|
Walaupun penyertaan pertama dua pemanah berkuda cilik ini di pentas antarabangsa tanpa diiringi pasukan pengurusan yang ramai, mereka masih mampu mempamer aksi cemerlang sehingga merangkul kejuaraan.
Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adik perempuannya, Heba Nusaybah, 11, mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di pusat equestrian, Domaine de Gauchoux di Perancis pada 21 Ogos hingga 24 Ogos lalu.
Kejohanan itu disertai lebih 110 peserta dari 16 negara seperti Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.
Abdurrahman merangkul gelaran juara bawah 14 tahun apabila memenangi tiga format yang dipertandingkan, manakala Heba Nusaybah mendapat tempat kedua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|