CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TerlaluTampan

MAN UNITED FC - GGMU !!

[Copy link]
Post time 10-11-2014 12:00 PM | Show all posts
YANG NAMPAK DAN YANG TIDAK NAMPAK..(ulasan game Man Utd vs Crystal Palace ) - by Rjuna.

Semua pemain tahu Man Utd menang 1-0 keatas Crystal Palace semalam dan melonjakkan kedudukan kelab ke tangga no 6 dalam liga England masa kini.
Ini cerita yang semua tahu tapi apa cerita yang ramai terlepas pandang atau tidak tahu ?

YANG PERTAMA:
1.Man Utd memulakan permainan dengan hanya 2 pemain remaja di bahagian pertahanan iaitu Luke Shaw di bek kiri dan Paddy Mc Nair di bek tengah yang mana masing2 berusia 19 tahun.Dua pemain lagi iaitu Valencia di bek kanan dan Daley Blind di bek tengah BUKAN pemain pertahanan tulin sebenarnya.
Walaupun kita menang tanpa bolos gol tetapi meletakkan pemain bukan pertahanan tulis adalah 1 risiko yang perlu kita hadapi seperti mana kesilapan Blind dan Mc Nair mengagak hantaran bola tinggi ke dalam kubu Man Utd pada separuh masa pertama hingga membahayakan gol kita.Mc Nair dan Blind teragak-agak dan menyebabkan bekas penyerang Man Utd Frazier Campbell mencuri bola dan berhadapan dengan De Gea namun mujur cubaan nya tersasar jauh.Bagaimana jika masuk ?
Rasanya kerap saya memberi pandangan bahawa meletakkan Blind di bahagian defensive midfield adalah 1 kerugian apa lagi jika di bek tengah kerana pemain ini tidak ada respon bila di tewaskan kerana tiada fungsi pertahanan yang tulin pada dirinya di mana dia tidak ada speed mengejar,tackle atau halangan fizikal.Baru2 ini Blind di tegur Gary Neville kerana gemar membuat hantaran sebelah menyebelah dari membuat hantaran ke depan.
Saya lebih suka atau berharap Carrick yang menjadi bertukar tempat dgn Blind di mana Carrick menjadi pasangan pertahanan tengah bersama Mc Nair dan Blind di tolak keatas.Carrick telah menunjukkan kemampuan nya minggu lalu semasa bertemu Man City.
Dengan adanya 2 pemain remaja 19 tahun yang mana kedua mereka kurang bermain dan simpanan sebelum ini serta Valencia yang bukan bek kanan tulin maka Man Utd sebenarnya memerlukan pemain senor di bahagian ini.Jadi saya berpendapat Carrick adalah pilihan yang lebih baik dari Blind yang berisiko dan kerap tinggalkan posisi.
Selepas Mc Nair keluar dan Fletcher pula masuk Man Utd cuma ada 1 pertahanan saja sebenarnya iaitu Shaw.

YANG KEDUA;
Ramai tidak senang bila Angel Di Maria keluar dan di masukkan pula pemain muda Wilson.Di sini juga ada 1 point yang ramai terlepas pandang dan saya puji pemikiran Van Gaal walau ianya perlu di lakukan lebih awal.
Kita nampak Adnan Janujaz di keluarkan dan Juan Mata di masukkan seterusnya pemain ini menjaringkan gol.Kita nampak Di Maria di keluarkan dan di masukkan pula Wilson di mana ramai merungut kerana penukaran Maria/Wilson.Tetapi apa yang ramai tidak ketahui atau terlepas ?
Van Gaal tahu corak game sayap tidak menjadi terutama nya di sebelah Adnan Janujaz. Pemain ini bagi saya masih tidak berubah dan patut berasa malu dengan Luke Shaw yang mampu membawa bola secara solo,masuk memecah benteng Crystal Palace dan membuat 1 percubaan berbahaya..Adnan ????
Van Gaal yang mendapati kesukaran dan liatnya benteng Crystal Palace mengeluarkan 2 pemain sayap (Adnan/Maria) dan memasukkan 2 pemain midfield tengah untuk meramaikan bahagian tengah bagi memudahkan serangan di buat dari bahagian ini.Kemudiannya Man Utd telah ada Blind,Carrick,Fletcher,Fellaini,Mata, Rooney,Wilson dan Van Persie.Jika di dikira semua pemain ini termasuk Valencia Man Utd ada 9 pemain yang bermain corak serangan biasanya sebelum ini dan cuma De Gea dan Shaw yang tidak termasuk walau Shaw juga menunjukkan yang dia juga mampu menyerang..

KESIMPULAN:
Jika di buat rumusan bagi saya, untuk 1 team yang mempunyai 9 pemain berasaskan serangan maka sebarang tindakan atau corak bermain negatif dengan menolak bola kebelakang sukar di terima terutama di mana selepas mendahului 1-0 Man Utd tiba2 bermain kontrol dan dalam kawasan sendiri termasuk penjaga gol juga mahu bermain passing bersama Blind,Shaw dan Valencia.Saya risau kerana bimbang berlaku sebarang kesilapan yang memberi gol bodoh kepada pihak lawan.Tentu semua yang mengikuti perlawanan semalam bolih dengan sorakan wisel dari penonton dalam Old Trafford yang tidak gemari corak negatif Man Utd terutama di bahagian pertahanan yang bermain passing balik dan sesama sendiri.Sorakan wisel jika di Malaysia bermakna 'boo'.
Dengan adanya 9 pemain bercorak serangan juga kita sepatutnya menang lebih besar dari 1-0.Sesungguh nya gol Juan Mata memberikan 1 kelegaan kepada semua peminat yang tertekan dengan perlawanan ini dan juga tertekan dengan aksi Adnan Januzaj.
Seperkara yang pernah saya terangkan dulu dan baru di persetujui olih pengulas sukan adalah mengubah posisi Wayne Rooney supaya bermain di tengah secara tetap dan menukar (transform) nya menjadi seakan Roy Keane kerana dia memiliki semua yang di perlukan untuk berada di posisi ini.Saya syorkan supaya Di Maria di tolak ke tengah kerana lariannya yg mampu memecahkan benteng lebih membahayakan kubu lawan dari bergerak solo ke tepi kerana dia tidak akan ada ruang untuk membuat percubaan.
Saya setuju Van Persie menjadi pemain biasa saja semalam.Satu perkara lagi saya perhatikan adalah pemain Man Utd terutama Persie dan Rooney seakan tidak mahu memberikan bola atau peluang kepada Wilson.Dalam2 perlawanan yang terakhir di mana Wilson masuk sebagai pemain gantian ,anak muda ini kelihatan tenggelam kerana tiada ruang dan peluang atau bantuan dari senior.
Jika di perhatikan dari statistik kemenangan 4 game Man Utd sebelum ini ,3 dari 4 game ini kita menang dengan tipis sahaja :
QPR : 4-0
West Ham : 2-1
Everton : 2-1
Crystal Palace : 1-0
Kita di katakan menguasai perlawanan dengan margin perbezaan yang besar iaitu penguasaan 75% - 25% di pihak Crystal Palace tetapi jika dengan 75% kita mampu menang tipis 1-0 dan bergelut lebih 1 jam untuk mencari gol maka kita sepatutnya bimbang dan membuat post mortem mengenai keputusan dan bukannya bermain bunga api kerana kegembiraan.Ini yang Van Gaal perlu buat kerana seperti yang saya jelaskan di atas Man Utd tidak ada atau kurang pertahanan tulin dan sistem sayap perlu di fikirkan semula dengan membuat rombakan atau penambahbaikan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 12:59 PM | Show all posts
aku rasa game QPR je yg betul2 main cantek.
game lain masih banyak yg perlu diperbaiki.
utd mmg control game tapi bola byk kat tgh je.
pastu byk hantar bawah balik.
macam takut hilang bola.
mungkin sbb byk injured. kerap sangat tukar player.tu yg susah nk gel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:02 PM | Show all posts
wanburn posted on 10-11-2014 12:59 PM
aku rasa game QPR je yg betul2 main cantek.
game lain masih banyak yg perlu diperbaiki.
utd mmg co ...

itu lahh..kena tggu krisis cederaa
tamat...
januzaj lakk kufur nikmat..
dpt main 1st eleven tp cross,passing.
dribble sumer kelaut..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:13 PM | Show all posts
NEWS

1.Bekas pemain tengah Man Utd David Beckham menghantar anaknya untuk sertai akademi Arsenal.

2.Pemain buruan dan impian ramai peminat Man Utd Mats Hummel di katakan lebih berminat ke Arsenal dari ke Old Trafford.

3.Pengurus England Roy Hodgson yakin Wayne Rooney mampu menjadi ketua pasukan yang baik untuk skuad kebangsaan nanti.

4.Kekalahan Arsenal 1-2 kepada Swansea membuka peluang kepada kelab lain untuk menyaingi tempat ke UCL dan merebut tempat ke 4.

5.Van Gaal tetap optimis bahawa Man Utd mampu layak ke Eropah musim depan.

6.Brendan Rodgers di boo penyokong sendiri selepas tewas 1-2 kepada Chelsea dan akui nasib nya kini panas di Anfield.

7.Mourinho enggan Chelsea di bandingkan dengan kelab Arsenal yang cipta rekod tanpa kalah pada 2004.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:40 PM | Show all posts
ashburn posted on 10-11-2014 02:02 PM
itu lahh..kena tggu krisis cederaa
tamat...
januzaj lakk kufur nikmat..

ni artikel dari independent..

http://www.independent.co.uk/spo ... ampton-9846581.html

utd dah guna 37 player dah..mmg susah la nk konsisten kalau asyik tukar plyer je.
sama ada badluck or ada kaitan dgn teknik training or fitness coach.
tgk jela 2-3 bulan lagi.LVG pn dah bawak masuk Jos van Dijk ganti Tony Strudwick.
kalau injuries kurang maknanya mmg fitness coach la problem.


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ashburn posted on 10-11-2014 02:02 PM
itu lahh..kena tggu krisis cederaa
tamat...
januzaj lakk kufur nikmat..

Dah ada improvement sket kan?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2014 05:08 PM | Show all posts


david moyes telah selamatt diijabkabulkan
gan Real Sociedad..
tahniah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 05:11 PM | Show all posts
Mulan posted on 13-11-2014 04:35 PM
Dah ada improvement sket kan?

improve bykk tuuu...
bukan sikittt..
dok atas liverpool


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 10:38 AM | Show all posts
NEWS

1.Michael Carrick menjadi mangsa terbaru kecederaan dan membimbangkan pengurus Van Gaal.Carrick juga terlepas perlawanan England dengan Slovenia dan Scotland nanti.

2.Michael Carrick turut berikrar untuk menamatkan kerjaya nya di Old Tafford dan tidak terfikir untuk berpindah kelab lain pada usianya yang mencecah 33 tahun.

3.Pengurus Belanda Guus Hiddink berkata dia mendapati Van Persie tidak cergas dan tidak mampu menghabiskan latiah.Olih itu Persie akan di ketepikan untuk perlawanan pasukan Belanda yang akan datang.

4.Chelsea dan Man Utd di khabarkan bersaing untuk mendapatkan pertahanan Real Madrid Raphael Varane yang khabar nya akan di lepaskan kelab La Liga itu.

5.Pemain tengah Spurs Paulinho akan di lepaskan pada Januari ini olih pengurus kelab itu kerana tidak lagi mendapat tempat dalam skuad.

6.Radamel Falcao di sahkan tidak akan turun dalam pertemuan dengan Arsenal kerana masih belum pulih sepenuhnya dan Van Gaal tidak ingin mengambil risiko atas status pemain pinjaman yang mahal.

7.Juan Mata berkata David Moyes tidak bernasib baik di Man Utd tetapi yakin akan bersinar di Real Sociedad dalam La Liga.

8.Pemain tengah Man Utd Anderson mengesahkan dia mahu kembali ke Brazil dan bermain untuk kelab Gremio yg pernah di wakilinya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:47 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:48 PM | Show all posts
langsii plakk DM nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 10:11 AM | Show all posts
carrick,de gea,blind plak injured.

mmg nasib xbaik la.

defend pn ramai injured.van persie main defend la plak pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Malang sungguh .. Ada injury plk masa international break

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:21 PM | Show all posts
hai!

u all tgk apa semasa intl break aritu?

tennis pun dah abis. boring la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:18 PM | Show all posts
Falcao, Rafael, Jones, Evans, De Gea dah bebas dari injured..mungkin akan diturunkan kalau fit...yang tga sangsi skrang ni ADM7..adoii..kita ada lord young..dont worry..pecaya pada player united..hee

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 11:20 AM | Show all posts
Louis Van Gaal sudah bangun dari kerusi & memberi arahan ..

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:34 AM | Show all posts
Mulan posted on 20-11-2014 02:21 PM
hai!

u all tgk apa semasa intl break aritu?

xtgkk apa2..tdorrr

mulan sokong team mn nie?
united kerr?
kerr sokong team yg kalah mlm td?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:40 AM | Show all posts
ashburn posted on 24-11-2014 11:34 AM
xtgkk apa2..tdorrr

mulan sokong team mn nie?

sokong tok gajah team..

eh..

sokong team yg tahap menang dier setaraf dgn tahap glemer

kalo glemer je lebey tak sokong sgt laa

   larikkk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.201817 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list