CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 28-9-2012 04:07 PM | Show all posts
sellie003 posted on 28-9-2012 01:06 PM
Mungkin su masih taraf junior so kena upgrade...rajin2 bg komen...okey....

tq sellie...lps nih kena rajin mengomen lerrrr....selama nih dok jd SR jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 04:12 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-9-2012 04:07 PM
tq sellie...lps nih kena rajin mengomen lerrrr....selama nih dok jd SR jek...

Tulah pasal...susah gak bila SR jek...bila ada benda menarik ke hapa takleh nak bukak sbb tak naik taraf...huhu...

Pi ler mana2 rumah komen aje walau satu ayat...ada gak masyuk credit...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 04:17 PM | Show all posts
"eddie memandu terus ke Lebuh raya Utara Selatan..menuju ke Kluang..kampung halaman Bella"

tk halih2 lak ek..nak balik kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 04:51 PM | Show all posts
tak ade sambung ke hari nie....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 05:33 PM | Show all posts
jascute posted on 28-9-2012 04:51 PM
tak ade sambung ke hari nie....

tuh la jas....menunggu hingga ke akhir waktu pejabat nih...wawaawa xder ntry baru...udah le umah sana x leh masuk...camner nk tau kisah iqy yerrrr....aduhaiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 06:10 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-9-2012 05:33 PM
tuh la jas....menunggu hingga ke akhir waktu pejabat nih...wawaawa xder ntry baru...udah le umah s ...

Salam, sian awak. Nak buek cam no?
Hang pi board borak. Borak sampai lebam kat sana lepas tu mai jumpa Iqy
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2012 05:09 AM | Show all posts
fazss posted on 28-9-2012 02:43 PM
thanks Nicki....oh Eddi.....edddiiiiii

Serius tergelak baca ni....

Nampaknya hang terpaksalah berkongsi Eddie dengan Sarizu + hotmum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:14 AM | Show all posts
wasap posted on 28-9-2012 04:17 PM
"eddie memandu terus ke Lebuh raya Utara Selatan..menuju ke Kluang..kampung halaman Bella"

tk hal ...

Teettttt.... SALAH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2012 05:14 AM | Show all posts
Salam Readers,

Sorry tak dapat hapdet semalam so cheq qada' satu episode hari ni (advertisement free...)

Babe, sila simpan tangan berapi itewww..... (Nape cheq tak jumpa pun emot tangan berapi? )

Mazz2009, Fizamn & jascute - thanks for reading

Suria, cheq dah reply hang kat PM pasal benang Iqy, dapat tak? Anyway, tuan tanah YM dah jawabkan so...rajin-rajinlah usaha nak dapatkan kredit ye.... Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 05:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:20 AM | Show all posts
Episode 65

Dia berdiri tegak mengadap kubur itu. Pelbagai perasaan di alami ketika ini. Marah, benci, sedih, pilu. Namun, di sebalik semua perasaan itu, apa yang dia tidak mengerti, masih terselit jua juga secebis rasa sayang biarpun cuba untuk di hapuskan. Secebis rasa itu tidak mampu di buang walau di cuba berkali-kali. Mahu saja dia menjerit, meluahkan semua isi hatinya pada penghuni kubur itu. Tetapi dia tahu, itu hanyalah sia-sia.  

Puas hati kau sekarang?!

This is all because of you. Semua silap kau. Kalau kau lelaki yang bertanggungjawab, aku tak akan jadi begini…

Kau rasa kau boleh mati dengan tenang? Jangan mimpi! Dosa-dosa yang telah kau lakukan akan tetap menghantui kau walaupun kau dah mati…


Dia menghamburkan isi hatinya tanpa kata. Tiada air mata yang keluar. Apa perlunya menangis lagi? Walau selautan air mata di tumpahkan, ia tidak bermakna apa-apa lagi. Takdirnya sudah begini. Orang itu juga telah lama pergi dan tidak layak untuk di tangisi. Pergi dengan membiarkan dia menanggung beban yang berat. Nafasnya di hela perlahan. Cuba membuang segala ingatan yang mengaitkan dia dengan penghuni kubur itu tetapi tidak boleh. Ikatan yang ada tak akan terlerai selama-lamanya.

He’s dead. Sampai bila harus aku berdendam? Dia memejamkan mata. Menelan rasa sebak yang menyesakkan dada.

I don’t know if I can forgive you…

Rest in Peace if you may….


Rasanya, tidak guna lagi untuk dia berdendam. Masa silam tidak mungkin dapat di ubah. Jadi, biarkan saja ia berlalu dan dia juga akan mulakan hidup yang baru.

Dia mengangkat muka, memandang ke arah kiri. Lelaki itu juga sedang berteleku di hadapan sebuah kubur. Diam tidak bergerak. Mungkin sedang berbicara sendiri. Perlahan-lahan, dia melangkah ke arahnya. Dia cuma berdiri di belakang tanpa mengeluarkan apa-apa suara. Membiarkan saja lelaki itu mencurahkan rasa dan rahsia tanpa kata-kata.

“I love you..will always love you. I have to go now…” Dia terdengar lelaki itu berbisik perlahan. Hatinya terusik. Cemburu? Tapi, perlukah dia cemburu pada orang yang telah mati? Dia menggelengkan kepala, tidak mengerti dengan perasaannya sendiri.

“Hey..” Lelaki itu sudah bangun dan berpaling.

“Hey..”

“Shall we go now?”

“Yes” Dia tersenyum.

“Let’s go” Tangan di hulurkan lalu di sambut. Mereka berjalan beriringan meninggalkan kuburan ini dan mungkin tidak akan kembali lagi.

********************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:24 AM | Show all posts
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Bella hanya duduk di kerusi, menantikan Eddie menguruskan segala urusan tiket, passport dan bagasi. Bella mengeluh. Jauh di sudut hati, ada terselit rasa ragu-ragu. Dia akan pergi jauh dari sini, ke negara yang tak pernah dia jejaki untuk memulakan kehidupan yang baru. Mulakan hidup bersama Eddie. Tapi, benarkah ini yang di mahukan? Mampukah dia menjalani hidup dengan lelaki itu di tempat yang asing? Adakah Eddie akan mengotakan segala janji-janjinya? Pelbagai soalan menerjah fikiran.

Ya, Eddie telah berjanji. Dia yang memaksa lelaki itu berjanji untuk meninggalkan saja dunia gelap yang di huni oleh Eddie. Dan dia juga telah berjanji, seandainya Eddie sanggup meninggalkan kumpulan Naga Timur, maka dia juga akan mengikut ke mana saja jejak langkah lelaki itu. Bella memejamkan mata. Ingatannya kembali ke peristiwa beberapa hari yang lalu….



“Bella, there is something that I need to do…” Eddie berpaling ke arah Bella apabila berkata. Bella menelan air liur. Riak wajah Eddie telah berubah, bengis.

“You nak buat apa?” Eddie diam.

“Answer me Eddie. I dengar you sebut nama Shark tadi. What’s wrong?”

“Eddie!”

“Shark…”

“Kenapa dengan Shark?”

“Orang-orang Shark kena tahan. Barang-barang semua kena rampas” Bella terdiam.

“I perlu uruskan hal ni. I have to go. You can wait here if you want” Eddie mula melangkah.

“No, stop!” Bella menahan. Eddie mengangkat kening, langkahnya terhenti.

“I taknak you pergi…”

“You tak nak I pergi?” Terkeluar soalan dari mulut Eddie.

“I don’t want anything happen to you…”

“Nothing will happen to me, Bella”

“How do you know?” Eddie terdiam.

“Eddie…” Bella bangun dari sofa, melangkah ke arah Eddie. Tangan Eddie di genggam.

“Stay...”

“No, I can’t. Takkan you nak I biarkan Shark terlepas macam tu je…”

“Biarkan…”

“Bella!”

“Let it go. I tak nak you masuk campur dalam hal-hal kumpulan you tu lagi” Eddie mengerutkan kening. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 12:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:27 AM | Show all posts
“I tak nak apa-apa pun jadi pada orang yang I sayang…”

“Nothing will….”

“Don’t say nothing will happen! You bukan ahli nujum yang boleh ramal masa depan!”

“Bella…”

“Walaupun I…I pelacur tapi I bukan bodoh. I kenal Shark dengan geng dia dah lama. And now I know you. I tahu you hidup dalam dunia yang macam mana. I tahu bahaya yang ada kat luar tu. So don’t say nothing will happen because anything can happen!” Bella meninggikan suara. Sekali lagi Eddie terdiam. Wajah di hadapannya di renung lama.

“Tinggalkan Naga Timur…”

“Tapi...Naga Timur..”

“Warisan keluarga? So what? Penting sangat ke pada you? I thought you said you dah tak nak masuk campur lagi dalam hal Naga Timur..”

“I know I’ve said that, but…”

“But?” Eddie terdiam. Mereka saling merenung antara satu sama lain.

“Please Eddie, do not get involve anymore…”

“I tak boleh biarkan Shark terlepas. Dia perlu bayar semua kerugian. Dia lalai” Bella menarik nafas. Matanya merenung Eddie tajam.

“You sanggup buat apa saja untuk kumpulan you tu?” Eddie mengangguk.

“What about me?” Kening Eddie berkerut.

“You said you love me…”

“I do love you….”

“If you really love me…proove it!” Eddie menarik nafas panjang. Tiada kata-kata yang dapat di balas pada Bella.

“If you really love me, tinggalkan Naga Timur” Tiada balasan. Suasana menjadi sepi beberapa ketika.


Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 12:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:33 AM | Show all posts
“Eddie…this heart beats for me right?” Bella meletakkan tangan ke dada Eddie. Eddie tetap mendiamkan diri.

“I don’t want it to stop beating. So please…stay. Don’t go” Bella berkata.

“I love you…” Eddie terpaku.

Bella membuat tindakan spontan, dia memeluk Eddie. Matanya di pejamkan. Dia benar-benar berharap yang Eddie tidak akan pergi. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Eddie, tidak di saat dia mula merasakan cinta.

Beberapa saat kemudian, dia terasa pelukannya di balas erat.

“I will stay…” Terdengar suara Eddie berbisik lembut.

Bella menarik nafas lega. Air matanya turun perlahan. Dia masih tidak melepaskan pelukan. Bella tidak berkata apa-apa, hanya menganggukan kepala.

“Why it takes you so long to say it?”

“Say what?”

“That you love me too…” Bella tersenyum sendiri.

“Hey…” Bella mengangkat muka.

“Kenapa menangis?” Bella menggelengkan kepala.

“It’s not worth to cry for me…”

“It is. I’ll do anything for you…”

“Really? Bella mengangguk.

“If I want you to come with me and leave this place, will you do that?” Bella menelan air liur.

“I promise that I will take care of you…till my last breath…” Bella menarik nafas.

“I can’t stay here anymore and I cannot live without you by my side. Will you come with me?” Bella terdiam lagi. Mata Eddie di renung dalam-dalam. Pelbagai perkara bermain di fikirannya saat ini.

“Bella…” Bella menarik nafas lagi.

“Yes….” Bella menjawab pendek walaupun dia tidak pasti dengan jawapan yang di berikan. Apa yang dia pasti, dia benar-benar cintakan lelaki itu. Eddie tersenyum memandangnya. Pipinya di usap lembut oleh Eddie.

“I love you Bella….” Bella terpana. Wajah Eddie semakin dekat. Bella memejamkan mata….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 05:59 AM | Show all posts
“Hey beautiful” Suara itu menghentikan lamunan Bella. Dia membuka mata.

“Hey…” Bella tersenyum memandang Eddie yang sudah pun duduk di sebelahnya.

“What’s on your mind?”

“You…” Eddie tertawa.

“Your family?” Eddie bertanya sambil menunjukkan jari kepada gambar yang di pegang Bella. Bella mengangguk.

“This is my mum…” Bella berkata sambil jarinya menyentuh wajah di dalam gambar. Ada sebak dalam suaranya. Eddie terdiam. Nafasnya di hela panjang.

“If you… don’t want to go, just say it...I...” Bella menoleh ke arah Eddie.

“I don’t mind…I guess”

“I’ve made up my mind Eddie. I akan ikut you ke mana saja you nak pergi…” Bella menjawab. Eddie tersenyum. Kepala Bella di sandarkan di bahunya. Bella membiarkan saja.

“Loong” Terdengar suara menyapa di sebelah. Eddie menoleh. Bella mengangkat kepala.

“Sony” Eddie menyapa kembali.

“Aku lega kau selamat” Eddie berkata. Sony hanya mengangguk.

“Fred?”

“Dia juga selamat” Eddie mengangguk.

“Sampaikan salam aku pada keluarga Jeremy. Takziah aku ucapkan. Dia…tak sepatutnya mati” Eddie menarik nafas setelah berkata begitu.

“Jangan rasa bersalah. Jeremy sudah bersumpah untuk taat setia. Matinya bukan sia-sia” Sony membalas. Eddie diam.

"Jangan risaukan kami. Jangan risaukan Naga Timur. Naga tetap akan bangkit semula seperti dulu..." Ujar Sony. Ada ketegasan dalam nada suaranya. Eddie mengangguk.

“Shark ada di rumah dia” Eddie berkata sambil menunjuk ke arah Bella. Bella mengerutkan kening. Dia tidak faham apa yang diperbualkan oleh Eddie dan Sony kerana mereka berbual dalam bahasa kantonis. Kening Sony berkerut memikirkan sesuatu dan kemudian menganggukan kepala.

“Aku tak boleh lama” Sony berkata lagi.

"Aku faham" Eddie menjawab. Satu sampul surat di keluarkan dari beg galasnya lalu di serahkan pada Sony. Sampul itu berisi kunci rumah dan kunci kereta. Eddie menyerahkan semuanya pada Sony lalu di sambut.

"Aku akan uruskan segala-galanya untuk kau"

"Terima kasih, Sony"

“Kau akan kembali?” Sony bertanya.

“Belum tahu lagi. Mungkin…” Eddie menjawab. Sony tersenyum sedikit. Dia memandang Bella dan menganggukan kepalanya. Bella membalas, juga dengan anggukan.

“Baiklah. Selamat tinggal Loong”

“Selamat tinggal sahabat” Setelah berkata begitu, Sony bangun dan terus pergi.

Eddie menoleh ke arah Bella dan tersenyum.

"We have to go too..." Bella mengangguk. Mereka bangun dari duduk dan mengambil beg masing-masing.

"Bella..." Bella mengangkat muka.

"This is the last chance. Kalau you tak nak pergi, I takkan paksa. I won't hold you back..." Eddie berkata perlahan walaupun dia tidak rela jika Bella meninggalkannya. Tapi dia perlu memastikan Bella yakin dengan apa yang ingin di lakukan. Dia tidak mahu Bella menyesal di kemudian hari.

"Bella..." Eddie bersuara lagi apabila Bella tidak menjawab.

"You tak percaya I sanggup ikut you?"

"I taknak you buat semua ni sebab terpaksa..."

"Terpaksa? No. I memang nak ikut you. Tak ada siapa yang paksa..."

"Tapi..." Eddie tidak menghabiskan ayatnya. Mata Bella di renung sahaja. Bella juga membalas renungan itu tajam. Mereka terdiam. Bella melepaskan keluhan.


"Eddie...Should I kiss you now to show that I'm serious?"

"Okay...kiss me now...."

"Shut up!" Eddie ketawa. Bahu Bella di peluk lalu mereka berjalan menuju ke arah pintu masuk penerbangan antarabangsa.



Selamat Tinggal….
-------------------------------------------------------------------------------------

Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 12:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 07:24 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-9-2012 05:59 AM
“Hey beautiful” Suara itu menghentikan lamunan Bella. Dia membuka mata.

“Hey…” Bella terseny ...

romantik sungguh kepala gengster ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 08:45 AM | Show all posts
pergh! kerana cinta sanggup wat apa saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2012 09:24 AM | Show all posts
fuhhh!

next!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:37 AM | Show all posts
Salam.

Thanks Nicki for the lovely entry... entry jiwang karat chieftain gangster....

Next entry pls....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 04:14 PM | Show all posts
thanks nicki....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 05:10 PM | Show all posts
lagi2.......suke bace gangster bercinta...huhuhu...dlm hti ade taman tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.291566 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list