CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sofea

[Lain-Lain] [merged thread] Buli

[Copy link]
Post time 23-3-2004 04:48 AM | Show all posts
Masalah aku tak leh tenguk wayang... hmmm walaupun keinginan dah lama... bukan apa kalau tenguk wayang je sure aku nak buat 'wayang'

Walau apa pun syabas pada Nordin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2004 01:11 PM | Show all posts
apalaa ko ni usop bangla...org tgk wayang ko sibuk dok buat wayang plak...aku setuju ngan ulasan filem tuh....masih ada kelemahan..takla 100% perfect...tapi yg penting lawaknya fresh, dan tak membodoh2kan penonton....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 01:18 PM | Show all posts
Filem: Buli
Genre: Komedi romantik
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Afdlin Shauki, Hans Isaac, Ako Mustapha, Nasha Aziz, AC Mizal, Sharifah Shahira, Hattan, Kartina Aziz, Patrick Teoh, Soraya Dean

SEBAGAIMANA rencamnya personaliti pengarah dan pelakon utamanya, Afdlin Shauki begitu jugalah dengan filem Buli. Filem yang mengangkat buli sebagai persoalan utama, dilakukan menerusi pendekatan berbeza dengan menggunakan pendekatan black komedi yang lebih menonjolkan komedi sesuatu situasi.

Bermula dengan betapa kelirunya Nordin yang mempunyai sifat rendah diri menerusi beberapa adegan awal yang ditunjukkan dalam filem ini, Buli digarap dengan baik bermula dari awal hingga ke akhirnya.

Ia berkisar kehidupan Nordin, seorang eksekutif syarikat komputer yang mempunyai rasa rendah diri berjaya membina keyakinan apabila hasil kerjanya dihormati. Dari segi luaran, Nordin tampak normal, berkerjaya dan bertanggungjawab tetapi dia mempunyai masalah tersembunyi dikenali sebagai inferiority complex.

Keadaan fizikal yang gemuk dan sering dibuli rakan-rakan ketika kecil termasuk Roy (Hans Isaac) mengikis kepercayaan diri Nordin. Mungkin kerana nasib Nordin yang kurang baik, Roy sentiasa bersamanya pada setiap tahap pembelajaran sehinggalah di universiti.

Apabila melangkah ke alam pekerjaan, Nordin mula mendapat keyakinan tetapi kemunculan Roy meranapkan semuanya. Nordin sekali lagi menjadi mangsa buli Roy, memperlekehkan semua usaha Nordin dan mencuri hasil kerjanya yang akhirnya menyebabkan Nordin dibuang kerja.

Ketika berdepan dengan kemelut hidup, Nordin dipertemukan dengan Dr Ika (Nasha Aziz), seorang doktor jiwa dan atas bimbingan Dr Ika, Nordin berjaya mengembalikan kepercayaan diri. Rasa cinta juga berputik tetapi sayangnya Dr Ika sudah bertunang.

Setelah menyaksikan filem ini, secara peribadi sentuhan Afdlin tidak mengecewakan dan pasti menghiburkan penonton kerana dari satu sudut, komedi ditampilkan tidak memperbodohkan penonton.

Meskipun persoalan utamanya adalah buli, bagaimana Nordin dibuli, cara Roy membuli, serta bagaimana Nordin cuba lari dari realiti dengan membina dunia khayalan kerana takut berdepan masalah sebenar, isu kecil yang dikupas Afdlin agak menyeluruh, menyentuh sehingga ke akar umbi.

Dari segi naratif, persoalan yang ditampilkan amat biasa dan sering berlaku di sekolah. Sebahagian besar masyarakat juga mengalami masalah rendah diri tetapi ia menjadi masalah tersembunyi yang secara tidak langsung meninggalkan impak negatif pada masyarakat.

Memang secara sekali imbas, dunia fantasi Nordin tampak terlalu asing kerana dia boleh bertukar rupa dan menjadi superhero malah pada satu babak tampak tidak masuk akal apabila Nordin dan Roy digambarkan bertarung sebagaimana pertarungan dalam permainan video.

Betapa aneh dan dalamnya daya kreatif Afdlin, babaknya digabung jalin penuh menarik sehinggakan Buli muncul sebagai sebuah filem padat lagi mantap. Tidak lari dari konsep menghibur, hiburan yang disajikan Afdlin mampu menyedarkan sebilangan masyarakat khususnya mangsa buli, bahawa mereka perlu berani serta yakin pada diri sendiri ketika berdepan dengan masalah.

Bersandarkan beberapa pelakon popular serta mempunyai ramai pengikutnya seperti Nasha dan Hans Isaac, Buli mempunyai tarikan komersial kerana watak Hans sebagai Roy bukan watak yang biasa - hero handsome yang baik tetapi kali ini bakatnya diuji membawakan watak jahat sehingga menimbulkan kebencian di hati penonton.

Kemampuan Nasha membawakan watak Dr Ika yang memahami serta bersimpati pada masalah Nordin menyerlahkan satu lagi lapisan kebolehan Nasha yang sebelum ini menunjukkan lakonan membanggakan dalam Trauma.

Lakonan Afdlin yang dramatik dan bersahaja, berjaya meraih simpati penonton sehinggakan pada satu tahap ia berjaya membuatkan penonton rasa sebak. Tambah berkesan apabila runut bunyi yang menjadi latar filem ini digubah penuh menarik dan menghidupkan lagi suasana dan jalan cerita.

Jika diamati, unsur semiotik ada di mana-mana, pada watak Nordin, Dr Ika, Roy, pesakit jiwa, pengutip besi buruk mahupun ayam yang terlepas dan mematuk Nordin - melambangkan sifat serta sikap yang ada pada manusia.

Setiap orang pasti mempunyai persepsi, begitu juga dengan mereka yang menonton Buli. Bagaimanapun, setelah menyaksikannya anda pasti bersetuju bahawa Buli adalah sebuah filem yang mempunyai mesej, wajar ditonton serta boleh ditimba manfaatnya jika disaksikan dengan fikiran terbuka.
Bagi anda yang ingin menyaksikan Buli, ia akan mula diputarkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Mac ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 01:33 PM | Show all posts
Buli capai RM1J seminggu


FILEM Buli merupakan filem yang boleh dikatakan terhebat tayangannya setakat ini di pawagam seluruh tanah air. Filem bergenrekan komedi cinta ini boleh diterima peminat yang memang suka menonton filem berbentuk begini.


Kekuatan filem ini bukan saja kita boleh lihat pada barisan artis yang membintanginya tetapi kepada pengarah baru yang mencuba nasib di dunia pengarahan, Afdlin Shauki.

Filem pertama arahannya ini berjaya mendapat kutipan yang cukup memberangsangkan sejak mula tayangannya pada 11 Mac lalu.

Dibintangi pelakon seperti Nasha Aziz, Hans Isaac, Ako Mustapha, Hattan, AC Mizal, Patrick Teoh dan Afdlin sendiri sebagai pelakon utama.

Menurut pegawai Promosi dan Pemasaran, Nor Azmi Abdul Karim berkata Buli berjaya mengutip RM1juta sejak penayangannya sehingga semalam.

揚encapaian memberangsang itu jelas mengembirakan pihak kami dan masih berharap kutipan filem Buli ini akan bertambah memandangkan waktu sekarang adalah musim cuti persekolahan.

揇i sebaliknya, kami berasa sedikit bimbang berikutan hari pilihan raya yang kian hampir, namun begitu kami tetap yakin filem ini masih boleh menambat hati penonton. Ini berdasarkan tinjauan rambang yang jelas persepsi penonton terhadap filem ini amat memberangsangkan,
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 01:46 PM | Show all posts
Buli: tempo dan olahan filem terbaik tahun ini
Skrin Oleh A. Wahab Hamzah

Buli adalah filem pertama arahan Afdlin Shauki. Oleh itu Buli perlu menjadi bukti kepada keupayaan Afdlin sebagai pengarah dan penulis skripnya sendiri. Sebelum ini Afdlin lebih dikenali sebagai penyanyi, pelakon komedi dan pengacara di televisyen. Dalam kebanyakkan filem-filem lakonannya, Afdlin lebih cenderung kepada watak komedi. Dengan latar yang sedemikian, tidak hairan kalau filem yang ditulis dan diarahkan oleh Afdlin ini juga lebih cenderung kepada filem-filem komedi.

Secara umum Buli boleh dilihat sebagai sebuah filem komedi. Bagaimanapun Buli membawa subjek yang jauh lebih serius untuk keluar daripada sekadar sebuah komedi biasa filem Melayu. Afdlin sebagai pengarah dan penulis lakon layar memberikan pendekatan yang seimbang antara komedi dan keseriusan persoalannya. Buli membawa permasalahan seorang yang rendah diri dan membiarkan dirinya diperguna. Dia merasa rendah diri kerana tubuhnya yang besar (gemuk) walaupun dia sebenarnya seorang yang bijak sebagai pereka perisian komputer sehingga mampu menghasilkan satu perisian sistem keselamatan Internet.

Sungguhpun Buli menampilkan watak lelaki yang bertubuh besar iaitu Nordin (lakonan Afdlin), tetapi watak Nordin bukan untuk ditertawakan. Memang dia dibuli dan dipermainkan sejak dari kecil kerana bentuk tubuhnya, sehingga memberikan kesan kepada Nordin sehingga dewasa. Sikap Masron yang suka membuli Nordin berterusan walaupun mereka bekerja di syarikat komputer yang sama. Masron yang pandai mengambil kesempatan ke atas kawannya itu dan pandai mengampu pengarah syarikatnya, Tan Sri Michael (Patrick Teoh melakonkan watak taukeh Cina yang tipikal dan begitu melucukan), sehingga dia telah dilantik untuk mengetuai projek syarikat. Kemuncak perseteruan mereka adalah apabila Masron mencuri program yang telah dibuat oleh Nordin untuk tujuan mengampu pengarah-pengarah syarikatnya. Nordin kecewa sehingga hampir membunuh diri tetapi sempat diselamatkan oleh teman sebiliknya, Shah (Ako Mustapha) lalu diberi bantuan rawatan psikiatri dari Dr. Ika (Nasya Aziz), gadis yang dikenalinya sewaktu dia berehat di taman melalui satu adegan yang melucukan.

Apa yang menarik, watak-watak dalam filem komedi ini bukanlah watak-watak yang dicipta sekadar untuk memancing kelucuan. Sebaliknya watak-watak diberikan kewajarannya. Nordin sebagai lelaki pereka perisian komputer yang hanya menumpukan kepada kerjaya komputernya dan tidak gemar bergaul kerana sikap rendah dirinya, menghadapi masalah sukar memahami realiti disekitarnya sehinggalah dia disedarkan oleh Dr. Ika. Sebaliknya Masron adalah gambaran manusia moden hari ini yang pantas mengeksploit orang lain yang lemah untuk kepentingan sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja dalam persaingan kerjaya. Sementara Dr. Ika di sebalik tugasnya sebagai ahli psikiatri yang cuba merawat masalah pesakitnya melalui sesi terapi, juga tidak lepas mempunyai masalahnya sendiri. Nordin sedar akan kekuatan dirinya hasil daripada terapi yang diberikan oleh Dr. Ika dan sebaliknya Dr. Ika sedar kelemahan dirinya hasil daripada semangat dan dorongan Nordin. Watak yang agak ambiguous dan surrealist adalah watak ketua penjahat yang dimainkan oleh AC Mizal. Wajahnya memperlihatkan keganasannya, rambutnya yang berwarna dan gayanya yang aneh memperlihat gendernya yang ambiguous. Ketika adegan dia menyanyi dalam suasana sedih dalam bilik karaoke di sebalik gayanya yang keras, mengingatkan saya kepada watak Ben (lakonan Dean Stockwell) dalam Blue Velvet, sebagai lelaki clownish, mempunyai kekaburan gender dan gemar berpakaian yang berlainan.

Afdlin tidak menamatkan filem ini dengan penyelesaian lazim. Biarpun Dr. Ika kecewa dengan teman lelakinya Jalal (Hattan) seorang pelakon terkenal, tetapi dia tetap juga meneruskan hubungan dengan pelakon lain sebagai temannya. Dan Nordin meneruskan hidupnya dengan dunia komputernya.

Keupayaan Afdlin menyeimbangkan komedinya dengan subjek yang serius menjadikan Buli sebuah komedi suasana yang memikat. Temponya terkawal antara momen komedi dan momen yang lebih serius. Komedinya tidak menggunakan elemen yang memperbodohkan penonton untuk memancing ketawa. Malah, lihat sahaja adegan di wad pesakit mental. Adegan ini boleh sahaja menjadi adegan komik yang melucukan tetapi lazimnya mempersenda, sebaliknya dalam Buli adegan di wad ini menjadi begitu emosional. Watak Nordin sendiri yang gemuk, selalu berasa rendah diri kerana bentuk tubuhnya itu barangkali boleh sahaja menjadi elemen kelucuan yang keterlaluan jika tidak dikawal tetapi dalam Buli, elemen ini mencipta tragedi yang menyuntik simpati penonton.

Buli walaupun membawakan sebuah cerita dengan tema yang sebenarnya sudah biasa kita tonton, tetapi olahan dan arahan Afdlin Shauki ini berjaya menjadikan Buli sebuah filem komedi tempatan yang menarik tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 22-3-2004 08:33 PM:
Buli nie...ramai gilr cameo dia..bukat setakat Ifa Raziah...ada Jalil Hamid, Jason Lo, Rashid Salleh, Riezman Khuzaimie(jual ayam kg), Joanna Beasey, Jeslina Hasyim, Erma Fatima, Sh Aleya...dan ban ...



hahahha riezman jual ayam macam jual vcd haram jer.. wakakaka... tgolek   aku part ni gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
ribena This user has been deleted
Post time 23-3-2004 03:47 PM | Show all posts

filem BULI=> betol ke besh?

isu ni aku tujukan tok korang yang dah tgk citer..balak aku ckp besh citer tuh..lain dari yang lain..pasal ape ek citer tuh..by the way..aku suke aa tengok rashid salleh wat perfomance ngan afdlin+joanna time abp tu..lawak giler wakakaka..erkkk sile respon yek tQ        
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 03:49 PM | Show all posts
dah ada thread citer pasal nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2004 04:24 PM | Show all posts
cameo byk.... besh besh
Reply

Use magic Report

Sound_Garden This user has been deleted
Post time 23-3-2004 05:16 PM | Show all posts
korang dah tengok ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by Sound_Garden at 2004-3-23 05:16 PM:
korang dah tengok ker..?

mesti lah dah tgk....
Reply

Use magic Report

KanTuT This user has been deleted
Post time 23-3-2004 07:00 PM | Show all posts
The Greatest Malay Comedy filem ever produced......congratulation Afdlin Shauki....best
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 07:20 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by KanTuT at 2004-3-23 07:00 PM:
The Greatest Malay Comedy filem ever produced......congratulation Afdlin Shauki....best
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 09:30 PM | Show all posts
ye ker... belum gi tengok lg
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 09:35 PM | Show all posts
cam bes cite ni ek? konfem ke tadejk lawak bodo2 ni. hahahaha :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 11:37 PM | Show all posts
sapa nengok popular malam semalam? afdlin jadi artis undangan..kelakar gak...lagu yg diowang nyanyi kat wad gila tuh tajuknya waras..ada keluar video klip dia malam tadi....lagu tu dipetik dr album fuyoo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2004 11:39 PM | Show all posts
memang best...tak rugi anda menontonnya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 11:57 PM | Show all posts
thread ni Fly mergekan memandang ia tajuk yg sama .....
;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2004 04:29 PM | Show all posts
Di Sebalik Tabir: Afdlin sekadar ingatkan orang Melayu
Oleh Suzan Ahmad bersama Afdlin Shauki (Pengarah filem Buli)


KEHADIRANNYA cukup disedari di pentas dunia hiburan tanah air. Menariknya, dia antara segelintir insan seni tanah air yang punyai pendidikan formal dalam bidang seni lakon di luar negara. SUZAN AHMAD mendekati Afdlin Shauki yang mula keluar dari kepompong penyanyi, pengacara, pelakon dan penerbit untuk mengembang sayap ke satu lagi cabang seni yang sudah sedia sinonim serta sebati dengan jiwanya iaitu bidang pengarahan.

揜AMAI orang tanya bagaimana saya boleh terfikir untuk mengilhamkan sebuah filem seperti Buli yang mampu mengusik kealpaan bukan saja orang Melayu malah masyarakat bukan Melayu,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2004 06:49 PM | Show all posts
uiks..kutipan dah 3 juta? dasat gak tuh...baru 2 minggu kat pawagam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.520979 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list