|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 8-9-2006 06:01 PM
Suatu ketika dahulu.. Ustaz Haji Ashari Muhammad dikenali oleh pengikutnya sbg Abuya Imam Ashari At-Tamimi.. begitulah tak salah saya... sekadar nak tahu... gelaran 'imam.. at-Tamimi' tu masih dise ...
Abuya Al Fatta At Tamimi.....terkini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-9-2006 08:17 PM
Abuya Al Fatta At Tamimi.....terkini....
Waduh...waduh, ini bisa masuk kitab World Guinness Stout Of Record. Jika di himpunkan semua gelaran-gelaran Abuya pasti ianya yang terpanjang di nusantara ini. Gimana tante? Tak mau buat percalonan ka??
Al-Ustaz Tuan Haji As-Sheikh Al-Murshidul Al-Imam Al-Abuya Al Fatta At Tarmimi siregar Al ismi Asaari @ Ashaari Muhammad Al-Pilliniyah Al-Malaizie.
Sayang...Tun Ghaffar Baba tak sempat menjawat PM seperti yang diramalkan, jika tidak pastinya gelaran Tan Sri ataupun sekurang-kurangnya Datuk pasti dalam tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
PENYELESAIAN KEPADA SEGALA KRISIS DI DUNIA YANG KRONIK,MANUSIA PERLU KEPADA PEMIMPIN YANG DEKAT,FAHAM DAN DIBANTU ALLAH12/09/2006
Saat ini dunia sedang prihatin menghadapi berbagai masalah yang sangat parah. Bahkan banyak orang yang sudah berputus asa dengan keadaan yang tidak menentu. Mereka tidak mampu membayangkan masa depan bangsa dan juga dunia. Bukan manusia tidak berusaha mencari penyelesaian, tetapi semakin dicari semakin dunia bertambah rusak. Pembunuhan, pergaduhan, peperangan sudah menjadi makanan harian. Manusia menzalim,menindas, menipu, mementingkan diri, jatuh menjatuhkan, hasad dengki,pemarah, takabur, bakhil, berdendam dan lain- lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang, beke jasama., bertolak ansur dan bertolong bantu.Sebaliknya mereka berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang.Pertengkaran terjadi di antara suami dengan isteri, anak-anak dengan ibu bapak, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dengan pemimpin,negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.Masyarakat manusia sudah tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan.
Yang menyedihkan lagi, dalam keadaan yang sudah haru biru ini,manusia tidak menyadari bahwa sebenarnya semua masalah ini bersumber karena manusia telah meninggalkan Tuhan. Tuhan seolah-olah tidak berperanan dalam kehidupan mereka. Hubungan dengan Tuhan hanyalah menyangkut solat, zakat, puasa atau haji saja, sedangkan dalam kegiatan harian lainnya, Tuhan dianggap tidak tahu. Manusia mencari penyelesaian dengan akalnya sendiri. Secara sadar atau tidak, manusia telah menggantikan Allah sebagai tuhannya kepada akal. Akhirnya penyelesaian masalah membawa kepada bertambah parahnya kerusakan. Kebanyakan manusia sudah lupa bahwa Tuhanlah penyelesai segala masalah. Sepatutnya pada Tuhan jualah manusia mengadukan segala masalah untuk diselesaikan, bukan mengada-ngadakan penyelesaian dengan akal saja.
Untuk memperbaiki keadaan ini manusia memerlukan pemimpin yang dekat, faham dan dibantu Allah. Sungguh tidak logik bila ada orang yang berpendapat bahwa yang penting adalah sistemnya, bukan siapa yang menjadi pemimpinnya sebab dengan sistem itu pemimpin dibentuk. Tentu saja bila pendapat ini kita terima sama dengan kita menyetujui bahwa kereta api, lengkap dengan relnya, dapat dikemudikan oleh siapa saja termasuk kerbau. Yang penting ada kereta api, bahan bakar dan sistem-sistem lainnya. Agama Islam adalah agama yang sempurna dan mencakup seluruh aspek kehidupan manusia. Sebenarnya Tuhan telah menunjukkan dalam A1 Qur`an cara penyelesaian krisis disaat manusia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Dalam surat A1 Baqarah ayat 246-247 , Tuhan mengajarkan pada manusia yang sedang ditimpa masalah berat di waktu itu untuk menyelesaikan masalah mereka dengan bertanya kepada Tuhan melalui Orang Tuhan atau orang yang dekat dengan Tuhan.
Di zaman itu masyarakat Bani Israel memohon kepada Nabi Samuel untuk berdoa dan meminta petunjuk kepada Tuhan agar diturunkan seorang pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Waktu itu Nabi Samuel menyatakan pada umatnya akankah umatnya menerima apa yang dia sampaikan. Umatnya menyatakan bahwa mereka akan menerimanya. Lalu Nabi Samuelpun berdoa dan dengan wahyu dari Allah, Nabi Samuel menyatakan bahwa Allah telah menunjuk Thalut untuk memimpin umat diwaktu itu melawan musuhnya. Dan dengan izin Tuhan akhirnya dibawah kepemimpinan Thalut mereka mendapat kemenangan atas musuhnya. Padahal Thalut hanyalah seorang petani yang awalnya tidak dikenal oleh kebanyakan masyarakat di zaman itu. la tidak mempunyai pengalaman ekonomi, politik, tentera ataupun kenegaraan lainnya. Tapi begitulah bila Tuhan sudah berkehendak, maka Ia pilih pemimpin Nya dan dia turunkan bantuanNya.
Sungguh menyedihkan bila dalam realitinya, kebanyakan manusia tidak tergerak untuk mencari pemimpin yang dapat membawa dirinya dan manusia kepada penyelesaian yang menjadikan manusia kembali pada kemuliaannya. Padahal seperti disebut dalam sejarah bahwa apabila telah rusak manusia-manusia di satu zaman, maka Allah akan mengutuskan orang- Nya untuk membetulkan keadaan. Di zaman masih ada Nabi dan Rasul, Tuhan utus nabi dan Rasul dan di zaman tidak ada nabi dan Rasul Allah utus ulama yang berwatak Rasul.
Rasullullah bersabda :
Maksudnya: " Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun orang yang memperbaharui urusan agama."
Yang dimaksudkan hadis ini ialah selepas wafatnya Rasulullah SAW, di setiap awal seratus tahun hijrah, Allah akan mengutuskan seorang hamba-Nya ke dunia, yang tugasnya ialah untuk menghidupkan kembali ajaran Islam untuk kurun itu. Sesuai dengan tugasnya maka orang -orang itu disebut REFORMER (MUJADDID). Dia tidak membawa ajaran baru tapi menunjukkan manusia untuk mengamalkan Islam dengan tepat dan indah di zamannya.
Marilah kita ambil perhatian ingatan Tuhan melalui hadist Rasulullah tersebut di atas. Atas nama kasih sayang Tuhan, Tuhan mengirim di setiap awal kurun seorang mujaddid yang akan menunjukan kepada manusia bagaimana manusia dapat hidup secara Islam yang indah, selamat dan menyelamatkan. Kalau begitu sudah tentu wajib bagi setiap individu untuk mencari siapa mujadid tersebut, agar ia mendapat panduan hidup seperti yang Allah kehendaki. Dengan kata lain ia akan mendapat panduan bagaimana mengamalkan Islam di zaman ini. Carilah pemimpin yang Tuhan pilih. Itulah jalan penyelesaian dari Tuhan kepada manusia di dunia ini. Kalau kita hanya mau menggunakan akal saja, walau berkumpul seluruh pemimpin dan saintis dari seluruh dunia tidak akan dapat menyelesaikan masalah dunia yang sudah begitu kronik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-9-2006 08:10 AM
Waduh...waduh, ini bisa masuk kitab World Guinness Stout Of Record. Jika di himpunkan semua gelaran-gelaran Abuya pasti ianya yang terpanjang di nusantara ini. Gimana tante? Tak mau buat percal ...
ya pak...mau dibawa ke dispensari kok sakitnya kuat banget sampei waduh..waduh...berbisa sih??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-9-2006 08:17 PM
Abuya Al Fatta At Tamimi.....terkini....
sapa yang bagi title ni...Allah Taala ke...
pengikut biasa boleh pakai tak kalau lebih beriman dari abuya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
PERANAN TAQWA
14/09/2006
Taqwa secara umumnya adalah perkara yang telah lama hilang dari umat Islam. Ia berlaku sejak tujuh ratus tahun dahulu bermula dari kejatuhan empayar Islam. Sebab itu,mulai peristiwa tersebut, umat Islam terhina di mana-mana.
Bukan kita tidak berjuang, bukan kita tidak berbuat, bukan kita tidak berusaha dan bukan kerana kita tidak berani tetapi hasil yang kita dapat dari perjuangan dan usaha kita itu tidak padan dengan tenaga yang kita curahkan dan tidak berbaloi. Ibarat orang menanam padi beratus ekar, hasilnya hanya beberapa guni sahaja sedangkan dalam Islam ada kaedah untuk mendapat hasil yang berlipat ganda. Kita boleh tanam padi satu ekar tetapi hasilnya berpuluh-puluh guni. Inilah rahsia tersirat yang mesti kita bongkar. Kita kena kaji kenapa ada orang menanam sedikit tetapi hasilnya banyak. Dan ada pula orang menanam banyak tetapi hasilnya sedikit.
Umat Islam mesti mengubah cara berfikir. Kita mesti tanam cita-cita Tuhan dan cita-cita Rasul dan hendaklah kita berfikiran luas. Kita mesti ingat bahawa dalam ajaran Islam, syariat mahupun bantuan yang datang dari Tuhan ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin. Selama ini kita hanya tahu dan mengkaji yang lahir sahaja. Kalaupun kita dapat bantuan dari Allah, kita hanya dapat yang berbentuk lahir iaitu yang sedikit sahaja. Hanya setakat 10% maksimum. Bantuan yang bersifat batin dan ghaib yang nisbahnya sebanyak 90% kita tidak dapat. Padahal inilah kelebihan umat Islam terdahulu di zaman Sahabat, Tabiin, Tabit Tabiin dan para salafussoleh. Mereka banyakdibantu dengan bantuan-bantuan batin dan bantuan-bantuan ghaib. Mereka tahu rahsianya dan mereka tahu kaedahnya. Iaitu mereka bersandar kepada Allah dengan mengusahakan dan menjadi orang yang bertaqwa. Mereka hanya berbuat 10%. Yang 90% lagi Allah yang cukupkan.
Banyak ayat dan Hadis yang menceritakan tentang hal ini dan tentang janji-janji Tuhan kepada orang-orang yang bertaqwa. Disebut bahawa orang bertaqwa rezekinya diberi tidak tahu dari mana sumbernya. Dilepaskan dia dari masalah hidup. Diberi ilmu dan dipermudahkan urusan dan berbagai-bagai lagi. Kemudian waktu susah, waktu darurat, waktu tercabar walaupun berlaku juga ujian untuk didikan tetapi tidak berlama-lama.
Tuhan akan beri jalan kepada orang bertaqwa untuk terlepas dari ujian itu. Di situ ada dua maksud.
1. Bagi orang bertaqwa, ujian yang mencemaskan adalah untuk mendidik. Dalam cemas ada didikan.
2. Selepas itu, Tuhan cepat lepaskan dia dari ujian itu supaya terasa bantuan Tuhan. Itu hiburan bagi orang bertaqwa supaya mereka dapat bersyukur.
Kesusahan itu berbagai-bagai bentuk. Kesusahan sakit, musibah, musuh mencabar dan lain-lain lagi. Kalau ada bala bencana di tempat kita, itu juga kesusahan. Kalau waktu itu ada orang jahat dan baik, kita boleh lihat orang baik cepat dilepaskan dari kesusahan itu. Orang jahat mungkin selepas itu akan bertimpa-timpa lagi kesusahan. Didatangkan berkat pada orang bertaqwa dalam berbagai aspek sama ada pada harta, keluarga, perjuangan, pendidikan, kebudayaan, pentadbiran dan lainlain. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamakcool at 15-9-2006 09:54 AM
sapa yang bagi title ni...Allah Taala ke...
pengikut biasa boleh pakai tak kalau lebih beriman dari abuya sendiri
Ini satu soklan yang baik nie....takda sapa ka dari ahli rufakak yang nak buat kajian? Rasa-rasanya boleh buat satu thesis nie dengan proposal camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 17-9-2006 03:59 PM
Ini satu soklan yang baik nie....takda sapa ka dari ahli rufakak yang nak buat kajian? Rasa-rasanya boleh buat satu thesis nie dengan proposal camni.
ada² saja la nak cucuk ... |
|
|
|
|
|
|
|
HATI YANG MATI
Jika seseorang melihat orang yang susah
Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta
Kalau melihat orang yang mendapat bala
Jiwa orang itu tidak derita,
Melihat biasa sahaja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah
Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah
Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati
Orang yang hatinya buta atau mati
Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati
Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas
16.10.2002 |
|
|
|
|
|
|
|
Salah Faham Tentang Makna Jahil
Dalam dua buah Hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Akan ada satu zaman di mana para ulamanya fasik dan para ahli ibadahnya jahil. "
"Amal tanpa ilmu akan tertolak. "
Kita akan fokus pada sabda Rasulullah SAW tentang amal tanpa ilmu akan tertolak dan ahli ibadah yang jahil.
Memang benar, orang yang beramal secara jahil, tanpa ilmu atau tanpa bersungguh-sungguh berusaha mempelajari ilmu khususnya ilmu-ilmu fardhu ain, maka amalannya akan tertolak. Banyak orang yang beranggapan bahawa yang dimaksud dengan jahil di sini adalah jahil dari sudut ilmu feqah atau syariat saja.
Misalnya orang yang mengerjakan solat tidak faham cara taharah, berwuduk, gerakan-gerakan dan bacaan-bacaan solat dan lain-lain. Orang yang berpuasa tidak faham ilmu tentang puasa, rukun, sah batalnya dan sunat puasa. Atau orang yang mengerjakan haji tidak faham rukun, wajib dan sunat haji. Sehingga yang mereka anggap orang-orang jahil itu adalah orang-orang awam Islam yang tidak pernah belajar Islam di pondok atau sekolah-sekolah Islam. Mana-kala ulama, sarjana lulusan universiti Islam atau orang yang belajar ilmu-ilmu Islam di pondok tidak dianggap tidak jahil oleh mereka dan tidak termasuk ke dalam kelompok ahli ibadah yang jahil.
Memang jahil dari sudut ilmu feqah adalah satu kesalahan yang tidak dibolehkan dalam Islam. Tetapi ada satu bentuk kejahilan yang lebih merbahaya dari jahil dari sudut ilmu feqah ini iaitu jahil tidak kenal Tuhan. Dosa jahil tidak kenal Tuhan ini lebih besar daripada dosa tidak mengerjakan solat. Jahil inilah yang banyak menimpa umat Islam termasuk para ulama, cendekiawan dan sarjana lulusan universiti-universiti Islam.
Kenal Tuhan tidak sama dengan percaya pada Tuhan. Hari ini kalau kita tanya pada orang kafir sekalipun, apakah mereka tahu dan percaya adanya Tuhan, tentu mereka akan menjawab: kami tahu dan percaya Tuhan. Tetapi sebenarnya mereka tidak kenal Tuhan, tidak merasakan peranan Tuhan di dalam kehidupan seolah-olah Tuhan sudah tidak ada dalam kehidupan mereka. Pada perasaan mereka sama saja apakah Tuhan ada ataupun tidak ada.
Tuhan itu Maha Berkuasa, Menghidupkan, Mematikan, Menghukum, Mendengar, Melihat, Maha Besar, Maha Agung, Penyelamat, Penjaga, Pelindung, yang memberikan nikmat, yang menurunkan rahmat, dan memberikan nikmat, yang mewujudkan apa saja di dunia ini mahupun di akhirat. Tidak ada satu butir debu pun yang wujud tanpa pengetahuan Tuhan. Besarnya Kuasa Tuhan itu, bila Dia berkata jadi makajadilah, Tuhan berkata wujud maka wujudlah, Tuhan berkata hidup maka hiduplah, Tuhan berkata mati maka matilah, Tuhan berkata sihat maka sihatlah, Tuhan berkata sakit maka sakitlah.
Itulah Dia Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan mencip-takan manusia. Tidak cinta dan takutkah manusia dengan Tuhan-nya? Itupun baru sedikit kita melihat sifat-sifat yang ada pada Tuhan.
Kalau manusia ini hatinya sudah merasakan kehebatan Tuhan, barulah datang cinta dan takut pada Tuhan, barulah datang berbagai rasa bertuhan yang lain seperti rasa dilihat, diawasi, terasa kebesaran, keagungan dan kasih sayang Tuhan. Bila orang kenal Tuhan barulah jiwanya hidup semula. Bila dia akan berbuat hal yang paling kecil sekalipun dia akari berfikir dan bertanya pada Tuhan, apakah Tuhan suka atau ddak. Inilah ubat pertama kepada manusia. Inilah ubat pertama kepada penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh manusia di dunia ini.
Sekarang, umat Islam mahupun bukan Islam, sudah tidak kenal Tuhan. Sekalipun percaya Tuhan, tapi Tuhan sudah hilang di hatinya. Orang yang tidak kenal Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang solat pun ddak kenal Tuhan. Walaupun mereka banyak di masjid, tapi sebenarnya tidak mencintai Tuhan. Buktinya akhlak dan peribadi mereka tidak beru-bah. Orang yang berhaji, banyak mengerjakan umrah dan ibadah-ibadah lain sudah tidak dikaitkan dengan Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, ddak lahir pemurah, kerjasama, bermaaf-maafan. Akhirnya di dalam masjid pun terjadi pertengkaran dan perkelahian kerana memperebutkan jawatan dan dunia.
Kalau orang yang tidak kenal dan sayang Tuhan itu orang yang tidak ikut syariat, tidak mengerjakan solat, tidak membayar zakat atau tidak mengerjakan haji, masih dapat diterima. Tetapi apa yang terjadi, yang menjadi pembohong, memfitiiah, menipu, menyele-weng adalah di kalangan mereka yang solat, naik haji, umrah, zakat dan lain-lain. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah tandanya ikut Islam tetapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, bahkan orang yang solat pun sudah terpisah dengan Tuhan.
Tidak kenal Tuhan adalah satu musibah, kejahilan dan dosa yang besar. Dosa tidak kenal Tuhan lebih besar daripada dosa tidak mengerjakan solat. Tidak ada musibah dan kejahilan yang paling besar pada manusia melainkan musibah tidak kenal Tuhan. Kerana Rasulullah SAW sudah ingatkan bahawa awal-awal agama adalah mengenal Allah. Kalau kehilangan wang, kuasa dan lain lain, itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia tidak kenal dan sudah kehilangan Tuhan, cinta Tuhan sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar.
Jadi kalau manusia tidak kenal Tuhan, tentu mereka tidak cinta dan tidak takut Tuhan, padahal Tuhan itu patut dicintai. Maka automatik mereka tidak cinta sesama manusia. Mana mungkin kita dapat mencintai orang lain, kalau dengan Tuhan yang sangat berjasa kepada kita pun tidak kita cintai. Tidak kenal Tuhan, manusia tidak akan takut pada Tuhan. Akibatnya mereka tidak merasa pengawasan ghaib dari Tuhan sehingga tidak takut untuk membuat maksiat dan kejahatan.
Kerana itu bila manusia jahil, tidak kenal, tidak cinta Tuhan, automatik cinta pada sesama manusia sudah tidak murni. Akibatnya manusia tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada timbang rasa, tidak ada perikemanusiaan, tidak ada keadilan dan tidak bekerjasama. Kalaupun ada kerjasama bukan kerana cinta, ia tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin kerana ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. |
|
|
|
|
|
|
|
CINTA DUNIA
Lawan zuhud ialah cinta dunia. Yakni orang yang hatinya terpaut dengan dunia atau mencintai dunia. Sama ada dia boleh memiliki dunia atau tidak, sedikit atau banyak, maka ternafilah sifat zuhudnya. Antara dunia itu ialah harta, yakni yang berupa wang, emas, intan berlian, rumah, kenderaan, tanah, kebun dan lain-lain lagi. Atau pangkat seperti jawatan raja, perdana menteri, menteri, pengarah, pegawai tadbir, kerani, mufti, kadhi dan lain-lain lagi. Dunia ini sifatnya mempesonakan macam gadis cantik yang menggamit-gamit. Siapa yang terpandang semua akan jatuh hati. Jadi siapa saja yang memandang atau memiliki gadis cantik ini tidak lepas dari tertarik atau tergoda padanya. Begitulah juga dengan orang yang cinta dunia. Sudah pasti dunia itu akan mempesonakannya. Orang ini tidak akan dapat lepas lari dari ditipu daya olehnya.
Allah nyatakan hal ini di dalam firman-Nya:
Maksudnya: 揇an kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. |
|
|
|
|
|
|
|
RAMADHAN MEMBERI PELUANG UNTUK KITA KEMBALI KEPADA FITRAH YANG SUCI MURNI
24/09/2006
Mengapa Hari Raya Aidil Fitri dinamakan juga Hari Raya Fitrah? Kerana hari itu hari di mana manusia keluar dari Ramadhan membawa diri yang suci bersih lahir dan batin, sebagaimana fitrah semulajadinya. Sebab latihan-latihan ibadah yang diperintahkan di dalam bulan Ramadhan, kalau dilaksnakan mengikut displin syariat lahir dan batinnya mampu mampu mengembalikan manusia kepada fitrah murni, sama seperti mana ia mula-mula dilahirkan ke dunia. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya : Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Fitrah manusia sewaktu baru datang ke dunia, yakni sebelum diracuni oleh kesesatan dan maksiat, adalah bersih dari segala kejahatan lahir dan batin. Hati manusia asalnya atau fitrahnya adalah baik, menyintai kebaikan, kenal dan taat kepada Allah SWT. Sebab hati memang mengaku yang dia adalah hamba Allah. Hati tidak setuju kalau dia dikatakan hamba syaitan, hamba nafsu, hamba betina atau lain-lain selain Tuhan.
Benarlah Allah berfirman:
Terjemahannya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab Ya, kami menjadi saksi (Engkaulah Tuhan kami). (Al A |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 17-9-2006 06:13 PM
ada² saja la nak cucuk ...
Laaa...ini bukannya nak cucuk tapi ni satu idea bernas ni sampai boleh buat master dengan tajuk ni. Selain nak mengkaji Tuan Imam engko tu elok jugalah mengkaji latarbelakang sejarahnya termasuk semua title-title yang diperolehinya itu.
Kalau tak silap Abuya tu gelaran yang diberikan oleh ahli-ahli gengnya di Indon kan? Dengar ceritanya mereka nak samakan darjatnya dengan ulama terkenal Indonesia iaitu Abuya Hamka dan bolehlah lepas tu mereka cetak-cetak gambarnya dan memuja-muja setaraf tokoh agung yang lain kan? Tapi la ni dah tak nampak lagilah gambar-gambar Abuya walaupun kat belakang kereta member-member Rufakak ....awat??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 12:07 PM
Laaa...ini bukannya nak cucuk tapi ni satu idea bernas ni sampai boleh buat master dengan tajuk ni. Selain nak mengkaji Tuan Imam engko tu elok jugalah mengkaji latarbelakang sejarahnya termasu ...
kat sinipun masih sempat provoke ker ?... |
|
|
|
|
|
|
|
CARA MEMIMPIN HATI(1)
25/09/2006
"Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan. Perasaannya pula sering bertukar ganti .Perasaannya yang bertukar ganti itu hendak ditadbir atau hendak didisiplin sungguh sulit sekali. Sedangkan hati adalah raja di dalam diri .Baik hati, baiklah seluruh rakyat di dalam diri (anggota lahir)"
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya.
Di antara cara-cara memimpin hati ialah:
Pertama:
Ada ilmu tentang hati atau roh.
Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Kedua:
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli - mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi. Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu.
Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: 揝ejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. |
|
|
|
|
|
|
|
MENCARI GLAMOUR ATAU MENCARI REDHA TUHAN, MANA LEBIH UTAMA?
30/09/2006
BERSEJARAH... (Utusan Malaysia Sabtu 30 Sep 2006)
Anousheh Ansari, wanita Islam pertama yang menerokai angkasa lepas sebagai pelancong, kembali ke bumi pagi semalam dengan menyifatkannya sebagai pengalaman menakjubkan dan cukup hebat.
Anousheh, 40, usahawan telekomunikasi di Amerika Syarikat (AS), dan meninggalkan Iran pada tahun 1984, mencatatkan sejarah sebagai pelancong angkasa lepas wanita pertama.
Kapsul Rusia, Soyuz TMA-8 kembali ke bumi pada pukul 9.14 pagi waktu Malaysia, tiga jam lebih awal daripada dijadualkan selepas meninggalkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Usahawan itu dipercayai membelanjakan kira-kira RM74 juta untuk mengikuti pakej pelancongan angkasa lepas itu.
ULASAN:
Kasihan manusia ini, ramai di antara mereka membuat kerja-kerja yang tidak seimbang bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang sia-sia. Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya. Dunia yang tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya. Bukan sahaja dunia tidak lama yang disangka lama, hidup sampai ke tua ramai yang mati muda.
Ramai orang mengejar nama dan glamour, mereka tidak fikir lagi larangan Tuhan dan mereka menyangka glamour dan nama membawa bahagia. Kasihan mereka-mereka ini ditipu oleh angan-angannya.Mereka burulah nama dan glamour dengan bermacam-macam dan berbagai-bagai cara.Ramai orang kerana hendak nama dan glamor dia memanjat gunung, menyeberang, merenangi lautan, mengembara ke kutub,menggembara ke angkasa lepas dengan perbelanjaan yang sungguh mahalnya.
Apakah dapat bersembahyang atau tidak, tidak diambil kira, mereka lakukanlah bersusah payah untuk sanjungan manusia. Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati. Di waktu hendak nama dan glamor itu melanggar syariat atau As Sunnah peduli apa, yang penting berjaya, yang penting membina nama, media massa membuat berita, yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal.
Begitulah manusia di hari ini kerana nama dan glamor sanggup mati kerananya, kalau kerana Tuhan untuk tidak berbuat bermacam-macam alasan. Susahlah, sibuklah tidak ada masalah kerana itulah solat Subuh sahaja ramai orang yang tertinggal. Mungkin juga solat dibuat tapi setelah matahari naik.Begitulah orang memperkecilkan Tuhan kerana berbagai-bagai alasan mengapa ditinggalkan kerana nama dan glamor tidak ada yang mustahil, boleh aja patut sangat mereka itu dimurka dan ke Neraka
Segala yang diusaha dan diperolehinya ditinggalkan tidak boleh dibawa sedangkan untuk Akhirat yang kekal abadi, selama-lama telah dicuaikannya. Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa. Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya seperti tidak beribadah atau beribadah membuat sambil lewa, tidak berjiwa asal ada sahaja.Pemurahnya tidak ada, maaf-bermaafan tidak biasa, berkasih sayang sesama manusia telah dilupa.Sabar dan redha tak usah dikata, memang tidak ada mengutamakan orang lain bukan budaya hidupnya.Ziarah-menziarahi bukan budayanya, menghormati hukum-hakam Tuhan di dalam hidupnya bukan disiplin hidupnya,
Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah lainnya itu pun bukan dari jiwa. Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga yang ada dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya. Orang miskin, susah, dapat bala peduli apa! Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub, di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan.
Di waktu ketika hendak mati masih di dalam angan-angan lagi ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor. Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang, masih mengangkat diri Ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan, dengan kata-kata lain tidak membawa sifat taqwa sebagai bekal.Yang dibawanya hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya. Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka untuk ke Neraka, barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada, maka rugilah dia sepanjang masa buat selama-lamanya Wal抜yazubillah daripada berlakunya seperti yang dikata. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 1-10-2006 07:24 AM
ULASAN:
Kasihan manusia ini, ramai di antara mereka membuat kerja-kerja yang tidak seimbang bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang sia-sia. Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya. Dunia yang tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya. Bukan sahaja dunia tidak lama yang disangka lama, hidup sampai ke tua ramai yang mati muda.
Ramai orang mengejar nama dan glamour, mereka tidak fikir lagi larangan Tuhan dan mereka menyangka glamour dan nama membawa bahagia. Kasihan mereka-mereka ini ditipu oleh angan
Tu diaa.....begitu cepat dan mudahnya membuat rumusan dan kesimpulan. Anda percayakah bahawa Anousheh Ansari, wanita Islam pertama yang menerokai angkasa lepas itu pergi sebagai pelancong saja?? Tak terfikirkah anda mengapa seorang pakar dalam bidang telekomunikasi sanggup membelanjakan berjuta dollar untuk pergi ke sana melalui teknologi Russia yang sememangnya ada kerjasama dengan negara asalnya??? Tak nampak kah anda bagaimana negara asalnya membangunkan teknologi mengatasi negara-negara Islam di seluruh dunia dengan pembangunan nuklear, Satellit, kapalterbang perang tercanggih, peluru berpandu yang tidak dapat dikesan dan yang terbaru adalah kapalterbang tanpa pemandu dsbnya.? Tak nampak kah hubungkaitnya??
Sebelum anda membuat rumusan dan menolak kemajuan-kemajuan sains eloklah kiranya anda melihat kembali mengapa eksplorasi sains menghantar manusia-manusia ke angkasa lepas. Elok juga anda baca cerita "I Touch the Future--: The Story of Christa McAuliffe, Hohler, Robert T." Christa McAuliffe ini cuma seorang guru saja tapi terpilih sebagai angkasawan untuk misi-misi yang tertentu.
Ooooh ya....Malaysia pun nak hantar angkasawan sendiri melalui teknologi Russia kan?? Percuma saja kah?? Malang sungguhlah rakyat Malaysia ni....buang masa saja lah. Elok juga kalau ikuti kuliah-kuliah abuya, mungkin boleh jamin masuk syurga!
[ Last edited by Gravedigger at 1-10-2006 09:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 1-10-2006 09:22 AM
Tu diaa.....begitu cepat dan mudahnya membuat rumusan dan kesimpulan. Anda percayakah bahawa Anousheh Ansari, wanita Islam pertama yang menerokai angkasa lepas itu pergi sebagai pelancong saja ...
Sebelum sy meneruskan hujah, chewah, cam debate lak,...sy ingin memberitahu bahawa sy tidak tergolong dlm kalangan yg menolak sains atau tidak pandai menghargai sains jika itu HUJAH saudara, utk mempertikaikan artikel di atas. Jika dinilai dari segi ilmiah, sy termasuk dlm golongan berpendidikan dan berprofesyen S&T.
Namun begitu, sy berpendapat mengejar kemajuan sains hanya utk tujuan glamor, tujuan kepentingan diri utk tunjuk pandai, dan tujuan2 yang tidak BERKAIT dgn Tuhan adalah perkara membazir.
Menghantar seorg angkasawan dlm kos sebyk rm74 juta dan dibiayai oleh negara yg banyak berhutang seperti di Malaysia adalah satu pembaziran yang amat JELAS. Ia bukanlah satu tindakan yg bijak dan sangat berfaedah jika dihentikan usaha yg tidak mendatangkan hasil yg SEPADAN dgn kos yg dikeluarkan. Sy ulang TIDAK SEPADAN dgn kos yg dikeluarkan sebyk rm74 hanya utk biayai seorg rakyat Malaysia naik ke angkasa.
Wang sebanyak rm74 juta adalah lebih bermafaat jika diguna utk KEPERLUAN KEBAJIKAN bagi golongan yg tidak berkemampuan atau digunakan untuk penyelidikan SAINS yg boleh memberi manfaat kepada SEJUMLAH BESAR MANUSIA bukan hanya kepada seorg manusia sahaja.
Cuba sebut kepada sy apakah MANFAAT dibelanjakan wang sebyk RM74 juta hanya utk seorg angkasawan MELANCONG ke angkasa?
Jika MANFAAT itu tidak setanding dengan manfaat jika duit itu digunakan utk TUJUAN KEBAJIKAN yg lain, yang lebih PRIORITI digunakan utk KEBAJIKAN ORG RAMAI maka sy berpendapat USAHA MENGHANTAR ANGKASAWAN ini usaha yg sia-sia dan tidak dpt diterimapakai oleh AKAL yg RASIONAL.
Jika bukan utk tujuan KEBAJIKAN kpd golongan2 yg memerlukanpun, rm74 juta itu boleh digunakan oleh saintis di Malaysia utk membuat kajian2 sains yg lain dan tentu HASILNYA lebih besar IMPAKNYA dari menghtr seorg saintis ke angkasa.
[ Last edited by serihartatie at 1-10-2006 11:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
MATA LAHIR DAN MATA HATI
02/10/2006
1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.
2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.
3. Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.
4. Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.
5. Pandangan mata lahir boleh merangsang mata hati melihat kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.
6. Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allah dan juga boleh menghidupkan mata hati jika dia melihat disertakan dengan Allah Taala. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 1-10-2006 11:14 AM
Sebelum sy meneruskan hujah, chewah, cam debate lak,...sy ingin memberitahu bahawa sy tidak tergolong dlm kalangan yg menolak sains atau tidak pandai menghargai sains jika itu HUJAH saudara, u ...
Tak payah nak berhujjah-hujjah lah makcik....rasanya soalan ana sebelum ini sudah boleh membezakan antara orang yang taksub dan jumud pemikirannya dengan orang yang terbuka sikap dan minda mereka.
Kalau nak cakap soal pembaziran, cuba-cubalah lihat sejarah kehidupan Abuya sendiri. Mengapa dia duduk di banglo mewahnya dan dengan beberapa kenderaan mewah pulak tu?? Dulu masa dia zuhud bukan main lagi mengutuk orang-orang yang berkemampuan untuk berkereta sedemikian. Cuba kaitkan dengan tajuk ni yer! |
|
|
|
|
|
|
| |
|