|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: TRUST YOUR INTUITION
[Copy link]
|
|
semua pelakun pun sama eh
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi minyak atau nasi briyani
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
minat tgk citer antu kah
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang ramai beratur seawal 6 pagi, tukar topi keledar di reruai JPJ
Kuantan: Orang ramai sanggup beratur seawal 6 pagi di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan topi keledar secara percuma yang diedarkan kepada pengunjung pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan di sini hari ini.
Pengarah JPJ Pahang Kamarul Iskandar Nordin berkata sambutan hari kedua penukaran topi keledar pada PMR itu amat menggalakkan kerana hanya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk mengagihkan 750 topi keledar percuma.
"Reruai JPJ ini dibuka 9 pagi dan pada 10.15 pagi kita sudah habis memberi topi keledar kepada orang ramai. Semalam, sebanyak 1,500 topi keledar diagihkan dengan mengambil masa lebih dua jam.
"Tujuan pemberian topi keledar ini adalah untuk memberi kesedaran dan advokasi kepada semua pembonceng dan penunggang motosikal supaya menggunakan topi keledar yang mempunyai standard dan mengikuti piawaian SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia)," katanya.
Selain itu, Pengarah Korporat dan Perancangan Strategik JPJ Burhan Mat Sum berkata pihaknya turut menjangkakan orang ramai akan berkumpul lebih awal untuk mendapatkan baki 750 topi keledar di reruai JPJ pada hari terakhir esok.
JPJ katanya, tidak meletakkan syarat yang ketat sebaliknya seseorang itu hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan warganegara dan membawa topi keledar lama untuk diganti dengan yang baharu.
"Insya-Allah, saya menjemput semua rakyat Pantai Timur untuk datang awal kerana peluang untuk mendapatkan topi keledar itu lebih tinggi kerana kami mengamalkan konsep first come first serve (siapa cepat dia yang dapat)," katanya.
Sementara itu, pesara kerajaan Nor Ali Idris, 70, memuji kecekapan JPJ dalam mengendalikan program pemberian topi keledar itu.
"Kalau kita lihat di sini, meskipun barisan (untuk mendapatkan topi keledar) itu panjang, prosesnya sangat cepat," katanya yang beratur pada 9.20 pagi.
Dalam pada itu, suri rumah M. Harini, 54, berkata tujuan sebenarnya datang ke PMR adalah untuk membeli barangan dapur pada Jualan Rahmah, namun dia turut mengambil kesempatan untuk menukar topi keledar di reruai itu.
Disiarkan pada: Julai 6, 2024 @ 2:19pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

JPJ tahan bas sekolah bawa rombongan pengantin
Kuala Terengganu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan tindakan pengusaha bas sekolah yang menjadikan kenderaan itu sebagai bas pesiaran untuk membawa rombongan pengantin ke negeri ini.
Kesalahan itu dikesan menerusi Ops Bersepadu Kenderaan Pelancongan, Kenderaan Perkhidmatan Awam/Bas Pesiaran dan Ekspres yang dijalankan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 6.30 hingga 10 pagi di sini, hari ini.
Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, bas dalam perjalanan dari Kedah yang membawa seramai 40 penumpang itu dikesan melanggar syarat permit.
Katanya, pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit tidak dilesenkan sebagai bas persiaran dan mengendalikan rombongan pelancongan tanpa lesen pelancongan agensi yang sah.
"Bas sekolah hanya dibenarkan membawa murid sekolah dengan jarak perjalanan yang dibenarkan dalam lingkungan 30 kilometer sahaja.
"Bagaimanapun bas ini membawa keluarga yang sangat besar dari Kedah ke Terengganu dan kenderaan sangat berisiko sebab ia tidak mampu membawa penumpang dalam perjalanan jarak jauh," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan operasi di pekarangan parkir Masjid Terapung Kuala Ibai dekat sini hari ini.
Menurut Zamri, siasatan awal juga mendapati pengusaha bas terbabit pernah dikenakan tindakan atas kesalahan sama oleh MOTAC pada Januari lalu.
Katanya, JPJ memandang serius kesalahan itu kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang," katanya.
Dalam operasi itu, sebanyak 11 kenderaan perkhidmatan awam dan bas pesiaran diperiksa dengan empat saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada pemandu kedua sebanyak dua kes dan tiada pemandu pelancong serta salah guna permit perlancongan masing-masing satu kes.
Selain itu 12 kesalahan teknikal juga dikesan iaitu pemadam api luput tarikh, tiada peti pertolongan cemas dan membawa aksesori berbahaya.
"Bermula Januari hingga Mei tahun ini, JPJ Terengganu telah memeriksa sebanyak 1,349 kenderaan perkhidmatan awam dan 44 darinya telah diambil tindakan kerana pelbagai kesalahan," katanya.
Disiarkan pada: Julai 6, 2024 @ 2:51pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tular gadis mirip 'Lisa Blackpink' jual ayam goreng
Bangkok: Seorang penjual ayam goreng remaja di sebuah pasar di Thailand menjadi popular kerana wajahnya mirip penyanyi K-pop dari kumpulan Blackpink iaitu Lisa, lapor South China Morning Post.
Kuilthida, 17, yang dikenali sebagai Yeehwa, adalah pelajar sekolah menengah di wilayah Phichit Thailand, kira-kira 300 kilometer di utara ibu kota Bangkok.
Semasa cuti sekolah, dia melawat ibunya Benyapa yang berusia 36 tahun, dikenali sebagai Gig, dan membantu di gerai ayam goreng di pasar di Samut Prakan, selatan Bangkok.
Orang ramai perasan bahawa dia kelihatan seperti Lisa yang juga berasal dari Thailand dan menyiarkan gambarnya di media sosial sehingga ia tular.
Walaupun agak malu dengan kemasyhuran sekelip mata di internet, gadis pasar itu memberitahu media bahawa dia berminat dalam perniagaan pertunjukan dan akan rela memasuki industri hiburan jika ada peluang.
"Saya gembira dan teruja untuk menyerupai penyanyi yang dikagumi seperti Lisa," kata Yeehwa.
Pemerhati dalam talian gembira melihat minat Yeehwa dalam industri hiburan.
"Dia seperti Lisa versi sekolah menengah," kata seorang pengguna media sosial.
"Saya ingin melihat dia dan Lisa membuat persembahan di pentas yang sama," kata seorang lagi warganet.
Lisa kembali menjadi sebutan berikutan pelancaran single baharunya, Rockstar, yang pertama dengan syarikatnya yang baru diasaskan LLOUD, pada 27 Jun.
Video muzik lagu itu berada pada kedudukan nombor tiga dalam senarai muzik yang menjadi sohor kini di YouTube, mengumpul 66 juta tontonan dalam masa lima hari sahaja.
Lima versi lagu itu semuanya muncul dalam 20 teratas pada carta iTunes Amerika Syarikat dalam beberapa jam selepas dikeluarkan, menurut Forbes.
Single baharu itu mencetuskan minat ramai peminat lama dan baharu mengenai gaya dan pakaian penyanyi itu, dan Chinatown Bangkok, tempat dia merakam video muzik yang disertakan.
Walaupun membina kerjayanya di Korea Selatan sejak remaja, Lisa sangat berminat untuk mempromosikan budaya Thailand.
Bercakap sebagai ahli Blackpink, dia pernah berkata, 'Korea Selatan adalah negara kita dan Thailand adalah negara saya.'
Disiarkan pada: Julai 6, 2024 @ 2:46pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|