CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2015 04:19 PM | Show all posts
miznieda replied at 18-8-2015 02:38 PM
oohhh my ade watak baru plak ke tt...
mau thn dpn baru abis ni

Haha.. da dua org ckp mcm tu.. tgkla.. kalau sempat asap nak abiskan. Cuma bila taip tu ikut dan saja.. dats y pjg berjela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 06:54 PM

Shahrul Hadzan bin Tan Sri Azhari .. Leka meneliti dokumen didepan mata. Segala maklumat lengkap mengenai lelaki bujang itu menarik perhatian. Anak sulung dari tiga beradik. Berusia 32 tahun dan memiliki latar pendidikan syariah. Pernah menetap sementara di Amerika Syarikat.

Nampaknya ramalan Hareez tersasar. Shahrul seperti tidak memiliki sebarang hubungan istimewa atau perasaan terhadap Najiha.

Hal ini kerana Shahrul sudah bertunang dan belum pernah menjalinkan hubungan dengan mana mana wanita selain Lily Marina. Gaya seorang pencinta setia.

Barangkali Shahrul membantu Jie atas dasar perikemanusiaan. Gigih otak meneka.


Namun, ragu bertandang apabila mengenang kembali saat Shahrul mengaku tidak menipu apabila mengatakan sayangkan Najiha. Itulah bait kata terakhir Shahrul yang sempat didengar sebelum diri rebah pengsan.

Persetankanlah Shahrul itu ! Cari Najiha sampai jumpa kemudian tamatkan riwayat Shahrul bedebah..

Suara kejahatan bergema. Menghasut.

Serentak itu, bayang Jie menerpa. Melekakan. Hanyut dibuai kenangan silam.

Mengenangkan Jie perasaan bercampur baur. Hampir sedekad memendam rasa. Cuba melupakan pengkhianatan yang dilakukan Najiha. Melepaskan Najiha untuk hidup bahagia walau jiwa sendiri merana.

Sayangnya, Najiha terus terusan menyingkir dirinya. Ternyata pengorbanan sia sia. Najiha memang tak reti menghargai !

Perempuan zalim !!

Api dendam bermaharajalela. Memaki hamun Jie sepuasnya. Tiada kata dapat menggambarkan remuk hati tika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 10:26 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-8-2015 10:30 PM

Rizal terpaku menerima kemunculan tidak diundang Zarith Sofea sebaik pintu rumah dibuka. Tanpa mempedulikan kehadiran Sheera disisi sebagai isteri, Zarith Sofea terus memeluk erat tubuhnya.

"Please Sofea.. Kenapa dengan you ni?!"

Rizal terpaksa menolak kasar. Janggal dipeluk begitu. Apatah lagi oleh wanita selain isterinya.

Bimbang juga Sheera terasa hati memandangkan sejarah antara Zarith Sofea dan dirinya dulu.

"Hafiz.. Hafiz ...  !" Bicara tersekat.

Zarith Sofea sedu sedan. Mengalirkan air mata pilu.

Sheera bersimpati. Mendakap erat tubuh Zarith Sofea untuk memberi kekuatan. Memujuk jua.

"Kenapa dengan suami kau, Sofea ?"

Naluri ingin tahu. Sheera yakin pasti ada sesuatu menimpa rumah tangga Zarith Sofea. Masakan tidak, wanita itu tampak kusut dan bermasalah.

"Sheera... Aku dah tak larat nak tanggung semua ini sendirian !!"

Umpama empangan pecah, air mata Zarith Sofea laju menuruni pipi. Kepedihan terbuku sekian lama diluahkan. Sheera menjadi pendengar setia.

Rizal hanya mampu memandang. Buntu untuk menenangkan. Membiarkan saja Sheera melayani tangisan Zarith Sofea.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 01:14 AM

Zulkarnain tergesa gesa menemui Rizal setelah menerima panggilan telefon sebentar tadi. Melalui nada suara Rizal seperti ada hal mustahak mahu dibicarakan.

Lantas, tanpa membuang masa, Zulkarnain pantas saja meluru ke sini. Rela memandu jauh dari Petaling Jaya ke Seremban. Kesesakan lalu lintas tidak menjadi penghalang.

Sebaik saja memasuki ruang tamu kediaman Rizal, Zulkarnain tersentak melihat Zarith Sofea terjelepuk kesedihan di atas sofa sambil ditenangkan oleh Sheera.

"Zul !"

Demi terpandangkan wajah Zulkarnain, Zarith Sofea bangkit meluru mendapatkan Zulkarnain.

"Kenapa ni, Sofea?"

Zulkarnain menyoal prihatin. Membalas pelukan Zarith Sofea untuk memberi kekuatan. Simpati melihat wanita itu beriya menangis. Mengesat air mata dipipi.

"Hafiz.. I takut, Zul !"

Tangisan makin lebat membanjiri pipi. Samar berair mata mencapai beg tangan dan menghulurkan beberapa keping gambar. Sedaya upaya bercerita walau suara tersekat lantaran diselangi esakan pilu.

Zulkarnain tertarik untuk tahu lebih lanjut. Menumpukan sepenuh perhatian kepada butir bicara Zarith Sofea. Mendengar dengan teliti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 02:03 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 06:36 AM

"Kalau betullah apa yang you bagitahu I ni Sofea, Hafiz kena terima pembalasan !"

Zulkarnain bengang usai mendengar cerita dari mulut Zarith Sofea. Kemarahan menyirap apabila mengetahui kemungkinan Ku Iz punca segala yang berlaku terhadap Jie.

Malah, Zulkarnain juga sanggup menghabiskan nyawa Ku Iz jika benar Ku Iz adalah perancang sebenar komplot penculikan Jie. Walau mereka pernah bersahabat baik dari zaman sekolah.  

"I pun susah nak pastikan, Zul ! Cuma, I perasan perangai Hafiz berubah sejak ternampak rantai yang I pakai... Dia maki maki I ! I tak tahu kenapa..  Katanya I bukan pemilik selayaknya untuk pakai rantai tu..."

Air mata mengalir deras. Sedih mengenangkan layanan dingin Ku Iz sejak dari itu.

Namun, demi cinta  dan mengenangkan nasib cahaya mata mereka, Zarith Sofea rela menelan semua kepahitan. Bermanis muka dengan harapan Ku Iz kembali mengasihi diri seperti dulu.

"Sabarlah Sofea.. "

Sheera pula cuba menenangkan. Mengusap lembut bahu Zarith Sofea.

"Hati I sakit, Zul ! Hafiz simpan lagi kenangan Jiha.. Bukan setakat gambar gambar .. Baju baju Jiha.. Ada banyak lagi ! Ini ayat ayat cinta untuk Jiha.."

Tulisan yang tertera di belakang gambar ditunjuk kepada Zulkarnain. Pedih Zarith Sofea membaca coretan cinta Ku Iz terhadap Jie.

"Hafiz obses dengan Jiha !"

Masih banyak lagi ingin diluahkan. Sayu bertandang mengingati tingkah Ku Iz. Ternyata Ku Iz tidak bersungguh mencintai dirinya.

Zarith Sofea juga mengesyaki Ku Iz merancang sesuatu diluar pengetahuannya. Tiada bukti kukuh namun naluri meyakini penculikan Jie adalah rancangan Ku Iz.

Cuma kematian Jie saja membuat Zarith Sofea ragu ragu jika Ku Iz terlibat.

"Tapi kalau suami you culik Jie.. Tak mungkinlah dia sanggup bunuh Jie kejam macam tu !"

Rizal segera menidakkan andaian Zarith Sofea.

Setahu Rizal, Ku Iz pernah cintakan Jie separuh mati. Mustahil tega mempelakukan Jie sebegitu rupa. Ditembak tepat dikepala sebelum mayat dicampak jatuh ke gaung. Mengerikan !

"Mayat itu bukan Jiha ! Ada kemungkinan Jiha masih hidup !"

Terluah pengakuan dari bibir Zulkarnain.

Zulkarnain sudah menerima keputusan DNA yang dijalankan secara sulit. Hasil ujian negatif. Siasatan giat dilakukan untuk mencari tahu identiti sebenar mayat yang disangka Jie.

"Apa?!"

Rizal terpinga mendengar. Begitu juga Zarith Sofea dan Sheera.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 08:45 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 01:05 PM

Beriringan berdua sambil menikmati keindahan alam. Sesekali Shahrul mengutip daun berguguran jatuh dirambut ikal Jie. Berjalan berpimpinan tangan. Tawa dan jenaka menghias suasana.

Sekali imbas nampak seperti pasangan bahagia. Hakikatnya mereka berperang dengan perasaan sendiri. Ada cinta berputik dalam diam.

"Mungkin inilah hikmah kita tercampak disini, sayang ! Abang bahagia sangat.." Senyuman mekar dibibir.

Sememangnya Shahrul tidak pernah terfikir diberi peluang sebegini indah !

Bukan berniat untuk mengambil kesempatan, Shahrul hanya ingin menghabiskan masa berdua. Sementara waktu masih bersisa. Mahu mencipta memori bersama sebagai kenangan abadi.

"Thanks sebab sayang sudi realisasikan impian abang.."

Mencapai jari jemari Jie lalu dicium lembut. Memang agak gila pelakuan mereka disini. Mungkin kerana terpisah dari dunia luar maka Shahrul dan Jie diberi ujian ini. Menguji kesetiaan cinta.

Kalaulah Lily atau Zack tahu.. Sejenak perasaan bersalah menerpa dibenak Shahrul.

Meski ini adalah permintaan Shahrul sendiri. Kepingin untuk merasai hidup bersama Jie. Menjalani rutin seharian berdua.

Jie beriak selamba. Sedar status diri. Cinta dalam hati kekal buat Zack. Kata kata Shahrul dibiarkan pergi dibawa angin lalu.

Memandangkan mereka tercampak disini, maka mencuba mengisi kekosongan jiwa disamping Shahrul. Menceriakan diri yang gundah.

Senang dengan sikap prihatin Shahrul walau kadang Jie takut. Gusar memikir jika Shahrul hanyut terbawa emosi apabila kembali ke kehidupan asal nanti. Realitinya mereka sudah dimiliki insan lain.

Justeru, Jie tetap bersiaga. Tidak mahu terlalu mengikut rentak Shahrul walau lelaki itu berjanji 'kisah cinta' ini bakal berakhir sebaik saja mereka pulang. Meminta tempoh seminggu lagi untuk berada disini.

Jie hanya akur. Yakin Shahrul takkan memungkiri janji yang terucap. Biarlah semua berlaku disini kekal rahsia antara mereka berdua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2015 09:45 AM | Show all posts
elia201 replied at 19-8-2015 08:45 AM
Beriringan berdua sambil menikmati keindahan alam. Sesekali Shahrul mengutip daun berguguran jatuh d ...

TT... bagi jelah chance shahrul dgn jie... seronok baca masa2 mereka di kampung ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 10:52 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-8-2015 09:45 AM
TT... bagi jelah chance shahrul dgn jie... seronok baca masa2 mereka di kampung ini...

Haha.. kita tgg kak.. macam sadis jer ending begitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Menanti n3 dgn penuh kesabaran...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:17 AM | Show all posts
elia201 replied at 19-8-2015 10:52 AM
Haha.. kita tgg kak.. macam sadis jer ending begitu

ok..ok... ur call... TT yg fikirkan ending yg terbaik supaya semua puas hati... chaiyok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 11:20 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-8-2015 11:17 AM
ok..ok... ur call... TT yg fikirkan ending yg terbaik supaya semua puas hati... chaiyok{: ...

Problem is ending dia mcm never ending plak.. haha.. I plak pening mcm Syuib
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:36 AM | Show all posts
elia201 replied at 19-8-2015 11:20 AM
Problem is ending dia mcm never ending plak.. haha.. I plak pening mcm Syuib

hahahahaha... good luck to u sis... do not worry sis... it will come to u...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 11:59 AM | Show all posts
shahrinas replied at 19-8-2015 11:16 AM
Menanti n3 dgn penuh kesabaran...

insya Allah kak..

Try to update asap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 12:05 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-8-2015 12:07 PM
Zamzam2013 replied at 19-8-2015 11:36 AM
hahahahaha... good luck to u sis... do not worry sis... it will come to u...

aiyo

jangan panggil sis

i nanti jadi kecelaruan gender plak haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:10 PM | Show all posts
elia201 replied at 19-8-2015 12:05 PM
aiyo

jangan panggil sis

ok TT... my mistake...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 12:27 PM | Show all posts

No prob kak..

I is a bro yang tersesat  to forum cari..

Btw x yah sorry pun

Thanks sebab sudi baca cerita carca marba nih and gv comment

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 01:21 PM | Show all posts
ooo hafia tu ku iz la eh....apo la...poneng hakak...ni lg 1 jantan sewel...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:22 PM | Show all posts
wei hafiz tu nama laki hakak...ko xde nama lain ke nk letak TT wei?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:44 PM | Show all posts
elia201 replied at 19-8-2015 12:27 PM
No prob kak..

I is a bro yang tersesat  to forum cari..

hahahahahaha... it's ok bro
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:38 PM | Show all posts
tt...name penuh ku iz ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.080319 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list