Nora Danish Sudah Buat Persiapan [size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 31 Disember 2017 6:20 AM
[size=0.75em]Nora dan suami sudah membuat persiapan menyambut kelahiran bayi mereka. Foto: LOW BOON TAT.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish mengakui teruja dan menghitung hari untuk menunggu kelahiran anak keduanya yang dijangka pada 3 Mac depan. [size=0.98em]Nora, 36, berkata, pada usia kandungan yang sudah memasuki tujuh bulan itu, dia sudah membuat persiapan barang kelengkapan bayi, namun secara berpada-pada. [size=0.98em]"Saya dan Nedim sangat tidak sabar dan menghitung hari menunggu kelahirannya. [size=0.98em]"Persiapan untuk bayi sudah dibuat cuma tidak mahu sampai membazir, secara berpada-pada sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Nora dan suami, Nedim tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka. [size=0.98em]Nora berkata, dia dijangka melahirkan bayi tersebut secara pembedahan atas faktor keadaan bayi yang besar. [size=0.98em]Bagaimanapun, katanya, doktor masih memberi pilihan jika dia mahu melahirkan bayi berkenaan secara normal. [size=0.98em]"Doktor kata bayi ini besar berbanding anak pertama saya. Saya mungkin sukar untuk melahirkan secara normal. [size=0.98em]"Tapi doktor masih beri pilihan jika saya mahu melakukannya secara normal," ujarnya.
[size=0.98em]Nora belum bersedia kongsi jantina bayinya. [size=0.98em]Nora berkata, dia melalui fasa yang bahagia di samping mendapat kasih sayang suami yang sentiasa berada di sisi. [size=0.98em]Katanya juga Nedim turut menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut jika dia mula kembali aktif menjalani penggambaran. [size=0.98em]Sementara itu, Nora berkata, dia belum mahu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan kepada umum. [size=0.98em]Katanya, ia adalah kejutan yang akan diberitahu selepas bayi tersebut selamat dilahirkan. [size=0.98em]"Saya nak rahsia dahulu, nak beri kejutan kepada peminat. Semua ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu. [size=0.98em]"Insya-Allah nanti kami umumkan bila tiba masanya. Nama anak juga sudah ada beberapa yang sesuai dan sedang difikirkan," ujarnya. [size=0.98em]Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 3 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... OEaEF2DzLjGy8ZC2.99
|