|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERGREENS CROWNED IN GOLD
[Copy link]
|
|
|
|
10.30 saya off nak mandi dan pi tapau |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Intitusi Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Maju dan bahagiannya sesebuah masyarakat itu amat bergantung kepada Intitusi Keluarga yang berkualiti. Justeru itu syariat Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu peraturan yang wajib di hayati, demi menjamin kerukunan hidup berumah tangga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semula jadi yang Allah bekalkan di dalam naluri setiap insan. Kasih sayang tidak mengenal waktu, jarak, tempat kedudukan dan pangkat. Sebab itu, Allah S.W.T meletakkan syarat untuk memperolehi rahmatnya adalah dengan berkasih sayang antara sesama manusia. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW bersabda:
" مَنْ لاَ يَرْحَمِ النَّاسَ لاَ يَرْحَمْهُ اللهُ "
Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”
(H.R. Al-Termizi) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis di atas menekankan kepada umat Islam agar hidup berkasih sayang dan sentiasa memelihara persaudaraan, dengan jaminan kurniaan rahmat oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berakhlak penyayang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sifat kasih sayang amat penting dan begitu di tekankan oleh islam khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan sebuah rumah tangga seseorang itu perlu menjalinkan hubungan yang harmoni di antara seluruh anggota keluarga dengan sentiasa kasih mengasihi, saling menghormati serta bantu membantu di antara satu sama lain. Semua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyuburkan kasih sayang untuk pembinaan sebuah keluarga bahagia. Antaranya ialah: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERTAMA, FAKTOR KASIH SAYANG ANTARA SUAMI DAN ISTERI:
Sebuah keluarga yang bersifat mawaddah dan rahmah bermula daripada ikatan perkahwinan. Bagi melahirkan kasih sayang yang sebenar di antara suami dan isteri kedua-dua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Isteri bertanggungjawab melayani dan mentaati suami manakala suami pula berperanan sebagai pelindung dan tempat bergantung isteri dan ahli keluarga. Islam juga menganjurkan para suami agar sentiasa bergaul dengan isteri secara maaruf ( baik). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hakikat ini diperjelaskan lagi dgn sabda baginda baginda S.A.W yang berbunyi:
" خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَاَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِيْ "
Maksudnya : ”Sebaik-baik di kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik pada isteriku..”
(Hadis Riwayat Al-Termizi) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sb faktor usia kak, makin berusia makin kurang tenaga n cepat penat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KEDUA, KASIH SAYANG ANTARA ANAK-ANAK DAN IBU BAPA:
Sebagaimana ibu dan bapa memberikan kasih sayangnya kepada anak-anak, maka islam juga menganjurkan supaya anak-anak juga memberikan kasih sayang terhadap kedua ibu bapa mereka. Tegasnya anak-anak mestilah menyayangi dan mengasihi ibu bapa, mematuhi segala perintah dan nasihat keduanya, mengunakan kata-kata yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan menyakitkan hati kedua ibubapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|