|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2-10-2006 04:26 PM
Tak payah nak berhujjah-hujjah lah makcik....rasanya soalan ana sebelum ini sudah boleh membezakan antara orang yang taksub dan jumud pemikirannya dengan orang yang terbuka sikap dan minda mere ...
laaa....isu utama perbicanganpun tak faham, apalah yg diharap sgt dengan pak grave ni...tak perlah, org lain pun baca gak...insyaAllah, depa faham jika pak grave tak faham... |
|
|
|
|
|
|
|
PASANG NIAT UNTUK TUHAN DALAM SETIAP KERJA
04/10/2006
Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat
Rugi sekali
Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa
Engkau membuang masa
Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu
Termasuk mensia-siakan umur engkau
Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat
Terbuang sahaja masa engkau
Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja
Engkau telah merugikan kebiasaan
Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa
Masa engkau percuma sahaja
Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa
Tapi engkau telah mensia-siakan itu semua
Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah
Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi
Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau
Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas
Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat
Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya?
Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan
Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa
Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat
Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja
Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak
Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa
Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita
Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat
Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala
Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah |
|
|
|
|
|
|
|
DIANTARA RAHMAT DAN NIKMAT TUHAN
05/10/2006
Mendapat pangkat dan kekayaan ia adalah salah satu nikmat tapi belum tentu rahmat. Badan sihat, ilmu banyak belum tentu rahmat, nikmat memanglah orang tahu itu adalah nikmat.Badan sihat, berilmu, sudah tentulah nikmat.Semua orang tahu badan sihat dan berilmu adalah nikmat, orang tidak boleh nafikannya
Kalau Tuhan memberi rahmat itu sudah tentu bersama nikmat.Jika nikmat sahaja belum tentu bersama rahmat.Kita perlu rahmat Tuhan bukan sekadar nikmat.Jika nikmat sahaja boleh membawa kecelakaan samada di dunia mahupun di Akhirat. Mendapat rahmat biasanya bersifat rohaniah, ia menyelamatkan seperti takutkan Tuhan, cintakan-Nya itu adalah rahmat kerana ia ada hubungannya dengan iman.Ia ada kaitannya dengan kebahagiaan di Akhirat.
Menjadi pemurah, pemaaf, merendah diri, mengutamakan orang lain itu adalah rahmat. Nikmatnya didapati atau diperolehi oleh orang lain sama.Ramai orang tidak sedar bahawa pemurah, pemaaf, merendah diri, mengutamakan orang lain itu adalah rahmat. Menjadi sabar, tawakkal, redha, berkasih sayang itu juga adalah rahmat tapi ramai orang tidak merasa itu adalah rahmat.
Ramai orang menganggap pandai, kaya, berpangkat itu adalah rahmat, ia belum tentu menjadi rahmat tapi nikmat sudah pasti.Kalau pandai sombong, kaya bakhil dan bangga, berpangkat menjadi megah dan ego itu adalah bala.Boleh jadi juga ia akan menjadi rahmat Tuhan, hanya itu kemungkinan sahaja.Di sini baru kita faham nikmat rohani selalunya adalah bersama rahmat nikmat lahir biasanya belum tentu bersama rahmat. Ramai orang mendapat nikmat lahir menjadi bala pula, bukan sahaja bala kepada dirinya bahkan bala kepada orang lain juga
Kita perpanjang lagi tentang memperkatakan nikmat ini supaya lebih global lagi dan nyata seperti kecantikan, memang semua orang mahu cantik.Di sini adakalanya ada bala yang tersirat, muka cantik kalau megah, bangga, sombong ia sudah jadi bala pula.Gunakan kecantikan untuk komersial lebih lagi bala,sikap ini orang lain pula sakit hati dan benci, lagi bertambah bala. Kalau cantik didedahkan aurat pula, ramai orang yang rosak imannya, ini adalah bala yang lebih besar.Ia akan membawa kepada laknat Tuhan kerana rosaknya merata dan global
Oleh itu mintalah rahmat Tuhan, kalau diberi sudah tentu bersama nikmat, jangan semata-mata meminta nikmat kerana belum tentu bersama rahmat. Biasanya nikmat lahir itu membawa kecelakaan dunia Akhirat jika disalahguna. Diharap ambillah perhatian agar kita selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemput ke Bdr Country Homes Rawang Selangor iaitu ke premis Pusat Motivasi Harmoni pada :
12 November 2006
9.30 pagi - 12 tgh
Program Sambutan Hari raya dan SEMBANG MINDA mengenai buku terkini Pemimpin Paling Ajaib.
Sekian dimaklumkan.
Maklumat lanjut sila hubungi 03 67331606 |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin ajaib tu boleh terbang tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 3-11-2006 06:06 PM
Jemput ke Bdr Country Homes Rawang Selangor iaitu ke premis Pusat Motivasi Harmoni pada :
12 November 2006
9.30 pagi - 12 tgh
Program Sambutan Hari raya dan SEMBANG MINDA mengenai buku terki ...
Pemimipin paling ajaib?
Ajaib....ajaib.....dia memang mengajaibkan!
Juga memang....mengaibkan! :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA MANUSIA TIDAK KIRA APA ASAL KETURUNANNYA,BANGSA ATAU AGAMA;
MENGINGINKAN KEDAMAIAN ,PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MELALUI KASIH SAYANG KERANA IA ADALAH TUNTUTAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA
Bumi ini berputar kerana kasih sayang Tuhan. Beredarnya matahari, bulan, bintang dan planet juga adalah kerana kasih sayang Tuhan. Adanya siang dan malam, hujan dan panas dan empat musim dalam setahun juga adalah kerana kasih sayang Tuhan.
Wujudnya kita dari dalam rahim ibu ketika bayi dan hingga kita dewasa adalah kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita iaitu pancaran dari kasih sayang Tuhan. Kita tidak boleh hidup tanpa kasih sayang.
Kasih sayang itu makanan rohani. Siapa yang tidak dapat merasai kasih sayang, rohaninya dan jiwanya akan menderita terseksa dan hilang kebahagiaan. Kasih sayang ialah perkara rasa. Ia mainan hati. Ia adalah fitrah semulajadi.
Fitrah semulajadi manusia adalah sama. Tidak kira asal keturunannya. Tidak kira bangsanya. Tidak kira agamanya, negaranya atau di zaman mana dia hidup. Fitrah semulajadi manusia tetap sama. Kasih sayang adalah tuntutan fitrah. Fitrah suka dikasihi dan mengasihi. Suka disayangi dan menyayangi. Inilah mesej yang perlu dibawa kepada semua umat manusia. Kasih sayang atau �love and care� mesti disebarkan seluas-luasnya di kalangan umat manusia.
Perpaduan, kedamaian dan keharmonian juga adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia. Semua manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit sukakan perpaduan. Semua manusia sukakan kedamaian. Semua manusia sukakan keharmonian. Manusia benci kepada krisis, perpecahan dan pergaduhan. Manusia benci kepada huru hara dan kacau bilau.
MENGAPA MANUSIA INGINKAN PERPADUAN?
Telah menjadi fitrah semula jadi kepada setiap manusia tidak kira apa kaum dan bangsa bahawa manusia itu suka dan perlu bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu sama lain. Di antara sebabnya ialah:
1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian, kerana bersendirian terasa sepi dan kekosongan. Apabila bertemu ada perbualan dan dari perbualan itu, fikiran dan hati sedikit terisi (terhibur) walaupun tidak kukuh.
2. Manusia hendak mendapatkan keperluan hidup. Paling tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal. Semua itu tidak mungkin dapat diusahakan sendirian melainkan dengan bantuan orang lain sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
3. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagaibagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam dan kematian. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah itu, ianya tidak mungkin boleh dibuat tanpa bantuan orang lain.
4. Manusia watak semula jadinya atau tabiat semula jadinya sering mengundang musuh dengan orang. Untuk menolak kejahatan musuhnya, manusia memerlukan pertolongan orang lain. Kalau begitu maka perlu adanya kawan dan orang yang menolong.
5. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rangsangan inginkan perempuan dan perempuan juga ada rangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlukanantara satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga.
6. Fitrah semula jadi manusia ingin membangun dan maju, maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan. Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikan untuk dapat gaji.
7. Tabiat semula jadi manusia inginkan ilmu, maka timbullah keperluan untuk mencari guru. Orang yang memberi ilmu pula ingin memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlumemerlukan antara satu sama lain.
8. Telah menjadi tabiat semula jadi, orang yang kuat dan pandai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut. Orang yang lemah pula ingin perlindungan oleh seorang yang kuat (pemimpin). Di sini terjadilah saling perlu-memerlukan antara dua golongan ini.
Setelah kita mengkaji secara rambang, nyata dan jelas sekali bahawa manusia itu di dalam mengendalikan kehidupan, mereka memerlukan satu sama lain, sandar-menyandar, memerlukan bertolong bantu dan kerjasama. Kalau tidak, tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, terpaksa manusia hidup begitu. Kalaupun fitrahnya tidak mendorong, namun keadaan hidup itu memaksa kepada perlu-memerlukan satu sama lain.
Setelah kita mengkaji kehidupan manusia serta dapat dibuktikan dan dirasakan oleh pengalaman hidup kita bahawa manusia itu terpaksa hidup perlu-memerlukan antara satu sama lain, maka mengikut logiknya manusia mesti bersatu padu.
Apabila bersatu padu, tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan bersenget hati, tidak akan bermusuh-musuh, tidak akan jatuh menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri. Bahkan sepatutnya mereka berkasih sayang. Dengan itu manusia mudah mengendalikan urusan kehidupan satu sama lain.
Namun realitinya tidak begitu. Manusia itu sentiasa sahaja berpecahbelah dan bermusuhan sekalipun di dalam satu etnik dan satu bangsa. Walaupun manusia itu antara satu sama lain perlu-memerlukan, sandar-menyandar, lengkap-melengkapi, namun demikian payah manusia itu hendak disatukan.
Mengapa? Kerana di dalam diri manusia itu ada nafsu. Sifat nafsu itu sangat jahat di samping adanya syaitan yang sentiasa mendorong manusia bermusuhan satu sama lain. Di antara kejahatan nafsu ialah bersifat tamak, mementingkan diri dan kehendaknya tidak terbatas.
Nafsu itu berkehendak yang halal mahupun yang haram, yang baik mahupun yang buruk dan yang boleh mahupun yang tidak boleh. Apabila diperturutkan kehendaknya demi untuk mencapai kehendak dan kemahuan, dia tidak kira cara haram, cara memerah tenaga orang, fitnah orang, burukkan orang, mengambil hak orang lain, menindas, menipu harta orang, menghina orang dan lain-lain.
Begitulah setiap orang atau puak atau kaum di dalam satu bangsa, kalau tidak dibendung oleh iman. Oleh yang demikian, di dalam perlu-memerlu itu mereka berpecah. Di dalam bertolong bantu itu bersenget hati. Di dalam sandar-menyandar itu ada kepentingan diri. Di dalam gotong royong itu ada pengkhianatan. Di dalam perkongsian, ada penipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satu kaum atau satu bangsa, ada jatuh-menjatuhkan dan khianat mengkhianati. |
|
|
|
|
|
|
|
MARI KENAL ABUYA USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
|
|
|
|
|
|
|
Cantiklah serban Abuya. Banyak koleksinya yer. Hehehee... ada gaya macho! Mata dia sakit ker sebab nampak sepet sebelah lak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-11-2006 11:14 AM
Cantiklah serban Abuya. Banyak koleksinya yer. Hehehee... ada gaya macho! Mata dia sakit ker sebab nampak sepet sebelah lak??
Sepet ker?? ler...
Aku tengok dia hensem...mulut pun muncung @ gigi mancung!!!:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Jemputlah ke DATARAN PUTRAJAYA esok (18 November 2006) dari pukul 10.00 pagi.
Ada gerai jualan dan persembahan nasyid.
Anjuran bersama PERKIM KEBANGSAAN dan YAYASAN KEBAJIKAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Saya kira selepas ini sy akan jarang masuk ke FORUM CARI atau mungkin tidak akan berposting lagi kerana tuntutan komitmen dlm dunia realiti. Tiba masanya untuk sy mengucapkan selamat tinggal kepada semua forumners dan MOD2 M & M yg sy hormati.Sy memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sy selama ini sepanjang sy bergelanggang di thread M & M ini.
Sukar utk sy mengucapkan salam perpisahan kpd semua, tetapi keputusan harus dilakukan walaupun berat. Di forum ini sy mengenali kalian semua, walaupun di alam siber cuma, tetapi ada juga kenangan yg pernah tercipta.
Sy harap mawarmerah dan abuyazid akan meneruskan menyebarkan MINDA2 ABUYA di forum ini, sy masih tetap akan meneruskan usaha perjuangan itu tetapi kini fokusnya di alam realiti dan tgjawab itu lebih memerlukan komitmen yg mantap.
Sekian.
SeriHartatie / Fisa
LET`S PERPETUATE LOVE AND CARE AND UNITY
25/11/2005
Friends, for the sake of unity, let`s be forgiving
For the sake of perpetuating love and care, let`s be tolerant
Friends, without love and care and unity, it`s an agony
Let`s together perpetuate love and care and unity
We have been squabbling and disunited for too long
Lots of our affairs have been neglected and unsettled
If love and care among us could be joined again
It would be such a bliss, our strength reunited
We have suffered too long with the lack of unity
That is the love and fear of God, the Master of Universe
There is no other bond or ties except the love for God
Besides God, all other bonds or ties are weak, let us leave them behind
Friends, do not wait too long being disunited
It could not be that there is no way out
It has been said earlier, let us together love God
Loving God is the way out
Friends, we shouldn`t be foe among ourselves
No one would suffer except us Muslims
From now on we should not delay any further
Make God the bond or tie for love and care and unity
[ Last edited by serihartatie at 19-11-2006 10:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 19-11-2006 10:01 PM
Saya kira selepas ini sy akan jarang masuk ke FORUM CARI atau mungkin tidak akan berposting lagi kerana tuntutan komitmen dlm dunia realiti. Tiba masanya untuk sy menguca ...
Syabas ana ucapkan sebab akhirnya ente terima juga nasihat dari sahabat baik ana siBelalang tu. Begitulah kalau nak berjuang bersama-sama Abuya...kena full time beb! Ente akhirnya setuju juga tak boleh nak glamour2 dalam Rufakak ni lebih-lebih lagi kalau ada jawatan dan pangkat serta harta. Semuanya kena buang...dan biarlah abuya sorang saja yang ada semua tu. Strategi tu!
Satu hal lagi...berjuang dalam Rufakak ni tak bolehlah berjiwang-jiwang menulis novel cintan-cintun pulak tu. Seperti yang belalang kata tu...berjuang tak bolehlah 24 jam mengadap komputer. Bila masa nak layan suami? Kan ker syorega tu terletak di tumit kaki suami?? Kalau bagi suami kawin satu lagi gerenti dapat pakai payung mas di syorega nanti.
Akhirnya...selamat tinggal. Semua dosa-dosa ente ana ampunkan. |
|
|
|
|
|
|
|
HADITH
One day the Messenger of Allah (PBUH: peace be upon him) asked his companions: 揥hich of God抯 creatures possess the most amazing iman (faith)? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 19-11-2006 10:01 PM
Assalamualaikum semua,
Saya kira selepas ini sy akan jarang masuk ke FORUM CARI atau mungkin tidak akan berposting lagi kerana tuntutan komitmen dlm dunia realiti. Tiba masanya untuk sy menguca ...
:tq::tq::tq::hatdown::hatdown::hatdown::love::love::love:
SELAMAT BERJUANG....! |
|
|
|
|
|
|
|
FAKIR MISKIN BAHAN PUBLISITI
Apa sudah jadi!
Fakir miskin sudahlah malang
Hidup susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Mereka dijadikan subjeknya pula oleh petualang-petualang
Oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak memikirkan perasaan orang
Mereka dijadikan bahan publisiti untuk kepentingan diri
Mereka diberi bantuan bukanlah seberapa
Mereka diisytiharkan di seluruh dunia di media massa
Malunya mereka dijadikan bahan berita
Mereka juga dijadikan bahan propaganda
Untuk menjatuhkan lawan politiknya
Kerana tidak mempedulikan mereka menderita
Untuk mengangkat diri sebagai pembela
Menuduh si polan si polan itu bukan pembela
Kasihan fakir miskin
Telah menjadi mainan oleh para pemimpin
Mereka dijadikan alat
Sekaligus menaikkan diri sebagai pembela konon
Orang yang ikhlas bantu sahajalah mereka senyap-senyap
Tanpa heboh-heboh dan bising-bising
Mereka terbela tanpa orang tahu
Selamatlah mereka daripada mendapat malu
Maruah mereka sama-sama kita jaga
Isytihar kemiskinan mereka bukan caranya
Kerana mereka juga ada maruah |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah kamu beramal ibadat, lupakan sahaja amalan itu kerana dua sebab, pertama kalaupun dapat sempurnakan ia bukan kepunyaanmu, ia kepunyaan Allah. Keduanya kalau kamu beramal tidak sempurna maka amalan itu tertolak. Ertinya tidak ada amalan kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang aku merasa hairan bercampur lucu bila melihat org2 rufaqa kehulu-kehilir bersama kayu penggaru gatal belakang tu. Ramai org membawanya, tak kira usia. Pernah aku melihat mereka menggunakkan kayu itu lalu dihalakan kepada seorang drpd mereka(mcm pengawal keselamatan di airport melakukan scan keatas badan penumpang k/terbang utk mengesan objek besi).
"Nak buang bisa" kata mereka.
Lepas ni...entah apa barang pulak yg akan 'dijual' kepada mereka. Ish..ish...ish.....kesian. :hmm:
SAMPAI BILA PENIPUAN INI AKAN BERAKHIR?
[ Last edited by luluguagua at 25-11-2006 04:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
sherry221 This user has been deleted
|
mintak tolong sesiapa ahli rufaqa, saya nak kirim satu kayu penggaruk(bekas hj ashaari)...sebab nak kacau lauk pakai benda alah tu, power lah kata dan boleh hilang bisa |
|
|
|
|
|
|
|
PERANAN AKHLAK PERANAN TASAWUF
PERANAN TASAWUF
Tasawuf adalah ilmu rasa (zauk). Ia adalah perasaan-perasaan yang timbul di dalam hati orang yang beriman atau orang yang bertaqwa, yang bersifat terpuji (mahmudah).
Contohnya seperti rasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasa bertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasa redha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa meminta maaf dan rasa cinta. Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak atau melahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehidupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapat dilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolong orang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lainlainnya.
Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia itu adalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalam semata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau implimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.
Oleh itu tasawuf dengan akhlak adalah berhubung rapat satu sama lain. Tasawuf adalah yang batin, akhlak adalah yang lahir. Boleh juga dikatakan pokoknya adalah tasawuf manakala buahnya adalah akhlak yang mulia.
Jadi tasawuf dengan akhlak tidak terpisah. Satu sama lain tidak terpisah. Ia ada hubung kait. Apabila tasawuf telah membuahkan akhlak yang mulia, maka di bawah ini kita akan memperkatakan pula peranan akhlak yang mulia.
PERANAN AKHLAK
1. Akhlak adalah disukai dan dipuji oleh Allah, oleh Rasul dan oleh seluruh manusia sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Maka ia bersifat sejagat.
2. Dari akhlak yang mulia, boleh menjalinkan kasih sayang di kalangan manusia sama ada manusia yang Islam mahupun manusia yang bukan Islam.
3. Dari akhlak yang mulia, bagaimana hebat dan istimewa sekalipun manusia itu, dia tidak akan riyak dan sombong.
4. Dari akhlak yang mulia, manusia yang miskin tidak akan terbiar. Akan ada orang yang membela dan membantunya.
5. Tidak ada orang yang rendah kedudukannya di dalam masyarakat yang akan terhina dan dihina.
6. Sentiasa ada orang yang bersimpati dan menolong orangorang yang susah dan mendapat kemalangan. Mereka tidak akan terbiar.
7. Kalau ada di kalangan manusia yang melakukan kesalahan dan kesilapan di kalangan sama-sama manusia, tidak akan berlaku permusuhan yang berpanjangan kerana yang benar bersegera memberi maaf dan yang salah bersegera juga meminta maaf.
8. Lahirlah masyarakat yang bertolak ansur serta berlapangdada berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan kerenah manusia.
9. Lahirlah masyarakat yang di antara satu sama lain mengutamakan orang lain.
10. Akan lahirlah masyarakat yang adil. Kesannya, tidak ada di kalangan manusia yang terasa dizalimi dan teraniaya.
11. Hasil daripada akhlak yang mulia, maka lahirlah masyarakat aman damai, selamat sejahtera, berkasih sayang dan harmoni.
12. Dengan itu tidak berlaku di dalam masyarakat manusia halhal yang menakutkan yang datang daripada perbuatan manusia sesama manusia.
[ Last edited by paranormal_85 at 25-11-2006 05:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|