|
Operasi SAR tanah jerlus dihentikan hari ini - Dr Zaliha
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, dihentikan petang ini.
Perkara diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di sini, hari ini.
Katanya, perkara itu diputuskan selepas mengkaji semula laporan daripada semua agensi berkaitan operasi SAR, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
"Keputusan yang diambil ialah untuk mendapat pandangan daripada sudut pakar, sebelum kita mengambil apa-apa keputusan.
"Oleh kerana itu, setelah kita mengumpulkan semua bentuk kepakaran yang ada termasuklah dari pihak PDRM, bomba, DBKL, Indah Water Konsotium (IWK), Jabatan Geologi, Agensi Nuklear Negara dan pelbagai lagi telah diambil pandangan.
"Kita telah membuat keputusan untuk kita memberhenti mencari dan menyelamat pada hari ini," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|