CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SEMANGAT TETAP MEMBARA

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2024 12:02 PM | Show all posts
Mohamed Ahil hilang sejak 6 Ogos ditemui selamat

HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu ditemui selamat di daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim ditemui di kawasan Bukit Beruntung, kira-kira jam 7.15 malam.

"Kanak-kanak itu dijumpai seorang pemilik madrasah tahfiz di mana dia sedang bermain dengan rakannya," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Mohamed Ahil kemudian diserahkan kepada ibu bapanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohamed Ahil dilihat kali terakhir di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada jam 8.20 malam, 6 Ogos lalu.

Kanak-kanak itu memakai baju lengan panjang berwarna merah, seluar panjang dan memakai sandal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 12:03 PM | Show all posts
Maritim Malaysia gagal cubaan seludup 400kg ketum melalui Kuala Kedah

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup 400 kilogram (kg) ketum ke negara jiran melalui perairan Kuala Kedah, di sini, malam semalam.

Ia susulan rampasan ketum terbabit selepas bahan berkenaan yang dimuatkan dalam 40 bungkusan plastik hitam ditemui berlonggokan di kawasan jeti persendirian di Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata rampasan itu dilakukan susulan pengesanan maklumat risikan berkaitan sindiket tempatan yang masih bergiat aktif melakukan aktiviti menyeludup keluar daun ketum ke negara jiran.

Beliau berkata, sebuah bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak untuk melakukan pengesanan dan serbuan menerusi Op Aman.

"Sewaktu rondaan di sekitar muara, anggota mengesan beberapa bungkusan plastik hitam dilonggokkan di atas jeti persendirian dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai menunggu masa untuk diambil bot untuk diseludup.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan 40 bungkusan plastik hitam yang mengandungi bungkusan-bungkusan kecil disyaki daun ketum dengan anggaran berat 400 kilogram bernilai RM4,000.

"Semua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum itu dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut," katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau berkata, siasatan mendapati modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran masih berlaku, namun tidak serancak sebelum ini, disebabkan negara jiran sudah membenarkan penanaman ketum di sana.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:04 PM | Show all posts
Lelaki pecah cermin kaunter forensik Hospital Sungai Buloh ditahan

SUNGAI BULOH: Berang tidak dapat lihat jenazah ahli keluarga menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan memecahkan cermin kaunter Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, kelmarin.

Susulan kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, lelaki berusia 43 tahun yang juga pesakit mental ditahan polis di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital memaklumkan kejadian amuk dengan memecahkan cermin menggunakan topi keledar.

"Bertindak atas laporan, sepasukan anggota ke lokasi dan menahan lelaki terbabit serta merampas topi keledar dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin berkenaan.

"Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek berasa marah dan tertekan kerana tidak dapat melihat jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia.

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sejarah pesakit mental dan beberapa kali tidak hadir janji temu dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kerosakan kepada harta benda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:07 PM | Show all posts
UiTM terima penghargaan ACCA, cemerlang lahirkan akauntan bertauliah



Dekan Fakulti Perakaunan UiTM, Prof Dr Haslinda Yusoff (tengah) menerima penghargaan daripada Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi pihak fakulti pada Majlis Gala Ulang Tahun ke-88 ACCA Malaysia. - Foto ihsan UiTM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:07 PM | Show all posts
SHAH ALAM: Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi diiktiraf atas sumbangan luar biasa dalam bidang perakaunan apabila diberi penghargaan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Pengiktirafan itu adalah tanda penghargaan kepada Fakulti Perakaunan UiTM atas dedikasi dan komitmen yang berterusan sebagai Rakan Strategik Universiti ACCA, serta peranan penting universiti dalam melahirkan akauntan bertauliah yang berdaya saing di peringkat global.

Anugerah berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ACCA, Helen Brand, pada Majlis Gala Ulang Tahun ke-88 ACCA Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur, kelmarin.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik antara UiTM dan ACCA sudah lama terjalin sejak 1956, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan bilangan akauntan bertauliah di Malaysia.

"UiTM menjadi platform utama dalam memperkasakan akauntan Bumiputera, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan akauntan global masa hadapan.

"Pada 2010, Fakulti Perakaunan UiTM mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai penyedia pembelajaran bertaraf Platinum oleh ACCA, menjadikannya universiti awam pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan ini.
"Status Platinum yang diperolehi mencerminkan komitmen universiti dalam menghasilkan akauntan bertauliah yang memenuhi piawaian antarabangsa, dan pengiktirafan ini kekal hingga hari ini," jelas UiTM, hari ini.

Menurut kenyataan itu, UiTM juga terkenal dengan pencapaian luar biasa pelajarnya di peringkat antarabangsa dengan ramai pelajar fakulti berkenaan berjaya merangkul anugerah ACCA Top Prize Winner, menunjukkan keupayaan dan kecemerlangan akademik mereka di persada dunia.

Dekan Fakulti Perakaunan UiTM, Prof Dr Haslinda Yusoff menegaskan bahawa kejayaan ini adalah bukti komitmen universiti dalam memastikan pendidikan berkualiti, program akademik yang diakreditasi di dalam dan luar negara, serta bimbingan daripada tenagapengajar yang unggul.

"Faktor-faktor utama seperti kualiti akademik, pengiktirafan antarabangsa dan kecemerlangan tenaga pengajar memastikan graduan Fakulti Perakaunan UiTM mampu memenuhi piawaian profesional antarabangsa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:08 PM | Show all posts
Malaysia, ASEAN perlu seirama lunakkan China di Laut China Selatan

Tinggal tiga bulan saja lagi Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, tetapi nampak macam banyak sangat isu serantau terpaksa diuruskan kerajaan. Terbaharu, amaran China meminta Malaysia berhenti melakukan aktiviti di Laut China Selatan terutama cari gali minyak di kawasan perairan maritim Sarawak.

Belalang rasa terbakar dengan gelagat Beijing yang tiba-tiba ugut Malaysia jangan kacau Laut China Selatan yang kononnya milik mereka sepenuhnya. Kalau begini nada China, susahlah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia nak cari makan, terutama korek hasil minyak bawah laut.

Apatah lagi Kuala Lumpur-Beijing baru 'bersalam-salaman' dan saling berjanji menghidupkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua negara dengan Perkongsian Strategik Komprehensif diperkemaskan. Apa lagi yang Beijing mahu dari Malaysia sebenarnya. 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'.

China patut tahu dan belajar hormat betapa Malaysia juga antara negara mempunyai kedaulatan di Laut China Selatan, terutama maritim berada di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), sekali gus berhak memperluas projek cari gali minyak dan gas di kawasan berkenaan.

Walaupun dilihat sebagai 'taiko' atau 'abang besar' Asia, Beijing tak patut tunjuk taring pada negara kecil seperti Malaysia yang kekal melayan baik China sebagai negara berdaulat dalam banyak hal antarabangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 12:09 PM | Show all posts
Chin Chee Seong dipilih Presiden Persatuan SME Malaysia bagi penggal 2024-2026



Barisan kepemimpinan Persatuan SME Malaysia bagi penggal 2024-2026
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:10 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Chin Chee Seong dipilih sebagai Presiden Persatuan SME Malaysia bagi penggal 2024-2026 pada Mesyuarat Agung Tahunan SME Malaysia semalam.

Turut dipilih Datuk Seri Ricky Yaw Chan Choy selaku Timbalan Presiden, manakala Anpanathan K, Siow Lee Ching, Datuk Ada Poon Yin Hoong, Datuk Naina Mohamed dan Datuk Tan Hok Chye dipilih memegang jawatan Naib Presiden.

Dalam ucapannya, Chee Seong menggesa ahli persatuan terus bekerjasama dan bersatu supaya persatuan dapat kekal berkembang dan maju di negara ini.

Beliau berkata persatuan berkenaan akan memberi komitmen dan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara disamping menjaga kepentingan ahli-ahli, industri dan negara.

"Persatuan ini berpegang teguh untuk membangunkan ekosistem yang berdaya maju dan lestari untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

"Pengukuhan kerjasama antara ahli-ahli, persatuan dan agensi kerajaan adalah penting bagi memastikan pertumbuhan berterusan dan ketahanan sektor PKS," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Chee Seong, semua ahli persatuan berkenaan wajar untuk mengekalkan legasi kecemerlangan, disamping mempertingkatkan usaha untuk memacu inovasi, meluaskan peluang dan memperjuangkan dasar-dasar yang menyokong kemajuan industri.

"SME Malaysia akan terus memainkan peranan penting melalui kerjasama dan tindakan kolektif dalam membentuk masa depan ekonomi dan memastikan kemakmuran PKS di seluruh negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 12:11 PM | Show all posts
Kes demam denggi menurun, 4 kematian dilaporkan

PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,765 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 35 iaitu bagi tempoh 25 hingga 31 Ogos, berbanding 1,980 kes pada minggu sebelumnya dengan empat kematian dilaporkan akibat komplikasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME 35 sebanyak 96,572 kes berbanding 80,201 kes bagi tempoh sama 2023.

"Terdapat 88 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan, berbanding 57 kematian bagi tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, daripada 64 lokaliti yang dilaporkan, 45 di Selangor, tujuh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga masing-masing di Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak manakala satu lokaliti masing-masing di Kedah, Sabah dan Sarawak.


Dr Muhammad Radzi berkata, bagi survelan chikungunya, terdapat dua kes direkodkan pada ME 35 dan tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada minggu itu.
Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini ialah 70 kes.

Bagi survelan zika, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 1,834 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan Zika dan keputusannya negatif.

Beliau berkata, risiko penyebaran demam denggi akan meningkat terutama semasa cuti sekolah dan cuti umum disebabkan pergerakan orang ramai.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan masyarakat termasuk pihak sekolah dan kontraktor agar sentiasa memastikan tiada bekas yang boleh menakung air di persekitaran premis yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sebelum cuti penggal kedua persekolahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:12 PM | Show all posts
5,000 penduduk Pulau Tuba bakal nikmati kemudahan lebih baik

LANGKAWI: Kira-kira 5,000 penduduk di Pulau Tuba di sini bakal menikmati kemudahan asas membabitkan jalan raya, bekalan air, elektrik dan capaian internet lebih sempurna sebaik projek pembangunan bernilai RM2.5 juta siap.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata projek pembangunan insfrastruktur itu dilaksanakan di bawah peruntukan Kampung Angkat MADANI.

"Pulau Tuba antara 42 kampung seluruh negara yang dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 dengan setiap satu menerima peruntukan RM2.5 juta.

"Projek yang sedang giat dilaksanakan adalah pembinaan tiga telaga tiub membabitkan sebuah masjid dan dua sekolah, pemasangan 100 lampu solar dan selenggara jalan di pulau berkeluasan 17.63 kilometer (km) persegi itu.

"Selain itu, turut dilaksanakan pemasangan permaidani dan pembaikan tandas masjid," katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Tuba Cross Country (TCC) di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, di sini, hari ini.

Wan Kamarul Faisal berkata, projek pembangunan di Pulau Tuba di bawah Kampung Angkat MADANI diselia oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, manakala LADA menjadi agensi pelaksana.

Mengulas TCC, beliau berkata, acara julung kali yang juga sebahagian aktiviti Kampung Angkat MADANI itu menerima 368 penyertaan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian sejauh 10 kilometer (km) dan 'Fun Run' 5km.

"Bertemakan 'Discover The Wonders of Tuba Island' penganjur menetapkan peserta berlari melalui kawasan perkampungan nelayan, sawah padi dan pinggir pantai yang mempunyi pemandangan segar dan menarik," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:13 PM | Show all posts


Wan Kamarul Faisal (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama kategori Lelaki Terbuka, Adi Azri (dua dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah Tuba Cross Country di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:13 PM | Show all posts
calling calling @nuki12

kalau free masuk lah sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:14 PM | Show all posts
tepek lah apa2 yang patut berita ke gif ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 12:16 PM | Show all posts
boleh dah buat plan cuti siap siap
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:19 PM | Show all posts
Protein secukupnya bantu penuaan sihat

PROTEIN adalah nutrien utama yang individu perlukan dalam jumlah secukupnya setiap hari, terutamanya apabila usia semakin meningkat.

Memandangkan Malaysia kini beralih menjadi masyarakat yang semakin lanjut usia, usaha meningkatkan kesedaran mengenai penuaan sihat ternyata amat penting.

Pengerusi, Lembaga Penasihat Perubatan & Saintifik, Keselamatan Pengguna Global, Herbalife, David Heber, berkata salah satu fungsi utama protein ialah menghasilkan struktur badan yang penting, seperti otot, organ, kulit dan rambut.

Katanya, di samping itu hormon, enzim dan protein badan khusus lain yang dihasilkan oleh badan kita daripada protein yang ditemui dalam makanan juga penting untuk kemandirian hidup individu.

"Protein mampu membina atau mengekalkan jisim otot apabila digabungkan dengan aktiviti senaman rintangan.


"Tanpa protein yang secukupnya, badan kita tidak dapat membesar atau membaik pulih kelusuhan dan kehausan yang berlaku setiap hari kepada tisu otot.

"Malah mungkin mula memecahkan tisu badan untuk membekalkan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan biasa," katanya.
Beliau berkata, tambahan lagi apabila umur semakin meningkat, individu itu juga mungkin mula mengalami kehilangan jisim dan fungsi otot secara beransur.

Proses ini katanya, dikenali sebagai sarkopenia, bermula pada awal umur 40-an dan boleh menyebabkan pengurangan jisim otot sebanyak tiga hingga lapan peratus setiap dekad.

"Kajian yang dijalankan pada 2022 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati, sarkopenia adalah satu isu utama dalam kalangan penduduk warga emas Malaysia, dengan kira-kira satu pertiga daripada mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas mengalami masalah ini.

"Dalam Tinjauan Penuaan Sihat Asia Pasifik 2020 Herbalife, pula responden Malaysia berkata, makanan tambahan atau suplemen yang diambil oleh mereka untuk menyokong penuaan sihat ialah multivitamin dan mineral (55 peratus) dan kalsium (44 peratus), manakala kira-kira tiga dalam 10 mengambil protein sebagai sebahagian daripada pemakanan tambahan mereka.

"Penemuan ini mengetengahkan keperluan bagi lebih ramai orang untuk mengambil jumlah protein secukupnya seiring peningkatan usia, terutamanya apabila individu itu mencapai umur 40-an atau 50-an," katanya.

David berkata, hakikatnya dengan sedikit pelarasan kepada diet dan gaya hidup, seperti mengamalkan aktiviti senaman rintangan yang secukupnya, individu boleh memulakan langkah untuk mencapai sintesis protein optimum (MPS).

Katanya, ia proses di mana badan menggunakan protein yang individu makan untuk menghasilkan protein otot di dalam badan, membantu menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bahagia sambil meningkat usia.

Menurutnya, protein terdiri daripada unit lebih kecil yang dinamakan asid amino. Bagaimanapun, katanya bukan semua sumber protein adalah sama – dan tidak semua mengandungi semua komponen asid amino untuk mengekalkan fungsi badan.

"Justeru, kita perlu bijak memilih sumber protein. Protein lengkap sering ditemui dalam sumber haiwan dan produk soya, membolehkan kita menggantikan jumlah protein yang digunakan untuk fungsi badan kita," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:19 PM | Show all posts
INFO:

Panduan pengambilan protein secukupnya dalam diet harian:

1: Tingkatkan pengambilan protein, bukannya kalori

Untuk memastikan kita mendapat jumlah protein secukupnya setiap hari, pilihan pemakanan amat penting. Langkah pertama, adalah mengurangkan pengambilan karbohidrat terproses dan gula, dan sebagai ganti mencari makanan yang membekalkan paling

banyak protein dalam jumlah kalori paling rendah
Antara contoh, telur, badam, dada ayam, ikan, yogurt Greek dan keju kotej. Di samping itu, kita juga boleh mengambil protein berasaskan tumbuhan seperti tauhu dan tempe untuk meningkatkan lagi pengambilan protein.

2: Dapatkan dos protein harian pada awal hari

Sarapan ialah sajian paling penting dalam sehari, tetapi sering diabaikan apabila berbicara mengenai pengambilan protein. Sarapan roti bakar dan mentega atau jem tidak mengandungi banyak protein.

Salah satu cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan menikmati minuman shake protein yang membekalkan jumlah protein yang kita perlukan. Sekiranya individu lebih suka makanan biasa dan bukannya minuman protein, maka ambil tiga putih telur daripada telur rebus atau produk putih telur, segelas susu atau yogurt atau menambah sedikit kacang untuk menambah pengambilan protein anda pada waktu pagi.

3: Merangkumkan suplemen protein dalam diet

Untuk mencapai sasaran pengambilan protein harian anda tanpa menambah kalori, individu boleh mengambil minuman shake protein sebagai tambahan kepada diet. Diet ini memberikan protein yang kita perlukan tanpa lemak dan kalori tambahan daripada makanan kaya protein lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:21 PM | Show all posts
Diet yoyo: Turun sekejap, naik berganda

Adakah anda ketahui terdapat diet yang dikenali 'diet yoyo'?

Diet yoyo dikatakan, seperti permainan yoyo di mana mainan itu bergerak ke bawah, lalu kembali ke atas. Dalam erti kata lain, diet yoyo suatu pola di mana berat badan kembali bertambah setelah berhasil menurunkannya.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan, Dr Norsyamlina Che Abdul Rahim, diet yoyo merujuk kepada corak diet di mana individu mengalami penurunan berat badan dengan cepat melalui sekatan kalori ketat, tetapi kemudian mengalami kenaikan berat badan lebih banyak setelah berhenti diet.

Katanya, keadaan ini kerap terjadi kerana tubuh berusaha menyesuaikan diri dengan pengurangan kalori secara drastik.

"Apabila seseorang kembali ke pola makan biasa, tubuh, yang sudah terbiasa dengan pengurangan kalori, cenderung menyimpan lebih banyak lemak sebagai persediaan untuk 'kelaparan' yang mungkin akan datang lagi.


"Ini menyebabkan berat badan bertambah lebih banyak daripada yang hilang sebelumnya, menjadikan usaha diet tidak berkesan dalam jangka panjang," katanya.

Beliau berkata, antara kesan diet yo-yo termasuk peningkatan lemak tubuh. Walaupun berat badan turun, lemak tubuh terutama di bahagian perut, cenderung bertambah selepas diet yoyo.
"Kesan lain adalah masalah metabolisme. Diet yoyo boleh memperlahankan metabolisme, menjadikan tubuh lebih efisien dalam menyimpan lemak.

"Ia juga boleh memberi kesan masalah kesihatan mental. Perubahan berat badan yang berulang kali boleh menyebabkan perasaan kecewa, rendah diri, dan putus asa, serta menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

"Malah, pengamal diet yoyo turut berisiko penyakit kardiovaskular kerana kitaran penurunan dan peningkatan berat badan yang berulang kali dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung," katanya.

Norsyamlina berkata, untuk mengelakkan diet yo-yo dan memastikan ia diamalkan dengan betul, sebaiknya fokus pada perubahan gaya hidup dan bukan mengamalkan diet sementara.

"Pilih perubahan kecil yang boleh dikekalkan seumur hidup daripada sekatan makanan ketat. Perubahan seperti meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, mengurangkan gula, dan mengawal saiz hidangan lebih berkesan dalam jangka panjang.

"Pemilihan makanan berasaskan 'Konsep Suku Suku Separuh' satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan dalam program Pinggan Sihat Malaysia dan ia salah satu cara mengubah amalan pemakanan dalam menjalani gaya hidup lebih sihat," katanya.

Beliau turut menyarankan, amalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan dalam kuantiti sesuai dan elakkan diet ekstrem yang menghilangkan seluruh kumpulan makanan. Ketidakseimbangan nutrien boleh menyebabkan keinginan makan berlebihan.

Menurutnya, prinsip diet sihat ini perlu mematuhi konsep utama iaitu keseimbangan (balance), kesederhanaan (moderation) dan kepelbagaian (variety) serta berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Jelasnya, memastikan diet seimbang juga bermaksud, memberi perhatian kepada kualiti makanan diambil, bukan hanya kuantitinya.

"Memilih makanan yang rendah lemak tepu, rendah gula tambahan, dan tinggi serat dapat membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari dan mencegah penambahan berat badan yang tidak diingini.

"Sertakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat dalam diet harian.

"Amalan ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, seterusnya menyokong gaya hidup lebih aktif dan produktif, serta membantu mengekalkan berat badan sihat dalam jangka masa panjang, " katanya.

Norsyamlina berkata, peningkatan aktiviti fizikal dalam rutin harian juga membantu mengekalkan metabolisme yang sihat dan menggalakkan penurunan berat badan stabil.

Katanya, senaman bukan sahaja membakar kalori tetapi turut meningkatkan kadar metabolisme basal (BMR), dan mengekalkan keseimbangan tenaga serta mengelakkan penurunan berat badan yang terlalu cepat atau penurunan metabolisme akibat diet ketat.

"Selain itu, senaman meningkatkan kepekaan insulin, yang membantu mengatur tahap gula darah dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

"Aktiviti fizikal yang konsisten, seperti kardio, latihan kekuatan, dan fleksibiliti, juga membantu meningkatkan massa otot, yang membakar lebih banyak kalori berbanding lemak, bahkan semasa rehat sekali gus membakar kalori dengan lebih efisien sepanjang hari.

"Senaman juga membantu mengurangkan stres dan peningkatan mood, yang boleh mengurangkan kecenderungan untuk makan berlebihan sebagai maklum balas kepada emosi negatif," katanya.

Beliau berkata, menetapkan matlamat penurunan berat yang realistik dan boleh dicapai juga membantu. Ini mengurangkan risiko penurunan berat badan terlalu cepat, yang boleh menyebabkan diet yo-yo.



Katanya, penurunan berat badan yang perlahan dan konsisten memberi masa kepada tubuh untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, memelihara jisim otot, dan mengurangkan risiko kehilangan nutrien penting.

"Matlamat realistik membolehkan anda merayakan pencapaian kecil, yang boleh meningkatkan motivasi dan komitmen. Ini juga memudahkan untuk mengelakkan kekecewaan dan perasaan gagal yang sering timbul dengan perubahan drastik yang tidak berterusan.

"Dengan pendekatan ini, anda dapat mencapai penurunan berat badan yang sihat sambil memelihara kesejahteraan fizikal dan mental anda.

"Seterusnya, kawal stres dan dapatkan tidur yang cukup kerana kedua-dua faktor ini penting dalam mengawal hormon yang mempengaruhi berat badan," katanya.

Menurutnya, stres kronik boleh meningkatkan tahap kortisol, hormon yang berkaitan dengan penyimpanan lemak, terutama di kawasan perut. Tahap kortisol yang tinggi juga boleh meningkatkan keinginan untuk makanan tinggi gula dan lemak, yang menyukarkan usaha penurunan berat badan.

Tidur yang tidak mencukupi pula mengganggu hormon leptin dan ghrelin, yang mengawal selera makan.

Malah, kekurangan tidur boleh menyebabkan peningkatan rasa lapar dan keinginan untuk makanan yang kurang sihat, serta mengurangkan tenaga untuk bersenam.

"Dengan mengurus stres melalui teknik relaksasi seperti meditasi atau senaman, dan memastikan tidur yang berkualiti selama 7 hingga 8 jam setiap malam, anda boleh menyokong usaha penurunan berat badan dengan lebih efektif dan mengekalkan keseimbangan hormon yang diperlukan untuk kesihatan secara keseluruhan, " katanya.

Norsyamlina turut mengingatkan, berhati-hati dengan diet Fad yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan tidak realistik. Sebaliknya, cari panduan pemakanan dari sumber yang dipercayai dan berasaskan sains.

"Diet fad merujuk kepada diet popular yang biasanya menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan dramatik dalam jangka masa yang singkat.

"Diet ini sering kali menjadi trend atau 'fad' kerana disokong oleh selebriti atau media, dan biasanya menawarkan penyelesaian segera tanpa memerlukan perubahan gaya hidup yang mampan.

"Perubahan yang beransur-ansur dan berterusan bukan sahaja membantu anda mencapai berat badan ideal, tetapi juga membentuk gaya hidup lebih seimbang dan sejahtera," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 1.709586 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list