kopi ke cawan lelaki itu dan menghulurkan kpd Dato Sham.Dia tidak membalas senyuman.

"Dato ni tak letih ke? " Azar memulakan bicara
"Letih? Apa maksud awak...saya tak faham..." tanya Dato Sham.
"Maksud saya, dato ni tak letih ke hari2 bagi saya cair...kalau macam ni saya tak payah makan vitamin..." spontan ayat itu keluar dari mulutnya.

"Hahaha...awak ni kelakar la.Ni pickup line ke apa?.." Dato Sham ketawa.

"Saya seriuslah dato...bahaya kalau hari2 macam ni.Saya takut..." terang Azar.

"Awak takut iman tak kuat? Malu tapi mahu..." sekali lagi Dato Sham ketawa.

"Bukan itu kemahuan utama saya...yg saya takutkan skrg ni kalau anak2 dato dpt tahu rahsia kita.Syafiq suruh saya pesan kat dato harini dia nk ambik cuti sb tak boleh tidur dengar mcm2 bunyi mlm tadi...saya bimbang dia dh tahu..." Azar bernada tegas matanya tepat memandang ke arah Dato Sham yg duduk dihadapannya.

Dato Sham menunjukkan reaksi tenang.

"Azar, kalau awak rasa tak suka dgn apa yg sy dh buat... sy minta maaf. Dan kalau awak risau anak2 saya tahu so kita buat mcm biasa.Buat mcm sebelum sy nikah dgn awak...atau awak buatlah apa2 yg awak rasa selesa tp dgn satu syarat.Awak kena tahu batas sbg seorang isteri..." tutur kata Dato Sham.

Dato Sham faham keadaan yg sedang dialami oleh Azar pada ketika ini.Keadaan yg berpunca dari dirinya juga.

Sebelum melangkah keluar, Dato Sham memanggil Azar.

"Kenapa dato panggil saya? Ada apa2 lg sy boleh tolong? " Azar bertanya.

"Ada...tolong salam saya.Suami awak nk pergi kerja ni..dan sy harap yg ni awak tak menolak..." balas Dato Sham

Azar salam dan mencium tangan suaminya itu.Lembut malah berbau wangi dan tiada tanda2 seperti sudah berusia hampir 50an

" Ada satu lagi perkara sy nk minta kat awak...saya harap awak sudi.Mulai harini jgn panggil saya dato kalau kita berdua.Awak panggil saya abg...tp nk panggil baby sayang pn boleh.Saya lg suka..." Dato Sham berseloroh.

"Amboi...nak baby sayang tak pdn dgn tua.Nak muntah sy dengar..." jawab Azar lalu mencubit pinggang Dato Sham.

"Sepatutnya awak bersyukur tau dpt sy ni jadi suami.Perempuan2 kat luar tu ramai yg berebutkan saya tp awak jugak yg terpahat di hati...sb sy nampak ciri2 awak sama dgn arwah isteri sy ..." kata2 Dato Sham itu membuat riak muka Azar sedikit berubah.

Dia memberikan senyuman sinis.

Maknanya dia menikahi aku kerana aku ni ada ciri2 arwah isterinya.Bukanlah betul2 ikhlas dari hati...pilu hatinya ketika ini...


Sambunggg....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.185968 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list