Post time 20-6-2023 08:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KIMCHI
Bahan
5 kg kubis napa
2 biji lobak putih
2 biji lobak merah
Secekak daun bawang
PES KIMCHI
Bahan
3 sudu besar tepung beras
2 cawan air tapis kalau terlampau pekat nanti tambah lagi air sampai dapat bancuhan tak pekat sangat dan tak cair sangat.
2 labu bawang besar Holland*
1 biji epal merah saiz besar*
6 ulas bawang putih*
Halia besar ibu jari*
Setengah cawan cencaluk (optional) kalau di Korea mereka pakai udang yang dijeruk garam dalam balang tu so kita di Malaysia yang ada hanya cencaluk yg rasa hampir sama
1/2 cawan sos ikan nak lebih
3 cawan gochugaru (serbuk cili korea) boleh beli halal gochugaru di shopee
5 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Cara
Kubis napa dibelah dua kemudian potongan separuh tu potong sikit sahajan bahagian bawah.
Rendam dalam air garam dan tabur garam kasar setiap lapisan daun.
Biarkan 4 atau 5 jam.
Kemudian bilas dengan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sampai habis
dan hilang kesan garam.
Toskan minimum 1 jam.
Lobak merah dan lobak putih potong memanjang.
Potong kasar daun bawang.
UNTUK PES
Cara:
Masak atas api tepung + air sampai pekat
dan ketepikan.
Kisar bahan bertanda *.
Cincang kasar cencaluk tak perlu kisar.
Gaulkan semua bahan bertanda* ke dalam bancuhan tepung tadi masukkan cencaluk,gochugaru,sos ikan gula dan garam.
Kacau sebati dan masukkan lobak merah, lobak putih dan daun bawang gaul rata.
Proses akhir lumurkan pes kimchi ke setiap lapisan daun kobis dan keseluruhan kubis.
Ulang sampai habis.
Masukkan dalam bekas kedap udara biar suhu bilik paling kurang sehari sebelum masukkan dalam peti ais.
Lagi lama dalam suhu bilik kimchi akan lebih masam so boleh ikut selera masing-masing.
Nota: Elakkan pakai serbuk cili biasa untuk dapatkan rasa kimchi yang sebenar sebab serbuk cili biasa kadangkala buat kimchi rasa pahit pedar dan tidak sedap.
Post time 20-6-2023 10:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tari replied at 20-6-2023 02:18 PM
@acikbrown @ghalibboy
lama x nmpk, apa khabar
Alhamdulillah sihat seadanya.
Tengah bergelap sebab tiba tiba blackout satu taman.
Dah la tengah solat Isyak. Cari lilin tak ada pulak. Dah bertahun tak pernah blackout.