CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SEMANGAT TETAP MEMBARA

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2024 11:44 AM | Show all posts
topui yang asyik ugut org dengan pistol kat ig story tak nak bagi amaran sama ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 11:45 AM | Show all posts
16 kes cirit-birit, muntah, demam di Taman Rekreasi Che Minah Sayang, disyaki dijangkiti Rotavirus

KUANTAN: Wabak Rotavirus disyaki punca 16 individu terutama kanak-kanak berusia antara dua dan 11 tahun mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam selepas mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang di Maran.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata wabak itu turut membabitkan seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada seorang daripada kanak-kanak berkenaan yang mengalami gejala itu.

Katanya, berdasarkan laporan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran pada Khamis lalu, menerima satu notifikasi wabak Acute Gastroenteritis (AGE) dalam kalangan kanak-kanak dengan gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam selepas mengunjungi taman rekreasi itu.

"Siasatan lanjut yang dijalankan oleh PKD Maran mendapati sebanyak 16 kes yang terdiri daripada kanak-kanak berumur dua hingga 11 tahun dan seorang wanita dewasa berumur 27 tahun telah dilaporkan dalam wabak ini.
"Semua kanak-kanak terlibat adalah stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka, Maran manakala wanita yang merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar.

"Hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati penyebab wabak ini adalah jangkitan Rotavirus. Manakala, hasil ujian makmal bagi pengesahan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) adalah negatif.
"Wabak Rotavirus ini berkemungkinan berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, beliau berkata, JKN Pahang menasihati pihak pengurusan Taman Rekreasi Che Minah Sayang untuk menjalankan kerja pembersihan di sekitar taman rekreasi itu.

Katanya, kerja pembersihan itu termasuk memastikan semua premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat.

"Orang awam juga disarankan untuk mengambil cakna dengan tidak membawa anak-anak yang kurang sihat atau warga emas untuk berekreasi di taman rekreasi tersebut.

"JKNP ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi etika kebersihan dengan melupuskan lampin pakai buang bayi dengan cara yang selamat serta tidak membuang sampah-sarap merata-rata ketika mengunjungi mana-mana taman rekreasi.

"Jabatan ini juga akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... si-che-minah-sayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:46 AM | Show all posts


kuey teow goreng

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:46 AM | Show all posts
Dakwaan pelakon siasatan tanpa SOP tidak bertanggungjawab - Polis


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:47 AM | Show all posts


cucu bawang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 11:47 AM | Show all posts


kacang pool

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:47 AM | Show all posts


dimsum goreng

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 11:48 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty Banafe dijalankan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung rasa ketidakpuasan hati yang disuarakan pelakon itu melalui satu hantaran di TikTok @bettybanafee, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui video terbabit dinyatakan JSJK gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan polis yang dibuat oleh keluarga pelakon itu sejak dua tahun lalu.

"Berdasarkan semakan, 14 laporan polis itu dibuat oleh penama Shakib Abu Bakar Banafee (dipercayai adik kepada individu dalam video) dan empat penama lain yang berkaitan.

"Kesemua laporan polis tersebut disiasat dengan sewajarnya oleh pihak polis melalui dua kertas siasatan yang telah dibuka masing-masing di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah pun selesai dan kes telah diputuskan 'tiada tindakan lanjut atau NFA oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.
Keputusan itu, katanya diputuskan selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes berkenaan.

"Siasatan kes ini malahan telah dirujuk dan disemak semula oleh pihak Peguamcara Negara pada Ogos 2024 dan keputusan NFA dikekalkan.

"Pegawai penyiasat juga telahpun mengemukakan pemberitahuan kepada pengadu dalam kes ini berkenaan keputusan siasatan kes itu," katanya.

Bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan pula, Ramli berkata siasatan bagi kes itu masih dijalankan.

"PDRM memberi jaminan siasatan yang adil dan telus akan dilaksanakan bagi memastikan prinsip undang-undang dan keadilan sentiasa dipelihara.

"Ingin ditegaskan, semua laporan polis yang diterima akan disiasat dengan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Ramli berkata, siasatan yang dijalankan akan merangkumi keterangan serta bukti daripada pihak-pihak yang berkaitan termasuklah pengadu dan suspek.

"Adalah tidak wajar untuk melemparkan tuduhan negatif kepada pihak polis hanya disebabkan dapatan siasatan tidak berpihak kepada pengadu.

"Justeru, dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun TikTok @bettybanafee bahawa pihak polis tidak mempunyai SOP dalam siasatan adalah tidak benar sama sekali.

"Pihak PDRM menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... tanggungjawab-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:48 AM | Show all posts


french toaste cheese

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:49 AM | Show all posts
Kenyataan Teresa hanya keruhkan keadaan, kata PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan) : R&R Lestari Pertama hari ini. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:50 AM | Show all posts
SEREMBAN: Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Naib Presiden DAP itu antara lain mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
"Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.

"Ada masalah... peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok," katanya ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Hadir sama, Setiausaha kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; Pengerusi Lembaga Lebuhraya, Datuk Seri Hasni Mohammad; Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Kelmarin, Teres dipetik berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Ahli Parlimen kerajaan dari DAP itu berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Ini kerana, Teresa mendakwa pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambahkan kos pentadbiran.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, Teresa tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang disifatkan tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.

"Kalau dia mahu mewakili beberapa pihak, tidak mengapa... tetapi tidak perlu (buat kenyataan sedemikian secara terbuka) kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.

"Kita kena jaga sentimen muslim dan bukan Islam. Cara dia (adalah) runding secara elok dahulu. Bukan tunjuk kehebatan masing-masing.

"Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil, penghargaan dunia baik, ekonomi naik (justeru) perlu apa perkara ini nak merosakkan (keharmonian dan kesejahteraan negara)," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... kan-keadaan-kata-pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:51 AM | Show all posts
Kadar tol mungkin boleh kurang, ini penjelasan Perdana Menteri








Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:52 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah.

Anwar berkata, kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.

"Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan.

"Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan berasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lestari yang pertama di lebuh raya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, di Seremban hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad.


https://www.bharian.com.my/berit ... san-perdana-menteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:54 AM | Show all posts
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai haji





KUALA LUMPUR: Kefahaman mengenai kemampuan (istito'ah) selain tafsiran berkenaan ibadah haji adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh bakal jemaah haji dalam mempersiapkan diri sebelum melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata pengetahuan itu perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
"Istito'ah atau kemampuan menunaikan haji adalah satu perkara yang asas sebelum umat Islam menunaikan haji dan ia termasuklah kemampuan dari aspek fizikal seperti kesihatan dan kewangan.
"Jadi perkara ini perlu difahami dengan jelas supaya orang yang tidak dapat menunaikan haji kerana tiada kemampuan, tidak terasa terkilan. Oleh itu, umat Islam perlu diberi kefahaman tentang perkara ini dengan mendalam," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata selain kemampuan fizikal dan kewangan, istito'ah yang digariskan hukum syarak turut mencakupi aspek kemampuan dari sudut keselamatan iaitu aman dalam perjalanan serta mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik.


Mengulas mengenai jemaah yang menerima bantuan kewangan daripada Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Sukki berkata tidak menjadi kesalahan malah hukumnya harus memandangkan ia adalah bantuan secara bersasar yang diperuntukkan setiap tahun.
"Penerimaan bantuan ini tidak salah. Bakal haji yang memilih untuk menolak dan membuat pembayaran penuh bermaksud mereka menghayati maksud sebenar istito'ah selain mempunyai kedudukan kewangan kukuh.
"Perbuatan menolak bantuan itu akan memberi manfaat kepada pendeposit TH lain, yang lebih memerlukan selain dapat mengajak bakal haji lebih berusaha dengan wang simpanan sendiri untuk menunaikan ibadah," katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai berkata langkah menolak bantuan kewangan haji dapat membantu TH menyalurkan kepada yang lebih memerlukan.
Bagaimanapun, tidak salah untuk seseorang itu menerima bantuan kerana institusi kewangan Islam seperti TH mempunyai kod keadilan sosial untuk membantu golongan B40 dan M40 menunaikan haji.
"Bantuan kewangan haji ini juga selari dengan usaha TH dalam memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia kekal terjamin. Oleh itu, tidak nampak apa yang salah (untuk menerima bantuan kewangan) kerana dalam konteks B40, kerajaan melihat mereka ini golongan perlu dibantu.
"Jadi jika penerima bantuan ini menolak, ia merupakan 'class of paradigma', terserah sama ada mereka nak menerima atau tidak," katanya.
Beliau berkata tindakan menolak bantuan itu juga boleh memberi kesan positif kepada TH kerana peruntukan berkenaan dapat dikembalikan kepada pendeposit TH dalam bentuk agihan keuntungan pada tahun berikutnya sekali gus mengukuhkan lagi prestasi kewangan TH.
Menurut TH, sebanyak 263 bakal jemaah haji daripada kumpulan B40 dan M40 telah menolak penuh dan sebahagian bantuan kewangan haji pada musim haji tahun ini selari dengan konsep istito'ah.
Mengikut laman sesawang TH sejak 2001 hingga tahun lepas, sebanyak RM2.4 bilion telah dibelanjakan untuk bantuan kewangan haji selain kira-kira RM350 juta bagi musim haji tahun ini.
Pada musim haji 1445H, bayaran untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu ditetapkan pada RM12,356, manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.
Kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini meningkat kepada RM33,300, berbanding RM30,850 tahun lepas.
Berikutan peningkatan kos haji itu, TH memperuntukkan bantuan hingga 63 peratus daripada kos haji untuk golongan B40 dan 42 peratus bagi M40 manakala untuk golongan T20 pula, mereka dikehendaki membuat bayaran penuh sebanyak RM33,300, sama seperti kos tahun lalu. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295620/fahami-pengertian-istitoah-sebelum-tunai-haji


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:56 AM | Show all posts
Bebas hutang jika simpan SSPN sejak kecil - PTPTN




Norliza (dua dari kiri) pada majlis perasmian Karnival Semarak Merdeka PTPTN 2024 di Bayan Baru, semalam. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 11:56 AM | Show all posts
GEORGETOWN: "Kalau zaman dulu mahu sambung belajar kena jual tanah dan harta, tapi sekarang kita simpan sejak kelahiran anak itu sehingga usia 18 tahun, mereka ada cukup sumber kewangan untuk lanjutkan pelajaran."

Itu kata-kata Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim mengenai usaha yang giat dijalankan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bagi menggalakkan konsep menabung sejak kecil.

Katanya, PTPTN menyediakan instrumen simpanan terbaik bagi mendorong dan menggalakkan masyarakat menabung untuk tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.

"Menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kanak-kanak yang mencapai usia melanjutkan pelajaran di universiti boleh 'merdeka' daripada membuat pinjaman pendidikan dengan menggunakan simpanan yang dibuat.

"Jadi kalau kita bercakap mengenai pendidikan percuma, inilah peluangnya sebab banyak kelebihan simpan menerusi SSPN termasuk dapat pengecualian cukai sehingga RM8,000," katanya kepada media di sini, semalam.

Norliza ditemui pada majlis perasmian Karnival Semarak Merdeka PTPTN 2024 di Bayan Baru di sini dan turut hadir, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Karnival berkenaan membawa objektif nilai kemerdekaan dalam perancangan kewangan supaya masyarakat bebas daripada hutang.

Norliza berkata, selain itu, terdapat juga dividen yang kompetitif setanding dengan agensi lain dan dijamin oleh kerajaan berikutan patuh syariah.

Sempena karnival itu, pelbagai aktiviti disediakan bagi disertai ibu bapa dan kanak-kanak.

PTPTN juga tidak melupakan golongan asnaf dengan memberi sumbangan peranti kepada 10 pelajar bagi membantu mereka dalam pembelajaran.

Selain itu, PTPTN turut mengadakan slot Sesi 'Ngopi' Bersama Norliza untuk memberikan pendedahan serta informasi mengenai peranan dan fungsi PTPTN dan produk SSPN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:59 AM | Show all posts
'Bukan seperti drama bersiri CSI, analisis DNA ambil masa lama'


KOTA BHARU: Program Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula sejak 2000 berjaya melahirkan lebih 500 graduan Sarjana Muda Sains Forensik dan 100 graduan pascasiswazah.



Pensyarah Universiti, Program Sains Forensik dan Unit HID/DNA, PPSK USM, Dr Nur Waliyuddin Hanis Zainal Abidin, berkata program Sains Forensik di PPSK bermula sebelum adanya siri televisyen 'Crima Scena Investigation' (CSI) disiarkan.

"Pada 2008, Unit HID/DNA di PPSK USM ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ujian paterniti dan pengecaman individu serta unit ini telah mendapat akreditasi ISO17025 oleh Jabatan Standard Malaysia," katanya.

Dr Nur Waliyuddin Hanis, berkata Sains Forensik adalah satu aplikasi sains dalam membantu sistem perundangan dengan menganalisis sampel biologi, sampel kimia dan sampel fizikal yang terdapat di tempat kejadian.

Beliau berkata dalam perundangan, Sains Forensik terbabit dalam mengemukakan hasil ujian saintifik yang dijalankan.

"Sains Forensik bukan untuk menentukan siapa yang terlibat atau bersalah sebaliknya jenayah yang dilakukan itu ditentukan oleh hakim berdasarkan hujah yang dibentangkan oleh peguam di mahkamah," katanya.

Katanya, DNA digunakan dalam forensik untuk pengecaman identiti dan menentukan hubungan kekeluargaan.

"DNA manusia terdiri daripada empat nukleotida iaitu A, T, C, dan G serta setiap sel akan membawa maklumat genetik yang sama. Rantaian nukleotida bes ini membentuk bebenang panjang dan berlingkar di dalam 23 pasang kromosom.

"Terdapat satu pasangan kromosom unik yang digelar kromosom seks yang menentukan lelaki atau wanita yang disebut sebagai kromosom X dan Y. Kromosom XX menentukan jantina seseorang itu adalah perempuan dan kromosom XY adalah lelaki.

"Secara umumnya, 99.9 peratus DNA setiap individu adalah sama dan hanya 0.1 peratus DNA yang berbeza serta tidak mempengaruhi pembentukan protein dan fungsi badan," katanya.

Beliau berkata, DNA antara bukti paling banyak digunakan dalam kes sivil bagi penentuan bapa atau ibu kepada si anak, pengesahan DNA bagi menuntut kewarganegaraan dan menentukan salasilah keturunan atau keluarga jauh yang terpisah.

"Dalam kes polis yang melibatkan jenayah atau kematian, DNA digunakan untuk pengecaman identiti mangsa atau suspek dengan mengambil sampel biologi seperti darah atau cecair badan daripada mana-mana bahagian badan atau tulang untuk dijadikan sampel ujian.

"Konsep penyiasatan dalam drama agak berbeza dengan realiti kerana penyiasatan dalam drama memerlukan jalan cerita yang singkat dan mudah difahami bagi menarik perhatian penonton.

"Namun, realiti sebenar adalah berbeza kerana siasatan analisis makmal bagi menjana DNA memerlukan masa dan proses yang panjang mengikut peringkat. Sampel DNA perlu dibawa ke makmal dan keputusan analisis akan diserahkan kepada pihak polis untuk penyiasatan seterusnya," katanya.

Dr Nur Waliyuddin Hanis berkata, sekiranya sampel DNA yang diterima sudah terlalu lama terdedah kepada persekitaran, ia akan menyebabkan kualiti DNA yang diekstrak menjadi rendah serta menyukarkan analisis

dijalankan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:00 PM | Show all posts
14 gajah ganggu penduduk di Gerik dipindahkan ke habitat sesuai





PERHILITAN Perak melanjutkan operasi translokasi 10 gajah yang ditangkap di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang dekat sini bermula Ahad lalu apabila empat lagi gajah berjaya ditangkap. - Foto ihsan pembaca
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:00 PM | Show all posts
GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menangkap 14 gajah yang mengganggu penduduk di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang, di sini sejak Ahad minggu lalu bagi menjalani proses pemindahan atau translokasi.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata empat gajah ditangkap pagi kelmarin selepas 10 gajah ditangkap Rabu lalu.

Katanya, konflik kawanan gajah berkeliaran di kampung itu mula dilaporkan sejak awal tahun ini, dengan 14 gajah yang ditangkap kali ini tidak termasuk enam gajah yang sebelum ini pernah ditangkap antara April hingga Jun lalu di kawasan sama.

Beliau berkata, operasi translokasi gajah yang dijadualkan selama enam hari bermula Khamis lalu mungkin dilanjutkan susulan tambahan empat gajah yang ditangkap.

"Biasanya kadar maksimum untuk sekali proses pindah (translokasi gajah) adalah tiga ekor gajah sahaja... mungkin ia mengambil sebanyak lima trip (perjalanan).

"Kesemua gajah-gajah yang ditangkap itu akan dipindahkan ke habitat yang bersesuaian," katanya ketika dihubungi.
Yusoff berkata setakat semalam sebanyak enam gajah sudah dipindahkan, masing-masing membabitkan tiga berjaya dipindahkan semalam dan hari sebelumnya yang merupakan hari pertama operasi translokasi dijalankan.

Operasi translokasi membabitkan kekuatan 27 kakitangan dari PERHILITAN Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang, dengan khidmat gajah denak, Abot dan Rambai diperlukan bagi melancarkan operasi itu yang menurut Yusoff, turut bergantung kepada faktor cuaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.439150 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list