CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 16-8-2015 11:56 AM

"Good morning Abang.."

Senyum sambil mengirai rambut ikal yang kini hampir mencecah pinggang.  Sudah lama tidak berpotong. Lebih 3 bulan dibiar panjang sejak mereka terdampar disini.

Shahrul terpana seketika. Memandang ke arah belakang. Mencari kelibat Pak Akub. Tiada.

Selalunya panggilan itu digunakan apabila Pak Akub ada bersama.

"You cakap dengan I ke ?" Shahrul inginkan kepastian. Meliar pandang.

Menghampiri Jie yang sedang melilit rambut sebelum disanggul kemas. Wangian bunga tercium harum. Mungkin Jie baru lepas mandi. Tebaknya.

Jie hanya menggeleng.

"I bercakap dengan jiran sebelah.."  

Ketawa menampakkan barisan gigi yang putih berseri. Bergurau dipagi hening.

"Thanks for saving my life, Shah ! I really appreciate it !"

"I minta maaf pasal semalam, Najiha ----"

"It's ok, Shah !"

Jie pantas memintas. Biarlah kejadian semalam berlalu. Barang yang lepas malas mahu diungkit.

"I gagal kawal diri I ! I tak bermaksud nak---"

"Please Shah ! Enough !"  

Jie berpaling menghadap Shahrul.

"Apa kata you mandi.. Then kita pergi kebun.. I teringin nak makan buah mangga muda.."  

Keriangan jelas terpancar diwajah Jie.

Shahrul hanya menurut kata. Merenung sekilas Jie sebelum memeluk erat tubuh dihadapannya.

"Thanks sayang !" Spontan panggilan itu meniti dibibir.

Satu perasaan bahagia wujud dalam diri. Alangkah indah dunia jika wanita ini miliknya yang sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2015 06:05 PM | Show all posts
Bab 66

Viana senyum senang dengan maklumat terkini ditunjukkan oleh Zulkarnain. Berjaya menemukan kamera tersembunyi didalam kereta milik Shahrul. Jelas terakam wajah wajah penyangak yang terlibat dalam komplot penculikan adiknya.

Malah, data peribadi kesemua penjenayah kini ditangan. Tinggal tunggu masa untuk Viana mengarahkan orang suruhan Daddy bertindak.

Ditambah pula dengan bantuan dari Zulkarnain, Viana yakin mampu menghukum dalang sebenar.

Taufik kini menghilang tanpa jejak. Cepat atau lambat pasti tertangkap. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua.

"Vee.. Are you ready?"

Zulkarnain inginkan kepastian. Menatap wajah cantik Viana yang sedang diamuk dendam.

Viana hanya angguk.

"I dah lama tunggu saat ini ! Hutang nyawa dibayar nyawa !"

Sudah terbayang diruang mata untuk menghabiskan riwayat penjahat itu satu demi satu.

"I pun sama, Vee !"

Zulkarnain rela andai terkorban nyawa asal saja berjaya memberi pembalasan setimpal buat pihak musuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 17-8-2015 01:38 AM

Mundar mandir mengelilingi katil. Resah gelisah memikir mimpi sebentar tadi. Bayangan wanita itu muncul mengganggu gugat ketenangan hidup. Pantas tangan mencapai telefon bimbit.

Malangnya hanya pesanan suara yang menjawab. Meninggalkan mesej ringkas.

"Fik, balik Malaysia secepat mungkin. Aku dah berubah fikiran ! Aku nak kau jejaki Najiha..."

Usai berkata begitu talian dimatikan. Bingkai gambar terletak atas meja dicapai.

"Nur Najiha.."  Hanya nama itu terpacul dibibir.
Antara sayang dan benci, diri keliru. Lantas hati tidak tega untuk membiarkan wanita itu jauh dari pandangan mata. Cinta masih bersisa buat Jie.

Dan kau,  Zulkarnain, tunggu pembalasan dari aku !

Benci bersemarak dalam diri. Hajat membara untuk menghapuskan semua yang berkaitan Jie.

Memandangkan Zulkarnain masih meragui 'kematian' Jie, lelaki itu harus dihapuskan. Bimbang penipuan terbongkar.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 06:57 AM | Show all posts
bosanlaaa Shahrul ni amik kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 12:00 PM | Show all posts
siapakah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 04:17 PM | Show all posts
Wajah lelaki yang hanya diam sedari tadi menarik perhatian. Seakan pernah bersua suatu ketika dulu. Satu nama terbit di minda. Langkah diatur untuk mendekat.

Mata menangkap kelibat Azim bersama lelaki itu. Barangkali mereka adalah kenalan. Naluri ingin tahu makin mendesak diri.

"Congratulations, Azim ! Cantik wife you.. Semoga kekal ke anak cucu.."

Menyapa mesra Azim yang tampak kacak memakai persalinan melayu dengan tengkolok di kepala. Bergelar raja sehari. Juwita disisi tersipu malu.
Pasangan mempelai sepadan sekali bergandingan. Bak pinang dibelah dua.

"Thanks, Lily !"

Azim serba salah.  Memandangkan Lily adalah tunangan Shahrul. Pasti wanita itu pilu mengenangkan Shahrul.

Masakan tidak, andai Shahrul masih ada, pasti Lily dan Shahrul turut sama berada dipelaminan.

Lily senyum. Beralih pandang ke arah lelaki berhadapan Azim.

"You Daniel, kan? Wife you mana?" Lily merenung ke arah para tetamu. Untung nasib dapat bertemu Jie.

Pasti inilah lelaki yang ditemui sewaktu di Columbus dulu. Agak serabut dengan misai dimuka.  Namun tidak menjejaskan kekacakan wajah. Tetap tampan dipandang.  

Zack tersentak mendengar. Merenung keliru ke arah Lily.

"Sorry I tak kenal siapa you.. Salah orang kot !"

Zack endah tak endah. Ingin segera berlalu. Hadir ke sini sekadar menjaga hati Azim.

"I jenis hafal muka orang.. May be you tak ingat I.. Almost 5 years or more than that.. I met you and wife you yang cantik tu dekat Columbus Park.. By the way, I am Lily Marina. You can call me Lily or Rina.."

Lily menghulurkan tangan untuk bersalaman.  Senyum sambil mengambil tempat bersebelahan Zack.

Zack terpana. Baru mengenali wajah cantik didepan mata. Huluran tangan bersambut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2015 04:32 PM | Show all posts
siapa pulak lily aka rina ni pulak TT... peninglah (bak kata shuib)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 04:48 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 17-8-2015 04:32 PM
siapa pulak lily aka rina ni pulak TT... peninglah (bak kata shuib)

Ada...

Cube recap bab Zack and Jie jumpe balik dkt Ohio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 04:51 PM | Show all posts
elia201 replied at 17-8-2015 04:48 PM
Ada...

Cube recap bab Zack and Jie jumpe balik dkt Ohio

alamak! terpaksa kena hold dulu sbb tak smpt nak recap lg... nantilah saya recap balik... busy sikit lately ni... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 07:24 PM | Show all posts
Zeeta meluat melihat kemesraan seorang wanita asing disisi Zack. Tak mengenali siapa gerangan yang berani mendekati bekas suaminya. Mengetap bibir. Marah.

Kemeriahan meraikan persandingan Azim dan Juwita bertukar hambar gara gara Zack. Sedari tadi Zack mengabaikan saja kewujudan Zeeta.

"Mama kenal ke siapa dengan Zaf tu?"

Zeeta sengaja mencungkil rahsia dari Tengku Safiah.

"Oh ! Dialah Lily.. Tunang kepada abang Azim yang hilang.."

Setakat berbicara sepatah dua kata saat bertemu tadi. Azim yang memperkenalkan Lily kepada Tengku Safiah dan Tan Sri Isa.

Entah kenapa melihat Zack dan Lily berduaan, timbul satu idea dalam fikiran Tengku Safiah.

Andai kata Jie dan Shahrul sudah pergi meninggalkan dunia fana, mungkin itulah petanda jodoh antara Lily dan Zack.

Tambah pula melihat Zack galak berbual disisi Lily. Sesekali Zack terlihat mengukir senyuman mendengar Lily berbicara.

Kepingin melihat anak bongsunya berbahagia dalam hidup, barangkali Lily adalah wanita sesuai menggantikan tempat Jie sebagai isteri Zack dan Mommy kepada Si Kembar. Fikirnya.

Tengku Safiah senyum memandang dari jauh. Senang hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 17-8-2015 09:33 PM

Khalid perasan Viana  dan Zulkarnain seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Baik Zulkarnain dan Viana asyik berbicara berdua sedari majlis bermula tadi. Curiga dengan tingkah mereka memandangkan Zulkarnain pernah menaruh hati pada Viana dulu.

Lantas mendekati lalu mengacu penumbuk ke arah Zulkarnain yang sedang membuka pintu kereta untuk pulang. Cemburu merasuk fikiran. Mengikut kata hati.

Mujur, Zulkarnain pintar mengelak. Menolak kasar tubuh Khalid. Tumbukan tersasar menyebabkan Khalid hilang imbangan dan tersungkur. Jatuh menyembah bumi.

Zulkarnain membatalkan hajat balik ke rumah. Pintu kereta ditutup semula. Lantaran marah, tangan menghempas kuat. Berdentum ! Lalu dikunci menggunakan punat automatik.

Segera menghampiri Khalid. Niat untuk bertanyakan rasional Khalid menyerang tadi.

Viana kini berada disisi suaminya. Cuba menenangkan Khalid. Menarik Khalid supaya bangun dan masuk semula ke ballroom hotel.

Tujuan untuk memberitahu kepulangan mereka kepada Azim dan isteri. Tidak manis jika mereka pergi tanpa pamit terlebih dahulu.

Zulkarnain mempercepatkan langkah menghampiri pasangan suami isteri itu.

Serentak itu,  letupan kuat kedengaran. Kereta Audi R8 milik Zulkarnain terbakar dijilat api sekelip mata. Hangus.

Suasana hotel kelam kabut. Pengawal keselamatan hotel cuba meredakan keributan. Polis sudah dimaklumkan.


Semua tetamu termasuk pengunjung hotel bertempiaran lari untuk ke tempat selamat kerana khuatir wujud bom yang tersembunyi.

Zulkarnain dan Viana berpandangan. Satu prasangka menyelinap. Ada musuh ingin melihat Zulkarnain mati !







Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo la yang dongki amat tu? :::
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 09:49 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-8-2015 09:54 PM

Telefon bimbit miliknya dicampak ke dinding. Marah membara. Usai mendapat perkhabaran Zulkarnain terselamat dari letupan bom diri hilang kawalan. Sudahlah Jie masih belum diketahui hidup atau mati. Nyawa Zulkarnain pula payah ditamatkan.

Masalah masalah ! Mendengus geram. Duduknya tak tentu hala.

Kenapa dengan aku ni ?! Kepala berserabut. Menumbuk kuat meja. Jari luka. Berdarah. Kesakitan tidak dihirau.

Bisikan mendayu bergema kuat diminda. Merasuk menghilangkan kewarasan akal fikiran.

Mengaku sajalah kau masih cintakan dia.. Najiha perlukan kau sekarang.. Cari dia..

Satu suara dalam diri mendesak sukma supaya menjejaki Jie.

Jangan Hareez !!  Sebelah lagi hati bersuara.

Lantas,  kelibat seorang lelaki terpantul muncul depan mata. Mirip wajahnya namun berpakaian serba gelap. Mata merenung tajam. Bengis.

"Kau lupa apa perempuan tu buat dulu? Dia permainkan cinta dan kasih sayang kau !  Kau langsung tak ada harga di mata dia.. Perempuan macam Najiha tak layak hidup !!"

Lelaki berbayang hitam marah. Bangkit ingin menyerang Hareez yang kian tunduk pada cinta Najiha.

"Tapi aku nakkan dia !! Kau tak layak mengarah aku !!"  Memberontak. Makin hilang kawalan diri.

Mencapai kerusi lalu dibaling ke arah imej hasil halusinasi otak sendiri. Bayangan hitam kabur lalu menghilang. Tenang.

Suasana kembali aman. Menarik nafas lega.

Najiha.. I janji akan cari you ! I tak ada niat nak bunuh you ! I cintakan you !  Terduduk meratap lemah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 18-8-2015 07:30 AM

"Aku nakkan Najiha. Cari dia sampai dapat !"

Satu arahan keras diberikan.

Hareez menghulur sampul berisi selambak duit ke arah Taufik yang kini berubah penampilan. Membetulkan kedudukan topi dikepala.

Sedar ada beberapa pasang mata mencuri pandang wajah tampannya. Sudah terbiasa menjadi tumpuan para gadis. Malas ambil kisah.

Taufik terpinga mendengar butir bicara sahabat baiknya.

"Kau gila ke, bro ?!" Nada suara pelahan. Bimbang perbincangan mereka ketahuan.

"Kau nak buat apa dengan dia?! Isteri orang tu !"

Kadang Taufik buntu memikir. Terlalu ramai lelaki menggilai Najiha. Entah ilmu pemikat jenis apa yang diguna Najiha. Simpati melihat teman disebelah. Hingga kini bak pungguk rindukan bulan. Penangan cinta Najiha.

"Peduli apa aku !!" Nada suara agak meninggi.

"Chill bro !" Taufik cuba menenangkan.

"Kau dah balas dendam pada Rayyan dan Najiha.. Cukup cukuplah tu ! Fokus pada diri kau sekarang ! Dari kau angaukan Najiha tu baik kau cari perempuan lain..  Lagi cantik dan fresh ! Najiha dah ada anak pun.."

Pada Taufik secantik mana pun Najiha yang digilakan tetap pernah 'disentuh' lelaki lain. Tiada keistimewaan lagi. Hareez boleh saja memilih gadis suci sebagai pendamping.

"Fresh ?" Hareez gelak.

" Berapa banyak perempuan yang so called virgin tapi sebenarnya tak ? Berlambak bro !" Sememangnya ramai wanita ditemui sudah hilang harga diri. Mudah dibawa ke ranjang.

Sedar Jie bukan lagi gadis suci seperti waktu mula dikenali dulu. Namun tiada yang mengubah cintanya.  Diri pun tidak sebaik mana. Arak dan wanita peneman setia.

"Dahlah jangan banyak cakap.. Cari Najiha sampai dapat.. Lagi satu aku nak kau hapuskan Zulkarnain dulu.. Dia tu bahaya !"

"Lepas tu baru bunuh Rayyan. Bila kau dah jumpa Najiha, bunuh suami dia pula..  Aku tak nak lelaki yang pernah ada history dengan Najiha hidup didunia. Najiha hak aku !!"

Memandangkan Rayyan dan Zack masih lagi hidup terumbang ambing maka kedua mereka bukan ancaman buat masa ini.

"No hal lah bro ! Di tanggung beres !!"

Taufik memberi.jaminan.  Baru teringat sesuatu. Fail berisi maklumat penting diserah kepada Hareez.

"Semua details pasal mamat yang kau culik sekali dengan Najiha ada dalam ini.."

Segala arahan dari Hareez cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Taufik sudah banyak berhutang budi. Anggaplah ini sebagai tanda membalas jasa baik Hareez.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 09:59 AM | Show all posts
Hareez? siapa mamat gila ni TT? confius





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 11:26 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 18-8-2015 09:59 AM
Hareez? siapa mamat gila ni TT? confius

Haha.. saje nak bagi pening
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 12:02 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-8-2015 11:26 AM
Haha.. saje nak bagi pening

credit for u TT...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 02:11 PM | Show all posts
adoi...ble nk abis ni? poneng dh hakak baca dr page 1...cinta...sayang...cemburu...culik...bunuh...pistol...dendam...lpas tu baik balik...dh berpusing2...smpi anak jiha dh masuk 3 pun xleh move on2 lg dorg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 02:38 PM | Show all posts
oohhh my ade watak baru plak ke tt...
mau thn dpn baru abis ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 04:15 PM | Show all posts
lurve82 replied at 18-8-2015 02:11 PM
adoi...ble nk abis ni? poneng dh hakak baca dr page 1...cinta...sayang...cemburu...culik...bunuh...p ...

Hehe.. anggap jerla hiburan ganas kak.. I memang suka wat org pening.. be it in writing or real life.. jangan mara k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048248 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list