|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ENHANCEMENT IN THE PINES
[Copy link]
|
|
|
|
Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
page 80  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka “Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu, kata-kata bidalan “Berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah “Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam” disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Even the smallest light shines bright in the darkest of times.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Your journey may be tough, but your spirit is tougher.”
“Remember, it’s okay to pause; just don’t stop moving forward.”
“In the storm, you’ll discover the strength of your roots.”
“You aren’t alone; together we can weather any storm.”
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkata Imam Nawawi:
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”
Oleh: Hamba Allah
(Dipetik daripada e-mail yang diforwardkan kepada AHMADI) |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|