CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 6-1-2010 10:18 PM | Show all posts
1640# jellybee

Al Ula. Very2 sejuk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 10:22 PM | Show all posts
1641# jellybee

Madain Salleh, Sejuk gak. Rumah2 dalam gua. Nice view. Tak rugi kalau pergi ziarah kesini.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 10:25 PM | Show all posts
1642# jellybee [/


Anak bujang akak dh jadi anak sheikh arab. Glamour betul kt sana. Asyik memanjang kena tarik dgn pak2 arab. Kejap2 hilang tak reti duduk diam.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:35 AM | Show all posts
1643# jellybee

Pic kat atas tu baru mukadimah je....

Day 1.  
Tiba di KLIA dlm kul 12tgh. Setengah jam selepas 2 baru check in. Dah boleh agak Sv kalau tak delay mesti kena transit kt Riyadh. Dalam kul 12.45tgh akak ke surau KLIA nak buat solat Jamak dan Qasar. Mmg saja pegi awal krn dah tau mmg surau tak muat bila tiba waktu solat. Nie ada tip utk org perempuan....
"Kalau boleh pegi awal sebelum masuk waktu solat coz mmg ramai jemaah wanita hingga ada yg terpaksa beratur nk tggu giliran utk bersolat" Alhamdullah akak boleh dikatakan jemaah yg terawal menunggu. Masa nk keluar surau Hubby dah call suruh cepat...Bayangkan yg jemaah tengah tunggu giliran nk solat tu...Mesti lewat boarding...

3.30ptg Departure to Riyadh.  Sepanjang dlm pernerbangan mmg tak selesa mcam naik bot plak and my son dok berceloteh memanjang teruja agaknya...Transit dlm 1jam lebih di Riyard and fly to Jeddah. Penerbangan to Jeddah lagi teruk coz cuaca tak berapa baik kot.

Sampai di Jeddah Airport,ari hujan, bayangkan dlm hujan kena turun tangga dlm gelap and tak da payung. My son siap cakap apalah miskin airport ni turun tangga pun tak da bumbung, pas tu kena naik bas plak..AA pun suply payung kalau ujan..Akak diam malas nak layan. Bila pikir balik kenapalah masih tak upgrade lagi airport saudi nie..dari dulu sampai sekarang macam 2 jugak....tak mesra pelanggan....

Sampai kat Immigration akak dah boleh agak mesti at least 2 hour kt situ. Ada 2 kaunter je bukak. Tapi sangkaan akak meleset malam tu ada sorang supervisor ni (4paku) suruh buka kauter2 kt situ, hingga kauter diplomat pun dia suruh open to public, siap panggil2 kami suruh Q kt diplomatik line. Thanks to Supervisor Saudi nie.  Allahamdullillah tak sampai 1jam semua dah selesai and berjalan keluar ke tempat bas. Dlam pd tu akak dpt sms dr kawan yg berada di Madinah kata Madinah baru saja di landa ribut pasir. Patut la dlm penerbangan dr Riyard to Jeddah asyik bergegar2 rupa2nya ada ribut. Mmg dari mula KLIA-Riyadh-Jeddah penerbangan tak berapa baik.. Kepala pun ada sikit pening.
Bertolak dari Jeddah airport to Madinah dlm kul 11 malam. Baru nak terlelap dan sampai kt R&R utk makan malam. Bayangkan dlm ngantuk2 kena makan kalau ikut jam M'sia baru pukul 4pg. Dah macam makan sahur pulak.

Day 2.
Sampai di Madinah Al Munawarah sebelum waktu subuh. Tempat penginapan kami di Al Muhammadiyah Manazeli Hotel. Alhamdullillah kami letak bag dan terus ke Masjid Nabawi untuk solat suboh, nasib baik anak bujang akak tak cerewet ikut aje apa cakap ibu/ayah. Lepas solat balik hotel utk sarapan pagi. Lepas sarapan bersiap2 nak ke Raudah pulak. Punya lah ramai jemaah mungkin jemaah haji yg masih belum balik dan ada yang baru sampai dari Mekah. Akak pergi dengan kawan yg baru first time pegi. Sekarang nie nak masuk ke Raudah dah ada sistem. Para petugas2 di Masjid Nabawi akan himpunkan jemaah dari Asia kat satu kawasan seperti jemaah M'sia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, dan Myanmar tak kira siapa asalkan pakai telekung je diorang panggil "Bahasa Melayu". Pakistan dan India satu group. Jemaah dari negara arab lain akak tak nampak pulak group diorang.

Masa pengasingan ni akak buat solat sunat duha dan solat2 sunat banyak2. Mohon di mudahkan dpt masuk ke Raudah. Bila tiba giliran "Bahasa Melayu" masuk ke khemah Raudah (belum masuk Raudah lagi). Jemaah Indonesia berlari macam kena kejar rimau pulak, heran betul akak tengoh gelagat diorang sampai tergelak dibuatnya, dan mereka nie sedikit agresif. Dalam pada tengok galagat orang cermin mata akak dah tertinggal pulak. Masa tu dah nak masuk ke Raudah cari2 teropong dah hilang. Bila dah masuk kt Raudah akak tak dapat solat sunat sebab terlalu ramai jemaah bertolak2 dan keadaan mmg tak mengizinkan utk bersolat. Selesai memberi salam dan menyampaikan salam pada S.A.W akak pun berdoa mohon diampunkan dosa2 akak. Nak baca buku doa mmg tak nampak jadi akak berdoa ikut apa kata hati. Dlm hati kata mungkin aku berdosa sebab ketawakan orang agaknya. Sepanjang berjalan keluar akak mohon Allah ketemukan kembali cermin mata akak. Akak pergi balik ketempat pengasingan tadi bertanya pd petugas yg sedang membersih carpet mungkin dia nampak.  Hampanya hati bila dia kata tak jumpa. Akak tawakkal aje kat kawasan pengasingan tu. Alhamdullillah tetiba akak terpandang cermin mata akak ada kt tiang mesjid masih elok terletak tak rosak sikit pun, Allahamdullillah, Punyalah bershukur sangat2 terima kasih tak terhingga kepada Allah S.W.T. Pulang ke hotel kami anak beranak tidur sekejap sementara nak tunggu waktu solat zohor.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:40 AM | Show all posts
salam, tour agency mana yg ada buat pakej umrah, duduk di hilton mekah?
norsh05 Post at 6-1-2010 21:56


Salam, Semua travel agency boleh tapi sendiri kena request la. Rakyat Travel Agency , baru2 ni ada satu family duduk kt Hilton,
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:22 AM | Show all posts
1641# jellybee

Sejuk kan kat al-ula, kak? esp pagi2 nak keluar b'fast tu.. tangan ketar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2010 09:51 AM | Show all posts
1644# jellybee


assalamualaikum kak jell...

alhamdulillah, akak dan keluarga dah selamat sampai.
Seronoknya dapat tengok gambar2 umrah dan ziarah akak tu.
Kagum nengok rumah2 kat dlm gua batu tuh.. huhhhu.. camnerlah derang bina agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 10:05 AM | Show all posts
1642# jellybee

Kak Jellybee,

Mukadimah yg menarik...tima kasih ye..
x smpai lg Al Ula n Madain Saleh..nmpak cantik je tptnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2010 10:10 AM | Show all posts
1647# Hanni

Hanni,

tu yg istimewanya....rumah dlm gua...
seni yg cantik dan cara membuatnya pun mesti unik kan...
bila la dpt gi kat tpt2 mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 10:14 AM | Show all posts
1640# jellybee

Teringat bawa anak2 makan KFC kat sini...Mahal sungguh kalau compare dengan kt Malaysia..
Tapi saya macam tak percaya dengan "ke seksi an" pakaian2 moden yg dipamerkan yg di jual disini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2010 10:17 AM | Show all posts
1619# aziefa



hehehe.. sy pun x perasan sbnrnya kak psl pintu gerbang tu..

ermm ni pakej thts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2010 10:29 AM | Show all posts
1623# monorail


ooo bukan.. ni ustaz zamri ikim.. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 10:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by monorail at 1-2-2010 22:13

----- deleted ----
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 12:19 AM | Show all posts
1641# jellybee

Sejuk kan kat al-ula, kak? esp pagi2 nak keluar b'fast tu.. tangan ketar..
adikzarif Post at 7-1-2010 09:22


Salam, semua.....

Al Ula- memang betul adikzarif bukan kata pagi je sejuk time akak sampai dah tengahari pun masih sejuk lagi. Boleh di katakan semalaman disana bukan kata tangan je ketar sampai gigi pun terketar2 sama. Mungkin December musim sejuk kut.

Hanni- Menurut muasassah arab yg jadi tour guide kami kata rumah2 dlm gua tu org2 zaman dulu buat guna pahat.. sebuah rumah yg kecil lebih kurang 8tahun nak di siapkan. Dan satu lagi gua2 tersebut bukannya gua batu tp guabatu-pasir.  Ada cerita disebaliknya, nnt akak bagitau. Dinding gua ni kalau kita kesat dgn tangan bertaburan pasir halus keluar tapi tak banyak la. Pasir ni jenis halus dan tak lekat kat tangan..kira berderai. Mmg interesting kalau ada rezeki pegi tengok sendiri betul tak adikzarif....

Irbudan.. Mmg betul makanan segera kt saudi ni agak mahal.. KFC family pack..terkejut akak tengok harganya. Kalau bawak anak2 mmg parah kocek dibuatnya. Anak bujang akak asik2 nak mkn fast food. Burger king pun boleh tahan harganya. Sedap lagi burger kat M'sia.. Nak buat camana layan jer la kerenah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 02:08 AM | Show all posts
1644# jellybee

Day 3&4 Ziarah ke Al Ula dan Madain Salleh

Selepas solat suboh dan bfast dalam pukul 8pg bas bergerak ke Al Ula. Perjalanan memakan masa selama 5 jam-6jam. 1 jam berhenti rehat utk solat jamak dan qasar. Macam biasa my son order burger harga 7riyal. Hanya burger, kentang and roti. Sambung perjalanan dan sampai kat ARAC HOTEL AND RESORT time lunch. Kena tunggu pulak dlm 1 jam baru boleh makan. Lepas lunch baru check in. Petang tu acara ziarah ke Al Ula & Madain Salleh dibatalkan coz dah petang, next day baru boleh pegi. Petang tu kami duduk dlm bilik dan tidur sementara tunggu solat magrib, Isyak and makan time selepas kul 8malam.  Boleh di katakan semua jemaah rombongan tak keluar bilik coz cuaca terlalu sejuk dan berangin.  Sampai tilam pun sejuk. Kalau lama mau beku semua heeeeheeeheee.........





Pintu masuk hotel




Dalam bilik, extra bed




View belakang hotel, ada swimming pool lagi.. kalau mandi kt kolam nie keluar mmg jadi patung cendana la jawabnya


Pagi lepas b/fast bas bergerak ke Perkampungan lama Al Ula. Perjalanan tak sampai 10 minit.



Yg tengah tu tour guide kami Muhammad Maqboul Ahmed. Memang travel agency kita wajib hire tour guide kat Al Ula. Bagus pak arab nie dia tau banyak sejarah2 lama dan dengar cerita travel agency kami bayar dia 1jam SR100. So far he the best. Tanya aje apa2 soalan InsyaAllah dia akan jawab.. kekadang tu dia pulak yg tanya soalan kat rombongan kami. Saja nak tau kita ni faham ke tidak.

Menurut tour guide kami perkampungan nie adalah persinggahan pedagang2 laluan sutera. Menurut ceritanya zaman dulu2 perkampungan nie mmg popular di kalangan pedagang arab. Nabi Muhammad S.A.W pernah singgah dan bersolat di mesjid perkampungan ni dan mesjidnya masih ada lagi hingga kini tapi dah di perbesarkan sedikit. Rumah2 ni kelihatan seperti di bina di dalam sebuah kota di mana di dalamnya banyak bilik2 dan lorong2 pejalan kaki.


Lorong di dalam kota lama



Meninjau kedalam perigi lama, boleh tahan dalamnya.





Pemandangan dari atas perkampungan lama. MasyaAllah rombongan kami jalan kt dlam tu tak nampak lak bumbung dia teruk macam nie. Kalau tak da tour guide mahu sesat kami di dalamnya


Pemandangan dari hadapan perkampungan lama.




Pintu masuk ke kota lama.

Menurut tour guide kami terdapat juga castle yg di bina oleh khalifah (dah tak ingat lak namanya)



Di sini juga jenazah kalifah itu di semadikan betul2 di laluan nak naik keatas castle. Jemaah tengah mendongak berkira2 nak naik ke atas.



Baru separuh jalan dah rehat.

  

Pemandangan dari atas castle. Batu bukit pasir yg di ukir sungguh unik.






Pemandangan dari hadapan rumah lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 10:45 AM | Show all posts
1656# jellybee

RM berapa package nie???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 01:26 PM | Show all posts
1656# jellybee

RM berapa package nie???
sofiera Post at 8-1-2010 10:45


Salam sofiera, pakej ziarah dan umrah lebih kurang RM6000++. Kalau pekej umrah saja murah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 02:59 PM | Show all posts
1658# jellybee

mahal tue....tapi temakasih bagie harganya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 06:26 PM | Show all posts
1656# jellybee

Assalamualaikum..
Terima kasih Jellybee..
Bila baca tu terasa pulak macam kita ni dalam rombongan tu sekali..
Sambunglah lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049884 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list