|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LEPAK AND HEALING
[Copy link]
|
|
yea mamanoni dah join menolak..
nanti nak pm.. sebab mamanoni mcm ada bagi idea.. buat saya terfikir nak bukak thread
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India di sini, akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.
Katanya, taklimat juga disampaikan mengenai fungsi loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang kedua-duanya menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga Kuala Lumpur.
"Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.
"Kira-kira 0.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasaliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasaliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini," katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan dari Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.
"Sebagai Ahli Parlimen di sini, saya juga ambil maklum dan teliti mengenai kebajikan pasukan penyelamat,"katanya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy berusia 48 tahun.
Berikutan itu, pasukan penyelamat memperluas operasi membabitkan enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud nuki dik nona? |
|
|
|
|
|
|
|
Remy ingin angkat Melaka ke persada antarabangsa
 |
|
|
|
|
|
|
|
cuba lagi dik.. benang ni boleh cuma sampai betul
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Aktor popular, Datuk Remy Ishak menyifatkan penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk adalah satu tanggungjawab mengangkat Malaysia dan Melaka ke peringkat antarabangsa.
Berkongsi mengenai penganugerahan diterima menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 42, turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam atas kurniaan itu.
"Dengan penuh rasa syukur dan hormat, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas kurniaan darjah kebesaran yang diberikan kepada saya oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena hari ulang tahun ke-75, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
"Penganugerahan ini menjadi suntikan semangat kepada saya untuk memberikan lebih banyak sumbangan dalam mengangkat Malaysia, khususnya Melaka ke persada antarabangsa. Insya-Allah," tulisnya.
Aktor kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu adalah antara 60 penerima DPSM yang membawa gelaran Datuk. Remy dikurniakan DPSM pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri di Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Terdahulu, istiadat yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri itu juga menyaksikan pelakon, Ashraf Muslim dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) daripada Yang di-Pertua Negeri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambil menolak sambil belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Amazing underwater photo of a sawfish
 |
|
|
|
|
|
|
|
KUIZ 5 +20
SIAPAKAH BAPA MANUSIA?
A) NABI ADAM
B) NABI MUSA
C) NABI IBRAHIM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|