|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
SETIAP NAFAS TURUN NAIK AKAN DITANYA
Ketahuilah bahawa setiap kerdip mata akan ditanya,
Setiap nafas turun naik akan dipersoal,
Setiap gerak hati akan dipertanggungjawab ,
Setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab,
Perbuatan itu sama ada pergi ke Neraka atau ke Syurga,
Betapalah setelah tangan engkau bertindak,
Kaki engkau melangkah dan ke mana hala tujunya,
Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap,
Akal engkau berfikir dan cara mana engkau berfikir,
Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau,
Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat di luar diri engkau ,
Semuanya ini lebih-lebih lagilah akan ditulis, dirakam dan dihisab,
Sama ada ia termasuk perkara yang berdosa atau yang berpahala,
Aduh tidak takutkah kita dengan Zat yang Maha Agung,
Yang tahu, yang melihat dan yang mendengar
seluruh gerak-geri kita lahir dan batin,
Yang akan menghukum kita sama ada ke Syurga atau ke Neraka,
Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku,
Di suatu hari yang kita akan diadili dengan begitu halus,
Di waktu itu tidak ada siapa yang membela kita,
Masing-masing memikirkan diri,
Bahkan para rasul dan nabi alahimussolatuwassalam pun ketakutan,
Allah! Allah! Allah! betapalah kita ini,
yang memang tidak lepas dari dosa dan kesalahan;
Takutilah Allah, rendah dirilah kepada-Nya,
Mohon ampunlah setiap ketika,
Agar setiap dosa dan kesalahan kita diampunkan,
Sama ada yang kita sedar mahupun yang tidak.
Menjelang Maghrib
26.12.99 (29 Ramadhan 1420)
[ Last edited by paranormal_85 at 25-11-2006 07:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mukjizat: Al Quran
Al-Quran adalah kitab yang paling ajaib. Ia bukan akal.
Ia dari Tuhan. Bahasanya mudah tetapi indah. Walaupun mudah,
ia tidak boleh ditiru, tidak dapat diubah, ditambah atau dibuang.
Ini telah terbukti beberapa kali. Telah dicuba oleh musuh tetapi
dikesan juga akhirnya.
Membacanya ialah ibadah. Memahaminya ialah ubat.
Mengikutinya ialah petunjuk, dan menghayatinya adalah iman dan taqwa.
Susunan ayatnya bukan syair, bukan sajak dan bukan pula gurindam.
Ia bukan novel dan bukan cerpen. Ia bukan sastera.
Ia juga bukan falsafah walaupun ia mengandungi falsafah.
Di dalamnya ada hukum, ada panduan, ada perintah ada
tegahan, ada hiburan dan ada peringatan.
Bahasanya, susunan dan isinya dikagumi oleh ahli bahasa.
Ditakjubi oleh para sasterawan. Dianggap pelik oleh ahli
filasuf dan dianggap sihir di zaman jahiliah.
Di dalamnya ada cerita yang membawa berita.
Dalam cerita ada hukum dan dalam hukum ada cerita.
Ada berbagai perumpamaan di dalamnya yang membuka
segala rahsia. Tentang dunia dan akhirat. Tentang jasmani
dan rohani. Tentang mukmin, kafir dan munafik.
Tentang watak-watak manusia, malaikat dan jin.
Tentang peristiwa yang sudah terjadi dan bakal akan terjadi.
Tidak ada perkara yang tercicir dari Al Quran.
Semua ilmu berkenaan ciptaan Tuhan terkandung di dalamnya.
Ilmu yang paling besar ialah mengenal Tuhan dan hal-hal tentang akhirat.
Juga tentang jin, syaitan dan manusia.
Al Quran mencabar cerdik pandai. Mereka tercabar
tetapi tidak dapat mencabar.
Al Quran adalah ilmu di dalam ilmu. Ia menguatkan
jiwa dan mengubat hati. Ia penajam mental dan fikiran.
Ia petunjuk kepada kedamaian, keselamatan dan keharmonian.
Ia membersihkan kemungkaran, penzaliman dan penindasan.
Ia dapat melahirkan tamadun dan kebudayaan. Menceduk mutiara
dari Al Quran ini, sampai bila pun tak akan habis. Menatapnya pula,
sampai bila pun tak akan jemu.
Setiap ayat, maksudnya berlapis-lapis. Ada pendapat yang mengatakan
sampai 70 lapis, mengikut tafsiran-tafsiran yang bertambah dari masa
ke semasa di setiap zaman. Al Quran itu umpama laut. Setiap hari
kita mengambil ikan dan khazanah dari laut namun ia tidak
pernah habis.
Kitab nabi-nabi lain diturunkan selonggok dan sekaligus.
Tetapi Al Quran diturunkan berperingkat-peringkat selama 23 tahun.
Al Quran diturunkan ke langit pertama pada bulan Ramadhan.
Kemudian ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sedikit demi sedikit.
Terdapat 114 surah dan 6666 ayat di dalamnya dan mengikut qaul yang
termasyhur. Di antara ayat-ayat ini, hanya 500 sahaja yang menyentuh
tentang hukum hakam. Selebihnya menyentuh tentang hal lain.
Di antara ayat-ayatnya, ada yang Makiyah iaitu yang diturunkan
sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Banyak ayat
Makiyah turun di Mekah tetapi ada juga yang turun di tempat lain
seperti di Thaif. Ada pula ayat Madaniah iaitu yang turun selepas
Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Walaupun kebanyakan ayat
Madaniah turun di Madinah tetapi ada juga ayat Madaniah yang
turun di Mekah. Makiyah atau Madaniah bukan dikira di mana
ayat itu turun tetapi masa ia turun sama ada sebelum atau selepas
Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah.
Ada ayat Safariah iaitu yang turun semasa Rasulullah s.a.w. sedang
bermusafir. Ada pula ayat Qadariah yang turun pada waktu
Rasulullah s.a.w. tetap dan bermukim. Ada ayat yang Lailiah
iaitu yang turun pada waktu malam dan ada ayat yang Nahariah
iaitu yang turun di waktu siang. Ada ayat yang dibawa oleh malaikat
Jibrail dan ada yang datang terus dari Tuhan. Ada ayat yang Muhkamat
atau ayat yang jelas maksudnya. Ada ayat yang Mutasabihah atau
yang tidak jelas atau samar-samar maksudnya. Ada ayat yang
Nasikh atau masih boleh dipakai dan ada ayat yang Mansuh
atau yang telah dibatalkan oleh ayat yang lain.
Setiap ayat ada Asbabun Nuzulnya atau sebab turunnya ayat.
Asbabun Nuzul ini boleh jadi kerana ada orang yang bertanya.
Atau keadaan pada satu-satu masa itu memerlukannya.
Ataupun sebagai satu didikan (contoh ayat yang berkaitan dengan arak)
atau untuk menerangkan hukum.
Susunan surah di dalam Al Quran seperti yang kita lihat
sekarang bukanlah seperti mana yang ia diturunkan.
Surah pertama yang diturunkan ialah Al扐laq dan bukan
Al Fatihah. Surah An-Naas bukanlah surah yang terakhir diturunkan.
Susunan yang ada sekarang ialah mengikut Tauqif atau susunan bacaan oleh Rasulullah s.a.w.
Pada awalnya, Quran ini banyak dihafal. Ada juga para sahabat
yang menulisnya pada pelepah kurma dan kulit binatang.
Mashaf yang bertulis ini dikumpulkan di zaman Khalifah Usman.
Lima naskah bertulis dihasilkan untuk diedar kepada lima wilayah
jajahan Islam sebagai naskah rujukan. Mashaf ini dinamakan
mashaf Usmaniah. Mashaf ini dikembangkan lagi pada zaman
Khalifah Umar Abd. Aziz.
Cetakan pertama Al Quran dibuat di Jerman oleh orang Yahudi
yang tinggal di negara tersebut untuk tujuan mengkajinya. Kebetulan,
ketika itu teknologi percetakan sangat maju di negara Jerman.
PERCIKAN MINDA |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA - 26 Nov 2006
Rufaqa |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah. sampai laporan saya
harap program hari ini kat nilai pon depa rush.cabut dari akar umbi.amin/// |
|
|
|
|
|
|
|
SIFAT-SIFAT PERJUANGAN KEBENARAN
Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini kerana apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama.
Oleh yang demikian perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu, kalau ianya benar-benar mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka sifatnya pasti sama dengan perjuangan Islam di sepanjang zaman. Kalau ini tidak berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.
Di antara sifat-sifat perjuangan itu ialah:
• Sentiasa diuji
Ujiannya berat. Namun demikian, ia tidak menjejaskan perjuangan. Ia setakat menapis dan menyaring pejuang-pejuangnya untuk menambah kekuatan.
• Mendapat bantuan ghaib
Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat, Yakazah, Hatif dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul `adah (perkara yang mencarik adat atau di luar logik). Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karamah dan bagi orang-orang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karamah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian yang menimpa.
• Berlaku tapisan dan saringan
Pada pertengahan jalan dalam perjuangan, akan terdapat ramai pengikut. Pengikut yang ramai ini akan tertapis dan tersaring hingga tinggal sedikit. Kemenangan akan berlaku selepas saringan ini. Perjuangan kebenaran tidak pernah menang ketika mereka ramai.
• Tuhanlah yang mengalahkan musuh
Yang mengalahkan musuh bukan para pejuang tetapi Tuhan sendiri. Tuhanlah yang mengalahkan musuh supaya rasa kehambaan tetap kekal di hati para pejuang, dan Allah itu nampak Hebat dan Penuh Berkuasa.
• Faktor kemenangan adalah iman dan taqwa
Dalam perjuangan Islam atau kebenaran ada usaha lahir dan ada usaha rohaniah. Usaha lahir ialah seperti menggunakan tenaga, mencari kekuatan kewangan dan aset. Ini dinamakan "quwwah". Tetapi ini hanyalah sepuluh peratus 10% dari usaha keseluruhan. Usaha rohaniah, iaitu mengusahakan iman dan taqwa adalah 90% dari usaha keseluruhan. Iman dan taqwa inilah faktor utama bagi kemenangan perjuangan kebenaran.
• Mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa
Dalam perjuangan kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan wang ringgit. Seorang pejuang kebenaran mampu melaksanakan kerja sepuluh kali ganda melebihi seorang pejuang kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan sahaja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal RM100,000, pejuang kebenaran hanya memerlukan RM10,000 sahaja untuk menegakkan projek yang sama.
• Jalannya tetap dan jelas
Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Justeru itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan kerana ianya sentiasa berulang. Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipaparkan oleh sejarah dan oleh Al Quran itu sendiri, maka tahulah kita bahawa kita sudah banyak tersasar dari perjuangan yang sebenar sama ada pada niatnya, pada perlaksanaannya, pada natijahnya, ataupun kita telah mengabaikan perkara-perkara yang pokok dan asas di dalam agama. |
|
|
|
|
|
|
|
suruh la asaari tunding jarike bukit aman, mana tau boleh meletup:lol
ghaib kunun, dia sendiri dah nazak.nak tolong org, syafaat kunun.. :lol
pejuang kunun:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... as&pg=lk_07.htm
kalo berjuang tak takut
[ Last edited by snipersnake at 27-11-2006 06:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by antaboga at 26-11-2006 11:34
UTUSAN MALAYSIA - 26 Nov 2006
Rufaqa |
|
|
|
|
|
|
|
nanti keluar tongkAt magic cam cerita bawang putih bawang merah, wahh capek! |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe konon2nya Arqam/rupakak lah yang terasing tu hahahahaha....senang aje letak label, sesenang dia bagikan title al-ustaz, abuya, sahibus zaman, at-tamimi, as-Syeikh.... hahahahaha setakat dakwa sendiri2 boleh lah....... setakat ni tak nampak lagi sumbangan Arqam/rupakak kepada malaysia jauh sekali dunia.......takkan kena ISA 2 x baru nak mengubah dunia kotttt....... HAHAHAHAHAHAHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
saya pelik sikit laa.. kenapa ada lagi pengikut ust asaari ni...camner diorang leh terpengaruh ek? memang pelik laa.. |
|
|
|
|
|
|
sherry221 This user has been deleted
|
Originally posted by aza at 27-11-2006 04:10 PM
saya pelik sikit laa.. kenapa ada lagi pengikut ust asaari ni...camner diorang leh terpengaruh ek? memang pelik laa..
sebab kena rasuk dan tertipu oleh syaitan laknatullah. |
|
|
|
|
|
|
|
harapan ana kerajaan mesti melakukan kewajipan mereka untuk membendung genjala ini... alhamdulillah kepada ahli mereka yang telah sedar dari kesilapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by xcentric at 28-11-2006 01:59 AM
harapan ana kerajaan mesti melakukan kewajipan mereka untuk membendung genjala ini... alhamdulillah kepada ahli mereka yang telah sedar dari kesilapan.
Bagaimana pulak dengan umat Islam yang murtad, bohsia, bohjan, black metal, budaya bebas, free thinker, sumbang mahram, mat rempit, mat fit ( penagih dadah ) khalwat, berzina, tak bersolat dan 1001 macam gejala sosial dikalangan umat Islam.
Takkan pehak berwajib bersikap pilih kasih dalam membendung kegiatan mereka?
Alih-alih pada Kumpulan Arqam dan yang terbaharu Rufaqa sahaja . Hanya kumpulan itu sahaja yang buat maksiat dikalangan umat Islam di Malaysia?
MasyaAllah, masyaAllah, masya Allah.
Ya Allah peliharalah kami dari Fitnah akhir zaman.
:pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
fitnah??
ini adalah petikan VCD ceramah abu dzar:
[quote]"Sampai masa nak mati, ajal- abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?
Kata; mati baik. Tak pe, silalah ambik anak buah aku tu dulu. Tapi kalau jahat abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana? Gantilah dengan siapa siapapun yang dah 憇iap |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengah fikir.....
Rufaqa dan arqam sudah di wartakan menyeleweng.....
patut tutup ke kedai ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ibnur, aku rasa kau tahu jawapan aku. dulu arqam sesat/ skang rufaqa pon sama. membiarkan thread2 nih open sama seperti bersubahat. wallahuaklam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 28-11-2006 10:34 AM
ibnur, aku rasa kau tahu jawapan aku. dulu arqam sesat/ skang rufaqa pon sama. membiarkan thread2 nih open sama seperti bersubahat. wallahuaklam.
Tak payah pikir2 lagi tuan mod. TUTUP AJALAH THREAD NIH. Dah terang lagi bersuluh. aku dah lama suruh tutup kerana dengan membiarkan mereka melambakkan ajaran2 asaari yg dah disahkan sesat tu bermakna forum ini juga dikira bersyubhat menyebarkan fahaman sesat mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini hanya merupakan ujian kecil bagi jemaah Rufaqa' yang akan bangkit lebih hebat lagi. Lihat sajalah! |
|
|
|
|
|
|
|
tu nampak tuh, fanatik dah datang. baik tutup.kang tak pasal2 media kaitkan cari.com nih ngan rupakak.naya jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 27-11-2006 09:34 PM
Ini hanya merupakan ujian kecil bagi jemaah Rufaqa' yang akan bangkit lebih hebat lagi. Lihat sajalah!
ujian kecil? bila ujian besarnya? Bila Allah bukakan tembelang Rupakak satu persatu?
Kerana Abuaya tamimi saregar terlalu sibuk nak mengeluarkan dari minda korupnya idea2 lama dengan gaya bahasa baru, dia lupa nak muhasabah dirinya dan para pengikut taksub dan singkat akalnya supayada Jangan cakap takabbur, jangan sombong, jangan berlagak, jangan nak merendah2kan orang....dan jangan berangan2 terlalu tinggi....
masih ternanti2 jadual Allah al-Syeikh al Buaya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|