|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: JOM HEALING
[Copy link]
|
|
wehuuuuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
dari 20 page
kamonnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. tulang rangka kan
dap tu buat sup
|
|
|
|
|
|
|
|
haishh... dengki punya pasal snggup buat mcm tu
habis masa depan sikin
|
|
|
|
|
|
|
|
penunggang ugama kt masia bkn org melayu aje kan
non malay muslim pun lebih kurang
huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
sini ado juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 10.08 malam ini.
Mewnurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 105 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 142km barat daya dari Tasikmalaya, Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Kondominium mewah setinggi 42 tingkat yang terletak di kawasan ibu kota dikesan menjadi 'sarang' penempatan warga asing, sejak lebih tiga tahun lalu.
Hampir keseluruhan unit di dua blok bangunan lengkap dengan kawalan keselamatan itu dipercayai dihuni oleh warga asing termasuk penthouse dua tingkat yang mempunyai enam bilik terletak di bahagian paling atas bangunan berkenaan.
Perkara itu dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Bersepadu di kondominium di Jalan Munshi Abdullah di sini, kira-kira 1 pagi tadi.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dijalankan selepas risikan dan aduan orang awam mengenai kebanjiran warga asing di kawasan itu.
"Dalam serbuan itu, seramai 3,016 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 136 warga asing berusia antara 20 hingga 70 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia (45), Pakistan (41), India (33), Indonesia (12), Nepal (4) dan Thailand (1).
"Kesalahan tertinggi dikesan adalah tinggal lebih masa, pasport tamat tempoh dan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.
Ruslin berkata, operasi dengan kekuatan 338 pegawai dan anggota JIM dari Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Ini kali kedua JIM menyerbu lokasi terbabit dengan kali pertama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua tahun lalu.
"Siasatan awal mendapati warga asing ini menyewa di dua blok kondominium yang mana setiap unit mempunyai tiga atau empat bilik dan kediaman itu dihuni sekurang-kurangnya lapan orang.
"Kadar sewa bagi setiap bilik berharga antara RM500 hingga RM800 sebulan bergantung kepada saiz bilik. Ada yang ditahan tinggal di penthouse dan ini menunjukkan warga asing mempunyai kemampuan yang besar," katanya.
Namun, katanya, JIM akan menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan majikan dan pemilik unit kediaman itu.
Beliau berkata, kesemua warga asing ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor, untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Untuk rekod, sebanyak 7,169 operasi dilaksanakan JIM sejak Januari lalu sehingga kelmarin, dengan 48,656 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan 245 majikan ditahan.
Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 8:18am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Keinginan untuk menyambung pengajian tidak pernah luntur dalam diri dua pemuda dari Sabah ini, meskipun menyedari mereka perlu menghabiskan hampir keseluruhan usia muda di sebalik tirai besi.
Bagi Farhan dan Amri (masing-masing bukan nama sebenar), status sebagai penghuni penjara di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah, bukanlah penghalang untuk mengejar cita-cita dalam pelajaran.
Farhan, 32, yang sedang menjalani hukuman sepanjang hayat sebagai Tahanan Limpah Tuan Yang Terutama atas kesalahan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan pada 2010, mengakui keputusannya menyambung pengajian adalah untuk membanggakan ibu bapanya.
"Saya sudah berada di penjara sejak berusia 17 tahun. Saya ingin buktikan kepada keluarga terutama arwah ibu, yang penjara bukan hanya tempat menghukum, tetapi juga pusat memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.
"Penjara banyak mengajar saya erti kehidupan dengan memberi peluang kepada saya menimba pelbagai ilmu dan kemahiran," katanya kepada Bernama selepas menerima skrol Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Pro Canselor Open University Malaysia (OUM) Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen ke-27 OUM, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur di sini, bermula 14 hingga 17 Oktober lalu.
Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2010, Farhan memilih menyambung pengajian di OUM pada 2014 namun terhenti seketika pada 2019 dan kembali meneruskan pengajian pada 2021.
"Saya hampir tersungkur di pertengahan jalan. Namun, berkat sokongan keluarga, guru dan rakan sepenjara membuatkan saya kembali bertekad untuk berjaya. Jika dahulu, saya tersilap langkah, kini saya mahu buktikan kepada masyarakat banduan juga boleh berjaya," katanya.
Bahkan, anak kelapan daripada sembilan adik-beradik itu tetap optimis mencorakkan masa hadapannya, agar tidak mengulangi sejarah kelam, malah turut memasang impian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sekiranya berpeluang.
"Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia memberi peluang untuk saya kembali belajar malah hingga ke universiti. Bagi saya, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya," katanya yang turut memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 pengkhususan dalam bidang jahitan.
Bagi Amir, 30, pula, walaupun situasi pembelajaran di penjara jauh berbeza dengan di luar kerana terikat dengan undang-undang yang ditetapkan, ia bukan penghalang baginya melanjutkan pelajaran sehingga berjaya memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan daripada OUM.
Beliau yang berasal dari Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah berkata, kejayaan yang dikecapi itu hasil dorongan keluarga dan rakan di penjara serta guru yang tidak putus-putus membantunya dalam mendapatkan bahan pembelajaran.
"Pengalaman belajar di dalam penjara amat mencabar apatah lagi selepas OUM memperkenalkan pengajian secara dalam talian. Lagi pula, penggunaan internet di penjara terhad, tetapi pelbagai perkara perlu dilakukan, sehingga membuatkan saya hampir patah semangat selain diburukkan lagi apabila dijangkiti Covid-19.
"Namun, saya terharu dan menghargai usaha Jabatan Penjara Malaysia, OUM dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung kerana memberikan peluang kedua kepada saya meneruskan pengajian," katanya.
Dalam pada itu, anak kedua daripada lima beradik itu yang menjalani hukuman penjara sejak berusia 16 tahun, sempat menitipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa meluangkan masa mengeratkan dan menghargai hubungan kekeluargaan.
Amri, disabitkan kesalahan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan pada 2011, kini sedang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat sebagai Tahanan Limpah Tuan Yang Terutama di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.
Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 7:01am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DUA daripada empat gambar tular wanita yang berkelakuan tidak sopan di Sabah.
Kota Kinabalu: Polis menyiasat gambar tular wanita berkelakuan tidak sopan dan berpakaian separuh bogel di tempat awam di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya mengesan empat gambar wanita itu yang tular semalam.
"Dua gambar menunjukkan wanita yang menayangkan payudara dan punggungnya, manakala dua gambar lagi wanita hanya berpakaian dalam di sekitar Jalan Gaya pada siang hari.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya dalam kenyataan media.
Mohd Zaidi meminta orang ramai yang mengenali individu atau mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436 atau balai polis berhampiran.
Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 12:58am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sibu: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun antara tiga maut selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka jatuh gaung sebelum terjunam ke dalam kolam di Batu 69 Jalan Simpang Pelugau-Tatau, tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, kanak-kanak itu dikenali Hidayat dipercayai warga Indonesia selain, Dominic Serang, 33, dan Robin Kehing, 34.
Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari.
"Ketika pasukan tiba, kenderaan itu yang terjunam ke dalam kolam, ditarik ke tebing menggunakan jengkaut atas arahan polis.
"Mangsa pertama iaitu kanak-kanak itu ditemui di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, pasukan kemudian melakukan pencarian ke atas dua lagi mangsa di dalam kolam, sebelum menemui mereka yang kemudian turut disahkan meninggal dunia.
Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sibu bagi tindakan lanjut.
Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 12:00am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siang penat ... mlm kita rehat
|
|
|
|
|
|
|
|
mek watpe tu |
|
|
|
|
|
|
|
diva aa ni bila nk insoffffffffff |
|
|
|
|
|
|
|
intai...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|